37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Shahmi! Nak tu! Nak tu!". Aku ni dah terlompat-lompat macam kera dah bila ternampak satu-satunya donut berperisa strawberry glazed yang ada di dalam rak kaca bakeri itu.

"Okay". Tanpa banyak bicara, suami aku tu tinggalkan aku dekat luar dan pergi masuk bakeri tu sorang-sorang. Ni mesti sebab ramai orang ni lepastu dia taknak aku bersesak-sesak. Tak pelik pun sebab Shahmi memang macam tu semenjak aku mengandung ni.

Dan aku pun menunggu dengan penuh kesabaran di luar bakeri itu sambil memakan aiskrim yang juga berperisa strawberi sambil duduk di salah satu bangku di luar.

Entah la. Harini macam craving nak makan semua benda yang berperisa strawberi. Lagi-lagi donut tu! Bersinar-sinar mata aku masa pertama kali nampak donut tu. Rasa macam ughhh nak jugakkkk!

Lebih kurang lima minit kemudian, Shahmi kembali duduk di sebelah ku dengan tangan kosong. Aik?

"Mana donut saya, Shahmi?". Tanya ku, tak ada niat pun nak marah sebenarnya.

"Tadi ada budak menangis-nangis nak. So, saya biar dia yang beli". HUH.... HUH....

HUH....

HOW COULD HEEEE?

Fuh, okay sabar sabar.

"Tapi kan saya yang nampak dulu. Saya yang mintak dengan awak dulu".

Shahmi menarik nafas panjang. Okay, dia sedang bersedia untuk memujuk aku yang sedang nak marah ni.

"Yela, tapi budak tu-".

"Kenapa awak kena kisah pasal budak tu pulak?".

"Sofeah...". Dia cuba untuk memegang kedua-dua tangan ku tapi aku tepis.

"Kan saya dah cakap saya nak, saya nak la". Bentak ku. Tidak terlalu kuat, cukup untuk dia sahaja dengar.

"Hei, jangan la macam ni. Macam budak-budak sangat ni kenapa? Kita boleh beli-".

"Tak sama! Macam budak-budak awka cakap? Awak ingat saya makan untuk saya je ke? Im eating for our children too. Kenapa awak kena kisah tentang anak orang lain pulak?".

Kerana tersedar yang dia sudah tersilap cakap, tangannya naik memegang pipi ku.

"Sofeah, saya minta m-".

"Saya nak balik". Ujar ku sebaris. Malas dah nak bergaduh depan-depan bakeri orang ni.

"Jangan lah macam ni, sayang". Ceh! Panggil orang 'sayang', ingat orang nak cair dengan mudah ke?

"Saya. Nak. Balik."

"Okay then".

🦋

Daripada tadi aku belum makan lagi. Sarapan tak makan. Makan tengahari pun tak makan. Dah lah harini hari cuti. Memang lapar lah. Tapi tak kira! Aku nak mogok.

Ya. Disebabkan kejadian semalam.

"Sofeah, makan?". Shahmi tiba-tiba datang lalu duduk di sebelah ku di sofa itu.

"Taknak".

"I promise you, harini saya pergi beli donut tu okay?". Dia masih lagi dalam fasa memujuk. Makin mengandung ni, makin susah nak pujuk.

"Tak sama. Budak-budak ni nak semalam, bukan nak harini".

Shahmi tergelak mendengar aku memanggil diri sendiri 'budak-budak'.

"Anak ayah, boleh tak tolong cakap dengan ibu sesuatu. Cakap dekat ibu, jangan la merajuk lama-lama. Ayah rindu. Semalam pun ayah tidur tak peluk ibu tau". Dia merendahkan badannya dan membaringkan kepalanya ke riba ku dengan menghadap ke arah perut ku. Posisi tidur kegemarannya.

"Cakap dekat ibu lagi, nanti ayah janji ayah belikan donut strawberi ibu tu. Cakap dekat ibu jugak yang ayah minta maaf sebab ayah kata perangai ibu macam 'budak-budak' semalam. Ayah lupa, ibu bawa baby dalam perut ni. Walaupun perangai dah memang macam budak-budak daripada dulu lagi, ayah tak sepatutnya cakap macam tu kan?".

" Eee, nak pujuk tu. Pujuk la betul-betul! Apa guna anak kita pulak". Aku jeling dia. Tubuh ku dipeluk.

'Anak kita'.

"Forgive me, okay sayang? Hm?". Kedua tangannya memeluk pinggang ku.

"Hm".

"Serius?".

"Yela. Nanti kan-".

Ding, dong!

Bunyi loceng rumah ditekan itu menbuatkan kata-kata terpotong. Terus Shahmi bangun daripada pembaringannya dan mengajak aku untuk membuka pintu.

Dan apabila pintu itu dibuka... jelas terpampang Idris, Aisy dan ibu si Idris tu. YUP, AISY HAIKAL. Musuh ketat aku zaman sekolah dulu!

"Buat apa kat sini?". Tanya aku, sombong. Ya, aku memang tak suka si lelaki itu.

"Makcik... Jangan la garang-garang. Ni Idris ada bawakan donut strawberi untuk makcik. Mummy yang buatkan sebab pakcik cakap makcik nak makan". Idris si kecil itu berbicara.

"Huh?".

"Macam ni, Ayesha... Semalam Shahmi ada call Aisy, minta tolong untuk saya buatkan donut strawberi sebab katanya isteri comel dia ni merajuk. Dia nak buat sendiri, takut terbakar dapur tu. Jadi, dia suruh la saya buat". Terang si ibu pula.

"Japjap, apa kaitan awak dengan Aisy si sengkek ni?".

"Hei!". Aisy tak puas hati aku panggil dia 'sengkek'. Shahmi di belakang hanya mampu menggelengkan kepala.

"Oh, lupa nak bagitahu. Aisy ni suami saya. Masa korang tolong jagakan Idris haritu, saya pergi fitting baju kahwin dengan Aisy. Maaf la haritu majlis tak jemput, buat kecil kecil je dulu. Nanti majlis sambut menantu, Insyaallah kami jemput ya?". OH LAAAA! SI AISY HAIKAL NI KAHWIN DENGAN JANDA MUDA MELETOPS NI RUPANYAAA! Faham!

" Oh... Macam tu... ". Kan dah tak pasal pasal bersangka buruk haritu.

" Ni ambil lah ni, makcik. Ikhlas daripada kami bertiga". Kotak yang mengandungi kira-kira 9 biji donut itu dihulurkan oleh Idris.

Lalu aku capai. Orang dah bagi, memang TAK LA aku nak tolak.

"Terima kasih, Idris. Malika, Aisy". Aku sebut nama 'Aisy' tu dengan nada tak berapa nak ikhlas sebenarnya.

"Sama-sama, Ayesha. Kami pergi dulu ya? Nak balik kampung".

"Okay okay, thanks bro". Ucap Shahmi kepada Aisy sambil bersalaman.

"No problem".

Setelah hilang bayangan kereta mereka daripada kawasan rumah kami tu, terus Shahmi berbunyi,

"Happy now?".

"Hehe, thanks Shahmi". Aku cium pipi dia sekali dan berlari anak masuk ke dalam rumah. Meninggalkan dia terpaku di hadapan pintu itu.

🦋

Shahmi and Sofeah comeback!
Hope you like it!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro