Chapter 9 : Ada saya KISAH ?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Abang ! Dah tembus 500 k dahtu ! Cepatlah umum !" ujar Amir yang mula membaca komen di live Instagramnya.

Sedar tak sedar saat itu, jam sudah masuk angka 2.30 pagi dan jumlah viewer yang menonton livenya saat itu memang sudah menembusi 500 k seperti yang dia inginkan.

Amir mula membetulkan rambutnya yang sudah mula kusut masai itu.

Dia mula menghela nafas panjang.

"Wah bravo lah korang ni ! Baru je setengah jam saya buat live dah tembus 500 k viewer ! Terbaik korang ni." sapa Amir sambil tepuk tangan.

Matanya mula fokus kembali memandang skrin iphonenya itu.

"Okay guys, first of all saya nak ucapkan thank you so much kepada semua pihak yang dah sudi luangkan masa untuk tonton live saya ni. Thank you kepada 500k viewer. Hmm, saya taknak cakap banyak pun sebenarnya."

Dia diam seketika.

"Okay sekarang ni saya nak viewer yang sekarang ini dah tembus 500 k ni pasang telinga elok - elok ! Buka telinga korang dan jangan sesekali tutup ! Kalau tak saya end live." Amir mula gelak kecil saat itu.

"Hahaha ! Takdelah guys saya gurau je. Okay, saya just nak cakap dekat korang.. Hmm selepas ni, korang dah tak perlu nak mention username laman sosial saya, baik username IG ke, username FB ke or yang paling penting username kat TIKTOK lah ! Sebab dekat TIKTOK ni memang kemain banyak yang mention saya ! Jadi tolonglah guys ! Stop lah mention saya dekat post - post yang relate dengan perempuan tu !"

Amir diam seketika saat itu, kerana dia mula membaca komen lagi yang berjaya menarik perhatiannya saat itu.

"Tak baik do Abang Amir label kak Sarah macam tu, tadi kata nak umumkan yang abang dah GETBACK balik dengan kak Sarah ! Ni pahal pula Abang Amir minta yang bukan - bukan. Dah kitorang tak boleh MOVE ON dengan relationship korang, jadi tu hak kami untuk mention account Abang Amir ! Lagipun kami tahu yang Abang Amir masih sayangkan kak Sarah. - mewakili #AmirSarah Lovers.

Amir terus gelak besar sejurus selesai membaca komen tersebut.

"Abang tahu komen yang abang baca tadi tu mesti dari bebudak lagi ni. Lawaklah dik siap ada kata mewakili lagi eh ?"

Dia mula senyum sinis saat itu.

"Dik oiii dik ! Tolonglah, this is 2021 ! Kalau tak tahu jangan nak buat palataw ! Abang hargai jasa baik korang selama ni sebab support abang dari angka 0 sampailah 500k followers sekarang ni. Betul abang tak tipu ! Abang betul - betul hargai korang. Tapi kali ni tolong dengar elok - elok eh. Abang takkan GETBACK dengan perempuan tu lagi ! Never ! Sebab apa abang cakap abang takkan GETBACK dik ?"

Amir mula menghela nafas yang panjang.

"Sebab COUPLE itu HARAM dik oiii ! Jadi buat apa abang nak tambah dosa, elok - elok dah putus ni biarkan lah putus jua. Adik, meh abang nak habaq sat ni. Relationship ni kalau dah putus dan terlerai di tengah jalan tu maksudnya dah takde JODOH la tu ! Kalau ada JODOH kenapa tetap putus juga ? Dia macam ni dik, tak kisahlah even korang couple 5 tahun ke or 10 tahun ke, tapi kalau dah takde JODOH tu tetap akan putus juga !"

"Jadi stop lah mention username abang dik ! Abang tak suka ! Abang dah move on dah dik ! Dah hampir setahun lebih dah kami break ! Apa kejadahnya nak GETBACK lagi ? Dah tak wujud istilah GETBACK dah dalam kamus hidup abang dik oiii ! Jadi sekali lagi abang nak inform korang, stop mention username laman sosial milik abang ! Baik kat IG ke, FB ke, Tiktok ke, please stop ! Lepas ni kalau boleh, abang dah taknak COUPLE dan abang memang nak elakkan diri abang dari couple lagi ! Abang nak kahwin terus ! Hehe tu pun kalau abang dah jumpa JODOH abang. Jodoh yang abang cari selama ini. Tapi rilek lah abang masih muda dik oiii. Banggakan famili dulu ! Yang penting, abang nak buat yang terbaik untuk exam SPM abang."

Amir diam seketika untuk membaca komen.

"Okay lah abang dah takkan panggil dia "perempuan", sebab nampak ramai sangat yang panas bila abang label dia sebagai "perempuan" ! Tapi dah dia memang seorang perempuan, takkanlah abang nak panggil dia lelaki kan ? Sekali lagi abang nak tegaskan yang abang dengan kakak tu dah takde apa - apa ! Abang dah tak sayang dia, and dia pun dah tak sayang abang jadi kira settle lah tu kan ? Jadi tu je la kot yang abang nak cakap ! Abang rasa macam nak end live dahni. Dah nak jam 3.00 pagi dahni. Abang dahlah ada kelas esok." ucap Amir sambil matanya masih fokus menatap skrin iphonenya itu.

Tak sampai 5 minit dia terus gelak lagi ketika itu.

Mungkin terhibur membaca komen - komen di live Instagramnya.

Terhibur ke hilang mood ? Hahaha.

"Kacak kan saya bila saya gelak ? Hahaha. Lucu juga bila baca komen - komen korang ni ! Okay btw tadi saya gelak sebab saya terhibur dengan satu komen ni. Ada seorang NETIZEN ni dia komen yang "dahtu dulu kau yang tergedik - gedik nak expose and publish relationship kau ! Pastu sekarang kau ni kau nak expect fans - fans kau boleh move on macam tu je ? So sekarang siapa yang salah ? Kau ke diorang ? Mewakili fans SARAH !". ujar Amir yang mula membaca komen yang berunsur negatif itu lagi.

Amir diam lama ketika itu.

Dia hanya menundukkan wajahnya ke bawah saat itu.

Kemudian, dia kembali menatap skrin iphonenya.

"Okay guys, rasanya tadi soalan yang last akan saya jawab. Sebab lepas ni saya dah nak end live ! Hmm, awak yang komen tadi tu, saya tahu awak ni memang fans fanatik kakak tu. Saya taknak cakap banyak pun sebenarnya ! Saya just nak cakap yang awak ni bukan true fans pun sebenarnya. Sebab kalau awak true fans ni awak takkan komen macam tu dekat live ig saya. Okay, saya akan explain mengenai komen awak tadi.

"Hmm, korang yang dah lama follow laman sosial saya tu pasti tahu persis semua kegiatan saya di IG, TIKTOK, FB and etc ! Jadi saya nak tegaskan kepada awak yang komen tadi tu, selama saya masih in relationship dengan kakak tu saya tak pernah sekalipun expose and publish relationship kami dekat mana - mana laman sosial ! Sekalipun tak pernah ! Jadi apa yang saya post dekat media sosial ? Fans sejati abang minta tolong jawab sat."

"Apa lagi bang ? Semuanya pasal game. Post feed abang pun semuanya pasal game je. Takde satu pun post feed gambar si kakak tu ! Berlambak foto si BOY adalah dekat story ig abang." Amir mula membaca komen lagi.

Amir terus gelak kecil dan menbuat simbol bagus.

"Ha'a betul lah tu apa yang "Ayumipretty" ni komen tu. Korang nampak tak siapa lagi penting dalam hidup saya ? Si BOY lagi penting ! Haha takdelah, jangan nak jadi beria sangat. Boy tu dah macam adik saya ! Jangan nak label saya songsang pula. Saya rasa setakat tu je kot live saya pagi ni. Hmm satu lagi, kalau nak cakap pasal siapa yang expose and publish tentang relationship kami ni, saya rasa fans sejati saya tahu sangat siapa pelakunya. Bukan saya taknak cakap, tapi tak baiklah kalau saya buka aib orang pula kan ! Tak boleh macam tu. Tak baik !"

"Jadi conclusionnya, kepada fans fanatik saya dengan kakak tu dah boleh slow - slow start move on dengan #AmirSarah tu. Korang dah tak perlu nak ship - shipkan kami lagi. Kapal ni dah takkan berlayar. Belum berlayar pun dah karam !" Amir hanya senyum manis saat itu.

"Satu lagi jangan lah serang laman sosial kawan saya, si Boy ! Dia pun ada privasi dia guys ! Tak elok korang buat macam tu ! Jangan sampai dia privatekan semua account, naya korang nanti ! Dah tak dapat nak stalk dia ! Btw jangan lupa follow dia eh ! Support dia ! Username dia, saya dah pin kat live ni. Korang dah boleh follow dia sekarang. Support dia sampai 100 k followers ! Dah sampai 100 k followers, dm ig saya. Yang dm saya, starting dari 3 orang yang terawal akan saya bagi sedikit rewards ! 3 orang je okay ! Ramai - ramai dm, tak mampu saya nak bagi rewards hehe. Tapi pastikan yang dm saya tu, screen shot bukti yang korang dah follow IG si Boy. Tu sebagai bukti lah tanda korang support member saya." Amir tidak lupa untuk mempromosikan Instagram kawannya saat itu.

Hehe baik kan dia ! Baik dan supportive !

"Okay guys, saya dah nak end live. Oh ya, sorry saya baru notice ada banyak komen kat sini yang cakap saya palau diorang. Guys, saya tak palau korang pun tadi saya leka berborak. Hmm, saya tahu yang pagi ni si Sarah punya birthday. Hmm, jadi Sarah pun sekarang ni tengah buat live eh ?"soalnya kepada penonton live Instagramnya saat itu.

Rata - ratanya mula komen "ya".

"So, kisah apa saya ?" ujar Amir yang mula gelak besar ketika itu.

Dia terus melihat jam di skrin iphonenya itu, yang sudah masuk angka jam 3.30 pagi itu.

"Okay, saya dah taknak cakap banyak ! Saya dah nak end live ! Jumpa lagi di next live, itupun kalau saya ada mood nak buat live lagi hehe. Sebelum saya end live, saya nak ucapkan thank you lagi kepada 500 k viewer yang sejak dari tadi lagi setia menonton live ig saya ni ! Amir tetap sayang korang ! Korang tetap di hati Amir ! Ciee !" ucap Amir sejurus dia mula kenyit sebelah matanya.

Dia terus senyum sejurus dia melihat rata - rata komen yang muncul di live Instagramnya saat itu adalah berbunyi begini "nanti buat live lagi Abang Amirul Amir yang 100 kacak !🤍".

Amir terus buat mini love seketika.

Tak sampai 5 minit, siaran langsung di Instagram miliknya terus dia tamatkan.

Dia terus lempar iphonenya ke sebelah bantal tidurnya.

Pap ! Lampu bilik terus dimatikan.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro