✨H.E:2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Haeri kamu taknak balik ke ?" Soal Puan Jeon kepada Haeri yang sedang menyuapkan bubur buatnya.

Haeri menggeleng perlahan.

"Baliklah..Kamu mesti penat..Jangan risau kat sini ada nurse boleh tolong eomma.." Puan Jeon tersenyum lemah.

Syukur kecederaan yang dialaminya tidak berapa parah.Tetapi suaminya sedang koma,doktor kata mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk sedar.

Haeri menyuap eommanya sesudu lagi bubur kemudian dia menyuakan gelas kaca yang berisi air kosong.

"Dah..Haeri balik..Mangkuk dengan cawan tu letak tepi.Eomma dah kenyang.."

"Betul ni ?"

"Ya.."

"Okay eomma.Ada apa-apa call Haeritau !" Ujarnya dan mula mengemas beg.

"Ya.terima kasih sayang"ucap Puan Jeon ikhlas sambil memandang Haeri.
.

"Jimin,kook mana ?" Soal Haeri apabila dia baru sedar sudah berapa hari tidak nampak kelibat Jungkook.

"Dia...." Jimin termati kata,mata bundar Haeri ditatap lama dengan perasaan serba salah.

"Kenapa ? Dia apa ?" Kening Haeri bertaut menunggu jawapan dari Jimin.

"Tak de apalah..Nanti Jimin bagitahu"

"Apa dah jadi ? Kenapa susah sangat Jimin nak bagitahu Haeri ? Jungkook dah takda ke ?" Bertubi-tubi soalan ditujukan buat Jimin kerana dia berasa tidak sedap hati.

"Jungkook-"

Baru sahaja Jimin ingin meneruskan ayatnya,panggilan dari eomma Haeri masuk membuatkan telefonnya berbunyi.

"Hello ? Eomma kenapa ni ?" Soal Haeri aabila dia terdengar suara eommanya bergetar.

"A-abeoji.." puan Jeon menghentikan ayatnya menahan sebak di dada.

"Eomma tunggu.Haeri datang !" Ujar Haeri dari corong telefon.Sebaik sahaja panggilan dimatikan dia menyuruh Jimin menghantarnya ke hospital semula.

Setibanya di hospital Haeri terus berlari menuju ke bilik yang didiami eommanya.

"Eomma ? Wae ?" Dia memandang eommanya yang sedang menangis dibirai katil.

"Abeoji...dia..dah..tak ada." Ujar Puan Jeon dan menangis semahu-mahunya.Haeri yang terkejut dengan berita tersebut terus mengalirkan air mata.

"Apa ni eomma ? Eomma tipu kan ? Mana abeoji ?!" Jerit Haeri dan berlari keluar menuju ke wad Icu dimana Appanya ditempatkan.

Kelihatan nurse dan doktor sedang mengemas katil Tuan Jeon.

"Ma-mana abeoji saya ?" Jerit Haeri membuatkan nurse dan doktor disitu tersentak.

"Dik..sabar..Abeoji awak dah pergi..Dia nak berehat.."pujuk doktor lelaki tersebut lembut.

"Sa..saya nak jumpa dia..Hiks.."

"Jom ikut doktor.." doktor tersebut membawa Haeri ke bilik mayat.

Setibanya di sana kain putih yang melitupi satu jasad ditarik dan nafas Haeri tiba-tiba menjadi sesak dan dia jatuh menyembah bumi.

"Dik ! Adik ! Nurse !" Doktor tadi memanggil beberapa nurse untuk membantunya membawa Haeri ke bilik rawatan.
.

Sudah seminggu selepas kematian Tuan Jeon.Eomma juga sudah discharge beberapa hari lepas.

Namun keduanya bagaikan mayat hidup kerana tidak percaya mereka telah kehilangan lelaki yang paling disayangi.
[Shit aku terbukak lagu jin-tonight]

"Ahjumma jangan sedih..Jimin ada"Jimin cuba sedaya upaya menenangkan Puan Jeon.Lebih-lebih lagi apabila doktor memesan agar tidak membiarkan Puan jeon terlalu tertekan kerana tubuhnya masih dalam proses pemulihan.

"Kenapa bukan ahjumma je yang ambil tempat dia ? Kenapa dia mesti pergi dulu ? Dia tak tahu ke ahjumma sayang dia ?"air mata Puan Jeon mengalir perlahan.Bibirnya kian memucat,matanya juga sudah sembab akibat tangis yang banyak.

"sabar ahjumma..ahjussi nak rehat..mesti dia tak suka tengok ahjumma macam ni..Ahjumma janganlah sedih..Kalau ahjumma tak kuat macam mana Haeri nak kuat ?"

Puan jeon memandang jimin,ada benarnya juga kata Jimin.Walaupun dia masih muda,dia pandai dalam memberikan nasihat  dan kata-kata semangat.Tubuh Jimin didakap sekejap.

"Terima kasih jimin..." jimin mengukirkan senyuman lembut buat Puan Jeon.
.

"Hm..Jimin..kenapa semua nak tinggalkan Haeri..Mula-mula Jungkook lepastu abeoji.." Haeri tertawa hambar sambil memandang langit biru yang luas.

Alangkah bagusnya jika dia menjadi burung.Terbang bebas kemana saja,tak perlu sedih dengan masalah.

"Haeri..Jimin nak bawa Haeri jumpa seseorang.." tutur Jimin tiba-tiba.

Wajah jimin dipandang dengan riak pelik.

"Siapa ?"

"Rahsia.." ujar jimin sambik tersenyum menampakkan sepasang eyes smilenya.

Jelingan tajam dihadiahkan buat Jimin serentak itu jimin tertawa kecil.

"Janganlah jeling macamtu.."
.

Haeri termati kata apabila Jimin membawanya ke sebuah wad pesakit dan..

Wajahnya persis Jeon Jungkook.

Jejaka itu menandang Haeri dan jimin pelik sambil mengunyah potongan epal.

"Jungkook..Ni jimin kawan jungkook ingat tak ?" Soal ahjumma yang sudah separuh usia itu.

"Tak."jawab jungkook selamba tanpa rasa serba salah.

"Ni ?" Jimin menuding ke arah Haeri pula.

"Tak.Apahal banyak sangat aku nak kena ingat ni.." bebel jungkook dan melontarkan pandangan diluar tingkap dengan muka toya.

"Haish apalah kamu ni..Dari dulu sampai sekarang degil tak habis-habis" tegur Puan Jeon yang bengang dengan sikap  anak lelakinya.

Haeri terdiam.Jungkook langsung tak ingat dia.Haeri tersenyum nipis dan berjalan keluar meninggalkan ruangan tersebut.

Tbc.

Yeayy tinggal lagi satu chapter lepastu abesss sksksksksk.

Vote and comments ❤✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro