02- Identiti Sebenar 🧐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pada lewat malam. General memanggil kumpulan Alicia untuk menyelesaikan misi.

"Baiklah. Saya mahu kumpulan Alicia pergi ke Hutan Utara Cyberaya untuk dapatkan kembali senjata azurium dan dron dari Komeng. Ada soalan?"

Rudy sukarela mengangkat tangan. "Berapa isi azurium dalam senjata tersebut? Adakah dron kali ini lebih merbahaya daripada misi kami dua bulan lepas?"

"Senjata itu baru sahaja diisytiharkan pada seminggu lalu-," Alicia tahu disebalik misi kali ini.

"Dark Killer?" General mengangguk betul. General memberi ruang kepada Alicia mengambil alih. Nampaknya Alicia sudah tahu tentang misi ini.

"Senjata azurium kali ni Dark Killer Weapons. Sesuatu senjata azurium yang sangat bahaya setakat ini. Senjatanya ada lima,".

"Li - Lima?" Bulat dan Iman terkejut.

Alicia mengangguk. "Ya, lima. Nama Dark Killer Weapons merupakan nama untuk lima senjata. Pistol Rv, sword, chakram, knife dan potion,".

"Macam ... gajet MATA," kata Rudy yang perasan.

"Ya, memang seperti gajet MATA,". Mereka memandang kembali pada hologram. "Namun, kali ini kamu perlu berjaga - jaga. Jumlah azuriumnya lebih tinggi berbanding gajet kita. Sama seperti dron. Dron kali ini mempunyai lazer dan letupan bom,".

Mereka mengangguk faham.

"BERTINDAK SEGERA!"

Di Hutan Utara Cyberaya....

Mereka sedang bersembunyi di semak yang jauh dari markas Komeng. Alicia memulakan strateginya.

"Okay. Aku nak Rudy tarik salah satu konco ke tempat yang jauh. Itu boleh menarik perhatian mereka."

"Bulat. Kau dapatkan semua objektif misi kita."

"Aku, Rudy dan Iman akan back up kau dari belakang."

Iman, Bulat dan Rudy mengangguk. Semua bertindak dengan pantas.

Sementara itu di sebuah bilik yang gelap....

Seseorang sedang berhadapan dengan sebuah hologram.

"Misi mereka kali ini adalah mendapatkan kembali senjata azurium dan dron dari Komeng," .

Seseorang dalam bilik itu mengangguk faham. Dia berpakaian dengan serba hitam. Topi hitam juga dipakainya.

Dia keluar dari bilik itu dengan penuh perlahan dan hati - hati sebelum kantoi dia melakukan misi rahsia.

Setibanya di markas, mereka melihat disebalik semak. Komeng dan konco - konconya berehat di keliling khemah yang terletaknya semua Dark Killer Weapons dan Dron fourseven. Alicia memberi isyarat. Rudy mengangguk, memberitahu dia sudah bersedia.

Shadow cuff dikeluarkan. Dari semak dimencampakkan dua gajetnya itu pada salah satu konco. Shadow cuff menggulung kaki kiri dan tangan kanan. Mencampakkan jauh ke dalam hutan. Komeng dan konco - konconya mengejar konco yang tercampak di dalam hutan. Sedikit jauh dengan markas.

Update : Shadow cuff sudah di upgrade. Boleh menyerang dari jarak jauh iaitu dalam 10 meter.

Jari telunjuk menunjuk pada khemah. Masa Bulat untuk bertindak. Perlahan kakinya melangkah menuju ke khemah tersebut. Satu satu mengeluarkan senjata azurium dan dron yang telah dicuri.

Alicia, Iman dan Rudy mengawasi khemah. Takut - takut Komeng dan konco - konconya datang semula.

"Last. Siap,". Bulat mengelap peluh. Penat. Berat juga semua senjata dan dron. Nasib tidak patah sahaja tulang badannya. Kalau patah, habislah Mika lari!

"Dah siap susun ke Bro?". Bulat memandang depan. Kenal dengan suara itu. Tertelan ludah dalam mulut. Komeng sudah sampai, malah depan matanya.

Gajetnya dikeluarkan. Mode bom. Berlari dari Komeng. Komeng mengejar. Dua meter jarak jauh antaranya dan Komeng. Melepaskan sphererubiks.

"Tak kena ke? HAHAHAHA!"

Selendang kuning melilit leher Komeng. Selepas Komeng berada dekat dengan Iman, Iman melepaskan selendangnya. Bersedia dengan teknik wushunya.

"Kau ingat aku akan kalah dengan perempuan macam kau hiargh!"

Tendangan dibuat. Ups! Tak sengaja. Komeng sudah terkepit kepit.

Tapi......

Sebuah robot yang besar datang pada mereka.

Iman dan Bulat berlari ke arah robot.

Dengan cepat, robot itu senang sahaja menumpaskan Alicia, Rudy dan Iman. Bulat cuba untuk back-up tapi dia tidak mampu malah dia juga tumpas di situ.

"Hahahahaha!!!"

"Tadi hebat sangat!" Masih nada kesakitan.

Komeng dan konconya ketawa jahat.

Zingg!!

Dengan menggunakan serangan libasan pedang azurium plasma, sosok tersebut dapat kalahkan robot besar tersebut dengan mudah sekali. Alicia dan yang lain melihat sosok itu setelah terbaring lemah.

'Pengacau bertopeng?' detik Alicia

'He-Hebatnya...' batin Rudy

"Cis! Kau lagi! Kalau berani, buka identiti kau sekarang!"

Pengacau bertopeng melepaskan gajetnya yang dipegang ke tanah. Topi hitamnya dibuka. Bersedia membuka identiti sebenarnya.

'Ali!?' Detik Alicia, Rudy dan Bulat

"Kau rupanya, budak pendek!!"

"Hemph! Sependek-pendek aku, aku dah beratus kali kalahkan kau!!"

"Berlagak!! Bro sekalian! Serang!!"

Ali terbang ke udara menggunakan aero bot. Tangannya mengeluarkan yoyo blast. Kemudian melontar-lontarkan pada konco Komeng. Konco Komeng terbaring terkena serangan padu. Komeng apa lagi? Cuak lah dan melarikan diri.

Tapi tidak sempat. Ali terus bagi flying kick. Komeng? Sudah tersembam atas jalan. Lebam + pengsan. Hmm...senang kerja. Masuk lokap MATA lepas ini.

"Kau orang okay?" tanya Ali sambil membantu Bulat bangun.

Hanya anggukan sahaja di terima. Topi yang hitam dipakai semula.

"Ali, nanti."

Alicia memanggilnya. Muka Alicia sayu. "Ali. Tolong balik ke akademi. Aku merayu. Aku rindukan kau."

"Aku tak boleh."

Jawapan Ali sangat memanahkan hati Alicia. Kepalanya tertunduk tidak boleh terima.

"Maafkan aku Ali. Mungkin sebab aku, kau tak nak balik semula di akademi." Rudy bersuara. Dia kasihankan Alicia yang kemurungan kerana Ali.

"Aku betul-betul minta maaf. Aku tak boleh. Aku ada sebab sendiri kenapa aku tinggalkan akademi dan kau orang."

Langkah seribu digunakan untuk menghilangkan diri dari mereka. Alicia, Rudy dan Bulat mengeluh. Namun Iman...memandang Alicia sayu.

Setibanya Rudy dan Bulat di asrama...bilik mandi lekas diserbu mereka. Baru berlawan kut. Mesti ada kotoran. Lagi-lagi dia orang berlawan dekat hutan. Ada juga terbawa balik 👻👻.

"Kau orang."

Tersentak Rudy dan Bulat yang sedang jadi tikus dimalam hari. Hey, ingat tidak lapar kah lepas habis misi? Dah lah kena tibai dengan robot entah datang dari mana. Mesti Komeng beli dari Abang Bear ini.

"Betul ke..."

"Kau orang jumpa pengacau bertopeng?"

"Dan betul ke pengacau bertopeng tu Ali?"

Tanya Khai dan Jet dengan nada membisik. Zass dan Chris turut di situ bersama mereka. Kena lah berbisik kan? Kalau tidak lagi dua orang roommate mereka dengar. Kantoi sudah rahsia MATA. Di ingatkan, satu dorm 12 orang pelajar ya.

"Ma-Mana kau orang tahu?" bukannya dijawab, malah soalan lain pula dilontarkan.

"Alicia beritahu Moon. Biasalah perempuan. Bila frust mesti kena ada tempat mengadu...dan kau orang pun tahu Moon tu macam mana. Mesti hebohkan berita hangat. Tapi kali ni aku respect gila kat dia. Kalau tak sebab dia, kita orang tak kan tahu." jelas Jet.

Mana tidak respect? Kawan hilang 3 tahun kut. Kalau Moon tidak beritahu Zass mesti mereka juga tidak tahu khabar Ali. Tadi petang dah terjumpa dia, kembar Mika dan entah siapa pulak perempuan dengan dia orang tadi.

"Jap... Chris."

Semua memandang Chris. Chris pula memandang Khai yang tiba-tiba menyeru namanya.

"Sebenarnya...siapa budak perempuan dengan Ali dan kembar Mika petang tadi?"

Tercekik air liur Chris mendengar pertanyaan itu. Beritahu nanti pecah rahsia, amanah dan semua akan pecah...dan mesti mereka tidak percaya.

"Bu-Budak perempuan? Budak perempuan mana?" tanya Chris yang sudah berpeluh dingin.

"Kau jangan nak buat-buat tak tahu pulak... budak tu mention nama kau petang tadi dengan Iman...jangan nak berdalih." Jet berkeras.

Semua yang menunggu jawapan Chris mendengus kasar melihatnya yang buat tidak tahu akan soalan Jet dan terus masuk ke bilik untuk tidur.

To Be Continued🌺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro