12 》 Nama manja

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara sedang duduk elok di atas terowong yang tersedia di tepi taman. Waktu petang begini memang seronok duduk sorang diri sambil layan perasaan.

"Zara!" Ucap Izz sambil duduk di sebelah Zara.

Zara yang terkejut memusingkan kepalanya. Terus saja hoodie di tarik menutupi kepalanya.

Izz? Apa benda pulak si kentot ni buat kat sini? Dah la aku tengah free hair!

"Kau rupanya... terkejut aku" ucap Zara perlahan.

"Oh! Hehehehe Sorry..." ucap Izz sambil tersengih.

Zara terus memandang tempat lain.

"Umm... Zara... Asal kau tak datang sekolah tadi?" Soal Izz perlahan.

Aduhh apa aku nak jawab ni???

"Umm... aku... ada hal sikit..." ucap Zara malas.

Izz hanya mengangguk. Tiba-tiba satu soalan muncul di kepala Zara.

"Wait! Kalau kau tahu aku tak datang tadi... kau... stalk kelas aku ea?" Soal Zara pelik.

Izz menggeleng menidakkan ayat Zara.

Sebenarnya Ya.

"Tak... tak de masa aku nak stalk kelas kau. Aku just... pelik sebab kau kan tak pernah ponteng sekolah lagi. Tu yang aku tengok kau tak de kat sekolah aku pelik" ucap Izz menipu.

Zara hanya hanya menarik mukanya.

Ye ye je kentot tu... dia tu bukan boleh percaya pun...

"Kau buat apa kat sini?" Soal Zara malas.

Izz terus memandang Zara. Wajah gadis itu masih ditutupi hoodie.

"Kenapa? Salah ke aku nak duduk sini? Lagipun ni kan tempat awam" ucap Izz.

Zara menggulingkan matanya.

"Bukan tu la... aku tanya kau kenapa datang sini?!" Soal Zara lagi.

Izz diam sebentar. Memikirkan jawapan.

"Sini kan taman. Jadi tak boleh ke aku datang taman?" Soal Izz pelik.

Zara mulai geram.

Dia faham ke tak? Ke buat-buat tak faham? Eii!! Sabar je la...

"Aku tanya kenapa kau duduk sebelah aku la kentot?! Punyalah besar taman ni sini juga tempat kau nak bersantai. Kau ni faham soalan ke tak? Eii!!! Minta kena sepak betul la" ucap Zara geram.

Izz mengangguk tanda faham akan soalan Zara.

Eh! Aku tak salah dengar kan? Dia panggil aku apa tadi?

"Kentot?! Hei! Suka hati kau je panggil aku kentot! Aku ada nama la!" Ucap Izz geram.

Suka hati mak pak dia je panggil aku kentot! Eii! Gewram kite!!!

Zara terus memandang Izz. Wajah geram Izz di tenungnya.

"Pahal?! Tak puas hati? Memang kau kentot pun kan? Lagipun aku mana tahu nama betul kau... kau pun tak cakap apa nama kau kan?" Soal Zara sinis.

Izz mencebik. Di jeling Zara yang berada disebelahnya.

Tapi betul juga alasan Zara. Aku tak bagitahu nama aku pun lagi. Dia pun aku tak tahu nama dia apa.

"Okay la.. kau menang... ergh!" Ucap Izz masam.

Zara tergelak kecil melihat wajah masam Izz.

Dia ni cute sangat la...

"So... sape nak mula dulu?" Soal Zara lembut.

Aish! Aku tak leh betul la tengok dia majuk. Kesian la...

"Kau lah" ucap Izz malas.

"Kau lelaki kan. Kau lah mula dulu" ucap Zara tak mahu mengalah.

Izz menjeling Zara.

Budak ni memang tak nak kalah kan?

"Fine! Nama aku Mohd Izz Haiqal. Panggil Izz je" ucap Izz mendatar.

"Zara Airina. Macam biasa. Call me Zara" ucap Zara perlahan.

Zara Airina? Hmm... sedap juga nama dia.

"Zara Airina? Aku rasa nama Airina tu lagi sedap dari Zara. Apa kata aku panggil kau... Airin?" Soal Izz menduga.

Zara tersentak. Pandangannya berkalih ke arah lain.

Airin? Dah lama orang tak panggil aku Airin. Yang panggil aku Airin pun... ibu aku.

Ibu... Airin rindu Ibu... dah lama Airin tunggu Ibu balik. Ibu pergi mana?

Izz pelik.

Apesal pulak minah ni diam? Aku salah cakap ke?

"Airin... kau... okay?" Soal Izz perlahan.

Zara diam. Air matanya di kesat perlahan.

Mungkin aku patut move on je kot. Aku dah besar. Tak mungkin ibu ingat aku lagi.

Pandangannya berkalih pada Izz di sebelahnya.

"Airin... okay. Thanks" ucap Zara perlahan.

Ye. Airin. Aku patut hidup sebagai Airin yang ceria macam dulu.

Izz tersenyum kecil. Akan tetapi ada sesuatu yang bermain di mindanya.

Kenapa dia pakai hoodie? Tengok kain pon dah tahu tebal macam nak pergi Kutub Utara. Dia tak tahu panas ke?

"Umm... Airin... kenapa kau pakai hoodie? Kau... luka lagi ke?" Soal Izz ingin tahu.

Ye la yang aku ingat dia pakai hoodie masa dia sakit aritu. Kot-kot dia sakit lagi ke...

Zara terdiam.

Apa aku nak cakap? Takkan aku nak cakap aku tak pakai tudung dan aku memang hidup dengan free hair?

"Aku... dah terbiasa. Lagipun... tak semua orang kat sini suka aku. That's why aku suka pakai hoodie. Orang tak cam aku sangat" ucap Zara perlahan.

Tak suka.. Zara?

"Tak suka kau? Apa maksud kau?" Soal Izz tak mengerti.

"Adalah... nanti lama-lama kau tahu la..." ucap Zara lagi.

Izz hanya mengangguk.

Tak pe lah kalau kau tak nak bagitahu aku.

Izz memandang Zara. Kelihatan gadis itu memandang ke arah kanak-kanak yang leka bermain bola.

Dia tak nampak gangster pun kat mata aku. Aku rasa dia dibuli. Ye! Dibuli oleh budak yang isap rokok aritu!

Semakin lama Izz merenung Zara, dia mula perasan sesuatu.

Airin ni... pakai tudung ke tak? Kenapa aku macam nampak ada rambut dia yang terbang-terbang keluar dari hoodie dia tu?

Zara mulai resah.

Aduhai! Janganlah tengok aku lama-lama! Aku dah la tak ikat rambut! Aduh!! Nanti dia perasan macam mana? Mahu kena tazkirah aku!

"Izz. Jangan tengok aku macam tu. Cair la aku" ucap Zara perlahan.

Izz terdiam.

Kejap! Apesal aku selalu kantoi bila tenung dia? Aduhai!!!! Malunya aku!!!

Izz terus memusingkan wajahnya ke arah lain. Malu!

Zara perasan akan perubahan wajah Izz. Ha! Mula lah perangai dia datang.

"Izz! Kau blushing ke?" Soal Zara pelik.

Izz diam. Perlahan dia menggeleng.

"Mana ada!" Ucap Izz perlahan.

"Iye ke??... kau tengok tempat mesti kau malu kan?.." soal Zara meneka.

Izz hanya diam. Warna merah di pipinya di tahan dari merebak ke seluruh wajahnya.

Zara sudah mulai tergelak.

"Aku dah agak dah! Kau mesti malu kan! Eiii!!! Kau ni comel la Izz!! HAHAHA" Ucap Zara sambil menumbuk perlahan bahu Izz.

Izz kaku. Bahunya di usap perlahan.

Tumbukannya memberi satu panahan yang melekat di hatiku. Mungkin selamanya...

Wajah Izz masih lagi memandang ke arah lain. Zara terus menarik Izz agar memandangnya. Izz tetap mengeraskan badannya.

"Woi! Tengok lah sini! Aku tahu kau malu kan aku cakap macam tu?!" Soal Zara hampir tergelak.

"Mana ada! Eish! Dah la jangan tarik-tarik aku!" Ucap Izz geram.

Zara terus melepaskan tangannya. Gelaknya meletus di situ.

"Kau blushing Izz?! Alamak ai... kau ni comel siot!! HGAHGAHGAHGA!!!" Gelak Zara kuat.

Eish! Sumpah aku benci kawan dengan minah senget ni!

"Ei! Mana ada! Kau ni dah la! Boleh diam tak?!" Soal Izz geram.

"Tak... tak boleh! Kau ni... aduhai!" Suara Zara tenggelam timbul dengan gelaknya.

Izz mencebik.

Benci betul aku! Memang sah dia ni pembuli bukan gangster sekolah! Pembuli pun tak kerek macam minah ni!

Zara yang melihat perubahan wajah Izz terus berhenti. Tawanya masih bersisa sedikit.

"Okay la... I'm sorry okay. Tapi tu la... sumpah comel kau punya blushing! Dah la kentot! Pakai speck! Comel pulak tu! Macam.... minion!! Nasib kau ni putih bukan kuning. Kalau tak memang sebijik dok!!" Ucap Zara sambil menolak perlahan bahu Izz.

Tawanya terus menghiasi suasana di situ.

Izz menjeling geram.

"Wei! Apa kata aku panggil kau minion? Kau ni sesuai la dengan nama tu! Mi-ni-on. Uish! MANTOP!" ucap Zara menyambung tawanya.

Tadi dia panggil aku kentot! Ni minion pulak. Eish! Aku yang bagi dia kat Gru nanti suruh dia buat eksperimen.

"Kau fikir aku ni perempuan ke nak ada nama comel cam tu?!" Soal Izz geram.

"Hei! Kau ingat perempuan je ke ada nama comel? Lelaki pun ada la! Nasib aku tak panggil kau baby je tadi" ucap Zara perlahan.

Sakit perutnya dapat menyakat Izz. Adehhh.

Izz menjeling geram. Dalam ayat dia terselit juga nak buatkan aku blushing. Geram je...

Belum sempat Izz membalas, sudah ada yang menyelit.

"Kak Zara! Jom la balik. Dah penat la..." ucap Adam lalu memanjat terowong yang dinaiki Zara.

Terus saja dia duduk di antara Izz dan Zara. Zara hanya mencebik saat adiknya menganggu dirinya.

"Heish! Kau ni main bola ke main guling-guling kat padang? Busuk siot mengalahkan kerbau!" Ucap Zara sambil menolak bahu Adam.

Adam menjeling. Ada je kakak dia nak perli. Tapi dia lagi geram dengan yang sebelah dia ni.

Pahal pak cik ni pandang-pandang?

"Kak Zara... sape dia ni? Kenapa dia asyik tengok kita je" ucap Adam separa berbisik.

Zara yang mendengar ayat Adam terus saja tergelak. Wajah Izz dipandangnya.

"Kalau kau nak tahu... dia ni tadi nak usha aku! Tapi tak dapat. Tu yang dia nak usha kau pulak. Mana tahu kau berkenan dengan dia ke..." ucap Zara lalu ketawa.

"Hoi! Mana ada aku nak usha kau!!" Marah Izz geram.

Zara terus berhenti ketawa saat dua orang lelaki di sebelahnya memandangnya jelik.

"Okay la... kenalkan... tu kawan aku Izz. Izz, ni adik aku. Adam Darwish. Panggil Adam je. Tapi Adam tak boleh panggil Izz, Izz. Adam kena panggil Abang Izz sebab nanti aku nak lamar dia jadi Abang Ipar kau" ucap Zara lalu menyambung tawanya.

"Hoi! Jangan ajar adik kau benda bukan-bukan la!" Ucap Izz geram.

Zara terus saja ketawa. Sehinggakan bahu Adam yang menjadi mangsa tamparanya.

"Kau tahu tak kau ni adalah orang first yang mampu buatkan kakak aku ketawa macam orang gila seumur hidup aku" bisik Adam pada Izz.

Izz kaku. Kejap! Sebelum dia tak pernah ketawa ke? Eh! Berapa umur adik dia ha?

"Seriously? Apa sebelum ni dia tak pernah ketawa?" Soal Izz pelik.

"I don't know laa... tapi aku harap apa yang dia cakap tu dia tak buat la... sebab biasanya dia cakap dia buat. Aku pun... tak nak la ada Abang ipar yang... errr muda sangat cam kau ni" ucap Adam perlahan.

Izz terdiam. Apa dia cakap dia akan buat?

Maksudnya dia nak lamar aku? Errr..... aku ... aku... tak! Tak mungkin perempuan nak lamar lelaki!

Izz dan Adam memandang Zara yang sudah tersesak nafas asyik ketawa saja.

"Woi! Dah la tu Zara! Menyampah aku tengok kau ni lelama" ucap Adam geram.

Zara terus saja berhenti. Nafas dihela panjang bagi memberi ruang untuk dadanya pulih. Air mata diseka perlahan.

"Okay la... aku stop. Cuma muka kau lah Izz tak leh blah dok! Comel sangat macam minion! Aku rasa kau ni sesuai la dengan minion. Kan minion?" Soal Zara sambil tersenyum.

"Mana ada! Kau ni tak habis-habis dengan minion!" Ucap Izz geram.

Zara tersengih kecil.

Aduhai... dia ni comel betullah bila marah.

"Ye la. Ye la. Aku stop! Dah la Adam. Jom la balik. Kesian pulak aku tengok Abang Izz kau ni blushing sebab asyik kena sakat ngan aku je.. kau pun dah busuk dah ni. Balik nanti kau terus mandi ea! Jangan kau singgah katil pulak. Aku sebat kau nanti" ugut Zara sambil turun terowong tersebut.

Adam hanya menjeling. Geram dengan kakaknya barangkali.

Izz terus saja turun dari situ juga. Dah nak gelap kan?

"Okay lah. Sorry tau kalau aku buat kau marah minion. Tapi sumpah kau comel gila tadi! Okay la... bye minion. Take care!" Ucap Zara lalu berlalu pergi dengan Adam.

"Ergh! Ye la!" Balas Izz geram.

Matanya hanya memandang saja figura Zara dan Adam berlalu. Dia mengeluh kecil dan berjalan pulang ke rumahnya.

Minion? Tch! Dia panggil aku minion? Ermm... minion tu dah la comel. Dan aku... comel?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro