24- [College]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Flashback

"Saya nak break". Aku menunduk. Cuba untuk mengumpul kekuatan. Dah nak dekat 5 tahun bercinta dengan dia, harini baru aku rasa nak ditinggalkan. Ada sebabnya.

"Kenapa?". Harini barulah reaction dia besar sikit. Biasanya, heh.

"Saya cuma nak awak tinggalkan saya, Shahmi".

"Jangan buat lawak, Sofeah". Dia kembali serius. Buku di tangan, digenggam erat.

"Saya tak buat lawak. Kita putus ya? Saya penat dengan semua ni". Ujar aku lagi. Cukup kuat menahan segala rasa.

"At least, bagitahu saya kenapa, Sofeah. Kenapa Sofeah nak tinggalkan saya?". Tangannya tergerak ingin memegang kedua tangan ku namun keadaan tidak mengizinkan.

"Saya akan bagitahu umi untuk batalkan perkahwinan ki--".

"Bagitahu saya kenapa, Sofeah". Suaranya tidak menengking namun sedikit meninggi.

"Ni. Apa semua ni". Aku membuka telefon ku dan pergi ke bahagian voice note di Whatsapp.

Butang play ditekan.

"Nak balik hotel dulu atau rumah I?".
"Hm, rumah you la! Boleh kan? You sayang I kan?".
"Iya, sayang".

Butang pause ditekan. Telefon digenggam kuat.

"Sofeah period ke harini?". Shahmi tergelak sambik dia ajukan soalannya itu.

Japjap, bagi aku loading jap soalan dia.

"Lapar?".

"Tak! Eee boleh tak serius sikit?".

"Bosan eh dapat tunang macam saya?". Kalini, dia ajukan soalan yang sudah lari 100%--tak mungkin 200% daripada topik asal.

"Ha?".

"Jom? Pergi makan". Tengok tu! Selalu aje tanya soalan lepastu kalau orang tak faham, dia tak nak terangkan.

"Taknak, saya nak gaduh. Awak belum jelaskan apa-apa lagi pasal audio tu. Saya pergi dulu". Baru lah dia terpinga-pinga dengan muka selenga (terengganu slang) dia tu bila tengok aku yang dah menjauh daripada pandangannya.

🦋

Hari sukaneka kolej,

"Okay! Game kalini setiap daripada anda semua memerlukan pasangan! Siapa nak datang ke depan, mewakili pasangan pertama?". Ucap pengacara majlis yang sedang memegang mic di tengah-tengah lapangan itu.

"Qur, kau dengan aku eh?". Pinta aku kepada Qur, kawan kolej ku itu.

"Eh, aku dengan Syazwan. Sorry dho Sha". Ceh! Itu lah orang ada pakwe, terus lupa kawan. Dah la pakwe dia tu, bestie Si Shahmi, tunang aku tu.

"Kau la dengan aku Icha. Boleh ta--". Yang tak sempat tanya lagi, tangannya sudah disambut oleh suami kesayangan dan dibawa pergi (diorang kahwin awal hehe). Maka, tinggal lah aku sorang-sorang dekat tepi ni.

"Hai pasangan saya". Perlahan sahaja suara tu menyapa.

Dia yang segak berpakaian sukan itu menunduk gaya-gaya putera raja tatkala tiada yang melihat. Aku hanya menjelingnya sekilas sebelum melemparkan pandangan ke arah manusia-manusia lain.

"Sofeah?". Dia masih lagi tidak berputus asa. Dia duduk bersila di hadapan aku. Matanya mencari cara untuk menatap wajah ku.

"Hm". Sepatah aku balas. Masih geram dengan dia sebab taknak jelaskan apa-apa.

"Sayang...". Yang ni, dia guna suara paling perlahan. Punya lah taknak kasi orang nampak yang Shahmi Si Beku ni sweet sebenarnya.

"Nak apa?". Baru lah aku renung mata dia guna nata malas aku.

"Jadi pasangan saya, Sofeah".

"Kalau taknak?".

"Lonely lah Sofeah. Sedar diri tu sikit, takde orang nak jadi pasangan Sofeah selain saya". Auch! Pandai dah sekarang ni eh mengata aku! Eee menciii!

"Kenapa la eh saya setuju nak kahwin dengan awak bila umi masuk melamar dulu? Menyesal pun ada ni". Dia gurau kasar, aku gurau kasar juga. Padan muka!

"Bising, Sofeah". Dia jeling aku sekilas sebelum berdiri. Anak matanya seolah-olah menyuruh aku untuk mengikutinya juga.

"Ish! Suka paksa orang kan?".

Dia angguk.

"Benci!".

"Cepat-cepat, satu pasangan lagi!". Ucap pengacara majlis itu sekali lagi.

"Come here, my ugly Sofeah".

🦋

Sorry, banyak pula chapters flashback.
Lepasni, back to the present, okay?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro