54 》 Pengawal lembab...

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz melangkah masuk ke dalam kelab tersebut. Matanya meliar mencari kelibat Zara di kaunter tersebut.

"Kau kentot jangan tengok macam-macam boleh tak?! Sekali aku bawak kau pergi sini, suka je kan mata kau tu nak tengok semua. Patut beria nak ikut aku. Gatal!" Perli Hariz.

Tangan Izz ditarik kasar agar mengikutinya. Terus saja badan kecilnya terdorong mengikuti jejak langkah Hariz.

Izz mencebik.

Sape suruh gatal nak bawak aku! Ada peluang memang aku tengok semua la!

Hariz membuka pintu biliknya. Ditolak Izz kasar ke dalam bilik itu.

"Kau duduk diam-diam kat sini! Jangan keluar, jangan merayap! Kau nak tidur sangat kan tadi. Tidur la sana" ucap Hariz kasar.

Pintu ditutup tapi ditahan Izz. Hariz mengeluh.

"Apa lagi?" Soal Hariz malas.

"Takkan nak tinggal aku sorang je kat sini? Nanti kalau ada orang masuk ke macam mana?" Soal Izz risau.

Hariz diam. Perlahan mengukir senyuman sinis untuk adiknya.

"Padan muka kau. Sape suruh gatal sangat kaki nak ikut aku kan. Biar nanti ada laki mana datang sini terjah kau" ucap Hariz jahat.

Izz sudah gelisah. Ditarik baju Abangnya manja.

"Ala... ala... jangan la tinggalkan aku kat sini. Boleh la nak ikut kau... aku janji aku tak bising!" Ucap Izz bersungguh.

Hariz memutarkan bebola matanya. Dibuka pintu tersebut luas dan ditarik adiknya keluar. Terus saja pintu ditutup.

"Sekali kau bising, aku suruh kau duduk sebilik dengan budak kunyit" ugut Hariz perlahan.

Izz hanya mengangguk. Terus saja dia mengikut jejak langkah Hariz.

Abang aku gangster! Takkan dia nak jumpa awek kan? Biasa dalam movie, gangster kalau masuk kelab mesti pergi bilik rahsia jumpa geng dia.

Yeah! Tak sabar nak nengok kelab gangster! Agak-agak aku ada rupa cam samseng sikit ak?

... a few minutes later ...

Izz mencuit bahu Hariz. Hariz mengeluh dan memandang adiknya.

"Apa lagi kau ni kentot?" Soal Hariz malas.

"Jom balik... kau tak bosan ke asyik memekak je dari tadi? Suara dah la tak sedap. Boleh bengkak gegendang telinga aku dengar" ucap Izz selamba.

Hariz memutarkan bebola matanya. Gadis-gadis di sekelilingnya memandang Izz tak puas hati.

"Ew! You... kenapa kawan you ni too much? How can dia cakap suara merdu you tak sedap?" Soal Gadis itu tak puas hati.

Izz memandang jelik.

Minah ni kalau aku jirus baju plastik dia tu memang kalis air. Dah la sendat macam pokok getah.

Menyesal aku ikut datang sini. Dosa je bertimbun. Ingat Hariz beli Zara, Zara datang sini.

Kalau ada Zara... boleh aku pinjam dia dari Hariz kejap. Nak ajak dating lerrr...

"Kalau kau tak suka datang sini, lain kali jangan menggedik nak ikut. Kau tu kentot lagi tau tak? Dah gatal miang taik kucing nak ikut datang sini. Tak suka... boleh balik! Kau carila jalan kau sendiri. Malas aku layan kau" ucap Hariz panjang.

Gadis di sekeliling Hariz memandang Izz sambil tersenyum sinis. Izz mencebik.

"Ala... tunjukkan la aku jalan... aku..."

"Kau ni... gedik la. Balik je la sendiri. Lain kali duduk rumah tidur! Entah-entah kau datang sini sebab nak tengok kawan kau tu kan?" Soal Hariz menduga.

Izz menggeleng. Tak mungkin mahu mengaku depan Abangnya.

"Mana ada! Dah la aku nak blah la. Duduk sini berlambak dosa aku dapat. Baik datang masjid solat taubat apa semua tu. Dapat la jugak pahala..." ucap Izz selamba.

Terus saja pintu bilik dibuka lalu kaki melangkah keluar. Hariz memandang jelik. Tahu benar perangai adik dia tu...

"Biy... tengok budak tu! How can dia cakap cam tu kat kita?" Soal gadis itu tak puas hati.

"Argh! Lantak dia lah. Sesat baru tahu. Dari layan perangai dia baik layan I kan?" Soal Hariz sambil tersenyum.

Izz melangkah keluar. Mencari jalan yang dilaluinya tadi menuju ke pejabat Hariz.

Segala lorong yang dilalui membuatkan dia rasa jelik. Perempuan yang seksi mengoda di pintu bilik membuatkan bulu romanya tegak.

Pahal minah ni tiba je pandang aku. Dah la baju semua hitam. Tengah malam buta. Kang jin mana tersesat ni naya aku.

Laju saja langkah Izz untuk beredar dari situ. Tiba-tiba matanya mengesan sesuatu.

Zara berjalan perlahan menuju ke biliknya. Dua orang pengawal yang sibuk berjaga di situ membuatkannya mengeluh kecil.

Pintu ditolak lalu tubuh di bawa masuk ke dalam. Izz diam.

Aku nampak Zara kan? Kan?

Izz terus menuju ke bilik yang membawa Zara. Mahu saja dia ke sana, dua orang pengawal menghalang.

Izz berdecit. Penting sangat ke sampai nak jaga depan pintu?

"Oi! Tepi lah! Aku nak masuk!" Marah Izz.

Pengawal itu berpandangan sesama sendiri. Terus saja ketawa mereka meletus. Izz bengang. Pahal?

"Hei! Kau budak kecik macam mana boleh tersesat kat sini? Fikir hotel apa boleh main masuk aje?" Soal pengawal itu sinis.

Izz berdecit.

Hei! Abang aku mafia tau!

"Aku bukan budak kecik la! Aku dah besar okay? Aku nak jumpa kawan aku je. Takkan tak boleh?" Soal Izz geram.

Pengawal itu tersenyum sinis. Wajah Izz dipandang malas.

"Tak boleh. Perkataan kawan ni dah tak de makna dah sekarang. Kau sape nak jumpa dia? Dia tak boleh diganggu" ucap pengawal itu tegas.

Izz memandang geram.

"Hei! Aku ni adik Hazriz tau. Aku report abang aku pasal kau!" Ucap Izz geram.

Mereka berpandangan lagi. Gelakan yang lebih kuat kedengaran.

"Woi! Kau ni salah tempat ni... patutnya kau masuk la kelab buat lawak mana yang famous tu. Meh sini aku nak cakap... Hazriz tak de adik. Faham?! Sekarang blah! Kitorang tak de masa nak layan budak mentah cam kau ni" ucap Pengawal itu keras.

Izz menggeleng. Tak dia takkan sekali berundur. Wlaaupun Abang dia yang jahat sangat tak mengaku adik!

"Aku nak jumpa kawan aku jugak! Airin! Airin! Ni aku Izz!!!"

"Hei! Hei! Kau jangan sampai aku tembak kau kat sini!"

"Woi! Setan mana siak memekak depan bilik aku ni. Kau pahal?!" Soal Zara kasar.

Semua diam. Izz terpinga. Zara ke ni?

Ketiga lelaki itu memandang Zara yang tercegat di depan pintu. Melihat Izz di depannya membuatkan dia terkedu.

"Ehem... kitorang nak halau la ni setan kentot ni. Kau kalau sehari tak menjerit tak boleh ke? Pekak weh telinga aku" ucap pengawal itu lembut.

Zara membetulkan tekaknya. Rambut yang menghalang wajahnya di selak ke belakang telinga.

"Er... ken.. kentot. Kau buat apa kat sini? Macam mana... kau boleh datang sini?" Soal Zara pelik.

Pengawal itu terus melepaskan Izz. Izz membetulkan baju yang tersarung di badannya.

"Abang aku! Dia nak keluar jadi aku ikut la... tadi aku nampak kau masuk sini tu yang aku kejar kau. Tapi dua ketul tiang lampu ni tak percaya aku adik Hazriz. Kesian kan ku kan?" Soal Izz lembut.

Zara menghela nafas panjang. Ditarik terus Izz masuk ke dalam.

"Ermm... si kentot ni biar aku uruskan. Korang tak payah risau ea" ucap Zara perlahan.

Terus saja pintu ditutup. Wajah Izz dipandang tajam.

"Macam mana kau boleh ada kat sini? Kau tahu tak sini bahaya? Kalau sesat cam ne? Kau ni berani sangat la Izz!" Marah Zara.

Izz hanya tersenyum. Hek! Dia caring kat kita la awak!

"Ala... aku cuma nak jumpa kau je.." ucap Izz perlahan.

Zara mengeluh kecil. Dibawa badannya ke atas tilam. Izz juga mengikut. Akan tetapi di jarakkan sedikit dari kedudukan Zara.

"Kau datang sini dengan sapa? Abang kau?" Soal Zara lagi.

Izz segera mengangguk. Zara menghela nafas panjang.

"Kenapa?"soal Izz pelik.

"Izz... kau tahu tak sini bahaya. Mahunya kau salah pijak, musnah hidup kau nanti. Sini bukan macam hotel biasa-biasa tau. Setiap bilik ada maksud dia tersendiri. Bukan main masuk je, faham? Kalau kau salah bilik tadi, Sia-sia je kau kena tembak tau tak?" Soal Zara panjang.

Izz berdecit perlahan.

Berusaha tau aku nak jumpa kau. Kenapa kau tak appreciate usaha aku?

"Tapi aku cuma nak jumpa kau je... takkan tu pun tak boleh?" Soal Izz sedih.

Zara mengeluh kecil. Wajah Izz dipandang.

"Izz... sini bukan tempat yang sesuai untuk jumpa aku. Sini bahaya. Kau... datang sini Abang kau tahu tak?" Soal Zara pelik.

Izz menggeleng.

"Biarlah dia... dia sibuk dengan perempuan dia tu... malas aku nak layan... lagipun dia kata dia malas layan aku" ucap Izz muncung.

Zara diam. Tak mungkin Hazriz akan biar Izz merayau. Lama-lama dia mesti cari juga.

Zara bangun. Satu laci di tepi katilnya dibuka. Diambil sesuatu dari situ.

"Tapi Izz... kalau kau nak jumpa aku, boleh je kita jumpa petang-petang macam selalu. Aku takut kau salah bilik dan buat masalah kat sini. Orang sini bukan kenal sangat pun kau. Dan kalau kau guna nama Hazriz pun... diorang susah nak percaya kau" ucap Zara perlahan.

Air dituang sedikit ke dalam gelas kecil. Izz mencebik.

"Ye la ye la... aku cuma ikut sebab nak korek rahsia dia je... tak tahu pulak dia jumpa awek dia yang lain. Engkau... takkan kau duduk sini sorang? Kau bukan jadi waiter ke?" Soal Izz pelik.

Zara tersenyum kecil. Di goncang sedikit air tersebut lalu diserahkan gelas itu pada Izz. Izz hanya memandang pelik.

"Jadi waiter tu dulu... sekarang aku dah milik Abang kau jadi aku cuma ada sekejap-sekejap je la. Nah! Ambik lah..." ucap Zara lembut.

Perlahan Izz menyambut gelas tersebut.

Kejap! Kenapa bau dia macam... pelik?

Izz memandang air tersebut. Putih dan jernih. Tiada apa yang pelik.

"Minum la... tak de pa pe la  dalam tu..." ucap Zara yakin.

Izz berkira. Terus saja diteguk air itu. Zara bagi sikit je tu yang seteguk. Izz diam.

"Airin... ni... air apa? Ke... kenapa macam... pelik?" Soal Izz risau.

Zara tersenyum kecil. Perlahan dia menyambut gelas di tangan Izz.

"Alcohol... jangan risau... aku kasi sikit je..."

"A... APA?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro