Bab 18 (Tony)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2010

Aku masuk ke dalam perpustakaan untuk menelaah. Peperiksaan pertengahan tahun akan berlangsung tak lama lagi jadi untuk mengelakkan aku dibebel oleh Mama, aku ikutkan saja aktiviti aku hari itu dengan study di situ.

Minggu itu adalah minggu PB Bebas. Kau nak pulang bermalam boleh dan kalau kau tak nak pun boleh. In my case, Mama on call dan duduk berdua di rumah dengan Papa hanya menambahkan awkwardness antara kami berdua jadi nope. Aku memilih untuk tinggal di sini saja weekend itu.

"Antonio, tak pinjam buku ke minggu ni?" Librarian, Puan Hana menegur aku yang sedang tekun membaca di situ.

"Tak kut, Puan. Test dah nak dekat."

"Bagus awak ni. Saya tengok tak pernah jemu awak datang sini."

"Okey apa. Lagipun ada aircond. Sejuk sikit saya nak study daripada dalam bilik."

"Eloklah macam tu. Ni kejap lagi tengahari, saya nak pergi makan. Awak jaga library boleh ya?"

"Boleh, Puan. Terima kasih."

"Terima kasih pada awak jugak, Antonio."

Dia berlalu pergi. Aku kembali menghadap buku aku.

Aku terpandang ke pintu masuk ketika aku perasan seseorang masuk ke dalam perpustakaan itu. Jantung aku berderau seketika sebelum aku perasan yang ianya bukan dia. Tapi aku tetap kenal siapa orangnya itu.

"Tony! Ada kau kat sini?"

"Ada je. Kau tak balik ke weekend ni?"

"Malaslah. Jauhlah Singapore tu. Rumah Daddy aku pulak, hmm tak kut."

"I see... eh duduklah." Aku memelawanya duduk. Dah namanya classmate, angkuhnya aku untuk menolak dia macam tu.

"Thanks!" Dia menarik kerusi di depan aku dan duduk tanpa rasa segannya. Aku memberikan senyuman padanya.

"Kau tak ikut Hasbi balik pulak?"

"Dia tak ajak. Ada family affair kut."

Aku memandang sekeliling kalau-kalau dia ada berdekatan. Dia yang kita semua tahu siapa yang aku maksudkan.

Mereka kembar tapi aku tak pernah nampak mereka berdekatan. Seriously, aku tak tahu apa berlaku antara mereka berdua sampaikan kalau mereka katakan yang mereka ialah dua orang berbeza pun, I would buy that. Anyone simply would buy that.

"Kau pandang apa?" Caught red-handed.

"Pandang apa?" Aku cuba cover line walaupun sangatlah dumb cara nak cover tu.

"Yalah dari tadi dok terpandang sana sini. Tu yang aku tanya tu."

"Oh, takde apalah. Saja je. Nak pandang kau kena bayar ke?"

"Hisy kau ni! Tulah pelik sangat perangai, orang pun takut nak dekat."

Aku hanya memberikan senyuman kepadanya. Better be that way kut. Aku tak suka orang tahu sangat pasal aku. Aku pun famous dalam kalangan budak perempuan sebab dorang taste kat Papa aku.

"Sam, nak tanya?" Aku membuka mukadimahnya.

"Apa dia?"

"Kau dengan kembar kau memang tak rapat sangat eh?"

"Kenapa? I mean, apa yang buat kau tertanya tu?"

"Takdelah. Kau kenal senior kita Azril dengan Azlan kan? Dorang tu memang isi dengan kuku even kembar tak seiras pun tapi kau tengoklah dorang punya rapat tu macam mana. Aku taklah fikir lain cumanya..."

"Alah, dah memang aku dengan Syahid tu two different persons. Get that we just can't happen to be close. Is that too hard to understand?"

"Aku tanya je."

Kani berdua menukar tajuk perbualan kepada sesuatu yang lebih menarik. Tiada lagi isu kembar-kembar dibicarakan. Aku pun satu kenapa busybody sangat.

Tiga jam kemudian, aku balik ke bilik. Aku lalu di hadapan biliknya dan aku nampak seliparnya tiada di situ. Jam menunjukkan pukul empat setengah petang. Mungkin dia di padang or gim kut.

Aku masuk ke bilik dan roommate aku tiada. Alangkah syurga dunianya bilik itu apabila dia tiada dan hanya aku di bilik itu. Dan alangkah nerakanya bilik itu apabila dia membawa geng-geng dia datang ke bilik itu.

Aku membuka tingkap dan bilik aku itu menghadap ke padang. Di situ, aku ternampak seseorang sedang mengimbang bola seorang diri.

Ya, dia. Melihat saja dia dari tingkat tiga bilik aku ini sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum. Kalaulah mata ini sebuah kamera, sudah aku rakamkan setiap aksinya dan aku jadikan sebuah video yang akan aku tengok setiap kali aku ingin tidur.

Aku terlentok di dinding memandang dia. Menahan rasa di dalam hati. Menahan perasaan yang semakin hari semakin membuku dan saban hari, ianya tak pernah berkurang.

Aku kemudiannya menutup tirai dan berbaring di atas katil.

Teringat aku beberapa bulan lepas ketika gosip itu berlalu bagai api sekitar SEBESTES. Memang sangat liar gosip itu sampaikan cikgu-cikgu pun tahu. Kononnya dia itu gay.

Tak tahu dari mana gosip itu boleh muncul tapi ianya hangat tiga hari pertama sahaja. Selepas itu, cerita itu terus tenggelam tapi impaknya, aku jarang nampak dia berteman. Dan kalau ada pun, budak kelas dia saja.

Tapi arakian itu pun, aku tak pernah kisah. Bagi aku, kalau betul pun sekali berita itu, dia takkan pernah pandang aku. Kalau betul pun berita itu, aku tahu dia punya taste bukanlah orang macam aku. In whatever circumstances apalah yang kami ini akan ditakdirkan bersama.

Berangannya kau Tony.

Aku tak tahu bilanya aku terlelap tapi ketika aku terbangun, ianya hampir Maghrib. Tubuhku juga sudah mula rasa berlengas and all jadinya adalah bagusnya kalau aku pergi mandi. Malaysia ni dahlah panas dengan penghuninya lagi yang penuh dosa. Panas panas panas!

Aku ambil tuala dan sangkutkan ke bahuku yang tak berlapik. Aku pandang badan aku di cermin dan aku terfikir lagi sekali. Sesuatu yang memurungkan.

I might be 14 but yes, I do feel depressed. Ada Papa yang orang masih tergilakan despite dah hampir 40 tahun memang sesuatu yang sukar. Kalau aku tak dibandingkan pun, aku yang akn membandingkan sendiri.

Sudahlah Tony, apa kata kau pergi mandi?!

Ketika hendak mandi, sekali lagi aku lalu di hadapan biliknya. Aku nampak seliparnya tiada. Mungkin dia ke tandas agaknya or maybe he just go somewhere. Entahlah, aku pun tak tahu sama ada dia cam aku ke tidak.

Sampai di tandas, aku membasuh muka di singki. Orang belum ramai lagi jadi adalah masa aku nak spend depan cermin ni.

Habis saja aku bilas muka aku, aku terpandang seseorang di sebelah aku. Dia berdiri tegak, sedang menggosok gigi dan sebelah tangannya diangkat diletakkan ke belakang kepala. Aku terbeliak kejap biji mata.

Dia meludahkan ubat giginya itu sebelum tersenyum memandang aku. Aku terus rasa susah nak bernafas. He is wet, only with towel and rambut dia pun tengah wet messy.

"Antonio kan? Classmate Samson?"

Aku hanya mampu mengangguk. Kau nak aku react macam mana aku pun dah nak putus nyawa time tu?!

Dia ambil toiletries dia dan meninggalkan tandas. Sempat dia menepuk bahu aku dua kali sebelum pergi.

Aku pun terus masuk ke bilik air namun aku tak turn onkan shower lagi. Sebaliknya aku bersandar di dinding dan akalku menerawang. Indahnya dilamun cinta. Beginikah dilamun asmara? Aku mengalirkan air mata. Bukan air mata kesedihan. Ianya air mata keharuan dan kegembiraan.

Syahid Zachariah, I love you. I love you so much...
-----------

Ya memang dah 50 votes before this tapi saja nak update lambat. ITULAH YANG DANIEL RASA OKEY BILA KORANG TAK NAK VOTE LELAJU HAHAHAHAHAHA.

Tapi jangan risau, lepas ni kalau dapat 50 votes, Daniel akan cepat tulis chapter baru.

Anyway, kita semua pernah ada di tempat Tony kan? Longing for something we can't have. Cuba share pengalaman korang pulak...

Stay tuned!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro