23 - Musuhh! #2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hello... kau nampak tak diorang?" tanya seseorang melalui alat penghubung telinga. Sekarang ini dia berada di atas pokok supaya musuh tidak nampak.

"Nampak. Diorang ada dekat dengan kita. Kita kena cepat. Sebab diorang dah nak blah." Dia bersama dengan kawannya yang lain bertindak sebelum semua yang tak boleh pakai itu pergi daripada situ.

"Hiarghh!!" Diva Beauty dan Triangle L terkejut melihat Ika datang tidak tahu dari mana terus menyerang Feisya. "Kau... apa yang kau nak?!" Feisya berdiri kembali dengan bibir bengkak.

"Apa yang dia nak? Dia nak tebus kesalahan dia selepas apa yang dia buat selama ni." Emruze bersama ejen muda lelaki dan mentor yang sudah berpakaian lengkap suit ejen ... di sisi Ika sekarang.

"Apa yang kamu semua cuba lakukan?!" tanya Ejen Leon kepada semua pesalah. Semua, termasuk Triangle L walaupun Triangle L bukan ejen rasmi MATA.

Mereka langsung tidak tertunduk kerana malu mentor sudah tahu ... malah mereka bangga apabila mentor tahu perbuatan mereka.

"Sebab ... saya nak balas dendam pada Dato' Othman. Dia ... dia dah langgar mama tanpa rasa bertanggung jawab. Sebab tu, saya jadikan ejen muda perempuan mangsa keadaan."

Semua ejen lelaki dan mentor terdiam. Ika dengan api yang membarak rasuk dirinya terus menolak Feisya dengan kejam!

"Kau! Kau yang tak sedar diri! Bapak kau yang dah langgar Fatin, adik Jet tanpa belas kasihan ... lepas Dato' Othman langgar mama kau dengan cara yang sama..." Ika semakin dekat dengan Auristela.

"kau nak balas dendam!? Kau tahu tak semua ni kifarah Tuhan nak bagi kat bapak kau tu!?" Walaupun Ika sudah cakap benda yang sama tadi, Jet tetap tak dapat tahan air matanya daripada mengalir.

"Heh! Aku tak percaya!" kata Feisya dengan sombong. Mustahil ayahnya akan buat begitu kepada orang. Lain lah macam Dato' Othman.

"Kau! Bagitahu aku, mana Nul!?" Amelia tersenyum bangga dengan pertanyaan Mike. Dia tahu Mike akan risaukan Nul itu. "Maksud kau, tu?" Amelia menunjukkan tempat Nul yang telah di ikat di sebatang pokok besar.

"Ya Allah!!" Mike bersama Ejen Geetha berlari pada yang lain. Ejen Leon, Ejen Bakar juga Ejen Karya cuba melepaskan ejen perempuan pada semua pokok tersebut.

"Sayang..." kata Mike sayu. Ejen Geetha memeriksa nadi Nul. "Nadi Nul ... sangat lemah sekarang." Mike mati kata. Dia tidak mahu kehilanggan Nul sekarang. Cukup hanya papa mertua nya yang pergi tapi bukan Nul.

"Ejen Geetha ... tolong pergi dari sini dengan mentor lain untuk selamatkan Nul. Saya merayu." Ejen Geetha tiada jawapan. Pada masa yang sama selain tidak mahu kehilangan Nul, dia tidak mahu tinggalkan ejen muda lain dalam keadaan begini.

"Tapi Mike, kamu dan yang lain macam mana?" tanya Ejen Geetha. "Biarkan kami di sini. Selepas Ejen Geetha dengan mentor sampai di HQ, tolong hantar bantuan untuk kami."

Ejen Geetha mengangguk faham. Dia terus membawa Nul pergi dari situ. Mentor lain mengikut Geetha dari belakang walaupun tidak tahu apa yang Geetha hendak lakukan.

"Kau ... hutang kau tak selesai lagi. Lawan kitorang." kata Jet sambil menghadap Auristela. Semua ejen muda di sisi Jet. Eh- bukan semua. Ejen muda perempuan tengah dalam pengsan.

"Heh! Kalau itu yang kau nak ... " Julia bersenyum sinis sebelum menyerang mereka. Diva Beauty dan Triangle L membantu Julia.

"Semua .... serang!!" kata Ali. Semua ejen mula menyerang menggunakan gajet mereka. Ali hasrat nak balas dendam pada Julia. Disebabkan Julia, dia bergaduh besar dengan Alicia dan semua jadi hura hara seperti sekarang.

"Kau yang bengap, Ika! Kau takkan dengar cakap kitorang kalau kau tak bengap!" Sekarang ini Nadia dengan Dilla sedang berlawan dengan tangan kosong. Sambil berlawan, sambil itu Dilla sakitkan hati Ika.

Ika menghalang serangan Dilla daripada ingin menumbuk dirinya. "Korang yang ugut aku!" Dia membuat serangan penumbuk extra dua kali. "Hiargh, Hiargh, Hiargh!!!" Dilla jatuh ke tanah. Ika tidak bersenyum lagi. Dia mendapat kemenangan.

"Korang yang ugut aku. Kalau aku tak ikut korang nak letupkan 3 menara peneraju, letupkan semua tempat MATA dan ... hisk, nak bunuh Emruze?" katanya dengan nada lemah. Nazifa tertunduk. Apakah betul apa yang dia sedang buat sekarang ini?

"Cis!" kata Feisya apabila melihat Dilla tidak bertindak apa-apa pun. Dia menendang Jet hingga tercampak. Lalu berlari ke arah Ika dan Dilla ... kemudian, mengeluarkan pistol api.

"Pung!!"

Semua berhenti berlawan dan ternganga. Ika yang hampir terkena serangan Feisya itu terduduk sambil menangis.

Salah satu daripada ugutan Diva Beauty itu ... telah terjadi. Feisya tidak sengaja melepaskan peluru pada Emruze, sepatutnya pada Ika.

"Ada bagus juga kau yang terkena peluru tu ... dendam aku dengan bapak kau selesai sikit." kata Feisya dengan sedikit bangga. Pistol api yang digunanya disimpan semula. Ika dengan air mata menitis atas Emruze.

"Ruze ... bangunlah." Ika menggerak-gerakkan badan Emruze tapi tetap tidak bangun.

"Ika ..." Ika melihat Afik tiba di sebelahnya. Dia tahu juga akan rasa seperti mana dia rasa. Antaranya dengan Afik, Afik paling lama kenal Emruze ... tapi semuanya dah berakhir sekarang.

"Afik ... " Ika tidak sanggup lagi berkata apa. Hatinya sungguh sebak, sungguh terkedu sekarang. "Kau kena sabar, Ika. Kau tak boleh jatuh sekarang. Kita kena tempuh diorang bersama."

Afik kembalikan semula semangat Ika yang telah hilang serta merta. Dia bersama Ika mengalihkan Emruze di tepi pokok untuk mengelakkan orang terlangkah.

"Sekarang korang dah tahu kan siapa yang hebat?" Luna bersuara mewakili pihak mereka. Tidak perlu jawab pertanyaan Luna pun, mereka sudah tahu siapa yang hebat. Mestilah mereka, tidak mungkin ejen muda yang konon nya dikatakan hebat tapi lembik itu pulak? Hahahaha

Ejen muda kekal dengan pendirian mereka. Mereka tidak akan mudah mengaku kalah. Tidak kira lah apa motif diorang sekali pun, mereka tetap akan lawan habis-habisan setelah diorang buat dekat ejen muda perempuan dan juga Emruze.

Tiba-tiba satu cahaya yang sangat terang menerangi kawasan itu. Akibat terlalu terang, mata mereka semua sakit kerana terlalu silau.

"Eh?" Seorang wanita yang bertudung dan berpakaian seperti ninja serta memakai topeng datang pada ejen muda.

Nampaknya sekarang wanita bertopeng itu berpihak pada ejen muda. Tapi yang buat Ali berasa curiga adalah ... gajet yang dipakai wanita bertopeng itu sama seperti Ejen Aliya iaitu gasing. Mungkin ia hanya satu kebetulan.

Bertopeng? Bertopeng macam mana? Bertopeng separuh macam ni ...

"Siapa dia Ali? Kau kenal tak?" soal Rudy. Semua sedang bingung sekarang. Siapakah wanita bertopeng itu sebenarnya? Kenapa dia pilih untuk berpihak pada ejen muda?

"Entah. Aku pun tak pasti." kata Ali dalam keraguan. Dalam kepalanya juga sedang bermain teka teki ... dia dengan wanita bertopeng itu seperti pernah berjumpa.

"Kamu semua boleh panggil saya unknown." kata wanita bertopeng itu. "Saya datang nak bantu kamu semua untuk kalahkan pesalah." katanya lagi. Semua ejen mengangguk. Mereka bersedia dengan semangat baru. Semua mula start kan enjin.

"Korang fikir kitorang akan takut? Tak semudah itu!" Dilla mempertahankan pendirian mereka. Mereka tak akan kalah dan mustahil mereka kalah ditangan ejen muda lembik macam diorang.

"Baik. Kita tengok macam mana." Khai sudah mulakan permainannya. "Unknown!" Unknown bersama ejen muda lain serang bersama.

°_____★_____°

"Semua ... cepat bawa mereka. Mereka perlu rawatan secukupnya." kata Ejen Geetha bersama beberapa ejen lain dan robot MATA untuk memberi bantuan. Unknown sudah larikan diri kerana mereka sudah tumpaskan semua pesalah tak guna tu yang kononnya hebat itu.

"Bawa mereka semua untuk soal siasat di HQ." Semua robot itu menerima arahan dari Ejen Leon. Mereka membawa semua Diva Beauty dan Triangle L ke dalam van.

To Be Continued 🌺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro