Bab 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2012

Hari itu, jujurnya aku tak mahu bangun daripada tidur. Rasa nak baring saja atas katil dalam bilik.

Tapi no! Ini sekolah berasrama jadi dalam angan-angan kau sajalah yang kau boleh nak skip sekolah sesuka hati. Aku pun dengan beratnya hati dan sanubari yang galau, aku pun bangun, pergi mandi dan sarapan di Dewan Makan.

Aku nampak budak yang belasah aku semalam, seorang daripadanya. Dia duduk meja depan aku dalam Dewan Makan. Memandang aku, dia menikus sahaja. Tanpa geng dia, dia ni ayam je pada mata aku. Badan dia pun kecik je so aku syak dia yang sepak muka aku semalam dengan kaki tiang dia tu.

Ketika aku sedang berjalan keluar dari Dewan Makan itu, dia berlari mengejar aku dan menahan aku di luar DM.

"Wey Syahid, kau jangan bagitau sesiapa pulak pasal semalam tu?"

"Kalau aku tak nak?"

"Janganlah! Cikgu Zikry nak cari siapa yang lanyak kau sekarang. Kau nak sangat ke satu sekolah pulaukan kau?"

"Bukankah memang korang dah buat benda tu pun selama ni? Apalah sangat. Sorrylah korang semua budak lelaki terancam bila girlfriend korang suka kat aku."

"Aduhyai kau ni! Dahlah! Gimamposlah kau!"

Aku melihat dia berlalu pergi. Tak, aku tak ada niat pun nak snitch pasal dia. Pada aku, dia tak salah. Dia cuma bodoh. Hidup bertuhankan duit. Memang aku tak nafikan yang ramai je budak sekolah ni sanggup buat apa saja demi duit. Yang melacur sesama sendiri pun ada. Kau duduk asrama so basically sexual desire kau constraint. Kau pernah tengok kucing nak mengawan? Manusia boleh jadi lagi teruk daripada tu.

Semasa waktu rehat, aku memilih untuk duduk di dalam kelas sahaja. Malas aku hendak pergi ke kantin. Lapar pun tidak dan sakit di kepala masih ada. Lagipun tadi sempat aku beli roti kat koperasi.

"You!" Anggerik mengetuk mejaku sederhana kuat. Aku mengangkat muka malas. "Why don't you tell me?!"

"Because I don't want you to get worried?"

"And what if I got worried?!"

"Well then this happened." Aku masih tak mengangkat muka.

"Syahid, look. Everyone is talking about it now which I don't know why you didn't even to think about it when you were hit. Kuat sangat ke dorang belasah you sampai hilang semua you punya common sense?!"

Mendengarkan itu, aku naik berang. Tapi, aku gentleman. I don't yell at woman. I don't do that. Despite Daddy bercerai dengan Mommy, not once aku dengar Daddy tinggikan suara pada Mommy.

"Anggerik, I want a breakup." Aku mengungkapkannya dalam nada paling monotonous pernah orang sebutkan dalam sejarah breakup manusia.

Dia terkucam. Dia mengundur beberapa langkah dengan muka yang kosong tapi riaknya terkejut. Aku masih duduk di tempatku.

"Syahid..."

"Anggerik, all this time you said you were worrying about me but no, you were worrying about yourself. So, might as well we just ended it. Senang. No one's gonna blame you for whatever happened to me. Bukankah tu yang you nakkan sangat?"

"Syahid, you salah faham. That's not what I meant."

"Anggerik, I wanted to fix the condition. I always do but I don't know, I penat. I tak tahu if semua ni still akan worth it ke tak? If you wanna go, go. I takkan pernah halang pun, Anggerik. It's your life now. I sakit hati tengok you dengan Leno all this time..."

"So you want to drag Leno now in this narrative?!" Dia memintas aku.

"Can you let me finish my sentence? Anggerik, I manusia tau. I might be a bad person but I'm a human, Anggerik."

"Syah..."

"You can rest now. You don't have to be my babysitter anymore."

"Syahid, I'm sorry if that hurts you in a way..."

"I don't mind if it's hurting me. Thing is, you will hate me more if this continues. Aku tak nak kena benci dengan orang yang once claimed dia sayang kat aku."

"Syah, I love you..."

"Then leave me. I'm a disturbed soul. Kalau sekarang pun kau dah susah nak terima kadang-kadang then pergi jelah."

Kau rasa aku boleh fokus lagi ke dalam kelas selepas itu? Tahniah, korang salah.

So, petang itu, berbekalkan kemesraan yang baru nak berputik antara aku dan Cikgu Zikry, aku melobi kepadanya untuk lepak di dalamnya. Alang itu, dapat aku bercerita dengannya serba sedikit.

"Kenapa? Korang cute together kut?" Itu responnya terhadap cerita aku seterusnya berikrar atas sumpah perguruannya untuk tidak memberitahu Anggerik apa-apa. Aku pun gunakan benefit of a doubt untuk percayakan dia.

Itu bukanlah reaksi pertama yang aku dapat daripada sesiapa tentang hubungan kami. But the again, looks can be deceiving. Just kerana we look good doesn't mean we are actually good.

Malam itu, hampir tiada komunikasi berlaku antara aku dan Tony. Aku tahu yang dia dah tahu. Sebab itu dia diamkan saja. Macam mana dia tahu? Aku kan Syahid Zachariah. People hate me but invest their time to know about me.

Aku pun, lepas settle gosok baju, terus aku baring tapi tak nak tidur pun. Dah puas tidur dalam kelas masa prep malam tadi ni.

"Kau yakin kau buat benda betul?" Aku dengar suaranya menyapa dari katilnya.

"Benda apa?"

"Break dengan Anggerik." That's rhyming.

"Kalau salah pun kenapa?"

"Kau dah habis fikir ke?"

Sebenarnya, decision tu tadi I have to admit that it's a repulsive one. Imagine of terpaksa buat keputusan less than a minute because kau nak selamatkan diri kau dan keadaan semasa. Mesti korang pernah buat benda yang sama kan?

"Kau bukan suka aku ke? Kenapa kau nak kena kisah pasal aku break dengan Anggerik? Bukan kau patutnya lagi suka ke?"

"Syah, aku bukan heartless, okay? Ya, aku kinda disagree kau dengan dia tambah lagi lepas apa yang kau cerita dia dengan Leno tu. Tapi aku nak kau tengok kau happy dengan dia jugak."

"Tony, stop tipu diri kau boleh tak?" Aku terus bangun duduk memandang dia. Dia yang sudah membuka cermin matanya terpempan melihat aku sebegitu. "Kau cakap benda tu bukan sebab kau nak aku bahagia. Kau cakap benda tu sebab kau nak rasa yang kau suka tengok aku bahagia walau bukan dengan kau."

"Syah..."

"Tony, aku dah lama tahu kau suka aku. Aku cuma tak nak cakap je sebab aku nak kau bagitau aku sendiri. Well, apparently you did. Cumanya boleh tak jangan tipu diri sendiri? Kau ingat aku suka ke tengok member aku macam ni?"

Dia terdiam. Aku menyambung lagi, "Tony, let me be clear. Sometimes I wish you are a girl so I can date you instead."

Dia mengangkat mukanya memandang aku. Kemudian dia tersenyum sinis. "What if I'll be the first guy you ever dated?"

"Huh?!"
--------------

Sorry lambat update! Been busy this past few days. As you see on my IG (kalau follow), I just submitted my FYP hardbound. So yeah sebab tu lambat.

Macam biasa 50 votes and do drop some comments guys. Janganlah senyap jurrh!!!

Stay tuned!

Eh by the way, I have posted a new teen drama thriller BL tajuknya The Unknown. Jangan risau, cerita Bahasa Melayu. Sila pergi jengah ya okay bye sayang korang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro