39 》 mungkir janji

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zara terus masuk ke dalam rumahnya setelah pulang dari kedai. Laju saja dia berjalan ke hadapan untuk menyiapkan makan malam.

Langkahnya terhenti. Mulutnya terus terdiam.

"A.. ayah.."

Idris tersenyum. Terus saja Zara yang masih kaku di depan pintu didekatinya.

"Zara... Zara pergi mana tadi? Penat Ayah tunggu Zara tau" ucap Idris lembut.

Zara sudah kaku di situ.

Apa pula yang diminta Ayahnya kali ini? Janganlah perkara pelik lagi.

"Za... Zara keluar pergi beli barang dapur. Ayah... dah lama ke tunggu Zara?" Soal Zara perlahan.

Idris tersenyum. Zara di dekati. Rambut anaknya di elus lembut.

"Ayah ada benda nak cakap dengan Zara. Ayah harap Zara dengar cakap Ayah kali ni" ucap Idris lembut.

Zara sudah takut.

Apa benda pulak yang dirancang Ayahnya kali ini?

"A... apa dia?" Soal Zara pelik.

Senyuman sinis di carik. Wajah Zara di usap lembut.

"Zara sayang Ayah kan? Ayah nak Zara jadi macam dulu. Kita..."

"Tak boleh!"

Idris diam. Hatinya mulai panas. Pantang baginya kalau ada orang menaikkan suara dengannya.

"Kita dah janji kan dulu?! Zara cuma jadi waiter je kat situ. Tak de lebih dari tu! Zara kerja kat situ dapat duit, sekolahkan Adam dan Faris semula dan bayar semua hutang Ayah. Apa yang tak cukup lagi?!" Marah Zara pula.

Hatinya benar-benar sakit. Wajah garang Ayahnya sudah tidak menjadi ketakutan lagi.

Ayahnya benar-benar melampui batas. Idris ketap bibirnya. Terus saja wajah Zara di tampar kuat.

Plastik barangan yang di beli Zara terus terjatuh. Zara menarik nafas geram. Pipinya yang sakit di usap perlahan.

"Aku tak minta banyak pun dengan kau! Jadi perempuan simpanan, layan apa yang jantan tu nak dan bayar aku bila dapat duit. Susah sangat ke?! Lagipun kau ni kan bukan perempuan suci lagi kan? Dah pernah layan laki lain kan?" Soal Idris sinis.

Wajah Zara mulai basah.

Ini tak boleh jadi! Idris dah janji dengan dia.

"Lantaklah dengan semua benda tu! Yang penting sekarang ni Zara takkan ikut cakap Ayah lagi! Lagipun kita dah janji! Takkan Ayah tak ingat janji Ayah dulu?" Soal Zara geram.

Idris tersenyum sinis.

"Aku janji apa dengan kau?" Soal Idris menipu.

Zara tercengang. Tak mungkin Ayahnya... langsung tak ingat? Mereka sendiri yang bersetuju dan berjanji.

Atas sebab tak nak susahkan orang lain, mereka berjanji secara senyap. Hanya Zara dna Idris saja yang tahu.

"Ayah... Ayah sengaja kan?" Soal Zara keras.

Idris berdecit perlahan. Terus saja tangan membalut tubuhnya.

"Cepatlah cakap. Aku janji apa dengan kau?!" Soal Idris pula.

Zara terkesima.

"Ayah janji kan tak nak jual Zara macam dulu kalau Zara nak terus tinggal dengan Faris dan Adam. Sebagai balasan, Zara kerja kat kelab tu dan bayar semua hutang Ayah, sekolahkan Faris dengan Adam, bagi duit kat Ayah kalau Ayah minta. Bayar sewa rumah... Ayah... takkan Ayah tak ingat? Masa Zara balik aritu Zara ada janji dengan Ayah. Dan Ayah pun setuju dengan Zara" ucap Zara sedih.

Faris dan Adam yang berada di tingkat atas hanya diam. Tak sangka Kakaknya bekorban banyak untuk dia dan keluarga.

Faris menunduk. Dia memandang Adam disebelahnya. Nampak macam Adam sedikit terasa dengan kata-kata Zara.

"Adam... kita masuk bilik dulu. Biar je la Kakak dengan Ayah" ucap Faris lembut.

Adam diam. Faris menarik nafas panjang.

"Adam... kita.."

"Kak Zara nak tinggalkan kita lagi ke?" Soal Adam sedih.

Faris diam.

Tak mungkin dia mahu cerita hal yang sebenar.

"Tak de la. Adam... kita tak patut dengar perbualan orang dewasa. Jom kita masuk bilik. Kita main game okay. Abang ada..."

"Adam nak Kak Zara. Adam tak nak dia tinggalkan kita lagi" ucap Adam perlahan.

"Shuhhhh!!! Jangan nangis. Kak Zara tak tinggal kita la... kita tak patut dengar benda ni. Jom! Tahulah Kak Zara nak cakap apa dengan Ayah okay?" Soal Faris lembut.

Adam mengeluh kecil. Faris terus menarik tangan Adam agar mengikutinya.

Dia pun berharap. Berharap sangat yang dia salah dengar. Dan Zara dengan Idris hanya berlaku pertengkaran kecil seperti hari biasa saja.

Idris menghela nafas panjang. Wajah Zara ditenung lembut.

"Aku rasa kau janji dengan orang lain kot. Mana ada kau cakap macam tu. Seingat aku, aku cuma suruh kau kerja kat kelab je. Aku tak kata pun aku takkan jual kau balik" ucap Idris sinis.

Zara kecewa. Benar-benar kecewa. Sakit hatinya bila orang yang dia percaya ingkar dengan janji dia.

"Ayah tipu Zara?" Soal Zara kecewa.

Idris hanya tersenyum.

"Mana ada aku tipu kau. Kau je yang bodoh percaya. Ingat dah besar ni pandai sikit. Rupanya sama bodoh macam adik-adik kau. Mesti ikut perangai Mak engkau ni" ucap Idris selamba.

Zara teresak kecil. Sanggup Ayahnya berkata begitu. Luluh hatinya memikirkan soal itu.

Rambut Zara ditarik keras. Terus saja wajah gadis itu dipaksa memandangnya.

"Kau dengar sini ea. Kau suka atau tak, aku akan tetap hantar kau dengan jantan tu lagi. Kau takkan lari, takkan hilang, takkan terlepas sebab dia dah bayar kau" ucap Idris sinis.

Zara hanya mampu menangis kecewa. Idris melepaskan rambut Zara.

"Double. Dan aku dah ambik duit tu" ucap Idris lagi.

Zara sakit. Sakit sangat. Hatinya hancur. Sama macam dulu bila dapat tahu Ayah dia menipu dia yang menyangkakan dia diambil jadi anak angkat sebab Ayah dia tak mampu jaga dia.

"Tak..."

Wajah Idris berubah. Zara memandang sinis wajah Idris.

"Aku takkan ikut cakap kau macam dulu. Aku takkan jadi sebodoh Zara yang dulu!" Ucap Zara geram.

Idris mengetap bibir. Terus saja wajah Zara ditumbuk. Zara terjatuh mencium lantai.

"Bodoh ke pandai ke aku tetap pastikan kau sampai kat tangan jantan tu faham?!" Soal Idris kasar.

Zara hanya ketawa kecil. Wajahnya yang basah dilap kasar. Rambutnya di selak kebelakang.

"Aku pastikan rancangan kau takkan berjaya" ucap Zara sinis.

Idris terus mencengkam tangan Zara memaksa anak gadisnya bangun.

"Kau ingat ea, sekali kau lari, memang kau takkan jumpa adik kau lagi" ucap Idris lalu menarik Zara naik ke atas.

Puas Zara melawan dan akhirnya dia terpaksa akur jua. Pintu bilik Zara di buka dan ditolak Zara masuk kedalam.

Terus saja gadis itu tersembam ke lantai.

"Kalau berani, kau buat la. Aku pastikan jantan tu kurung kau lagi" ucap Idris lalu menutup pintu.

Zara teresak kecil. Terus saja dia bangun dan pintu ditarik.

Kunci?

"Woi! Bukak la pintu ni!"

"Aku kata bukak! Bukak la!"

"Ayah!"

"Ayah! Zara kata bukak la!!!"

"Ayah!"

"Ayah... Zara..."

"Zara... tak nak..."

"Zara tak sanggup lagi..."

"Ayah..."

"Tolonglah faham Zara..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro