5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Shahmi! Good morning! Macam mana tidur awak semalam?". Aku tersenyum manis kepada suami aku yang sentiasa nampak macam tak larat itu sambil menghidangkan mi goreng.

Dia hanya angkat jari: 👌🏻 sahaja. Heh!

"Awak kerja sampai pukul berapa harini?".

"8".

"Malam?".

Dia angguk.

Senyuman ku mulai memudar dan Shahmi perasan akan perubahan itu. He knows his wife doesn't like to be alone.

Kami pun duduk di meja makan untuk menikmati sarapan pagi.

5 minit lepastu, dia pun tanya...

"Sofeah ada kelas tak harini?". Ya, kitorang memang sama umur. Tapi dia dah ada kerja tetap, a doctor. Tapi, aku belum. Dah pernah kerja sebagai kerani, lepastu aku ambil keputusan untuk sambung Master in Computer Science.

"Takde. Kenapa Shahmi? Nak bawa saya pergi dating ke?".

"Diam la. Habiskan makanan tu". Dia tonyoh lembut pipi aku yang sedikit gembul itu.

"Shahmi jahat!".

🦋

"Shahmi taknak hantar saya ke? Malas lah nak drive harini". Aku merengek sambil peluk lengan kiri dia.

Dia geleng.

"Tak kesiankan saya ke?".

"Tak".

"Okay Shahmi, okay".

Lepas je aku baiki sikit tali leher dia, dia pun angkat sikit dagu aku guna jari telunjuk dia.

"Maaf sebab tak dapat hantar. Drive safe. Jangan lupa makan, solat zohor. Duit belanja kalau tak cukup, minta dengan saya. Call saya kalau ada apa-apa. Paling penting, jangan tidur dalam kelas, Sofeah". Dia usap lembut kepala aku.

"Okay!".

"Saya pergi dulu". Dia hulur tangan dia.

Aku sambut.

"Hati-hati Shahmi".

"Hm".

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro