BAB 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KACA mata hitam disangkut pada hidungnya, mata merenung lelaki di hadapannya dengan tajam. Sakit di hati tiada siapa dapat rasai, dengan semudah itu cintanya dipijak seperti tiada nilai. “Are you kidding me, Carl? After all we through together, you want we to break up?” Gadis itu merengus kasar.
          “Yeah. You ingat I akan setia dengan you? Haha so funny, girl. Oh come on, Rossa! You know who i am right? I have never couple more than two months.” Sinis sekali kata-kata lelaki yang sombong lagi bongkak. Namun, reaksi Rossa berbeza bertentangan dengan bayangan Carl bahawa gadis itu akan meratap akan hubungan ini sudah berakhir. Langsung tiada riak sedih pada wajah bersih itu.
          “Oh glad to hear that. Thank you for everything, Carl. And I hope I will not see you again after this. Good bye!” Rossa membawa dirinya keluar dari kawasan tasik itu. Figura Carl audah jauh di belakangnya yang masih statik berdiri disitu.
          Mengapa kita harus meratap dan merayu setelah dia buang kita sedangkan kita juga boleh buang dia dari hidup kita. “I don’t lost you but you lost me, Carl.” Terbit senyuman sinis.
          Baik saja tubuhnya sudah masuk ke dalam perut kereta, telefon pintarnya mula berdering minta dijawab dengan segera. Tanpa melihat nama si pemanggil terus Rossa menggesek punat hijau. “Hello.”
          “Hello, sister. How are you?”
          “Oh kau. Assalamualaikum, Nazmi Arhan.” Tersengih Rossa mengenakan abang tunggalnya itu. Kedengaran Arhan berdecit di hujung talian lalu menjawab salam yang diberi oleh Rossa. “Ada apa kau call aku ni?” soal Rossa.
          “Saja tanya khabar. Tak boleh ke?”
          “Boleh je. Tapi, aku tak rasa kau call aku semata-mata nak tanya khabar. Cuba kau cakap, apa benda yang kau nak sampaikan?” Rossa memperlahankan kereta apabila lampu isyarat mula bertukar merah. Arhan mendiamkan diri buat beberapa seketika sebelum Rossa mendesaknya agar menjawab peetanyaan Rossa.
         “Kau macam tak tahu je kenapa aku call kau. Of courselah sebab mama tanya pasal kau. Dia…”
         “Dia suruh aku pindah balik Malaysia?” Teka Rossa.
         “Yalah. Katanya dah lama sangat kau tak balik sini. Lagipun berapa lama kau nak duduk sana? Duduk dengan Aunty Joe tu memanglah okey tapi mama dan baba tunggu kau dah lama kat sini. Three years, kau tak balik sebab sibuk dengan assignmentlah apa.” Arhan mula membuka mulut tentang mama dan baba mereka.
          Rossa hanya diam sambil memandu, panggilan Arhan dipasang pembesar suara. “Nanti aku baliklah.” Rossa menjawab pendek dan perlahan. Masih geram dengan Carl si jantan tak guna. Walau apapun dia harus buat lelaki tu menyesal sebelum dia tinggalkan bumi New York.
          “Heh, yalah tu. Berapa kali kau cakap macam tu? Berapa kali tu jugalah aku percaya macam orang bodoh. Ni betul ke nak balik? Pindah terus?”
         “Kau ni macam mak neneklah banyak tanya. Dah lelaki tu buat macam lelaki ni tak… perangai pula macam nenek tua bangka. Cuba chill out kejap.” Rossa menggeleng kepalanya perlahan. Perangai Arhan yang mulut murai tu tak ubah macam mak cik bawang yang suka menyebarkan gosip tidak betul. Arhan membuat mimik muka, geram apabila diperli oleh adiknya.
          Rossa menghela nafas berat, “Kali ni bukan setakat balik jenguk je, aku akan pindah terus di Malaysia. Hal universiti sikit lagi aku nak kena uruskan.” Arhan tersenyum suka, “Betul? Habis itu boyfriend kau macam mana?” Hubungan Rossa dan Carl juga turut diketahui oleh abangnya, Arhan.
          “Macam mana apa? Aku dah break up.”
          “Seriously? Kenapa?”
          “Well, tabiat dia hanya couple setakat dua bulan. Aku fikir aku dapat ubah pendirian dia tapi aku silap. So, putus ajelah.” Tenang Rossa menjawab sedangkan dalam otaknya sudah ada pelbagai rencana untuk mengenakan lelaki itu semula.
          Arhan mula ingat pendirian Carl yang pernah diberitahu oleh Rossa dua bulan lalu. Fikirnya ia hanya satu gurauan namun lihatlah nasib Rossa. “Kasihan kau.” Rossa tersenyum senget.
          “Kenapa pula nak kasihankan aku? Aku tak hilang dia pun, tapi dia yang kehilangan aku. Lagipun, sebelum aku balik Malaysia nanti… aku akan pastikan dia rasa sakit.” Rossa sudah memarkir keretanya di hadapan rumah agam Aunty Joe. “Kau nak buat apa? Balas dendam?”
           “Boleh dikatakan macam tu. Tapi, aku tak kejam lagi. Saja nak main-main and create memories. Hahahaha.” Rossa keluar dari perut kereta lalu bersandar pada pintu keretanya.
          Masing-masing senyap dari berbicara, hanya mendengar nafas dihela. Rossa merenung rumah agam Aunty Joe di tengah-tengah kota New York. “Aku tahu kau sedih. I’m your brother, Rossa. Kita membesar sama-sama… semua aku tahu. Balik Malaysia kau akan lupakan semua tu and pasti kau akan jumpa orang baru. Just wait and see.” Rossa tersenyum nipis menahan rasa sebak yang bertandang di hati.
          “Aku rindu kau. Aku rindu mama dan baba,” luah Rossa perlahan.
          “So, cepat balik.”
          “Rossa? Why are you standing at outside? Come in, I already make some dessert for us.” Aunty Joe memanggil Rossa dari muka pintu rumah sambil tangan melambai-lambai agar Rossa masuk ke dalam rumah dengan segera. “Wait a minute…”
           Rossa mengambil begnya sambil mengepit telefonnya dengan bahu. “Aunty Joe dah panggil ni.” Rossa berkata sambil melangkah masuk ke dalam rumah. “Okey. Pergilah rehat. Aku pun ada kerja ni.”
           “Okey. Bye!”
           “Bye.” Talian diputuskan oleh Arhan.
           Rossa berlari anak mendapatkan Aunty Joe yang sedang menghidangkan kek cawan dan puding roti New York! Tubuh Aunty Joe dipeluk erat dari belakang, inilah salah satu tempat dia dapat melepaskan rindu kepada mamanya. Aunty Joe menjaga dirinya seperti anak kandung walhal anaknya yang lain dilayan seperti anak tiri. Rossa tersenyum sedikit apabila terkenang bagaimana Aunty Joe memarahi Julianna dan Johari nasib baik kedua adik beradik itu tidak peduli apabila ibu mereka lebih menyayangi dirinya.
          “Rossa? Are you okay?” Tangan Rossa yang melingkari pinggang Aunty Joe diusap lembut. Rossa hanya senyap mendiamkan djri tanpa menjawab soalan dari Aunty Joe.
          “Aunty buat cupcake perisa apa?” soal Rossa setelah melepaskan pelukannya. “Your favourite, coklat and red velvet.” Aunty Joe tersenyum melihat wajah Rossa yang sudah bersinar melihat kek cawan yang dibakar khas untuk anak saudaranya itu.
          “Really? Okay I want to eat them now!” Rossa menbilas tangannya di singki lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Satu kek cawan perisa coklat diambil lalu digigit. “Erm, so delicious! I love it! Thank you.” Sekejap saja kek cawan yang keempat dimasukkan kendalam perutnya.
         Aunty Joe duduk di atas kerusi lalu memanggil anak-anaknya agar turut serta makan dessert pada hari ini bersama. Julianna dan Johari dengan sepantas kilat masuk ke ruang makan lalu menyambar kek cawan dan puding roti. Aunty Joe membebel apabila anak-anak mereka seperti gelojoh. Rossa tertawa girang lagi-lagi apabila kedua adik beradik itu seakan tidak terkesan dengan bebelan Aunty Joe.
           “Aunty Joe.”
           “Yes?”
           “Do you remember what I said last week that I’ll go back to Malaysia?”
           “Yes, I do. When is your flight?”
           Julianna dan Johari mula menghadam perbualan ibu mereka dengan Rossa. “What?! Rossa you nak balik Malaysia? Why? You tak habis belajar lagi kan?” Julianna sudah mencebik. Yalah, siapa mahu bergosip dengannya dan kadangkala di universiti Rossa menemaninya ke mana sahaja.
            “I akan sambung di Malaysia.”
            “WHAT?!”

.❀。• *₊°。 ❀°。

RIZYAN tersenyum-senyum ketika memandu keretanya dan kadangkalan matanya mengerling di tempat duduk penumpang bersebelahan dengannya.Zerra yang sedang bermain telefon pintarnya terasa diperhatikan lalu memandang Rizyan. Rizyan menayang wajah tenang sambil memandu.
          “Dah kenapa senyum seorang diri? Gila eh?”
          “A little bit. Happy dapat keluar dengan awak.” Kereta yang dipandu oleh Rizyan terus masuk parkir di petak kosong di One Utama. Zerra hanya menggeleng kepalanya perlahan setelah mendengar balasan lelaki itu.
          Mereka berdua keluar dari perut kereta lalu berjalan seiring memasuki pusat beli belah itu. “Kita tengok wayang dulu eh?” Zerra hanya mengangguk sahaja mengikut segala perancangan lelaki itu.
          Setelah membeli tiket, Rizyan membuat pembayaran popcorn dan air di kaunter manakala Zerra hanya setia menanti Rizyan. “Pukul berapa movie tu start?” soal Rizyan setelah mendekati Zerra. Tiket di dalam genggaman dilihat oleh Zerra. “Pukul 2:15 petang. Ada lagi lima minit sebelum bermula,” jawab Zerra lancar.
          “Oh, kita masuk sekarang jelah. Tak lama je lagi tu.” Zerra mengangguk setuju lalu kereka berdua berjalan menuju ke pintu masuk. Pekerja yang bertugas disitu terus mengoyakkan tiket mereka dan memberi laluan.
          “The Invisible Man ni best ke?” soal Zerra polos.
          “Kita akan tahu lepas tengok nanti. Awak ni pun, tanya soalan yang saya tak tahu.” Rizyan ketawa kecil. Zerra menggaru pipinya yang tidak gatal lalu tersengih.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro