5. Flying Without Wings

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEROJA ESBURN


WAJAH HAMPA Seroja dipandang. Mereka tersekat di motel kecil itu. Jalan masuk ke Amber Hills sudah ditutup dan polis berkawal di sana sini. Bila ditanya tiada seorang pun yang menjawab pertanyaan mereka.

"Ayah takkan apa-apa," Seroja menyentuh bahu Lisa yang termenung jauh. Wajah Lisa mirip Tom bahkan warna matanya sangat berbeza dengan warna matanya.

Lisa melempar senyum. Masih kekok duduk berduaan dengan Seroja. Dipandang anak mata hitam pekat milik Seroja.

"Macamana ibu boleh berjumpa ayah?"

Seroja bersandar di kepala katil. "Ibu tahu ada sesuatu yang tidak kena bila lelaki yang ibu kenal dari kecil tak berubah langsung walaupun ibu dah dewasa."

Lisa memandang Seroja dengan kerutan di dahi.

"1 tahun usia mereka sama dengan 5 tahun usia kita," jelas Seroja.

"Auch, itu menyeksakan." Lisa menggeleng perlahan. "Jadi, kiranya baru 3 tahun lebih dia jadi ayah Lisa. Kalau macam tu, berapa usia ayah yang sebenar?"

Seroja memandang Lisa seketika. Diraih tangan Lisa dalam genggamannya.

"Lisa pernah belajar tentang Pertempuran Bulge?"

"Konflik Perang Dunia Kedua?"

Seroja mengangguk.

"Merekalah antara 2,114 orang yang hilang dalam pertempuran tu. Mereka di..." Seroja mencari-cari istilah yang sesuai.

"Hmm... dijangkiti dalam serangan werewolf, bertukar menjadi werewolf dan mereka terpaksa menghabiskan sisa hidup mereka di dalam hutan. Dari situlah Amber Hills mula dibuka."

"Ayah kata ibu hampir mati sebab ayah."

Seroja tersenyum pahit. Mengenang episod lalu bukanlah satu perkara yang mudah namun sudah tiba masanya untuk Lisa mengetahui semuanya.

"Ibu mengandungkan Lisa. Disebabkan ibu manusia biasa, ianya bukan sesuatu yang mudah. Kesihatan ibu mula merosot dan Tom, dia merasa kesal tentang itu. Hendrick memberi pilihan. Samada menunggu Lisa dilahirkan dan ibu akan mati atau gugurkan Lisa. Satu malam kami bertengkar kerana Tom nak ibu gugurkan Lisa." Seroja memandang anak mata Lisa.

"Lisa faham. Bukannya sebab ayah tak sayangkan Lisa tapi sebab ayah cintakan ibu."

Seroja mengangguk lembut. Bersyukur kerana Lisa tidak tersinggung dengan cerita itu.

"Lepas kami bertengkar, Tom larikan diri ke dalam hutan. Ibu kejar dia. Malangnya malam itu dia bertukar. Tom tak kenal ibu. Dengan perasaan yang berkecamuk, dia serang ibu." Air mata mula mengalir di pipi. Seluar kirinya diangkat tinggi. Wajah Lisa berubah melihat kaki palsu di situ. Patutlah dia melihat Seroja berjalan agak kekok. Tubuh Seroja dirangkul dan kepalanya disandarkan ke bahu ibunya itu.

"Mereka ada 3 kategori. Jadian yang berubah tapi masih berfikiran sama seperti asalnya dan boleh bercakap bahasa manusia. Ini Alpha dan Beta. Kedua, Gamma dan Delta. Masih mempunyai ingatan manusia tapi tidak boleh berbicara. Satu lagi, kategori Epsilon. Bila mereka berubah, mereka menjadi serigala sejati yang bertindak dalam posisi kawanan. Tom adalah Epsilon. Jadi ibu tak salahkan dia bila dia serang ibu. Sebab itulah Tom memaksa ibu pergi tinggalkan pekan, tinggalkan Lisa."

Lisa tunduk menahan sebak. Rupanya Tom menanggung sesuatu yang amat berat sendirian. Dia mesti mencari Tom!

MALAM PEKAT. Cekap kakinya melangkah melewati garis tanah di dalam hutan. Kelebihan fizikal dan pengalaman hidup dari kecil menjadikan dia mampu melepasi barisan kawalan polis. Dia terpaksa tinggalkan Seroja selepas meminta keizinan dari ibunya itu. Matanya yang tidak memakai kanta lekap menjadikan pandangannya lebih tajam dari biasa.

'Lisa datang, ayah!'

Langkahnya terhenti saat melihat Woods Cabin musnah di hadapan mata. Bau darah menyesakkan deria bau. Nafasnya menjadi laju. Segera dia masuk kembali ke dalam hutan, mengikut jejak yang tertinggal.

"Hah!" Lisa terundur ke belakang dan terduduk di atas tanah. Terkejut melihat lelaki misteri tempoh hari tiba-tiba berada di dalam laluannya. Seekor serigala turut ada di sisi, memandang dia dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dia tahu itu serigala biasa kerana werewolf saiznya berganda lebih besar dari itu

Tangan lelaki itu bergerak menurunkan kerudung yang melindungi kepalanya. Terserlah matanya yang berwarna kelabu bercahaya.

"Lisa Esburn."

Sekali lagi namanya meniti di bibir misteri itu. Lisa bangkit dengan pandangan yang tajam. Dia berpaling untuk pergi. Tiada masa untuk berlama-lama di situ. Nama Tom bergema di dalam hatinya.

"Kau tak patut campur urusan mereka."

Langkahnya terhenti. Ekor matanya memandang lelaki itu yang tidak beriak wajahnya. Tidak peduli dengan kewujudan lelaki itu, Lisa terus berlari ke arah bunyi hiruk pikuk yang semakin jelas kedengaran.

Di hadapan matanya kini pemandangan dahsyat di mana-mana. 2 kawanan werewolf yang berbeza sedang bertarung hebat. Lolongan dan deraman menjadikan suasana cukup menakutkan. Matanya melilau tajam mencari Tom.

"Kau mati, kawanan dan tempat ini jadi milik aku!" Satu werewolf yang lebih besar dari yang lainnya bersuara kasar.

"Tidak, Desmond! Sejak dari peperangan meletus, kalian adalah pendatang di tempat kami! Sekalipun aku mati berkali-kali, kami tak akan tunduk pada jadian Fenrir Greyback, si hamba hingusan Death Eater!" balas Hendrick. Dia menerkam Desmond, Germany Alpha yang lebih besar darinya. Mereka bergelut hebat sebelum Hendrick tercampak mengenai batang pokok yang besar.

Dalam keadaan yang semakin meruncing, tiba-tiba seekor serigala lain menerkam Desmond, menghalangnya dari terus mencederakan Hendrick yang mula lemah.

Lisa merenung tajam. Itu ayahnya, Tom! Lemah kakinya melihat Tom dicakar berkali-kali sebelum tubuhnya diangkat tinggi dan dicampak bersebelahan dengan Hendrick.

"Nampaknya kau ada Espilon yang baik dan setia. Pasti seronok kalau dia ada dalam kawanan aku," Desmond menyeringai menunjukkan barisan taring yang tajam. Namun belum sempat dia berbuat apa-apa, kepalanya terteleng ke sisi apabila Lisa membaling dahan kayu patah padanya.

Suasana bertukar menjadi sepi sekelip mata. Memandang anak manusia berdiri di hadapan Germany Alpha menghalangnya dari menyentuh Tom dan Hendrick. Nafasnya tenang dengan renungan mata yang tajam.

"Menarik. Nampaknya kawanan kau ada Omicron. Anak manusia dan werewolf namun bukan jadian. Malah berani pula." Desmond ketawa sinis. Teruja melihat Omicron yang sangat jarang ada dalam kawanan werewolf. Dia tahu, gadis itu pasti berharga.

"Lisa! Kamu buat apa di sini? Pergi!" Hendrick menderam marah namun luka pada rusuk menyukarkan dia untuk bangun.

"Tiada siapa boleh sakiti ayah," balas Lisa sambil memandang anak mata Tom yang masih terdampar dengan nafas yang lemah. Ada rasa sebak bermukim di dada mengenangkan di waktu itu Tom tidak mengenalinya.

Desmond melolong dengan lolongan paling menyeramkan pernah dia dengar namun sedikit pun dia tidak berundur. Entah bagaimana dia merasakan ada sesuatu yang mengalir dalam segenap urat nadinya apabila memandang Desmond. Kedua tangannya digenggam kuat.

"Arghh!" Sekelip mata Lisa menerkam Desmond. Werewolf itu terundur ke belakang menahan diri dari tercampak jauh. Terkejut dengan kekuatan gadis Omicron itu. Bahunya berdarah dicederakan Lisa. Dia menderam hebat.

Hendrick berdiri dibantu Alex. Mereka semua memandang Lisa dengan rasa terperanjat.

"Lisa, berundur!" Albert yang turut berada di situ bertempik melihat kemarahan Desmond namun Lisa bagaikan 'hilang'. Matanya langsung tidak berkelip memandang Desmond. Seolah-olah tenggelam dalam dunianya sendiri. Tubuhnya direndahnya layak gayanya seperti seekor serigala.

Serentak mereka menerpa ke hadapan, menghasilkan pertembungan ganas. Entah bagaimana, Desmond menghempas tubuh itu ke tanah dan menggigit lengan Lisa. Raungan kuat kedengaran.

Hendrick dan seluruh kawanannya tergamam. Samada Lisa mati dibumuj Desmond atau terselamat tetapi dijangkiti darah werewolf Desmond. Mereka cuba membantu namun semuanya tercedera dikalahkan kawanan Germany itu. Biarpun bilangan mereka tidak jauh beza namun saiz dan kekuatan Germany lebih hebat dari mereka.

Dalam masa yang sama, Lisa licik meloloskan diri menahan kesakitan. Tangan kirinya menggeletar hebat mengalirkan darah hangat. Pantas berpusing dan mengilas Desmond sebelum menendang kuat rusuk werewolf yang besar itu. Ranting besar di tanah dicapai sebelum dia memanjat belakang tubuh besar Desmond yang tersungkur di atas tanah.

"Mati!" Suara Lisa bergema di segenap hutan. Kayu di tangan dibenamkan ke belakang tubuh Desmond menembusi jantungnya. Ditekan lagi sehingga terbenam sepenuhnya. Desmond tersentak dan meraung keras hingga tercampak Lisa ke tanah. Germany Alpha itu menderam dan meraung berulang kali sebelum tersembam jatuh mencium tanah. Darah keluar membuak-buak dari lukanya.

"Alpha dah mati!" Satu suara kedengaran memecah sepi. Suasana kembali menjadi huru hara. Lisa bagaikan tersedar dari mimpi. Nafasnya laju memandang kedua tangannya yang diselaputi darah pekat. Lengan kirinya dipagut erat. Terasa ada sesuatu bagai meratah-ratah segenap urat tangannya. Tidak sedar suaranya menderam layaknya serigala. Nafas laju menghasilkan asap nipis yang menghilang di udara. Namanya dipanggil bersahut-sahutan namun seakan tenggelam dengan bunyi yang nyaring di dalam kepalanya.

Lisa mencengkam kepalanya dengan kuat sebelum rebah ke tanah.

Kawanan Germany Alpha menyalak dan menderam sebelum menghilangkan diri di dalam kegelapan hutan. Dalam keadaan huru hara begitu, Tom perlahan-lahan berubah menjadi manusia semula. Sisi tubuhnya ditekap, menahan darah yang terus mengalir dari luka yang terbuka. Dia yakin dia melihat Lisa dalam pertarungan tadi. Tertatih-tatih dia menuju ke arah tempat Lisa terdampar.

"Lisa! Lisa!" Kedengaran suara Albert melaung keras. Anna yang sedang membantu Hendrick untuk berdiri turut berkalih pandang apabila Lisa tidak kelihatan di tempat terakhir dia dilihat.

"Cepat dapatkan Lisa! Ikat tangan kirinya. Segera!"

"Lisa hilang!"

"Apa?!"

"Tadi dia ada di sini, kan?"

"Tiada. Lisa tiada!"

"Jejak dia hilang. Baunya sudah lenyap!"

"Mustahil!"

Tom hanya mampu mendengar rakan-rakannya saling bertingkah sebelum dia rebah ke tanah.

*

DESMOND
Germany Alpha
Berdarah Fenrir Greyback Hamba Death Eater

*

Nota : Klise?

Flizwn 🍃

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro