Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KERETA polis yang terparkir di perkarangan Syarikat Haiy Travels Sdn Bhd diibaratkan seperti semut yang sedang menghurung segunung gula. Merata-rata. Masakan tidak, penjumpaan mayat-mayat di ruang bawah tanah syarikat itu sudah pun diangkat sebagai kes yang berprofil tinggi.

Penangkapan pengarah syarikat itu juga menjadi berita tergempar kepada semua warga media kerana tokoh usahawan ternama itu mempunyai reputasi yang sangat baik dalam kalangan masyarakat dan sahabat handai.

Seperti yang telah dijangkakan Haries, berita tertangkapnya pengarah Syarikat Haiy Travels benar-benar buat masyarakat tak senang duduk. Dalam masa tak sampai sehari, hampir satu Malaysia sudah mengetahuinya.

Kau memang hebat, Sovrano, bisik hati Haries. Dia hanya memerhati dari jauh dari sebalik kerumunan orang ramai yang turut ingin melihat tokoh usahawan itu dibawa ke kereta polis. Tangan lelaki bekerjaya itu digari, melukakan hati orang yang melihat.

Orang yang telah termakan dengan kepura-puraan Sovrano.

Haries mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mula merakam wajah Sovrano. Saat tokoh korporat itu mendekati orang awam, Haries menarik sedikit topi hitamnya ke bawah dengan bibir mengukir senyuman sinis. Kononnya ingin memberi sedikit 'penghormatan' dan ucapan tahniah.

Khas untuk lelaki yang digelar mereka Malaikat Dunia.

Dan Haries tahu, Sovrano perasankan dirinya.

Buktinya, mata lelaki itu terus galak merenungnya dengan lahar benci yang tergambar jelas di sinar matanya.

Namun, senyumannya masih tersungging di bibir Sovrano.

Haries hanya biarkan. Dia menurunkan telefon bimbitnya lalu melangkah pergi. Tangan diseluk masuk ke dalam poket hoodie miliknya.

Dia tahu, Sovrano ada rancangan lain. Mana mungkin lelaki itu akan dikalahkan dalam masa tak sampai 24 jam.

Sovrano ialah ketua The Oscura.

Dan semestinya, Lelaki Bertopeng Putih ingat akan hal yang satu itu.

▶️ ▶️ ▶️

BILIK siasatan di balai polis itu hanya bertemankan sebuah meja dan tiga buah kerusi. Di salah satu kerusi itu, seorang lelaki berkot hitam sedang duduk dengan tangan yang digari.

Wajah lelaki awal 30-an yang dikenali sebagai Sovrano itu kelihatan agak gelisah. Namun wajah itu masih tersimpan riak tenang.

LBP terus memerhati melalui cermin satu arah yang terletak di ruang bilik siasatan itu.

Lagak Sovrano yang kelihatan tenang-tenang itu buat LBP rasa sakit hati. Memang lelaki itu membuatnya rasa menyampah. Sungguh!

Dengusan kasar terlepas dari bibir LBP yang bertutup dengan topeng kain hitam. Walaupun timbul rasa tak puas hati, LBP tetap berdiri di dalam bilik pemerhati itu sambil menyilangkan tangannya.

Mahu melihat sendiri permainan yang diacarakan Sovrano.

Beberapa saat kemudian, dua orang pegawai polis masuk ke dalam bilik soal siasat. Seorang yang bernama Izz mengambil tempat yang bertentangan dengan Sovrano manakala seorang lagi, Wazin melabuhkan punggungnya di sebelah Izz.

Izz merapatkan letak duduk kerusinya lalu tersenyum nipis.

"Assalamualaikum, Datuk." Sapa Izz, sekadar berbasa basi.

Sovrano turut meniru perlakuan Izz seraya menjawab salam anggota polis yang segak beruniform di hadapannya.

"Sejuk duduk sini?" soal Izz.

"Sejuk," balas Sovrano, masih terbias tenang dalam ucapannya walaupun bibir lelaki itu tergantung senyum tawar. Kelat saja.

"Baiklah, Datuk. Datuk pun tahu kenapa Datuk ditangkapkan?" duga Izz sambil anak matanya tunak merenung Sovrano.

Sovrano melepaskan keluhan berat seraya mengangguk lemah. "Tahu, tuan. Tapi saya tak salah, tuan." Lirih suara jutawan muda itu. Berkeriut mukanya memancing simpati.

Izz hanya tersenyum saja manakala Wazin di sebelah hanya memerhati sambil tangannya laju menulis di atas kertas. Mencatat segala reaksi Sovrano.

"Tapi Datuk... mayat-mayat yang kami jumpa tu, di bawah syarikat Datuk. Semua buktinya sekarang sedang menunjuk pada Datuk. Datuk pasti ke tak tahu ada ruang bawah tanah di syarikat tu?" soal Izz lagi, lembut saja pertuturannya.

Sovrano merenung tepat ke anak mata pegawai polis berbadan sasa itu. "Tak. Saya memang tak tahu," jawab Sovrano, lemah namun terselit keyakinan yang jitu.

Sementara itu, Wazin turut memerhati tindak-tanduk Sovrano. Tiada langsung elakan mata daripada Sovrano, malah jawapan yang diberi pantas tanpa sebarang jeda.

Tanda-tanda psikologi yang menandakan seseorang itu tak berbohong.

"Kalau macam tu, macam mana mayat-mayat tu boleh ada dekat syarikat Datuk? Ramai mayat yang kami nak keluarkan tu. Mustahil selama ni, Datuk langsung tak tahu," provok Izz dengan senyuman di bibir.

Kepala Sovrano tergeleng-geleng. "Saya tak tahu, tuan." Ringkas jawapan lelaki muda yang berkerjaya itu.

Izz menghembus nafas lemah. "Kalau macam tu, Datuk rasa siapa? Ada sesiapa dalam fikiran Datuk yang dirasakan suspek?" duga Izz untuk kesekian kalinya.

"Sa... Saya tak tahu nak bagi jawapan apa lagi. Saya tak boleh fikiran sesiapa."

Izz dan Wazin saling berpandangan sesaat apabila Sovrano sudah menundukkan kepalanya, seakan putus asa. Pasrah sendiri apabila jawapannya mungkin takkan dapat meyakinkan dua orang pegawai polis itu.

LBP yang dari tadi hanya berdiam di sebalik cermin satu arah itu mendengus kasar untuk kali kedua. Ah, apa saja yang dia harapkan daripada ketua The Oscura itu? Berharap Sovrano akan mengaku segala silapnya?

Huh, kirim salam sajalah!

Tangannya menarik tudung hoodie ke atas kepalanya lalu tangan diselukkan ke poket baju. Tanpa berkata apa-apa, dia sudah membuka langkah ingin beredar.

"Eh, tuan! Nak balik dah?" tegur seorang pegawai penyiasat yang agak terkejut dengan tindakan LBP yang laju saja ingin pulang tanpa menunggu soal siasat selesai.

"Buat apa? Terlepas juga Datuk tu nanti." jawab LBP, malas.

Bazir masa dan tenaga dia saja!

"Tapi tuan, tak habis lagi..." Pegawai polis muda itu masih ingin memujuk agar LBP kekal di dalam bilik kecil itu namun tiba-tiba saja kata-katanya tercantas apabila pegawai polis yang lebih tua membuat isyarat berhenti padanya.

Mata pegawai polis muda itu terkebil-kebil. Dahinya berkedut, hairan dengan tingkah seniornya.

"Biar saja. Kalau dia cakap akan terlepas, maksudnya betullah tu." Sokong polis berusia 50-an itu. Dia kenal sikap LBP. Lelaki yang penuh misteri itu tidak akan terus menunggu untuk melakukan strategi seterusnya. Daripada membiarkan Lelaki Bertopeng Putih itu bengang sendiri, baik dibiarkan saja pergi.

Polis muda itu mengangguk perlahan, akur.

> > >

PINTU wad persendirian yang disediakan khas untuk Jazlan, ditolak hingga menampakkan isi di dalamnya. Ruang wad yang hanya bertemankan sebuah katil, meja kecil dan kerusi itu agak suram ditemani mentari petang yang hanya masuk sipi-sipi.

Mata Raihanah melurus ke arah katil yang separuhnya dilindungi dengan tirai hijau. Tak semena-mena, tangisannya pecah. Langkahan kakinya terhenti, terpasak ke lantai hospital yang putih.

Walaupun hanya melihat hujung kaki Jazlan, itu sudah cukup untuk membuatkan Raihanah bungkam. Tubuhnya rasa menggeletar.

Dengan langkah yang berat, Raihanah mengorak langkah menghampiri hujung katil lelaki tua itu. Saat sepasang matanya melekat pada wajah Jazlan, badannya semerta rasa kebas. Pantas tangannya menggenggam kemas palang besi katil.

Berharap dapat menampung badannya yang tiba-tiba saja terasa lemah hingga Raihanah hampir ingin tersungkur ke kaki katil.

Air mata gadis itu masih berjuraian di pipi. Tidak seperti sebelumnya, air mata itu dibiarkan mencurah-curah tanpa mahu diseka.

Lambat-lambat, Raihanah berjalan setapak demi setapak sehinggalah raut tenang ayahnya mampu diusap oleh tangannya. Haru jiwanya melihatkan wajah yang sering dia rindui itu.

Wajah yang telah dia sangka matinya tanpa bernisan. Wajah itulah yang sering hadir dalam mimpi, dan senantiasa dibayangkan tika sujudnya setiap malam.

Tanpa henti, tanpa lelah.

Dan tanpa mahu berputus asa.

Meskipun, dirinya putus harapan ingin mencari, tapi dia tak pernah sekali untuk merasa letih mendoakan perkara yang sama saban hari.

"Ya Allah. Allahu Akbar... ayah," Suara Raihanah tenggelam timbul.

Kulit hangat Jazlan yang bersentuh dengan telapak tangannya memberitahu, dia tidak bermimpi. Dia berada di realiti dan bukannya di alam fantasi yang seperti dia harapkan selama ini. Apa yang mata, dan tangannya rasa saat ini ialah ayahnya.

Perlahan-lahan, Raihanah merapatkan bibirnya ke dahi si ayah. Lama kucupan kasih itu diberikan. Esakannya meletus lagi sebelum tubuh kurus kering itu dipeluk erat, melepaskan segala rindu yang dia pendam selama bertahun lamanya.

Tuhan, aku rindu dia. Sangat!

▶️▶️▶️

GADIS itu terlena di hujung katil wad sambil jari telunjuk Jazlan dililit kemas oleh tangan anak perempuannya. Di bibir itu terukir senyum indah walaupun rohnya sudah lama terbang ke dunia lain.

Dia bahagia dengan kurnia yang diberikan Tuhannya.

Alam mimpinya kini hanya berpenghunikan dia, Raziq, ibu dan ayah. Tiada siapa yang menghalang kebahagiaan mereka. Malah tiada yang berani mengganggu-gugat kegembiraan mereka sekeluarga.

Tiba-tiba pintu kayu bilik hospital terbuka. Susuk tubuh tinggi lampai berjalan masuk bersama sebungkus plastik makanan.

Lelaki itu membantutkan langkahnya apabila melihat gadis itu enak diulit mimpi. Tanpa sedar, bibir itu turut tersungging senyum.

Barangkali Raihanah sedang bermimpi indah. Kerana itu bibir mungil gadis itu terus saja tersenyum walaupun bukan di dunia realiti.

Haries meletakkan bungkusan makanan ke atas meja kecil sebelah katil pesakit. Hujung matanya menjeling sekilas IV drip yang tergantung berdekatan dengan Jazlan sebelum kembali terhala pada raut wajah Raihanah.

Sebenarnya, ada sesuatu yang perlu dia beritahu kepada gadis polos itu. Tapi tatkala melihatkan Raihanah sudah pun tertidur, dia terpaksa tangguhkan dulu niatnya.

Haries menarik sebuah lagi kerusi plastik lalu punggungnya dilabuhkan di atas kerusi yang terletak bertentangan dengan tempat Raihanah melandaikan kepalanya tika ini.

Lelaki itu menopang dagu sambil matanya ligat menari-nari di wajah Raihanah yang terpancar seri. Entah kenapa, dia turut disapa gembira melihat bahagia yang jelas tergambar di raut yang dibiarkan tanpa sebarang alat solek yang menyeksa mata.

"Raihanah, kenapa aku rasa macam dah tak kisah nak kahwin?" soal Haries, lebih untuk bertanya kepada hatinya sendiri.

Selama ini, dia berkeras tidak mahu berkahwin sehinggakan sanggup mengeji gadis yang tidak bersalah itu semata-mata mahu Raihanah menolak dirinya.

Tapi sekarang?

Pendiriannya bagaikan lalang. Berubah.

Matlamat utamanya supaya gadis itu yang berubah fikiran, tapi sebaliknya, perkara itu pula yang terjadi padanya.

Haries meraup rambut lebatnya ke belakang. Dia mengeluh lemah.

"Parah ni, Ries. Apa jadi dengan kau pula ni?" omelnya dengan nada berbisik.

Agak pening dengan keputusannya yang bertukar haluan. Tapi entahlah, dia tak mampu nak mencari kata-kata yang sesuai untuk menerangkan rasa ini dan punca ia datang.

Rasa ini ialah bahagia. Tapi bukan bahagia yang biasa dirasainya, dan bukan bahagia yang dia kenal. Tetapi perasaan ini lain dan semestinya berbeza dengan apa yang dilaluinya selama ini.

Dah tak betul ke dia? Haries tak tahu.

Namun apa yang dia yakin sekarang ini, bibirnya sedang tersenyum melihat wajah lembut itu.

"Raihanah,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro