BAB 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PORCHE 911 yang meluncur masuk ke perkarangan resident yang terletak di Damansara. Dua orang jejaka yang tampan lagi bergaya keluar dari perut kereta berwarna silver keluaran terbaharu. Sempat salah seorang dari mereka membetulkan rambut di cermin kereta.

          “Kau dah telefon dia ke?” soal lelaki yang memakai topi berwarna hitam.

          “Beribu kali aku call, tapi tak jawab. Terbungkang lagilah tu atas katil,” omel rakannya sambil menggosok rambut ke belakang.

          “Aku kacak kan? Luth sentiasa kacak. Mantap!”

          “Ha. Ha. Ha. Puih! Kacak tahi kucing kau! Dah jom naik atas. Panas aku berdiri kat luar ni.”

          Luth menjeling Akif yang berjalan di hadapan dengan tajam. “Dengkilah tu. Muka macam tenuk.” Luth mengomel sambil membuat mimik muka.

          “Aku tak pekak. Kalau aku tenuk, kau atuk tenuk.” Pantas Akif menaiki lif diikuti dengan Luth yang sudah cemberut. Punat 20 ditekan iaitu tingkat yang paling teratas sekali di bangunan ini. Kad kunci VIP dikeluarkan lalu scan di pintu.

          Luth berlari di ruang tamu yang luas itu lalu menghempas punggungnya ke atas sofa yang sungguh empuk. Akif pula menutup pintu dan mencari figura rakannya yang tinggal disini.

          “Tidur lagi ke?” soal Akif seorang diri lalu masuk ke ruang dapur untuk mengambil minuman.

          “Bro, ambilkan air untuk aku juga!” Laung Luth dari ruang tamu.

          Akif berdecit. Macam mana si tenuk tu boleh nampak dia masuk ke ruang dapur. Menyusahkan betul. Terus satu gelas diambil dan tuang jus oren yang sudah tersedia ada di dalam peti sejuk itu.

          “Riz! Bangun!” jerit Akif sambil menonton televisyen movie Cinderella I yang ditayang di siaran HBO. Ah, ni semua Luth punya otak. Harap saja umur mencecah 26 tahun namun otak masih kartun.

          “Kau ni, tahulah dia bangun nanti. Cuba kau rileks sikit.” Luth memyumbat snek ke dalam mulutnya. Kadang tersengih kadang termarah melihat kartun yang sudah lama itu.

          “Macam mana aku nak rileks? Semalam satu hari dia berkurung, kononnya cinta mati sangat dengan perempuan tu. Sibuk terkejar-kejar orang yang tak suka dia.” Berang Akif dibuatnya apabila sahabatnya yang satu itu masih meletakkan harapan pada seseorang yang langsung tidak notis kewujudannya.

          Pap!

         “Kau kutuk aku ke?” Satu soalan dilemparkan setelah satu bantal segi empat sama selamat mendarat pada wajah Akif. Rizyan jelas baru selesai mandi dengan rambutnya yang masih basah itu.

          “Aku tak kutuk, Cuma aku menyampah. Sampai bila kau sibuk nak kejar perempuan yang sama?” Sejak zaman universiti lagi sahabatnya iaitu Rizyan sibuk mengejar cinta sehingga sanggup bertahan bertahun lamanya. Rizyan menyandarkan kepalanya pada kepala sofa.

          “Kutuk dengan menyampah tu bukan sama ke?” Luth menyampuk namun tidak sampai sesaat satu bantal sudah mendarat pada wajahnya.

          “Kau diam.”

          Luth mengejek Akif lalu perhatiannya kembali pada kaca televisyen. Layam Cinderella lebih baik dari hadap sahabatnya itu. Akif pula hanya menjeling sekilas.

          “Kau tak perlu risau pasal akulah.” Rizyan meneguk segelas air kosong.

          “Kau sampai bila nak suka perempuan tu?”

          “Sampai bila-bila. Kau tak faham perasaan cinta tu sebab kau…” Rizyan menilik Akif dari atas hingga ke bawah berkali-kali. “Hati beku!” Serentak Rizyan dan Luth berkata lalu ketawa bersama. Akif sudah menayang muka dinginnya.

          Benar kata Rizyan, Akif susah untuk mencintai seorang perempuan kerana baginya biarlah jodoh itu hadir sendiri dengan izin Allah. Namun bagaimana dia mahu terima seorang peremouan dalam hidupnya jika dia sering menolak kehadiran perempuan dalam hidupnya?

          “Sudahlah. Alah kau tu, baru kenal Zerra tak sampai sebulan dah jatuh cinta.”

          “Itu namanya… cinta pandang pertama. Kau apa tahu?” Rizyan masih membela topik cintanya. Perkenalan dia dengan Zerra sebulan yang lepas di universiti membuatkan dia mula jatuh cinta pandang pertama. Zerra ialah seorang pelajar yang popular di universiti kerana kecantikkannya walaupun baru saja pindah masuk ke univeraiti itu.

          “Ceh, cinta pandang pertama konon. Dari kau sibuk angaukan dia baik kau sibuk siapkan assignment and fokus dapatkan dekan untuk sem kali ni. Jangan sebabkan seorang perempuan, kau dah abaikan pelajaran kau.” Akif masih dalam mode membebelnya.

          Luth naik menyampah dengar bebelan dari Akif, perkara yang sama diulangnya. Tidak cukupkah setiap sem mereka tersenarai dalam dekan? “Kau ni cuba chill. Tak perlu nak serius sangat boleh tak? Kalau kau benci perempuan sekalipun, tak perlulah nak halang aku. This is my life, bro. Aku ada hak untuk cintakan seseorang. And, i will make sure that Zerra wil be mine soon.”

         “Kau orang dahlah cakap pasal ni. Nanti gaduh pula.” Luth yang sedang menonton babak Cinderella menari dengan putera terganggu dek perbalahan kecil antara rakan-rakannya itu. Cuba contohi dirinya yang sentiasa tenang dan comel. Akif memeluk bantal sofa. Rizyan pula sibuk bermain telefon pintarnya.

          “Bila kau nak pikat Zerra?” soal Luth.

          “As soon as possible.”

          “Wow! Misi memikat crush ke ni?”
          “Kinda.”

          Akif menayang wajah kosong malas mahu ulas topik crush Rizyan. Entahlah, baginya perempuan itu sama saja. Dan, yang penting istilah woman are trash’ wujud dalam kamus hidupnya.

.❀。• *₊°。 ❀°。

JAM tangan berjenama Rolex dipandang sekilas, peluh yang merenik di dahinya dilap dengan tisu. Rizyan masih menunggu kehadiran crushnya di kafeteria. Sudah menjadi rutinnya lepak di kafeteria sebelum masuk ke kelas. Luth yang sedang menjamah sandwish tuna pelik melihat Rizyan di hadapannya.

          “Kau kenapa? Nak kata kafe ni panas, ada je aircond ni. Nak kata ada matahari sebelah kau, macam mustahil je.” Kunyahan sandwish tetap diteruskan.

          “Aku tunggu dia ni. Lambat pula dia datang hari ni.” Keluhan dilepaskan. Akif yang baru saja tiba langsung tidak disapa. Akif memberi isyarat kepada Luth lalu menjeling ke arah Rizyan.

          “Hmm apa lagi? Cari crush dialah.”

          Terus Akif menayang muka bosan. Bukan dia tidak mahu menyokong dan menghalang kemahuan rakannya iaitu Rizyan namun dia tidak mahu perkara yang sama dilaluinya dahulu akan berlaku terhadap Rizyan pula. Cinta itu memang indah tapi cinta juga menyakitkan.

          “Hah tu dia!” Bersinar mata Rizyan memandang ke arah pintu kafe yang ditolak dari luar dan masuklah sekumpulan gadis namun yang paling penting Zerra menjadi tumpuan.

          “Kut ya pun kau kemaruk sangat, jangan jatuhkan maruah kita lagi-lagi kau as a top student. Buat malu je.” Luth mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Akif. Sebagai lelaki, jangan terlalu nampak desperate nak seseorang itu.

          “Tak adalah. Aku cuma tengok dia. Cantik pula dia hari ni.”

          “Biasa je aku tengok.” komen Akif. Pakaian Zerra yang memakai  fake brand dari atas hingga ke bawah. Tidaklah secantik Emma Watson mahupun Neelofa.

          Rizyan mengabaikan komen Akif, di matanya Zerra memang cukup sempurna. Tidak pernah dia suka dan jatuh cinta dengan perempuan. Selalunya hidup dia bersama keluarga dan rakan-rakannya. Kini satu nama mula memenuhi ruang di hatinya. Putri Zerra Iztiya.

          Tuah Rizyan memang sangat bagus apabila Zerra dan rakan-rakan gadis yang lain duduk di meja bersebelahan dengannya. Dapatlah Rizyan menatap wajah crushnya dengan kusyuk. Akif pula menayang muka bosan lalu membeli makanan di kaunter. Zerra yang terpandang wajah Rizyan di meja sebelah terus menyapa.

          “Hai, Riz.” Senyuman manis turut dihadiahkan buat Rizyan.

          “Hai.” Rizyan menayang wajah cool dan tenang. Habislah jatuh maruahnya sebagai seorang lelaki bila terlalu teruja di hadapan gadis pujaan hatinya. Oh, Zerra!

          Luth di hadapan Rizyan sudah tersengih macam kerang busuk. Sukalah tu crush tegur dia! Tidak mahu menganggu Rizyan, Luth membuka topik bersama Akif yang baru saja duduk bersama sandwich telur dan milo panas.

          “Kelas awak pukul berapa?” Saja Rizyan menyoal walhal dia sudah ketahui. Zerra yang baru sahaja mahu menghirup air kosong terus memandang Rizyan, “Pukul sepuluh nanti. Awak?”

          “Oh, samalah kita. Minum air kosong je ke? Tak makan?”

          “Saya tak lapar lagi. Kenapa? Awak nak belanja ke?” gurau Zerra lalu ketawa kecil.

          “Hahaha boleh je. Untuk awak semua boleh.”

          Zerra tersenyum lebar mendengar jawapan dari Rizyan. Sejak dia berada di universiti ini, seringkali dia mendapat layanan yang baik, tambahan pula dia popular di sini. Tuah badanlah katakan. Cantik itu salah satu membuat dia semakin popular lagi-lagi dalam kalangan pelajar lelaki.

          “Baiknya awak. Terima kasih.”
          Belum sempat Rizyan membalas terus ada satu suara menyampuk, “Untungnya dia, top student sudi belanja. Hahahaha.” Suara rakan Zerra iaitu Ayda membingitkan suasana. Zerra tersipu malu manakala Rizyan menayang senyuman manis. Indahnya, jika dia mampu beli hati gadis di hadapannya kini.

          “Awak belanja saya waktu lunch nanti. Sekarang saya tak lapar lagi.”

          “Yeah, sure.”







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro