01 | Taman

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Jangan tinggalkan mereka, ajak mereka untuk sentiasa melakukan kebaikan meskipun sedikit."

❤❤❤

Sudah hampir tiga tahun Aira menetap di kota Ilsan bersama ahli keluarganya. Aira sudahpun menginjak 19 tahun manakala Adam 21 tahun. Jika di Malaysia, Aira sudahpun telah menamatkan sesi sekolah menengahnya dan menghadapi SPM.

Aira tidak mempunyai sijil SPM seperti Adam. Dia cuma mempunyai sijil UPSR dan PT3. Hanya Adam sahaja yang mempunyai kesemuanya termasuk STPM. Kerana tahun itu, Adam sedang menduduki peperiksaan STPM dan dia terpaksa untuk tinggal di Malaysia selama beberapa bulan. Dan sepanjang itulah, Aira menjadi agak sunyi, mujurlah setiap kali cuti Adam akan balik dan itu menjadi penantiannya sepanjang hari.

Sekarang, Adam telahpun mengikuti jejak sang ayah. Sebaik sahaja selesai tamat STPM, Adam terus pulang ke Korea dan menetap di situ sebagai rumah mereka yang abadi.

Mereka tinggal di Ilsan sementara sebelum membeli sebuah rumah di kota Seoul. Kerana di Seoul, mempunyai sebuah masjid dan juga komuniti masyarakat Islam yang cukup banyak.

"Ha, termenung apa?"

Aira sedikit tersentak apabila Adam tiba-tiba duduk di hadapannya. Mereka kini berada di balkoni rumah sambil menikmati semilir angin yang cukup dingin. Aira memakai hoodie berlitup berbulu tebal sama dengan Adam.

"Ish, buat orang terkejut je." bebel Aira sambil memuncungkan bibirnya.

Adam terkekeh kecil. "Esok abang kena teman abi pergi perairan Busan,"

"Eo? Yakah? Lama ke pergi?"

"Dalam satu bulan," ujar Adam. Dia menatap Aira yang kelihatan syok dengan ucapannya tadi.

"Lamanya,"

Adam merangkul bahu sang adik dengan erat. "Abang minta izin abi untuk bawa Aira sekali. Tapi, abi kata kat sana semuanya lelaki dan perjalanan jauh. Takut Aira tak selesa,"

"Umi tak dapat pergi sebab kena jaga Ayana unnie. Dia kan baru lahirkan anak dia yang kedua? Lagipun suami dia outstation selama tiga minggu, tak ada nak tengokkan."

"Oh, ya. Aira lupa."

Aira melepaskan rangkulan Adam dan memeluk jejaka itu erat. "Aira akan rindukan abang. Jaga diri elok-elok."

Adam tersenyum seketika sebelum membalas semula pelukan Aira. "InshaAllah, doakan abang dan abi semoga dipermudahkan segala urusan."

"Amin. Aira selalu doakan,"

****

Tuan Hanafi sudah pun berangkat bersama Adam dua hari yang lalu. Dan sepanjang itulah Aira bersama sang ibu dan juga seorang kakak sepupu bernama Ayana Jihye Moon. Ayana merupakan adik tiri kepada keluarga Puan Aisyah.

"Alolo, comel la Maryam!"

Aira mengendong bayi yang berusia dua minggu itu dengan sangat cermat.

Ayana pula sedang menguruskan pakaian anak sulungnya yang baru berusia tiga tahun, Yazid hanya tersenyum kecil.

"Unnie, apa nama penuh Maryam?"

"Maryam Puteri Min,"

"Min? Oh nama marga dia," Aira terkekeh.

Ayana hanya tersenyum simpul. "Aira, unnie nak tidurkan Maryam. Aira mainlah dengan Yazid."

"Oke, unnie! Tapi, boleh tak kalau Aira nak bawa dia pergi taman dekat sini?"

"Pergilah. Tapi hati-hati,"

"Okey, unnie. Jangan risau."

Atensi Aira beralih pada kanak-kanak kecil bernama Yazid Arif Min, yang merupakan anak sulung Ayana dan juga suaminya, Yusuf Ishraf Min.

"Jom, ikut akak Ira?"

Yazid ataupun Ajid, si kecil berusia tiga tahun itu bersorak riang. Aira lantas membawa tubuh kecil itu ke luar rumah untuk memakaikannya kasut.

"Eh, nak pergi mana tu?" tanya Puan Aisyah yang baru sahaja selesai menyiram pokok bunga ros. Puan Aisyah mempunyai kebun bunga mawar di sebelah rumah mereka.

"Aira nak bawa Ajid pergi jalan-jalan dekat taman. Nak ajak main buaian," ujar Aira yang sudah pun selesai memakaikan kasut  kuning bermotif pikachu pada kaki Yazid.

"Oh, yakah? Hati-hati!"

"Ok, umi. Aira takkan balik lewat!"

Aira memimpin tangan kecil anak Ayana itu dengan penuh hati-hati. Sepanjang perjalanan, Yazid tidak habis-habis menjerit riang kerana dapat melihat kereta dan juga bangunan tinggi. Hal itu membuatkan Aira terkekeh. Sesekali Aira mendukung Yazid yang kecil itu apabila tiba di kerumunan orang ramai.

Tidak sampai lima minit berjalan, mereka pun tiba di sebuah taman permainan awam. Di sana, tidak terlalu banyak kanak-kanak. Atensi Aira beralih pada sebuah buaian khas untuk kanak-kanak.

"Ajid nak main buaian?"

"Nak!"

Aira tergelak kecil. Dia mengangkat tubuh kecil itu dan membetulkan kedudukan supaya tidak jatuh. Setelah itu, dia menolak ayunan itu membuatkan Yazid tertawa kecil.

Aira perasan, ada beberapa orang dewasa di situ seakan tersenyum melihat gelak tawa Yazid. Dia merasakan bahawa Yazid adalah kanak-kanak yang istimewa.

Hampir sepuluh minit mengayunkan buaian, Aira berasa ingin ke tandas. Mujurlah di taman itu mempunyai tandas awam. Aira menurunkan Yazid untuk membawanya bersama.

"Ajid, jom kita pergi sana?" ajak Aira namun dia mendapat gelengan dari kanak-kanak itu.

"Ala, Ajid nak main agi." ucapannya separuh merengek.

Sungguh Aira berasa tidak tahan. Tidak mungkin dia tinggalkan Yazid seorang diri di sini?

"Ya Allah, macam mana ni?" Aira bergumam. Tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang memakai hoodie tebal serta cermin mata hitam yang berada agak jauh dari keramaian. Dengan sedikit berani, dia mendekati wanita itu.

"Err, annyeoung." Sapa Aira membuatkan sang empunya sedikit terkejut. Dia melihat sekeliling kawasannya dan mendapati tiada orang menyedari kehadirannya.

"Huh? Annyeoung. Ada apa?" soal wanita itu sedikit ketus. Suaranya agak tegas.

"Maaf kalau saya ganggu. Boleh tak saya nak minta tolong cik jagakan adik sepupu saya?" soal Aira dengan nada yang memohon.

"Saya nak pergi tandas sekejap. Nak tinggalkan takut dia..."

Belum sempat dia meneruskan kata-katanya, wanita itu mencantas.

"Maaf, saya tak boleh."

Aira menghela nafas sejenak. "Baiklah. Maaf kalau saya ganggu masa cik,"

Aira lantas pergi ke arah Yazid yang masih lagi dalam ayunan buaian. Dia menolak ayunan itu dengan sedikit kuat supaya ianya tidak berhenti terlalu cepat. Setelah itu dia memutuskan untuk  duduk di atas bangku sembari menahan hasratnya untuk ke tandas.

"Kak Ira!"

Yazid memanggilnya tatkala ayunan terhenti. Aira menghela nafas sendu dan menuju ke arah sepupunya itu. Namun ada seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 10-12 tahun datang menolak ayunan yang diduduki Yazid.

Hal itu membuatkan Aira tersenyum senang. Dia menghampiri kanak-kanak itu.

"Annyeoung, kamu siapa?"

"Oh, annyeoung unnie. Nama saya Bae Areum." balas kanak-kanak itu sopan sembari menundukkan badannya.

"Boleh tolong jagakan adik unnie? Unnie nak pergi tandas sekejap,"

"Ini adik unnie?"

Aira mengangguk.

"Okey, unnie!"

"Terima kasih Areum,"

Aira tersenyum. Dia berasa sangat bersyukur meskipun agak terkilan pada wanita tadi. Namun dia harus berfikir positif. Mungkin wanita tadi tidak begitu ramah dengan orang yang tidak dikenalinya. Dan Aira sendiri tidak mendapat wajah wanita itu dengan jelas kerana wanita itu hanya menunduk ketika berbicara dengannya.

****

"Unnie pergi mana tadi?"

Seorang wanita berwajah persis anak patung mendekati seorang wanita yang sudah dia anggap sebagai kakaknya.

"Pergi taman sekejap, ambil angin." ujar yang ditanya.

"Yak, unnie! Kenapa pergi sorang-sorang?" soal wanita itu lagi.

"Aigo, Lisa! Unnie pergi dengan Jennie la."

"Hehe, Ala... Kenapa Jisoo unnie tak ajak Lisa sekali?" soal wanita itu dengan nada yang comel.

"Lisa kan ada recording tadi. Nak ajak takut ganggu," ujar Jisoo.

"Aish, banyak-banyak hari dan masa. Masa Lisa tengah kerja dia nak pergi," Lisa merajuk.

"Esok kita pergi, ok?"

"Betul ni, unnie?"

"Iya. Tapi Lisa kena tanya dulu manager ada tak apa-apa esok,"

"Ok, unnie!"

Jisoo tersenyum dan lantas menuju ke arah biliknya. Setelah melepaskan  pelitup muka dan kaca mata, fikirannya tertuju pada gadis yang dijumpai di taman tadi. Seketika rasa bersalah menerpa dirinya kerana mengabaikan pertolongan gadis itu untuk menjaga adik sepupunya. Bukan dia tidak mahu, dia takut identitinya terbongkar dan akan dikelilingi oleh orang di sekitar.

Melihat raut wajah gadis itu dari jauh membuatkan hatinya sedikit terdesir.  Tampaknya gadis itu benar-benar memerlukan pertolongan. Namun hatinya melega apabila melihat seorang kanak-kanak menawarkan diri untuk menjaga adik sepupu gadis itu.

Untuk menebus sedikit rasa bersalahnya, dia melihat adik sepupu kepada gadis itu dari jauh supaya berkeadaan baik-baik saja. Ketika itu, hanya dia sahaja berada di sana manakala Jennie pergi ke kafe untuk membeli air bersama manager yang turut bersama mereka. Pada awalnya Jisoo juga diajak pergi namun dia mahu bersendirian di taman itu.

"Unnie ok?" Jennie yang baru sahaja selesai membersihkan diri bertanya kepada sang kakak.

"Eung? Oh okay je."

"Jom, makan malam. Lisa dan Rose dah tunggu."

"Okey,"








Hai korang, Buku ni yaya bawakan dalam versi Blackpink pula. Harap yaya dapat habiskan dan ada idea sebanyak mungkin untuk this work. Moga2 ia bermanfaat macam Precious Rain!

Doakan Yaya! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro