35

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Budak mana ni, Shahmi?". Soal aku apabila ternampak Shahmi masuk ke dalam rumah sambil memimpin seorang budak lelaki.

"Hai, makcik. Nama kita Idris. Kita--". Tak sempat Shahmi nak jawab, budak yang namanya Idris tu dah jawab dulu. Aku runcingkan mataku memandangnya kerana...

"Hey, kenapa panggil kita makcik? Saya muda lagi lah". Aju aku, tidak puas hati lalu kedengaran suara Shahmi tertawa kecil. Suka la tu dapat gelakkan aku!

"Dia Idris. Anak kawan saya. Dia suruh saya jaga. Malam ni dia datang ambil". Terang Shahmi sambil menyuruh Idris untuk duduk di atas sofa yang tersedia di ruang tamu rumah kami itu.

"Asal Shahmi pulak kena jaga?".

Bukannya nak jawab soalan aku, malahan dia hanya mengangkat bahu lalu mengambil tempat di tepi Idris. Membiarkan aku berdiri sorang-sorang dekat depan mereka tu. Idris sibuk sedang menonton sesuatu di iPad miliknya manakala Shahmi sedang memejamkan matanya. Dia...

... tak tegur pun aku...

Biasanya kalau balik kerja, dia akan peluk dan cium dahi aku. Ini? Takde pun. Ini yang aku nak terasa ni.

'Hm tkpela, penat sangat kut'.
'Tapi...'.

Tapi biasanya, tak kira penat macam mana pun dia, mesti dia akan greet aku dulu setiap kali balik kerja lepastu baru lah dia akan baring. Itupun dia akan baring dekat aku. Tapi ni...

'Takpela...'.

"Takpela Shahmi. Saya masuk dapur dulu. Awak nak kopi kan?". Dia hanya mengangguk kecil. Ish la, tak perasan ke suara aku yang tengah nak merajuk ni? Geram betul la!

"Okay...". Sayu sahaja suara aku.

"Makcik okay ke tak ni?". Apabila Idris menyoal sebegitu, barulah Shahmi membuka mata.

"Okay lah. Asal tak okay pulak?". Soal aku balik. Kira dah jawab lah tu kan soalan dia?

"Sofeah...". Seru Shahmi perlahan.

"Ape?".

"Sini kejap". Dia tepuk-tepuk tempat duduk kosong di sebelahnya. Ha baru sedar lah tu silap sendiri. Maleh aku.

"Takpela. Saya nak pergi dapur". Dan saat itu juga aku dapat dengar dia mengeluh perlahan.

'Aku sensitif sangat ke?'.

🦋

"Terima kasih Shahmi sebab tolong jagakan Idris". Ha memang. Tak payah nak terima kasih sangat la. Sebab anak kau ni, aku kena palau dengan suami sendiri. Heh! Marah ni marah. Tambah marah lagi bila aku tahu yang kawan Shahmi ni, janda. Kau rasa? Cemburu lah aku.

"Sama-sama". Shahmi tersenyum nipis. Sebelah tangannya memeluk pinggang ku. Mengada!

"Terima kasih juga, Sof--".

"Ayesha". Potong aku sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya. Suka hati je nak panggil aku 'Sofeah'. Itu nama panggilan untuk Shahmi je okay?

Tak, asal aku posesif sangat ni? Astagfirullahalazim. Padahal dia tak buat apa-apa pun.

"Ayesha, right. Kalau macam tu, saya balik dulu lah ya?".

"Idris balik dulu ya, makcik. Pakcik Shahmi". Budak kecil yang boleh tahan comel itu menyalami tangan ku.

Setelah hilang sahaja bayangan mereka dua beranak itu daripada retina mata kami berdua, terus aku tutup pintu. Tapi, baru je aku nak berjalan meninggalkan kawasan itu, Shahmi terlebih dahulu mengunci aku ke pintu itu. Faham tak? Like, he put both of his hands on my sides.

"Apeni?".

"Dengan budak 6 tahun pun Sofeah nak cemburu ke?". Soalnya sambil tertawa kecil.

"Mana ada!".

"Ada".

"Takde".

"Ada".

"Takdela!".

"Im sorry, my Sofeah". Tiba-tiba sahaja dia meminta maaf.

"Why?".

"Saya tahu Sofeah marahkan saya sebab lebihkan Idris tadi. Saya tahu Sofeah marahkan saya sebab saya tak greet Sofeah dulu masa balik kerja tadi. Im so so sorry, sayang". Dia memeluk badanku, erat.

"Sampai hati awak kan?". Dah mula lah perangai cengeng mak buyung aku tu.

"Maafkan saya ya, Sofeah? Saya penat sangat tadi sampai terlupa". Dia mengusap perlahan kepala ku.

"Jangan lah nangis, sayang". Bicaranya lagi.

"Sob... Sob... Sebagai balasan, awak kena bawa saya keluar makan dekat CU Mart sekarang".

"Sekarang?". Dia melepaskan pelukannya dan bertanya.

"Yup".

"Then you will forgive me?". Aku mengangguk.

"Alright, lets go".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro