45 》 Sakit... Aku rasakan...

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hazriz mengeluh kasar.

Budak ni memang degil tak faham bahasa kan?

Zara sudah terkaku di situ. Tangan Hazriz di pinggangnya di rungkai perlahan.

"Pahal diam? Tak kan tak kenal aku kot? Aku kan best friend kau kan?" Soal Izz sinis.

Zara menunduk. Hariz meraup kasar  wajahnya.

"Hei! Kan aku kata duduk diam-diam kan? Kau pahal ha menyibuk hal aku?" Soal Hazriz geram.

Izz menjeling sinis.

"Suka hati aku lah! Kau tak tahu apa-apa kau diam je la!" Marah Izz pula.

Hati Hazriz mulai panas.

Ei! Aku kurung dengan jantan lain jugak budak kentot ni.

"Kau Zara. Pahal diam? Dah tak kenal aku ke?" Soal Izz geram.

Zara terdiam. Takut untuk menjawab dengan Izz.

"Izz.. aku sebenarnya..."

"Sebenarnya apa? Kau memang perempuan murah kan? Kenapa kau tak mengaku je benda tu dari awal? Kenapa mesti aku yang tahu sendiri? Dan yang buatkan aku tak sangka, dengan Abang aku juga kau bersangkut kan?  Ei! Aku benci betul la perempuan macam kau ni" ucap Izz keras.

Zara sudah menghela nafas panjang.

Macam mana aku tak tahu yang Hazriz ada adik? Adik dia Izz pulak tu! Kenapa boleh ada kebetulan macam ni?

"Izz... kau sebenarnya..."

"Salah faham?" Potong Izz.

Zara diam.

"Kenapa kau tak cakap kau memang kerja macam ni? Kenapa mesti bagi kepercayaan kat aku? Aku tak faham kau la Zara Airina. Semua benda yang aku nampak kat kau... sama macam budak sekolah kita cakap. Pelacur" ucap Izz sinis.

Hazriz memegang kepalanya. Wajah Zara yang muram dipandang. Tangan Zara ditarik lembut.

Melihat Zara diam saja diperlakukan begitu membuatkan Izz panas.

Hei! Awek aku tu!

"Sayang... kita borak lain kali je eh. Sini ada pengacau la..." ucap Hazriz lembut.

Zara hanya diam. Perlahan tangannya di tarik semula.

"Okay" ucap Zara sepatah.

Rambut Zara dielus lembut. Satu kucupan hinggap di pipi Zara. Zara terus mengatur langkahnya keluar.

Melihat pintu ditutup, Hazriz segera menghampiri adiknya. Topi Izz dibuka dan dibaling ke tepi. Wajah adiknya dicengkam kuat.

"Hei! Apa masalah kau ha nak menyemak dalam hal aku? Aku kata duduk diam-diam kan? Kau pahal nak masuk campur?" Soal Hazriz kasar.

Izz mulai geram.

Dada Hazriz ditolak kuat agar tangan pada wajah Izz di lepaskan. Segera saja Izz bangun.

"Kau suruh aku diam? Kau fikir aku nak diam ke kalau kau beli budak tu? Dia tu kawan aku kot! Budak sekolah lagi la! Kau ni tak de otak ke budak sekolah pun nak rembat? Aku boleh terima kalau kau beli perempuan lain. Tapi masalahnya dia tu kawan aku!" Ucap Izz geram.

Hazriz tersenyum sinis.

"Kau fikir sini kira ke budak sekolah ke tak? Sekali masuk sini, dia kena tanggung la apa-apa risiko kalau apa-apa jadi kat dia. Lagipun duit aku dah bayar kan? Bapak dia pun setuju nak jual dia. Jadi... apa salahnya aku ambik dia? Bapak dia pun tak nak dia kan?" Soal Hazriz sinis.

Izz mulai geram. Tak sangka Abangnya berperangai begini.

"Aku nak kau lepaskan dia. Dia tu budak sekolah Hariz! Kawan aku! Kau ni.... takkan dengan budak sekolah pun kau nak? Kau tak malu ke Hariz? Kalau Mama dengan Papa tahu apa yang kau buat... dia mesti..."

Baju Izz ditarik lalu Izz dihentak ke dinding. Tajam matanya menikam anak mata adiknya.

"Kau dengar sini ea. Aku ni Abang kau. Aku lebih tua dari kau. Aku tahu apa yang aku buat! Kau tak payah nak ngajar-ngajar aku la. Lagi satu, kalau Papa dengan Mama tahu pasal tempat ni..."

Pistol dikeluarkan dan picu ditarik.

"Aku tak teragak nak bunuh kau. Kau faham tak?" Soal Hazriz lembut.

Izz diam. Bibirnya diketap kuat. Dia tahu dia lemah. Abang dia ada pistol. Dan... dia tak de apa-apa.

Perlahan Izz dilepaskan. Hazriz menyimpan kembali pistol miliknya. Topi Izz diambil lalu disua ke arah adiknya.

Izz diam. Dia cukup kecewa dengan Abangnya. Sanggup ke bunuh adik sendiri demi menjaga rahsia yang dia simpan selama ni?

Hazriz mengeluh kecil. Diusap lembut kepala Izz.

"Janganlah macam ni. Aku tahu kau takut. Tapi... selagi kau simpan rahsia aku... kau dengan kawan kau selamat. Okay?" Soal Hazriz lembut.

Izz diam. Ditolak tangan Hazriz yang berada di kepalanya. Topi dirampas kasar lalu di sarung di kepalanya.

Hazriz menghela nafas panjang.

"Dah. Jom balik. Nanti Mama dengan Papa bising pulak aku bawak balik kau lambat" ucap Hazriz lalu mencapai bahu adiknya.

Izz mengelak.

"Lantak kau la. Aku baik ngan kau kau tak nak" ucap Hazriz lalu beredar.

Mendengar adik-beradik itu ingin beredar, Zara terus lari dari pintu tersebut. Dia terus masuk ke biliknya.

Izz mengikuti jejak langkah Hazriz. Bunyi muzik yang masuk ke gegendang telinganya hanya sekadar berlalu pergi.

Gadis-gadis seksi yang memandangnya hanya dipandang sekilas.

Terus saja menuju ke kereta milik Hariz. Diam. Dia tak mahu berkata apa-apa. Terlalu banyak kejutan yang diterimanya.

Sesampai saja di depan rumah, Hazriz menarik lengan baju Izz. Izz diam. Ditolak tangan Hazriz yang memegang bajunya.

"Hei! Kau dengar sini aku nak cakap" ucap Hazriz tegas.

Izz menjeling geram.

"Apa?!" Soal Izz malas.

"Aku tak nak Mama atau Papa tahu apa-apa pasal tadi. Faham? Kalau dia tanya pergi mana cakap aje kau teman aku jumpa kawan. Tau!" Ucap Hazriz lagi.

Izz hanya mendengus geram. Terus saja pintu dibuka dan dihempas kuat. Dia tak mahu berkata apa-apa.

Hazriz mengeluh kecil. Dia terus mengejar Izz yang sudah masuk ke dalam rumah.

Puan Maria dan Encik Zaid yang melihat kedua anak mereka sudah pulang berasa pelik.

Izz laju saja naik ke atas tanpa mempedulikan orang tuanya di ruang tamu. Pintu biliknya dihempas kuat mengejutkan hati tua mereka.

"Kenapa dengan budak tu Bang? Main hempas-hempas pintu pulak" ucap Puan Maria risau.

Encik Zaid hanya mengeluh kecil.

"Macam tak kenal anak awak tu kalau berjumpa dua orang tu bukan main macam singa dengan harimau. Dua-dua tak nak kalah. Sape suruh paksa si Hariz tu bawak Izz sangat" ucap Encik Zaid malas.

"Saya suruh bawak sebab nak suruh diorang luang masa bersama. Asyik sorang ke utara sorang ke selatan. Macam mana nak okay nya?" Soal Puan Maria pula.

Encik Zaid hanya diam. Hariz masuk ke dalam rumah. Tumpuan Puan Maria dan Encik Zaid kepada anak sulung mereka pula.

"Ha! Hariz. Tak nak cakap apa-apa ke pasal adik kamu tu? Apesal balik hempas-hempas pintu tu?" Soal Encik Zaid serius.

Hariz hanya tersenyum kecil.

"Mana lah Hariz tahu Pa... tadi Hariz ajak dia keluar jumpa kawan je. Hariz baru nak borak sikit dah ajak balik. Pastu bila Hariz balik lambat nak marah-marah. Bukan Papa dengan Mama tak kenal anak manja Mama tu" adu Hariz pula.

Izz diam. Letakkan kesalahan dia atas orang lain?

Suara Hariz kuat kot. Atau dia memang sengaja cakap kuat supaya aku dengar?

Izz mengeluh kecil. Topi di campak ke arah meja. Henfon dipoket dikeluarkan. Satu mesej baru diterima.

From: Penyibuk SN 💩

Sniff... sniff... weh aku ada bau kekecewaan kat sini la...

Maklumlah... CRUSH dirampas Abang sendiri.

Alahai... kesiannya kau ni Izz. Bodoh sangat percaya cakap Zara. Aku dah kata kan yang dia tu bukan macam yang kau nampak.

Sekarang... dah jelas kan yang dia tu cuma gunakan kau je untuk rapat dengan Hazriz semula.

Lepas dah dapat Abang... kau dibuang! HAHAHAHAAHHA

Izz mengetap bibirnya. Perempuan ni masih menyemak lagi kan kat sini? Terus saja nombor SN dibuang.

Henfon di campak di atas meja. Badan di labuhkan di atas tilam. Muak disembam ke atas bantal.

Kecewa. Kecewa dengan semua yang ada disekeliling dia.

Zara tipu aku.

Hariz beli Zara.

Zara gunakan aku untuk rapat dengan Hariz.

Hariz abang yang kejam.

Hariz hipokrit.

Hariz penipu.

Ada penyibuk yang memerhatikan hidup dia.

Hariz naik ke atas. Pintu bilik Izz dipandang sekilas. Tahu saja yang adiknya akan protes sebegitu.

Terus saja dia berlalu pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro