6 》 Andaian Merapu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz berbaring di atas tilam di biliknya. Hari cuti sebegini terasa juga bosannya.

Kerja sekolah? Heh! Aku budak pandai... sekejap je dah siap. Saja cakap sebab nak tunjuk pandai.

Fikirannya melayang pada perbualannya dengan Rizal dan Nizam beberapa hari lepas.

Betul ke apa yang diorang cakap pasal Zara? Jahat sangat ke dia tu sampai semua orang takut ngan dia?

Izz mengeluh kecil. Lolipop di mulutnya mulai bermain di bibir. Fikirannya teringat akan gadis dan seorang budak lelaki yang meminta duit dari Zara.

"Sape budak tu? Kenapa Zara bagi duit kat dia?" Soal Izz sendirian.

Diorang cakap Zara jahat. Tapi bila ingat pasal budak tu... nampak macam budak tu pulak yang jahat.

Izz terus bangun dari pembaringannya. Tingkap biliknya di pandang seketika.

Apa yang spesial bilik Izz ni, bila tengok tingkap, satu taman nampak. Termasuk taman permainan yang tak jauh dari rumahnya.

"Kejap. Aku dah lama tak nampak Zara! Apa kata aku cari dia dan tanya dia! Tak silap aku masa aritu dia hilang kat depan taman tu" ucap Izz sambil memerhatikan tingkap biliknya.

Terus saja dia turun dari tilam. Hoodie di sarung ke badan lalu kaki melangkah keluar. Lolipop di mulutnya masih dikemam.

Izz menuruni tangga dengan berhati-hati. Puan Maria yang berada diruang tamu menyedari akan kehadiran anaknya.

"Eh? Izz nak pergi mana ni?" Soal Puan Maria pelik.

Izz yang baru turun terus terhenti. Apa aku nak cakap ek?

Takkan aku nak cakap aku pergi cari rumah kawan perempuan aku? Nanti Mama sakat aku, aish! Setahun belum tentu habis.

"Umm... Izz... nak keluar jap. Nanti sebelum pukul 6 Izz balik okayh!" Ucap Izz perlahan.

Majalah di tangan Puan Maria terus turun ke atas maja. Wajah anak terunanya di pandang.

Pelik!

Sebelum ni nak suruh dia keluar rumah pun susah. Mengalahkan perempuan melayu terakhir!

"Iye... Mama tahu la nak keluar. Mama tanya nak pergi mana panas-panas macam ni?" Soal Puan Maria lagi.

Panas? Izz mengerling ke arah jam yang tergantung di ruang tamu.

Eh?! Baru pukul 5. Panas apanya?

"Mana ada panas Ma... kan dah pukul 5. Lagipun Izz nak keluar kejappppp je. Nak pergi rumah kawan. Boleh kan?" Soal Izz manja.

Puan Maria memandang pelik wajah anaknya.

Sejak bila pulak anak aku yang sorang ni reti pijak lantai rumah kawan? Dulu sebelum pindah sini haram nak pijak. Kalau dipaksa kawan dia baru nak pergi.

Kalau tak... terperap je la kat dalam bilik.

"Haish! Ye la... jangan balik lambat sangat" ucap Puan Maria mengalah.

Senyuman Izz melebar. Terus saja kakinya melangkah ke muka pintu.

"Thanks Mama! Izz pergi dulu okayh!" Ucap Izz lalu menutup pintu.

Puan Maria menggeleng perlahan. Macam-macam budak sekarang. Terus saja majalah tadi diambil lalu dibaca kembali.

》》》》》》♡《《《《《《

Izz berjalan di menuju ke taman yang tidak jauh dari rumahnya. Lolipop di mulutnya yang telah habis di buang ke dalam tong sampah.

Jaga kebersihan persekitaran anda 👍

Aku nak cari Zara kat mana ni? Dah la tempat ni luas.

Izz berjalan di taman perumahan tersebut. Tak silap, Zara masa aritu hilang kat sini.

Rumah sewa disitu kebanyakkannya kosong. Tak mungkin berpenghuni kerana luar pagar sudah tergantung ' For Sale '.

Lorong kecil? Mungkin juga. Tapi lorong tu macam seram la sebab rumah kat sini dah la tak de orang.

Izz mengeluh.

Zara tipu aku ke? Dia buat-buat hilang kat sini supaya aku ingat rumah dia kat sini. Supaya dia dapat larikan diri dari aku?

Kakinya melangkah pergi dari situ. Taman permainan menjadi tempat dituju.

Ramai orang kat sini. Terowong kecil yang tersedia di situ menjadi tempat Izz duduk.

Agaknya kalau aku duduk sini aku boleh jumpa Zara tak? Lama aku dah tak nampak dia.

Asyik memikirkan soal Zara, Izz tersedar akan sesuatu.

"Eish! Buat apa aku fikir pasal dia?! Buang tabiat apa kau ni Izz?" Soal Izz sendirian.

Izz menunduk sedikit dan meraup wajahnya perlahan. Entah kenapa, otaknya boleh pulak suruh dia pergi cari Zara.

Izz mengeluh. Dia menongkat dagunya sambil memandang kanak-kanak riang yang asyik bermain bola di padang yang luas itu.

Saat sedang asyik memerhatikan mereka, mata Izz menangkap satu figura yang terselit bersama rakan-rakannya yang tidak jauh dari tempat Izz.

Izz memandang tepat ke arah budak lelaki yang mencuri perhatiannya.

Aku kenal budak ni! Dia ni kan yang minta duit dengan Zara!

Budak lelaki tersebut mengambil sebatang rokok dari tangan kawannya. Lighter dinyalakan lalu asap memenuhi ruang udara disitu.

Menghisap rokok sangat membahayakan kesihatan. Membakar rokok ibarat membakar jantung anda!

Izz tersenyum sinis.

Rokok?! Seriously kalau diorang cakap budak tu the real gangster aku percaya. Kalau Zara tu... kurang la sikit.

Lagipun Zara tu perempuan kot! Mana gangster perempuan! Aku rasa Zara tu dibuli!

Ye! Dia dibuli dengan budak tu dan luka dia dapat sebab melawan gangster. Tu yang dia hilang seminggu lebih sebab nak ubat luka dia.

Dan pasal kerja... mungkin dia kerja dengan budak tu kot. Dan disebabkan luka dia tak dapat disembunyikan, orang ingat dia tu gangster!

Padahal Zara dibuli oleh budak tu. Yes! You're brilliant Izz!.

Izz tersenyum kecil. Andaiannya kedengaran sungguh bijak. Walhal dia sendiri tak mahu menerima kenyataan yang dia memang berkawan dengan gengster sekolah!

Matanya di kalihkan ke arah lain. Tak mungkin dia mahu memandang aksi yang tidak sesuai untuk budak sekolah seperti dia.

Fikirannya melayang ke arah Zara sekali lagi.

Buat apa aku keluar kalau aku tak jumpa Zara. Lagipun kalau aku jumpa dia bukannya nak layan aku baik-baik.

Izz mengeluh kecil. Jam di tangannya di kerling sebentar. Hampir menginjak ke 5:30 petang.

Izz terus saja turun dari terowong tersebut. Kaki mula berjalan menuju ke rumahnya semula.

Saat Izz naik ke tangga menuju ke biliknya, ditegur pula Mamanya.

"Izz, kenapa ni? Masyam je... Izz okay?" Soal Puan Maria pelik.

Izz terdiam. Apa aku nak jawab? Nak cakap yang aku tak jumpa kawan perempuan aku?

Eish! Mahu kena cop gatal dengan Mama aku ni.

"Umm... tak... tak de pa pe" ucap Izz lalu menyambung langkahnya.

Puan Maria memandang anaknya. Tadi masa pergi bukan main laju je nak keluar rumah. Ni monyok pulak.

"Seriously okay?" Soal Puan Maria lagi.

"Yes Mama. Totally 100% okayh!" Ucap Izz lagi.

Puan Maria mengeluh kecil. Tak boleh la aku nak korek rahsia budak tu.

"Ye la... kalau Izz ada apa-apa nak cakap, just call Mama okayh!" Ucap Puan Maria lembut.

Izz hanya mengangguk sambil tersenyum kecil. Terus saja pintu biliknya dituju.

Puan Maria hanya memandang saja figura anaknya berlalu. Hurmm adalah tu yang tak puas hatinya.

Dia kenal saja hati anaknya yang bongsu itu. Manjanya bukan main!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro