8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jejak je kaki dekat kampung, Shahmi teruskan kerutkan dahi dia sambil tengok aku.

"Kenapa?".

Matanya dialihkan ke arah selipar-selipar yang memenuhi ruangan hadapan rumah ku itu.

"Oh ini? Kan saya dah cakap semalam, adik saya buah aqiqah dia punya anak. Sebab tu la saya ajak awak balik kampung. Tak dengar la tu saya cakap semalam". Aku mencebikkan mulut ku.

"Sofeah cakap masa saya tengah tidur. Mana nak dengar". Perlahan sahaja dia berkata.

"Salah saya ke?".

"Iya".

"EEEE Shahmi ni kan!". Aku hempuk dia punya lengan, marah la kononnya. Hakikatnya, memang aku yang salah.

Pastu dia tinggal aku yang masih terkial-kial nak buka sneakers yang aku pakai tu.

"Shahmi! Tunggu la! Eeee asal tak boleh buka ni?". Boleh pulak tali kasut tu nak main-main dengan aku eh? Hempuk karang!

"Lepas".

"Ha?".

"Lepas tali tu". Perlahan dia berkata sambil tangannya membuka ikatan tali kasut yang masih tersarung di kaki ku itu.

"Terima kasih, Shahmi!".

"Naik cepat, ibu dah tunggu". Dia gosok kepala aku sekali sebelum mendaki tangga rumah kayu itu, meninggalkan aku sendiri di situ.

🦋

"Comelnya Baby Aqish". Quratul Balqis. Nama bayi yang baru aje lahir itu, anak kepada adik aku. Anak kedua dia.

"Shahmi, comel kan dia?". Shahmi usap-usap pipi bayi yang sedang tertidur di dalam dukungan ku itu.

Shahmi hanya mengangguk sambil tersenyum.

Ketika ini, kami sedang berkumpul ramai-ramai di ruang tamu. Ada keluarga aku, makcik-makcik a.k.a jiran dan anak-anak dara diorang YANG SIBUK DUK TENUNG LAKI AKU dan macam-macam lagi jenis manusia. Aqiqah kan? Mesti mak aku jemput ramai orang.

"Anak Ain ke ni, Timah?". Mak Cik Su bertanya kepada ibu ku.

"Haah. Anak kedua Ain". Ain tu pula adik aku.

"Ini, bila nak ada anak? Adik dia dah dua dah pun anak". Ini mulut longkang Mak Cik Nora. Walaupun dia berbisik, aku masih lagi boleh dengar kata-kata dia tu.

"Haah. Dia taknak ada anak ke eh?". Sambung Hasanah pula a.k.a sepupu paling busy body.

"Entah la. Ke dia man--". Belum sempat Mak Cik Nora nak sambung bisikan dia tu, aku hulur Aqish kepada ibunya dan berura-ura mahu pergi.

"Sofeah nak pergi mana?". Shahmi tanya aku, perlahan.

"Nak makan. Saya lapar". Air mata aku tahan. Tak nak bagi satu rumah tu nampak yang aku tengah nak nangis. Siapa je tak terasa kan?

"Saya teman?".

"Tak payah". Aku buang tangan Shahmi yang memegang pergelangan tangan ku itu dan berlalu pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro