Bab 35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RENGUSAN keras dilepaskan oleh Haiydar. Rambut hitam lebatnya yang terjuntai ke dahi diraup kasar ke belakang. Urat-urat hijau jelas kelihatan di dahinya yang luas. Wajahnya yang putih pucat itu kemerahan.

"Takkan nak culik betina seekor pun bukan main susah? Kau buat kerja ke tidak, b***?" carut Haiydar. Matanya mencerlung ke arah seorang anak buahnya yang sedang tercegat di hadapannya.

Kepala anak buahnya itu masih tunak memandang wajah majikannya. Tiada terlukis walau sebarang gentar di raut wajah itu. Menjadi salah seorang ahli yang berhubung terus dengan orang tertinggi di The Oscura, takut tak perlu ada dalam helaian kertas hidup mereka. Dia bukan ahli The Oscura biasa di jalanan. Dia ialah ahli elit yang terlatih.

Setakat dimaki hamun dan dimarahi, tak menjadi bisa untuk ahli elit sepertinya. Haiydar yang perasan akan wajah tidak berperasaan anak buahnya itu mengetap bibir.

"Hei, aku tanya... susah sangat ke kau nak dapatkan betina tu? Susah sangat ke? Benda senang pun boleh jadi susah untuk kau? Ahli elit apa bodoh macam ni sekali?" tempik Haiydar, tak mampu untuk mengawal marahnya. Kalaulah dia mampu, sudah lama badan sasa konconya itu ditendang. Biar patah tulang pipi tu.

"Tuan!" Suara garau lelaki itu bergema kuat, seolah-olah memberi arahan secara terus kepada majikannya supaya tidak terus menempik-nempik.

"Apa, s***? Kau dahlah tak pandai buat kerja, berani pula nak jerit-jerit kat aku?" Haiydar jelas bengang dengan sikap si ahli elit itu. Lagi sakit hatinya apabila dia tak mampu untuk buat apa-apa yang akan memuaskan nafsu kemarahannya tika ini.

"Tuan, aku hormat tuan sebagai orang yang lebih tinggi daripada aku. Tapi sikap ahli tertinggi The Oscura tak patut biarkan perasaan kuasai diri sendiri. Kalau tidak, kau hanya akan nampak bodoh, tuan. Kau tak macam ni dulu. Kau nampak makin bodoh dari aku sekarang ni." Pedas dan tajam kata-kata yang dilontarkan untuk Haiydar, majikannya sendiri.

Ah, ingat ini drama Melayu? Gangster kena jaga mulut depan bos sendiri? Kalau begitu, baik tak payah jadi ketua mafia kalau hati cepat sentap. Lebih baik duduk saja dalam bilik dan makan hati seorang-seorang kalau kena tegur dan gertak pun dah mahu melenting macam orang meroyan.

Mata Haiydar membuntang luas. Makin bertambah bara marahnya apabila si ahli elit di hadapannya seakan-akan mencurah minyak ke atas api. Dia pula yang diherdik sedangkan yang tak pandai membuat kerja sekarang ini bukan dia, tetapi lelaki di hadapannya.

"Kau memang nak kena buang ke? Kurang ajar kaukan? Mentang-mentanglah aku tak boleh buat apa-apa dekat kau, kau berani pijak kepala aku? Bodoh!! Aku ni tuan kau, kau faham tak?" Tengkingan Haiydar kedengaran lagi tapi kali ini lebih kuat gemanya hinggakan dia sendiri rasa tekaknya perit menjerit selantang itu.

"Aku faham kau tuan aku. Kalau tidak, buat apa aku panggil kau dengan panggilan hormat tuan? Tapi kau mesti tahu had kau, tuan. Semua ahli elit bukan yang dipilih tangkap muat saja tapi kami semua terlatih. Kami bukan hamba kau. Ahli elit jalani latihan macam orang bodoh bukan untuk jadi alas kaki kau, tuan. Kami dekat sini bekerja dengan kau sebagai kumpulan, bukan hamba. Kau faham tak? TUAN?" sindir si ahli elit itu sambil menyilangkan tangannya. Dia sengaja menekan perkataan 'tuan' itu biar sedap didengar Haiydar jika benar itu yang majikannya mahukan.

Lelaki itu meraup mukanya. Dia menjeling sekilas Haiydar di sofa. Ini ke orang yang aku panggil tuan sebelum ni? Hatinya menggerutu, tak senang dengan perubahan mendadak Haiydar yang menjadi baran sejak belakangan ini.

Mata lelaki itu jatuh pada kedua-dua belah kaki Haiydar. Mungkin sebab kecewa. Huh, susah betul orang putus cinta ni. Gumamnya dalam hati.

Tak mahu biarkan mulut Haiydar terus melenting bukan-bukan lagi, lelaki itu cepat saja bersuara memberi cadangan dan idea.

"Daripada kau marah aku, kau patut bertindak lebih bijak."

"Macam apa?" Rengus Haiydar, masih sakit hati tapi dia berminat nak dengar cadangan lelaki di hadapannya ini.

Baru dia teringat sesuatu, ahli elit bukan orang biasa-biasa yang akan membiarkan emosi mengawal diri mereka. Disebabkan itulah, konconya itu berani bertindak sebegini dengannya.

"Macam menyamar?" Lelaki itu menyambung, menjungkitkan kening.

Bibir Haiydar melukis senyum sinis. "Menyamar? Dengan keadaan aku macam ni? Bahayalah s***! Kau nak bunuh aku ke?" amuk Haiydar. Dia mula nak naik angin kembali. Ah, lapuk betul perancangan. Tak ada idea bernas lagi ke?

"Kau takut?" Soalan ringkas yang hanya dua patah itu ternyata berjaya mendiamkan mulut Haiydar yang terjerit-jerit tadi.

"Perangkap perempuan tu perlahan-lahan. Kalau nak suruh aku tangkap membuta tuli macam ni, aku rasa mustahil sebab aku perasan polis selalu meronda dekat kawasan tu siang malam." Akhirnya, lelaki itu memberi alasan jelas punca dia tidak boleh menculik Raihanah.

Masakan tidak, kalau bukan polis yang datang meronda, pasti ada orang lain yang akan menggagalkan rancangan mereka untuk menculik Raihanah.

Pada mulanya, dia hanya mengarahkan anak buahnya yang paling bawah untuk melakukan misi penculikan itu tapi melihatkan keadaan gadis itu yang seakan-akan dikawal rapi oleh seseorang buat dia sendiri turun padang.

Benarlah, memang ada orang yang menjaga Raihanah dan keluarga. Tapi siapa ketuanya? Dia tak jumpa. Tiba-tiba, lelaki itu mengoyak senyum memandang Haiydar.

Aku boleh gunakan ketua pendek akal ni, bisik hati lelaki itu sambil mengurut dagunya.

"Daripada jadi babi buta, baik kau jadi anjing dia," saran lelaki itu dengan senyuman lebar.

Haiydar masih diam, berfikir. Anjing? Sanggupkah dia meletakkan dirinya di tempat yang paling bawah sekali?

"Pernah dengar peribahasa melepaskan anjing yang tersepit? Kau jadi anjing tu dan bila betina tu jinak dengan kau, kau gigit dia. Lagipun, anjing tersepit macam kau ni..." Lelaki itu sengaja berjeda.

Lelaki itu merapatkan kepalanya ke telinga Haiydar. "Lebih mudah untuk raih simpati. Kan?" Di hujung ayat, tawa kecil lelaki itu meletus, ingin mengejek.

Telinga Haiydar semerta berubah panas dan merah. Giginya digetap kegeraman. Dia memicingkan matanya merenung ke anak mata si ahli elit itu dengan rasa benci.

Makin pedih apabila dia dapat melihat jelas sepasang mata lelaki itu sedang memperlekehkannya dalam diam. Dalam hati, berbakul-bakul sumpahan sudah dia keluarkan.

Lelaki itu menjauh dari telinga Haiydar. "Kau berubah, tuan. Dulu, aku langsung tak dapat baca kau. Tapi sekarang? You've become too obvious and look too stupid," luah lelaki itu, jujur.

"Apa-apa pun, kalau kau betul-betul nak jahanamkan perempuan tu, ikut nasihat aku. Menyamar. Lagipun, bukan ke 'dulu' itu kepakaran kau..."

Sekali lagi, lelaki itu sengaja tidal menghabiskan ayatnya. Dia menepuk-nepuk lembut bahu Haiydar sebelum kembali menyambung katanya yang terhenti sebentar tadi.

"Sovrano?"

Haiydar tersentap. Dia menggenggam penumbuk. Bibirnya dia gigit kuat hingga ada darah mengalir dari celah rekahan bibirnya. Badannya menggigil menahan rasa itu dari meletus keluar.

Lelaki yang dipanggil salah seorang ahli elit itu berlalu pergi meninggalkan Haiydar seorang di sofanya. Haiydar melepaskan keluhan besar dan panjang.

Ahli elit The Oscura memang bukan sembarangan. Mereka licik, bijak bermain kata dan memanipulasi orang lain. Mereka dilatih untuk tidak membiarkan emosi mengawal tindak-tanduk mereka. Disebabkan itu, ahli elit adalah anggota The Oscura yang menganggap maruah mereka terlalu tinggi untuk dianggap hamba suruhan seperti gangster jalanan lain.

Bertindak kurang ajar seperti tadi? Ahli elit juga boleh keluarkan tanduk syaitan mereka sendiri. Disebabkan itu, walaupun ahli elit diangkat tinggi dan disanjung dalam The Oscura, kesetiaan mereka tetap diragui. Sebab kadangkala, kebijaksanaan mereka akhirnya akan membawa kepada pengkhianatan.

Menyamar. Menyamar. Aku perlu menyamar. Aku perlu kembali pada diri aku yang sebenar. Kata hatinya berkata. Dia merenung dinding di hadapannya. Wajah Raihanah dan bekas kekasihnya terlayar di dinding itu melalui mata khayalannya.

Heartless, untouchable and unpredictable.

Aku akan kembali.

Dan itu... tekad Haiydar.

Tak nak cakap banyak. Cuma nak kata, plot twist dah mula. Hehehehe. Tekalah apa benda plot twist yang jadi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro