62 》 Flashlight 🌟

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Izz tersenyum kecil.

Zara ni kadang-kadang comel jugak kalau hilang gangster dia.

"Cantik kan? Dah lama wey aku nak tengok bintang penuh cam ni" ucap Zara perlahan.

Izz tergelak.

Zara ni macam budak-budak la!

"Kau tak pernah ke tengok bintang cam ni?" Soal Izz pelik.

Perlahan Zara menggeleng.

"Aku tengok bintang kat kelab je la. Mana ada masa nak tengok yang real macam ni" ucap Zara perlahan.

Izz terdiam. Betul juga apa yang Zara cakap.

"Kau nak tahu tak... aku tengok bintang ni sama macam kau" ucap Zara perlahan.

Izz mengangkat keningnya dan memandang Zara.

"Macam... aku?" Soal Izz pelik.

Zara tersenyum lalu mengangguk perlahan. Dia menyeluk tangannya di kocek hoodie tanda sejuk.

"Aku malam. Yang suram dan sunyi. Kau bintang. Sesuatu yang cerah dan bersinar. Kau datang kat aku macam wujudnya bintang di waktu malam. Cahaya yang ada pada kau menyinari aku setiap waktu aku kelam. Kau lah teman aku bila aku sunyi. Bila aku tak mempunyai sesiapa untuk aku berpaut. Kau kekal setia dengan aku biarpun dah banyak kali awan melindungi cahaya kau untuk sampai ke aku. Thanks sebab selalu ada untuk aku. Thanks sebab jadi bintang yang menyinari hidup aku selama ni" ucap Zara lembut.

Izz diam. Mengamati setiap maksud yang tersirat dalam setiap ayat Zara.

Zara terus saja duduk di atas tanah di bukit tersebut. Izz hanya diam. Dan diam. Memberi ruang untuk Zara berkata-kata.

"Kau nak tahu satu perkara tak?" Soal Zara lembut.

Izz memandang Zara.

"Apa dia?" Soal Izz pelik.

Zara tersenyum kecil. Izz terus duduk di sebelah Zara.

"Aku tengok kau kan... aku terfikir satu lagu ni. Yang sama macam kau" ucap Zara perlahan.

"Macam aku?" Soal Izz pelik.

Zara mengangguk. Matanya tak lepas dari memandang bulan dan bintang di langit.

"When tomorrow comes
I'll be on my own
Feeling frightened of
The things that I don't know
When tomorrow comes,
Tomorrow comes,
Tomorrow comes

Ha~

And though the road is long
I look up to the sky
And in the dark I found
I lost hope that I won't fly
And I sing along
I sing along
And I sing along~"

Zara memandang Izz. Satu senyuman kecil buat jejaka itu. Dadanya dipegang tanda menghayati lirik.

"Kick start my heart
When you shine it in my eyes
Can't lie
It's a sweet light

I'm stuck in the dark but you're my flashlight
You're getting me
Getting me
Through the night

I see the shadow long
Beneath the mountain top
I'm not afraid
When the rain won't stop
'Cause you light the way
You light the way
You light the way ~"

Perlahan Izz mengerti maksud Zara. Zara tersenyum melihat wajah Izz.

"I got all I need when I got you and I
I look around me and see
A sweet light
I'm stuck in the dark
But you're my flashlight
You're getting me
Getting me
Through the night

Oooh~

You and I~

I'm stuck in the dark
But you're my flashlight
You're getting me
Getting me
Through the night

Flashlight~

You're my flashlight, light, light
You're my flashlight, light, light
You're my flashlight, light, light

You're my flashlight~"

Zara tersenyum kecil. Izz terdiam.

Besar sebenarnya dirinya di dalam hati Zara. Tapi... kata-kata Zara dengan Abangnya sebentar tadi tak mungkin dia lupakan.

"I'm your girl. I dah lama buat kerja ni kan takkan I nak pandang lelaki kentot cam dia tu?"

Zara memandang Izz yang diam. Mungkin masih mengira maksud yang tersembunyi.

"Izz, aku tahu kau faham. But take your time. Kita kena gerak sekarang. Tak nak la lama-lama kat sini kan? Nanti kantoi susah" ucap Zara lembut.

Izz memandang Zara. Senyuman kecil buat gadis itu. Zara terus bangun. Begitu juga Izz.

"Jom... nanti nak cari tempat Faris lagi" ucap Zara sambil tersenyum.

Izz mengangguk. Mereka berdua terus menuruni bukit tersebut.

Jalan kaki? Biarlah... kitorang nak spent time together.

...After a few hours ...

Zara berhenti sebuah rumah. Dia menarik Izz mengikutinya. Izz pelik.

"Rumah sape ni?" Soal Izz pelik.

Zara menolak pagar tersebut.

"Kawan aku. Dia pergi kerja sekarang ni. Tadi aku dah call. Kejap lagi dia datang. Jom masuk. Kau mesti penat kan? Kita letak ubat kat luka kau dulu. Faris pun belum mesej aku lagi" ucap Zara lembut.

Zara dengan sesenang kacang goreng tepung pecah masuk rumah Bella. Mesti dah selalu buat ni. Izz masih lagi kaku di luar.

Zara pelik.

"Hello! Kau... okay tak ni minion?" Soal Zara pelik.

Izz serba salah.

"Kau kata kawan kau belum balik kan? Jadi kita berdua je lah dalam rumah tu?" Soal Izz perlahan.

Zara mengeluh kecil. Ditarik Izz agar mengikutinya.

"Tak de pa pe la Minion... kalau kena tangkap basah, kita lari la ikut pintu belakang macam tadi. Lagipun dah lewat dah ni. Mana ada orang dekat jabatan agama tu berjaga. Orang pun penat nak tidur.." ucap Zara malas.

Izz hanya diam. Redha je la...

Mereka berdua terus masuk ke dalam. Tidak lah seluas rumah Zara. Hanya satu tingkat tapi kemas dan cantik. Sorang duduk kan?

Izz melangkah ke rak di tepi televisyen. Gambar di situ menarik perhatiannya.

"Kawan kau... perempuan ke lelaki?" Soal Izz pelik.

"Perempuan. Aku panggil dia Bella" ucap Zara lalu menuju ke dapur.

Sape pernah rembat makanan member suka hati? Dia geng ngan Zara!

Izz hanya mengangguk. Satu gambar menarik perhatiannya. Seorang gadis yang penuh menutupi wajahnya serba hitam.

Ni bukan ke si gila tu?

Zara keluar dengan membawa dua jus oren. Sejuk wey~

"Nah. Aku tak nak la rembat macam-macam dalam peti ais dia. Aku jugak yang kena bebel nanti" ucap Zara lalu duduk di sofa.

Izz diam perlahan dia memandang Zara. Zara pelik.

"Sape nama penuh kawan kau tu?" Soal Izz perlahan.

Zara meletakkan jus oren di atas meja.

"Sarah Nabella. Kenapa?" Soal Zara pelik.

Izz diam dan mengangguk. Zara bangun. Mendekatkan diri dengan Izz. Frame di tangan Izz dirampas.

"Budak tu... same kan yang ceroboh kawasan kau petang tadi?" Soal Izz perlahan.

Zara terdiam.

Tak mungkin Bella. Bella setia kot dengan aku. Best friend aku. Takkan dia sanggup buat cam ni kat aku?

"Tak..  tak mungkin la... dia satu-satunya kawan aku la! Tak payah merepek la... semua orang kalau pakai macam ni nampak same je kan?" Soal Zara lalu meletakkan kembali frame itu.

Zara berjalan lalu duduk di sofa. Izz terus berlabuh di sebelah Zara.

"Tapi Airin... tak semua kawan baik sebaik yang kau nampak. Mana tahu dia cemburu dengan kau?" Soal Izz lagi.

Zara hanya diam. Menghirup saja air oren tersebut. Izz mengeluh kecil.

"Diam dan minum air kau. Aku tahu Bella macam mana. Dia takkan buat cam tu kat aku. Aku salah apa kat dia?" Soal Zara tajam.

Izz memandang Zara. Wajah beku Zara mulai kembali.

"Kau tau tak... sejak aku keluar dengan kau pergi mall aritu, aku dapat satu nombor ni. Dia cuma kenalkan diri dia sebagai SN. SN tu bukan ke Sarah Nabella huruf depan..."

"Dan kau percaya?" Pintas Zara.

Izz terdiam. Zara meletakkan gelas kosong itu di atas meja dan memandang Izz.

"Izz, aku kenal Bella tu macam mana. Dia takkan buat cam tu la. Lagipun banyak lagi nama yang boleh dikaitkan dengan SN" ucap Zara tegas.

Izz jeda sebentar. Tapi apa firasat dia katakan itu betul. SN tu Sarah Nabella. Dan SN tu perempuan kan?

"Kau tahu tak nombor tu mesej apa kat aku?" Soal Izz perlahan.

"Hmm"

Izz diam sebentar. Dia tahu Zara pasti marah.

"Dia hantar video kau kat kelab. Dia tahu hubungan kau dengan aku. Dia tahu pasal Hariz. Dia tahu apa janji kau dengan Ayah kau. Kau tak rasa ke dia..."

"Izz..."

Izz diam.

"Aku tahu kau pandang kitorang ni lain. Kitaorang ni tak sempurna macam hidup korang. Sesetengah dari kitorang ada yang terpaksa buat kerja ni dan ada yang rela. Tapi kitorang masih kenal erti persahabatan. Kitorang takkan tikam kawan sendiri untuk kepentingan diri. Kalau setakat video aku... ramai orang kat kelab kan? Boleh je diorang buat aje nama apa-apa pastu hantar video tu kat kau. Pasal janji... Ayah aku... memang aku cakap kat Bella sorang je... tapi... masa tu kat kelab. Mana tahu ada orang dengar ke... pastu mesej kau. Kita tak boleh tuduh orang kalau tak de bukti kukuh Izz" ucap Zara panjang.

Izz mengeluh kecil. Cermin matanya dibuka dan diraup kasar wajahnya.

"Okay. Bagi aku phone kau. Biar aku buktikan yang SN tu Sarah Nabella" ucap Izz perlahan.

Zara tersenyum sinis.

"Kau nak buat apa? Call dia? Tak payah la Izz... kau ni boleh buat aku dengan dia gaduh tau" ucap Zara tak puas hati.

"Aku just nak dail nombor SN je" ucap Izz lagi.

Zara mengeluh. Henfonnya dikeluarkan dan diserahkan pada Izz.

"Kalau bukan Bella kau nak cakap apa?" Soal Zara sinis.

"Just wait and see" ucap Izz selamba.

Izz menekan sesuatu. Dia diam sebentar. Melihat Izz yang diam buat Zara tersenyum sinis. Dirampas kembali henfon miliknya.

------------------------------
011 10679325
------------------------------
Related number:

Sarah Nabella (club)
011 10679325

Zara diam. Dia memandang Izz tanda tidak percaya.

Tak mungkin Bella sanggup buat dia cam ni... kalau ya, kenapa Bella jadi macam ni? Apa salah dia kat Bella?

"Izz, kita kena..."

Buk!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro