Bab 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

2012

Ada hari yang kau rasakan hidup kau malang. Bagi aku, ianya hari ini.

Malam tadi, Tony tidur di bilik lain sebab currently dia ada join satu event amende entah jadi dia tidur budak event tu. Aku pun dalam kesenduan tidurlah seorang diri.

Keesokkan harinya, aku tergerak hati nak Subuh dekat surau. Adalah satu miracle untuk seorang Syahid Zachariah turun Subuh di surau ya.

Pagi itu, aku rasa tenang sangat. Mungkin dah lama dahi ni tak cecah sejadah, jadi ada sedikit perasaan tenang dan lega dalam diri. Masalah itu ada tapi aku rasa somewhat ketenangan dalam memikirkannya.

Cuma aku perasan ada beberapa pasang mata memandang aku atas bawah ketika aku masuk saja ke dalam surau. Tapi yalah, aku kan semua orang menyampah. Nak buat macam mana lagi.

Dan aku tak tahu kenapa, semasa lepas Subuh, aku rasa semua orang pandang aku macam aku baru buat silap. Ianya diterukkan lagi dengan pengumuman yang dibuat oleh Hasbi.

"Guys, just nak cakap jelah kat sini yang kalau korang tahu reputation korang memang dah teruk, cubalah jangan drag orang lain sekali dalam masalah kau tu."

Aku pandang tepat muka dia dan aku nampak dia cuba untuk tidak memandang aku. Aku memanjangkan leher mencari Samson tapi dia tidak kelihatan. Begitu juga dengan Tony. Aku tak nampak langsung mereka di situ.

"Wey seriuslah dia jual nama bapak budak tu?" Aku terdengar budak tingkatan dua berbual dengan kawannya. Aku mencuri dengar. "Sendiri jual badan, sendiri jaja cerita."

It can't be. It can't possibly be.

"Tapi kau tengok jelah dia tu. Semua orang nak dia. Aku dengar Ustazah Aina tu pun sebenarnya syok dekat dia weh."

Kaki aku lembik mengharapkan mereka tidak berbicara tentang aku. Dengan langkah yang longlai, aku bawa kaki aku ke tapak perhimpunan. Mata-mata mereka masih fokus kepadaku dengan 1001 jenis pandangan macam aku baru lepas bunuh 1000 orang.

Semasa perhimpunan pun, aku masih mencari Tony tapi dia tiada di situ. Aku mulai naik hairan dengan apa yang berlaku pagi ini. Aku pandang pentas tapi Cikgu Zikry turut tiada di situ menambahkan kegusaran hati aku. Janganlah sesuatu yang aku tak inginkan berlaku, berlaku.

Di dalam kelas, Leno tidak mengacau aku sebaliknya dia banyak membuat kerja sendiri. Aku juga tidak rasa hendak busybody bertanya apa-apa kepada dia.

Hari aku yang dah sedia teruk itu diterukkan lagi dengan seorang pelajar tingkatan satu datang ke kelas aku dan memberi salam kepada Cikgu Hanim.

"Syahid Zachariah, sila pergi ke bilik disiplin sekarang juga."

A part of me macam dah tahu bala apa akan menimpa dan a part of aku lagi kalau boleh tak nak tahu apakah balanya itu. Aku rela tak tahu apakah ianya sebab aku tahu things would not be as good as it is. Dan dari luar bilik disiplin, aku tahu ianya memang haru malang bagi aku.

And just about aku nak buka pintu bilik itu, Hasbi keluar dari bilik disiplin dan terpandang saja aku, dia tersenyum sinis kepadaku.

"Goodluck, jantan sundal."

"Ini kerja kau lagi ke, Hasbi babi?"

"Well, this time around, Samson tak terlibat. Aku terdengar and I just feel that Tony patut tahu pasal ni."

Aku terus mengerling ke dalam bilik disiplin dan aku nampak Uncle Adam, Tony dan juga Samson di dalamnya bersama Cikgu Zikry dan Cikgu Rosli, guru disiplin.

"Apa dosa aku kat kau, Hasbi?"

"Entahlah. Memang kau tu wujud pun dah menyakitkan hati aku. Nanti jelah kita borak eh. Itupun kalau kau tak kena buang sekolah. Fitnah bapak member boleh tahan besar jugak dia punya tuduhan tu."

Aku terus menolaknya dan masuk ke dalam bilik disiplin itu. Tony menggerakkan matanya sedikit, Samson langsung tidak mengangkat muka manakala Uncle Tony boleh berkalih memandang aku dengan gaya seperti tidak apa yang berlaku.

"Duduk, Syahid." Cikgu Rosli memberi arahan dan aku mengambil tempat duduk di sebelah Samson membuatkan dia beralih menjauh sedikit daripada aku. "Awak dah tahu kenapa awak ada kat sini?

Aku mengangguk.

"Betul ke tuduhan itu?" Soalan Cikgu Rosli itu membuatkan ketiga-tiga mereka yang aku sebutkan tadi terus beralih memandang aku.

Aku angguk. Aku dapat rasakan kepanasan muka Samson sampai ke muka aku. Tak tahulah itu panas muka ke hati.

"Awak ada apa-apa bukti?"

Aku menggeleng. Sempat aku jeling Uncle Adam yang aku nampak chill saja sebagai seorang perogol.

"Habis tu awak tahu kan awak tak boleh buat sebarang dakwaan tanpa sebarang bukti?"

"That wasn't a dakwaan, that is just me telling my side of story which I know no one gonna believe because teachers in this school are incompetent in doing their job preventing bullies."

"SYAH!" Samson menepuk peha aku.

"Syahid..." Cikgu Rosli masih bertenang. "Awak tak boleh buat tindakan melulu. Kalau betul apa yang awak ceritakan pada Cikgu Zikry itu, kenapa awak tak ceritakan pada kami dahulu atau straight to the police?"

"Kenapa saya tak buat macam tu? Kalau cikgu pun tak percaya saya, apa buat cikgu fikir polis akan percaya saya?"

"Syahid, Encik Adam sendiri mengaku yang awak sering berpakaian mencolok mata di rumahnya sepertinya awak yang menggoda beliau..."

"What!? Kenapa apa yang saya pakai pun boleh jadi isu sekarang ni? Saya peliklah. Kenapa orang yang sebarkan berita ni tak ada dalam bilik ni dengan saya sekarang instead saya yang kena tuduh beriya sekarang? Siapa yang mangsa sekarang?"

"Syahid, saya masih berlembut. Awak patut bersyukur kembar awak dan Encik Adam tak nak libatkan parents awak dan polis dalam hal ini. Kalau awak masih dengan biadap awak, saya tak teragak-agak..."

"Buang saya? By all means go ahead. Silalah buang saya kalau betul saya ni memang mendatangkan malu sedangkan saya yang sebenarnya teraniaya. Ya, saya pakai shorts dengan singlet saja masa benda tu jadi. Memang asking for it kan? Kalau sekadar saya dipanggil ni untuk dipersalahkan, go aheadlah buang saya."

Cikgu Rosli terdiam. Dia tidak menyambung apa-apa lagi.

"Cikgu, if it doesn't bother you, boleh tak saya minta diri dulu? Seems like the discussion is going nowhere towards the ending. Saya maafkan dia walaupun dia nampaknya berkeras dengan tuduhan dia tu. Kita tutup sajalah kes ni. Saya tak nak kes begini mengganggu studies anak saya di sini. Budak-budak, after all." Uncle Adam masih dengan nada tak bersalahnya dan aku tak tahulah kenapa, Cikgu Rosli okey saja.

Dan kalau korang rasa disaster aku berakhir di situ, korang salah. Salah gila!
——————

As I explained on my wall, I am very busy with my internship and basically my real life, hence update memang too slow. Trust me, I've been writing to yalls jugak. Don't easily spurt words out as if I have no feelings. Daniel tulis sini tak ada bayaran ya so to be honest, tak wajib pun for me to keep update.

Sorry rant because some of yalls can be very rude and disrespectful kat comments and DMs. And to all my loyal readers, thank you so much.

Enjoy this chapter!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro