10 -Hujung Bulan di asrama 👻😈

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ini adalah hujung bulan. Pengetua sekolah iaitu Ejen Zain memberi kebenaran pelajar pulang ke rumah masing-masing. Terkecuali pelajar Kelab Reka Bentuk aka ejen muda kerana ada latihan khas diberi mentor.

Tapi, tidak semua pelajar pulang ke rumah mereka. Seperti Lina, iaitu musuh ketat ejen muda dan merupakan roommate mereka.

Malam sudah hampir buta. Ejen perempuan masih terjaga. Lina pula sudah daripada tadi tidur di katilnya.

Sangat gelap gelita ketika malam itu. Hanya bilik mereka sahaja di penuhi pelajar. Yang lain sudah balik ke rumah.

"Kau orang~ Jom tengok cerita hantu." Memandangkan malam tidak lah buta sangat, Moon mengajak mereka menonton cerita seram.

Yang kanak-kanak ribena terus setuju. Tapi yang perangai macam mak-mak, ego tinggi langit, matang...tidak semudah itu bersetuju.

Namun, dengan ada nya kanak-kanak ribena yang comel molek ni...dapat mencair kan ego mereka yang seperti ais batu. Hehe. Moon, Nul, Aliza dan Ira power of cute.

Pilihan cerita adalah The Nun~ Seram kan? Haish, naik bulu roma. Lampu di living room semua ditutup tapi bukan gelap sampai semua suiz ditutup. Hanya di living room itu sahaja.

Setelah beberapa puluh minit... sehingga satu scene dimana seorang wanita perempuan di lift...

*Kebush*

Elektrik dorm mereka terputus. Semua sedang terkejut tidak tahu mahu buat apa dan mereka shaking. Dalam banyak-banyak scene, kenapa scene yang di lift juga perkara ini berlaku?

Masing-masing membuka lampu pada telefon pintar. Alicia dan Ika yang memeriksa kotak elektrik dorm mereka terkaku ketika melihat kotak tersebut wayar sudah dipotong habis.

Ia seperti ada orang sengaja sabotaj mereka. Tapi, siapa? Semua ejen perempuan tadi seronok menggigil tengok cerita. Nak kata Lina? Dah lama dia tidur.

"Macam mana ni?" Aliza memecahkan kekakuan mereka ketika datang bersama yang lain.

Tiba-tiba

Hihi~

Mereka melihat sesuatu di hadapan televisyen yang sedang memandang seram pada mereka.

Terlihat seorang budak perempuan berambut panjang menutupi seluruh mukanya... memandang pada ejen perempuan.

Shaking mereka makin kuat. Semua melarikan diri dari living room tersebut. Mereka tidak bersama, mereka berpecah. Seorang ke utara, seorang ke selatan, seorang ke timur, seorang ke barat.


Sementara itu di hostel ejen lelaki yang sudah nyenyak tidur...

'Haihh.'

Ali mengeluh. Daripada tadi munukar posisi baringnya. Sekejap ke kira, sekejap ke kanan. Fikiran nya bercampuran.

"Ali. Kau okay tak?" Khai duduk bersila di atas katilnya. Katilnya itu adalah berhadapan katil Ali.

Katil Ali di bahagian bawah ye. Bukan atas. Hehe.

"Entah...aku tak sedap hati lah." posisi nya sekarang sudah sama seperti posisi Khai sekarang.

Jet yang katilnya di atas katil Chris terjaga mendengar perbualan mereka berdua. Malam-malam buta ini masih ada yang terjaga ke?

"Kau orang buat apa malam-malam ni?" soal Jet. Matanya digosok-gosok. Membuatkan ia memerah.

"Kau tak rasa ke tak sedap hati? Macam...ada benda sedang berlaku."

Jet menggeleng dan sambung tidurnya semula. Dia sempat berkata bahawa itu hanya perasaan ilusi Ali kerana Ali terlalu banyak fikir.

Ali hanya menerima pendapat Jet. Mungkin juga itu hanya perasaan ilusi semata-mata. Dia terus sambung tidur dengan nyenyak selepas membaca doa'-doa' sebelum tidur.

Langkah seribu diperlakukan. Ika berlari sepuas hati nya sehingga sampai di destinasi yang ditujunya.

Pantas dia memanjat tangga untuk naik atas katil Lina. Badan Lina digoncang kuat untuk kejutkan nya.

"Lina! Bangun lah!"

Badan di pusing ke kanan. Lina memandang sekilas pada Ika. Tiada kerja kacau orang tidur?

"Kau pahal? Malam-malam kacau aku. Pergi lah tidur." Bantal yang dipeluknya menutup muka.

Bantal ditarik Ika. Lalu memukul Lina menggunakan bantal tersebut.

"Ish kau sebenarnya nak apa! Tak pernah-pernah kacau aku tidur." Akhirnya Lina duduk memandang geram.

Lantas Ika memberitahu perkara sebenar. Dia kata bahawa ada makhluk halus di hostel mereka. Dengan menyampah... Lina menjawab...

"Ish, merepek lah kau ni!" kata Lina dan terus sambung tidurnya. Orang tengah sedap tidur pergi kacau. Semak betul.

*Kedang!*

Pintu bilik air dihempas kuat. Iman dan Moon menyandar pada pintu tersebut. Jantung mereka bergoncang dengan hebat.

Mata mereka tidak sengaja melihat pada cermin. Mereka mendekati cermin tersebut yang mempunyai tulisan berdarah~.

Aku akan pastikan semua orang dalam dorm ni terbunuh! Aku akan tuntut bela apa yang pernah kau orang buat!

Air mata mereka mula deras. Ujian apakah ini? Satu sama lain memeluk tubuh.

"Iman, jom keluar." kata Moon dengan nada berbisik. Iman setuju dan melangkah ke pintu bersama.

Automatik mereka gelabah dan cemas. Bagaimana pintu itu boleh terkunci dari luar?

Makin lebat air mata turun pada pipi mereka berdua. Mereka terduduk di depan pintu sambil menjerit meminta tolong.

Alicia bersama Mika dan Roza sedang bersembunyi di bucu dinding di bilik study room mereka semua.

Dah kata 'mereka semua' maknanya bilik tu besar lah.

Bulu roma yang bengkok naik tegak sekali. Ada sesuatu aura disebalik langsir putih itu.

*Kejuz*

Angin kencang menolak langsir tersebut. Sekilas, mereka nampak sesuatu di belakang langsir tadi.

*Kejuz*

Sekali lagi angin menolak langsir. Kali ini mereka betul-betul nampak entiti berambut panjang ber dress putih sambil bersenyum tipis.

Terus buka langkah seribu mendekati pintu. Cepat-cepat memulas tombol dan keluar daripada bilik itu meninggalkan entiti tersebut.

Yang hanya tinggal Ira, Aliza dan Nul. Mereka sekarang di pantry sedang seronok tengah kunyah keropok sambil tahan tangisan dalam hati.

"Kau...kau orang rasa...apa benda tadi tu?" tanya Ira sementara tangannya menyumbat keropok dalam mulut.

"Enggak tahu Kak Ira. Nul pikir itu hanya sekadar... bayangan semata-mata." Suaranya menggigil ketakutan. Air mata yang ditahan mula jatuh. Takut sangat apabila di imbas.

Ira dan Aliza mengangguk. Mungkin betul kata Nul. Itu hanya bayangan sahaja. Mereka yang fikir bukan-bukan.

*Serek*

Pintu pantry terbuka sedikit. Mata mereka memandang tepat pada pintu itu tanpa berkata. Bagaimana pintu yang tertutup rapat boleh terbuka ditiup angin? Itu juga mereka sudah kunci dari dalam lagi.

Hihi~

Mereka bertiga tidak duduk diam lagi. Kali ini bukan yang mereka sangkakan. Bukan bayangan, bukan ilusi. Ia benar-benar depan mata mereka.

Air mata mereka sangat deras ketika ini. Tidak tahu mahu lakukan apa. Dan akhirnya...mereka rebah ke lantai.

To Be Continued 🌺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro