MKEV 06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


EVIL WIFE

" She is evil but she is my wife "

⭐ ⭐ ⭐

MIN RA mencium sekilas kedua pipi Zack sebelum dia keluar dari dalam perut kereta lelaki itu. Zack yang masih tersenyum menjadi pemerhati gerak-geri Min Ra.

"Thanks Zack sebab hantarkan I balik. I happy sangat bila dengan you." ucap Min Ra lembut lalu menghadiahkan Zack sebuah senyuman.

"No problem, sweetie." Zack turut membalas senyuman Min Ra. Terserlah lesung pipit dipipi kiri lelaki itu.

"I balik dulu. Kalau ada apa-apa call je I okay?" Min Ra hanya mengangguk.

"Bye, Zack. Drive kereta elok-elok." pesan Min Ra.

Min Ra sempat melambaikan tangannya kepada Zack sebelum kereta Audi milik lelaki itu hilang dari pandangan. Min Ra mengatur langkahnya untuk masuk ke dalam rumah setelah berkira-kira sama ada mahu masuk atau tidak.

Lock pintu dibuka lalu perlahan-lahan daun pintu dikuak. Gelap. Hanya samar-samar cahaya dari arah dapur yang membantu Min Ra untuk melihat agar dia tidak melanggar barang-barang.

Min Ra menghendap seperti seorang pencuri. Terjingkit-jingkit kakinya memasuki rumah. Langkahnya terhenti saat matanya bertembung dengan satu kelibat bayangan berwarna hitam.

Hampir menjerit Min Ra dibuatnya apabila bayangan hitam itu tiba-tiba sahaja memeluknya erat. Kedengaran keluhan halus seorang lelaki. Tahulah dia, bahawa bayangan itu ialah Taehyung.

"Ish, apa peluk-peluk ni! Rimas tahu tak?" Min Ra berdecit geram. Tubuh Taehyung yang memeluknya ditolak kasar.

"Min pergi mana? Tahu tak saya risau bila bangun je saya tengok awak dah tak ada dekat sebelah saya." jelas terpapar riak risau diwajah Taehyung biarpun wajahnya dibuat-buat tenang.

"Suka hati akulah nak pergi mana sekalipun! It's not your business!" tengking Min Ra.

Taehyung meraup wajahnya berkali-kali sebelum dimaniskan wajahnya memandang Min Ra. Tangan Min Ra diraih dan diusap lembut.

"Jangan macam ni, Min. Saya suami awak..awak tanggungjawab saya. Semestinya saya kena peduli semua tentang awak. Urusan awak, urusan saya juga." kata Taehyung.

Min Ra tergelak sinis. Huh, suami? Kalau bukan disebabkan terpaksa tak adanya Taehyung mendapat title 'suami'.

"Heh, kau tu cuma suami atas kertas je, Taehyung. Tak lebih! Jadi tolong...jangan sibuk hal aku." marah Min Ra. Dia ingin berlalu dari situ. Lama-lama di situ bimbang pula dia yang hilang kawalan.

Taehyung menarik lengan Min Ra sebelum sempat isterinya itu berlalu pergi. Taehyung bertindak menarik dan membawa Min Ra ke dalam dakapannya.

"Lepaslah, Taehyung!"

Min Ra meronta di dalam dakapan Taehyung namun langsung tidak dapat membuat Taehyung yang berbadan sasa melepaskan pelukkannya.

"Awak jangan macam ni...tak baik tau berkasar dengan suami. Lain kali jangan buat lagi okay? Kalau nak keluar beritahu saya, saya boleh temankan awak. Awak tetap isteri saya Min.." kata Taehyung lembut cuba menenangkan Min Ra.

Senyuman diukir apabila Min Ra mendongak memandang wajahnya.

"Mind your own business." kata Min Ra dingin. Matanya dijegilkan memandang Taehyung.

Senyuman Taehyung memudar. Tubuh Min Ra yang dipeluknya ditegakkan manakala kedua tangannya diletakkan dibahu isterinya itu.

"Min minum?" soal Taehyung perlahan. Matanya merenung anak mata Min Ra dalam.

Entah mengapa dia merasakan ada satu bau yang tidak enak dari tubuh Min Ra tetapi tidak terlalu kuat. Hampir dia tidak dapat meneka. Mungkin Min Ra hanya meminumnya sedikit.

"Kalau aku kata ya? Apa yang kau boleh buat?" Min Ra tersenyum sinis. Tangannya dibawa memintal hujung rambutnya.

Taehyung menghela nafas panjang. Tangan kasarnya merayap disegenap wajah Min Ra. Kemudian tangannya itu dibawa ke rambut Min Ra. Lembut dia mengerlus rambut panjang keperangan milik isterinya.

"Jangan minum lagi, sayang. Tolong berhenti demi diri awak. Awak muda lagi Min."

Terjegil bebola mata Min Ra. Berhenti? Macam mana dia mahu berhenti sedangkan dia sudah terbiasa? Mati hidup semula pun dia takkan berhenti minum.

Hidupnya dia yang tentukan kenapa perlu ada orang lain pula yang sibuk-sibuk tentang halnya?

"Jangan sibuklah. Aku minum sikit je bukannya banyak. Yang kau panas kenapa? Kau tahu aku masih muda tapi kenapa kau nak juga kahwin dengan aku? Kau ni memang menyusahkan!"

Terdorong Taehyung beberapa langkah kebelakang apabila tubuhnya ditolak kuat. Dia akur. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya memberi ruang kepada Min Ra.

"Maafkan saya Min. Saya tahu susah untuk awak. Lepas ni saya janji saya takkan paksa awak lagi. Tapi tolonglah cuba tinggalkan benda-benda tu. Tak elok untuk awak." redup pandangan mata Taehyung mengharapkan si isteri mendengar kata.

Apa yang dikatakan Taehyung bagaikan angin berlalu. Masuk telinga kanan keluar ditelinga kiri.

"Whatever.." balas Min Ra acuh tidak acuh. Langkahnya diatur untuk ke bilik.

Lengan Min Ra ditarik menghentikan langkahnya. Min Ra merengus kasar. Tak habis lagi?

"Ada apa lagi?" soal Min Ra geram. Terkumat-kamit bibirnya mencarut sehingga tidak dapat difahami Taehyung.

"Kita sarapan dulu. Saya dah masakkan awak nasi goreng. Maaf, kalau saya masakkan awak makanan berat sebab semalam awak terus tidur. Awak tak sempat pun makan malam." Taehyung memandang Min Ra dengan senyuman.

Min Ra tidak menolak sebaliknya menghmkan sahaja. Lagipun perutnya memang belum diisi dengan apa-apa makanan sejak malam.

Melihatkan Min Ra yang tidak menolak, pantas Taehyung menarik Min Ra dan membawanya ke dapur. Tubuh Min Ra didudukkan disalah satu kerusi.

▪◾◾▪

DI MEJA makan sudah tersedia hidangan nasi goreng berserta air teh. Lihat sahaja dapat menggamit selera Min Ra yang sejak malam tadi hanya diisi dengan minuman keras.

"Makanlah Min. Saya tahu awak lapar." tersenyum Taehyung saat melihat Min Ra sedang mencedok nasi goreng buatannya.

Darah terasa menyerbu ke pipi. Min Ra berdehem berkali-kali apabila dia menjadi tatapan mata Taehyung. Nak sambung makan pun rasa tak selesa kerana ada yang memerhati.

"Kenapa tak makan?" Min Ra bertanya perlahan.

Taehyung menggelengkan kepalanya.

"Tengok awak makan pun dah boleh buat saya kenyang. Comel je bila awak makan." ucap Taehyung lembut berserta satu sengihan kecil.

Tak lawak okay! Rasa macam nak je baling pinggan yang berisi nasi goreng ni ke muka Taehyung.

"Ish, main-main pula." Min Ra mencebik tanda geram. Ya Tuhan, Min Ra! Sejak bila kau mengada-ngada macam ni?

"Apa salahnya usik isteri sendiri kan? Siapa lagi yang saya nak usik kalau bukan awak." pipi Min Ra dicubit perlahan.

Min Ra tersenyum. Entah kenapa mukanya tiba-tiba sahaja membebaskan haba-haba. Ish! Buat malu je kau ni. Come on Min Ra! Takkan baru diusik sikit kau dah terhayut kut.

"Min Ra..." panggil Taehyung lembut.

Terhenti suapan Min Ra. Dia memerhati Taehyung dengan ekor matanya.

"Ada apa?"

Taehyung menarik senyum. "Esok boleh masakkan untuk saya?"

Melopong mata Min Ra mendengarkan permintaan Taehyung. Masak? No! Dalam seumur hidupnya, tidak pernah dia menjejakkan kaki ke dapur untuk memasak. Kalau setakat masak air atau buat air dialah yang pro tapi kalau memasak...kelaut jawapannya.

"Err, kenapa?" Min Ra meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggan. Hilang seketika mood hendak menyambung suapan.

"Saja. Saya nak juga merasa masakkan buatan isteri saya ni." Taehyung menyengih.

Min Ra laju menggeleng. Nafas dihela perlahan. Daripada hilang mood meyambung makan sekarang selera makan pun turut hilang sama. Dia bangkit daripada duduknya lalu menatap wajah Taehyung lama.

"Saya tak pandai masak. Kalau awak nak sangat rasa masakan orang lain kenapa tak upah je pembantu rumah?" Min Ra berpeluk tubuh.

"Saya tak nak rasa masakkan pembantu rumah. Saya nak rasa masakkan awak." Taehyung mengembungkan pipinya. Wajah Min Ra ditatap dalam, mahu memujuk.

Wajah Taehyung dijeling. Fikir comel ke buat muka macam tu? Sedikit pun dia tidak rasa terpujuk.

"Aku dah kata aku tak pandai masak! Kau tak faham bahasa ke? Kau nak mati rasa masakkan aku?" Min Ra tersenyum sinis.

Taehyung tergelak kecil. "Saya tak kesah kalau awak masak tak sedap pun. Saya tetap akan makan. Lagipun apa yang isteri saya buat pasti sedap..janji awak yang masakkan, boleh?"

Nafas Min Ra berombak. Kesabaran juga terasa sudah hilang diganti dengan rasa marah dan benci yang meluap. Geram. Pantang jika ada yang memaksanya melakukan perkara yang tidak disukainya.

"Aku kata tak nak!" Min Ra menolak semua benda yang berada di atas meja makan. Habis tumpah nasi goreng buatan Taehyung di atas lantai.

Taehyung masih menunjukkan riak tenang walaupun Min Ra dapat lihat tubuh Taehyung sedikit bergetar. Mungkin Taehyung berasa terkejut tidak menyangka yang isterinya akan bertindak menolak semua makanan.

"Ya Tuhan, Min. Kalau marah dekat saya sekalipun janganlah sampai buang makanan macam tu. Awak tahukan itu rezeki." Taehyung bangun mengutip butir-butir nasi yang bertumpahan di atas lantai.

"Pergi mati!" meja makan Min Ra tolak kuat membuatkan Taehyung tersentak. Tanpa menoleh, terus Min Ra berlari keluar dari dapur meninggalkan Taehyung yang masih termangu sendirian.

Hanya satu tujuan Min Ra sekiranya dia tiada mood. Ya, satu tempat yang boleh menghilangkan rasa stressnya. Kelab atau pub.

⭐ ⭐ ⭐

Semakin hambar cerita ni gahaha.

© noturqueens 2018
-- MKEV 06 |

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro