Chapter 6 : Move On TASH !

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di dapur

Di dapur tampaknya sudah ada Maira dan Puan Alisha.

Mereka berdua sedang tampak serius berborak sambil memasak. Bukan berborak sangat pun sebenarnya tetapi lebih kepada berbincang.

Bukan membawang eh tapi BERBINCANG !

Itu pun topiknya semuanya berkait rapat dengan Tash atau Natasha.

"Ibu, sampai bila kak Tash nak jadi macam tu ? Dah hampir tiga hari 2 malam dia berkurung dalam bilik tu. Makan pun nda mahu. Mai risau lah dengan kak Tash." ujar si Maira yang sudah terbiasa memanggil ibu saudaranya dengan panggilan "ibu".

Puan Alisha terus mengeluh berat.

"Hmm aku nda tahu Mai. Aku pun risau bila tengok keadaan anak aku tu. Tapi aku faham, penderitaan ini terlalu berat untuk anak aku tanggung ! Hmm ! Semalam pun sikit saja dia jamah bubur yang aku masak." luah si ibu penuh risau akan keadaan anak tunggalnya itu.

"Itulah ! Ibu, seandainyalah Mai ni lelaki dah lama Mai karate tu jantan nda guna tu sampai dia lunyai !" ucap Maira sambil acah - acah membuka jurus karatenya.

Puan Alisha sedikit terhibur dengan karenah lucu dari anak saudaranya itu.

Ada sahaja caranya untuk menghiburkan hati seorang ibu yang telah dilanda keresahan itu.

"Eh kesitu pula kau Mai ! Tapi hendak buat macam mana lagi ? Benda dah nak jadi kan ! Tapi betul lah apa yang kau cakap itu. Kalau lah aku ada anak lelaki, mesti dia boleh lindungi Natasha ! Dia nda akan biarkan adiknya terluka macam tu ! Tapi nda ada rezeki kan ! Dapat seorang anak macam si Tash pun aku sudah bersyukur !" luah si ibu penuh sebak.

Maira terus memeluk tubuh kurus wanita tua itu .

"Jangan nangis bu. Kalau ibu sedih, Mai pun turut sedih. Sudahlah kita doakan saja semoga suatu saat nanti kak Tash akan jumpa lelaki yang betul - betul sayangkannya. Lelaki yang lebih matang lagi. Lelaki yang boleh buatkan kak Tash tersenyum lagi."

"Amin. Ibu juga harap macam tu." respon si ibu.

"Dan semoga si jantan nda guna tu dengan si Sofea tu dapat karma nanti ! Kena panah petir ka! Biar mampus terus ! Bidak betul dua orang tu !"

Bahu Maira terus ditepuk kasar oleh Puan Alisha.

"Eh ! Nda baik bah kau doa macam tu ! Dengar ni Maira. Walaupun seteruk mana pun orang buat kita tetapi satu je kau perlu ingat bah ! Jangan kau lawan ! Biar Allah saja yang balas semua kejahatan mereka ! Kalau kita balas, kita sama je dengan mereka !" nasihat Puan Alisha.

Maira terus diam seketika.

Dia akhirnya mengangguk tanda dia mula faham.

Oh lupa nak habaq sat. Maira ni memang selalu lepak di rumah sepupunya itu.

Dia juga selalu bermalam dan tidur di situ.

Lagipun tak sampai 10 minit dia sudah menjejakkan kaki di rumah sepupunya itu.

Mana taknya, rumah mereka hanya berada bersebelahan sahaja.

Fuh nikmat kan ?

Hari - hari boleh bergosip ! Hahaha.

Di bilik Tash

Bilik si Tash saat itu tampaknya tiada sedikitpun sinaran cahaya.

Mana taknya, keadaan di dalam bilik itu hanya gelap gelita.

Barang - barang pula bersepah di atas lantai bilik itu.

Tash saat itu sedari tadi hanya bersandar di birai katil.

Matanya memang sudah tampak seperti seekor panda ! Bengkak dan lebam.

Mana tak lebam, kalau menangis je kerjanya.

Keadaannya tampak sungguh tidak terurus saat itu.

Rambutnya yang panjang melepasi bahu, tidak diikat.

Tetapi hanya dibiarkan serabai terlepas di bahu begitu sahaja.

Selepas pulang sahaja dari hotel itu, keadaannya berubah hampir 💯.

Sudah hampir 3 hari dia hanya mengurung dirinya di dalam bilik.

Apatah lagi nak keluar dari biliknya, ibunya juga tidak pernah dia tegur selepas berlakunya peristiwa buruk itu.

Dia hanya diam dan membisu seperti patung.

Sejak pulang dari hotel itu juga, dia langsung tidak menangis.

Sebaliknya dia memilih untuk mendiamkan diri sahaja.

Nampak sangat kan si Tash ni seorang wanita muda yang cukup setia dan penyayang.

Bertuah sebenarnya si Haikal ni. Mana tak bertuah ? Tash dahlah cantik, baik pula tu.

Selama ini Tash lah yang selalu membantunya dari segi kewangan. Haikal seringkali mengatakannya dirinya dan keluarganya terjebak dengan masalah kewangan.

Jadi si Tash lah yang selalu menghulurkan bantuan dari segi meminjamkan wangnya kepada tunangnya itu.

Baik kan Tash ! Itulah ! Betul orang kata cinta itu buta.

Sampaikan Tash yang baik macam itu boleh terjebak dan ditipu hidup - hidup dengan si Haikal.

Haikal memang sejenis lelaki yang tak patut dianggap sebagai lelaki ! .

Haikal, adalah seorang lelaki yang mementingkan harta benda dan mudah dihasut oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan sehingga dia terjerumus ke lembah yang penuh dengan duri !

Sampaikan dia sanggup memperlakukan tunangnya seteruk itu. Dia dan Sofea sama sahaja ! Sejenis yang tak reti nak hargai kebaikan dari insan yang lain !

Haikal adalah seorang lelaki yang tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri. Buktinya, dia selalu meminta pertolongan dari Tash dari awal mula perhubungan mereka lagi.

Selama hampir 5 tahun itu hubungan mereka berdua terjalin, akhirnya hubungan mereka dapat kita simpulkan sebagai TOXIC RELATIONSHIP !

TOXIC RELATIONSHIP kerana pada akhirnya si pihak wanita yang TERSAKITI kerana diperbodohkan begitu sahaja.

Tapi si Tash memang seorang wanita yang baik dan setia kan ? Bayangkanlah walaupun dikhianati oleh tunang dan sahabatnya sendiri, dia tetap tidak menanggalkan cincin tersebut.

Cincin emas itu masih tersarung indah di jarinya.

Malam itu

Puan Alisha terus masuk ke dalam bilik anak perempuannya itu dengan membawa dulang di tangan yang berisi sepinggan bubur dan segelas air putih buat Tash.

Dia terus membuka lampu di bilik anak perempuannya itu.

Dulang di tangannya terus terjatuh ke atas lantai dengan serta - merta sejurus dia melihat tubuh kurus anak tunggalnya itu sudah terlantar di atas lantai.

Mangkuk kaca dan gelas kaca itu sudah pecah berderai di atas lantai.

Dia terus meluru ke arah anaknya yang sudah mula tidak sedarkan diri itu.

Dapat dia lihat juga di mulut anak perempuannya, sudah adanya lumuran cecair putih yang mengalir keluar dari mulut.

Tanpa menunggu lama, dia terus memangku tubuh kurus anaknya itu.

Rambut anaknya itu terus dia usap lembut.

"Ya Allah Tash ! Apa yang kau dah buat ni ? Abang ! Abang ! Tash, abang ! Datang bilik Tash cepat !" laung Puan Alisha penuh panik saat itu.

Air matanya laju gugur membasahi pipi anak perempuannya saat itu..

Sedih sekali hati seorang ibu saat itu sejurus melihat keadaannya anaknya yang sudah cukup tidak terurus.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro