Lepak Weeks | END

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Akhirnyaaaa
Akhirnyaaaaaaaa
Akhirnyaaaaaaaaaaaa

Jap. Nak ambik tisu. *sretttt sretttt*


➖➖➖➖➖➖➖➖➖
🌹 TERIMA KASIH 🌹
➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Apalagi mampu saya ucapkan selain dari perkataan klise ni tapi percayalah saya betul-betul maksudkan walaupun korang cuma vote satu bab atau komen sepatah perkataan.

Saya tahu, TERIMA KASIH sahaja tak cukup. Tanpa korang buku ni takkan jadi tempat melepak yang happening! Jadi...
JENG JENG JENG

Dari tiga penerima hadiah penghargaan, saya up kepada beberapa kategori lain. Maknanya akan ada lebih dari tiga orang yang dapat hadiah fizikal dari kami. Ada yang dah dapat pun hadiah tu haha
Syhhhhhhhh~ tapi ada juga yang tak tahu lagi dia tercalon.

➖➖➖➖➖➖
31 OGOS 2021
➖➖➖➖➖➖
Jika tiada aral melintang menyendeng, kami akan umumkan kesemua penerima penghargaan tu pada tarikh ni.
Saya tak sebut 'pemenang' sebab bagi saya tiada siapa yang kalah atau menang dalam buku ni. Cuma asbab untuk saya berkongsi positivity aura dan rezeki.

Jujurlah kan, awal-awal buku ni saya mention hadiah mungkin akan lewat diberikan sampai ke bulan Disember. Sedih pulak rasa macam tak yakin dengan rezeki Allah sebab seminggu sebelum buat buku ni saya betul-betul rasa lost, rindu kawan-kawan dan keluarga. Lepas tu, dah nak dekat setahun tak kerja. Akaun bank nak cecah tiga angka pun susah.

Tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni pos makanan kat saya. Kecik je makanan tu, besar makna pada saya. Gula-gula batu, gula-gula telur dan chocojar.  Semua gula-gula ni kenangan waktu kitorang sekolah rendah dan zaman study dulu

Waktu dapat tu rasa terharu tu macam sampai ke bulan. Inilah alasan saya putuskan untuk buat buku ni, nak ajak lepak dan dalam masa yang sama nak share rasa gembira bila dapat parcel dari orang lain. Excited lain macam time bukak tu haha 😂 macam dapat cabutan bertuah

Lepas dua atau tiga hari saya buat buku ni, terus dapat job kali pertama untuk tahun ni 😭 rasa terharunya Allah balas balik. Takkan miskin kalau kita memberi. Sebab tu dapat pos beberapa parcel lebih awal dan sebab tu juga saya tak aktif sangat balas komen korang tapi InshaAllah akan saya baca satu-satu.

Tapi kan, please please please korang yang tak terima hadiah dari sini, jangan sedih please please please. Saya cuma dapat tambah kategori tapi tak dapat nak bagi semua.

Jadi saya dah sepakat dengan awan_awan yang inshaAllah buku ni akan diteruskan mungkin seminggu atau dua minggu atau sebulan sekali, kita akan adakan aktiviti lagi. Harap korang simpan buku ni dalam library untuk next update jika umur kita masih ada.

Walaupun tak terima hadiah tapi harap korang dapat sesuatu yang baik dari sini.

Tapikan... tak tahulah kalau Minmin Awan sudi lagi jadi minmin. Dah la dia je sibuk sana sini dalam buku ni 🥲 sorry awans.


- MINMIN AWAN -

Eh? Dah habis dah ke?

Alaaa... Belum puas melepak merapu, dah habis dah sesi lepak kita. Tapi tempoh melepak dan berborak selama seminggu ni, sesuatu yang awan sangat gembira untuk raikan.

Dari lepak dan borak nilah, awan dapat ramai kawan baru yang sama minat. Boleh bersambung bersiri - siri bercerita tentang penulisan, tentang pengalaman dan kegemaran.

Terima kasih pemilik a.k.a founder (glamor sikit ek 🤭) Lepak, Zen, yang sudi ajak awan memeriah dan meriuhkan suasana, melihat buku ini berkembang dari draft sehinggalah mendapat sambutan luarbiasa (baca dengan gaya seorang pemimpin) dan terima kasih kepada peserta-peserta Lepak's yang happening tanpa kalian apalah ertinya LEPAK.

Sekian 🍓💃🏼

DENGAN INI SECARA RASMINYA BUKU LEPAK VIRTUAL BATCH 1 TAMAT.

Tunggu keputusan final esok 🤫


Pening anjing liar tunggu depan pagar,
Camne nak keluar 🥲
Zen,
30.08.2021
09.30pm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro