16🍀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari yang paling aku risaukan tiba juga. Final exam. Jam baru menunjukkan 6.30 pagi. Baju kurung kain cotton bewarna hijau muda berbunga kecil aku ambil dari almari. Senang tak perlu di iron. Aku sarungkan baju kurung itu terus pada badan.

Nota-nota ringkas yang aku buat pada minggu lepas aku baca sekali lalu buat kali terakhir. Selepas yakin aku mengingati dan memahami semua nota yang sudah dibaca dari semalam, nota aku simpan semula di dalam laci belajar.

Alat-alat tulis, slip exam, kad pengenalan dan dompet aku masukkan dalam tote bag. Siap semuanya, aku bangun untuk menyikat dan mengikat rambut.

Setelah berpuas hati dengan penampilanku, tote bag aku capai. Exam akan bermula satu jam lagi. Aku perlu sampai awal di Dewan Taunku Canselor kerana Sarah sudah menunggu di sana.

Sarah memang akan sentiasa awal tiba di dewan exam. Katanya risau terjadi apa-apa jika pergi lewat. Sebagai sahabat, aku ikutkan saja kata Sarah.

Sampai sahaja di Dewan Tuanku Canselor, kereta aku letakkan di belakang dewan. Bersebelahan kereta Sarah.

Aku terus menuju masuk ke dalam dewan. Laman depan dewan sudah mula dibanjiri pelajar-pelajar dari pelbagai course.

Mata aku lilaukan mencari Sarah. Sarah tidak aku temui tapi Danial pula melambai kearah aku. Danial bergerak ke tempat aku sedang berdiri.

"Cantiknya tunang Danial." Danial aku lihat begitu teruja. Agak kuat Danial berkata.

"Shuss. Malu la kalau orang dengar." Jari aku letakkan ke mulutku tanda menyuruh Danial senyap.

"Kenapa nak malu pulak. Benda betul kot."

"Memang betul dan tak dinafikan Ary cantik tapi biar kita-kita je tahu." Aku bisikkan pada telinga Danial perlahan. Sengaja mengusik.

Meletus tawa Danial. Aku tersenyum.

"Nakal la Ary ni."

"Sedap dating abang dan akak? Penat aku cari." Aku menoleh belakang apabila seseorang bersuara. Sarah.

"Aku cari kau tadi tapi tak jumpa." Aku terangkan pada Sarah.

"Jom teman aku study sikit sebelum masuk dewan. Aku takutlah. Saya pinjam Qaseh ye Danial." Tangan aku Sarah pegang. Berharap aku mengikutnya.

"Okay." Ujar Danial pada Sarah. "Habis exam nanti Danial call Ary. Danial pun nak pergi dekat sana." Danial berkata pada aku pula sambil menunjuk ke tempat rakan-rakannya yang lain.

"Okay. Good luck exam."

"You too sayang. Good luck. Fighting." Tangan Danial lambai kearah aku dan berlalu pergi. Aku pula mengikuti Sarah duduk di sudut tepi laman dewan.

Kertas pertama yang berlangsung selama 1 jam 45 minit telah tamat 10 minit lepas. Alhamdulillah, aku boleh menjawabnya dengan mudah. Aku dan Sarah keluar dari Dewan Tuanku Canselor.

"Nasiblah soalan senang yang keluar tadi. Kalau tak, mati kejung aku depan kertas tu."

"Mati kejung konon. Setiap sem dekan jugak." Ujarku seakan memerli Sarah.

"Eleh, kau pun sama. Kawan kan, mesti kena dekan sama-sama." Aku mengangguk setuju.

"Beb. Cakap pasal kawan ni, aku nak tanya kau satu benda la." Tiba-tiba aku teringatkan perangai Indah yang agak berbeza akhir-akhir ini.

"Kau ni buat suspen la. Apa benda?" Sarah membalas.

"Indah ada cakap tak dengan kau yang dia ada boyfriend or kawan rapat lelaki ke akhir-akhir ni? Dari aku balik dari Johor lagi aku nak tanya kau tapi asyik lupa je."

"Tak de pulak. Kenapa?"

"Indah sekarang asyik keluar malam je. Kalau dalam bilik pulak dia selalu pegang telefon sambil senyum-senyum. Bila aku tanya dia cakap kawan. Aku risau lah."

"Mungkin dia baru kenal-kenal kot. Dia malu lagi nak bagitahu kita. Kau tak payah risau la. Dia pandai jaga diri punya. Kita doa yang baik-baik je."

Aku mengangguk perlahan mendengar balasan Sarah. Mungkin betul tidak ada apa yang hendak dirisaukan.

Kami berdua masuk kedalam kereta masing-masing dan berlalu ke kolej. Petang nanti kami akan menjawab kertas kedua pula. Minda perlu ditenangkan untuk mengingati apa yang dihafal bagi subjek kedua.

Sampai saja dirumah aku lihat banyak notification yang masuk di telefonku. Whatsapp aku buka.

SirDanish:
Good luck semua untuk exam petang ni. Buat yang terbaik untuk kertas saya dan kertas lain jugak.

Sofi:
Thank you sir.😘

Emir:
Bereh sir.🤜🏻🤛🏻

Mia:
😽Baik sir.

Sarah:
TERIMA KASIH SIR DANISH. Doakan saya tau.😉

Rajin pula Sir Danish melayan setiap orang di dalam group itu. Aku juga membalas apabila melihat ramai membalas. Sarah juga tidak terkecuali. Ceh ayat mengada sungguh Sarah ni.

Me:
Thank you SIR.

Kali ini aku tidak meletak sebarang emoji. Takut 'tragedi' berulang kembali. Telefon aku letakkan di tepi. Nota aku buka. Study. Study.

Walaupun hanya mendapat balasan 'Thank you Sir' tanpa sebarang emoji, aku tetap tersenyum. Sekurang-kurangnya dia balas.

Kertas-kertas yang berselerak di meja aku susun kemas dan letakkan ke dalam fail. Fail itu aku bawa bersama ke bilik Fahmi, seorang pensyarah di UPSI. Ada perkara yang hendak dibincangkan.

Pintu bilik Fahmi aku ketuk perlahan. Kaki melangkah masuk sebaik saja Fahmi menyuruh aku masuk.

"Ada apa Danish?" Tanya Fahmi kepada aku tanpa mengangkat kepala dari kertas-kertas yang dibacanya. Kerusi di depan Fahmi aku duduk.

"Aku nak bincang dengan kau pasal kem dekat Gunung Datuk tu. Lagi 3 hari kita nak gerak dah." Aku membuka bicara. Fail ditangan aku letakkan di atas meja.

"Pasal tu semua dah settle. Bas, makanan dengan orang yang nak tunjukkan jalan semua dah ada. Tinggal kita je gerak ke sana."

"Okay la kalau macam tu. Tak payah pening-pening dah."

"Weh aku lupa." Tiba-tiba Fahmi berkata dengan nada kuat. Terkejut sedikit aku mendengar.

"Lupa apa?"

"Aku lupa nak bagi kau senarai nama pelajar yang join. Kejap eh." Fahmi membuka laci kerjanya dan mengeluarkan sekeping kertas lalu dihulurkan pada aku. Ingatkan apalah yang dilupanya. Hanya sehelai kertas.

Aku menyambut dan membaca nama pelajar yang akan turut serta dalam kem tersebut.

Mataku terhenti pada nombor 25. Qaseh Aryana binti Qash Imran. Qaseh join kem ni? Aku tersenyum segaris.

"Hoi Danish Amsyarrrrr." Pantas aku menoleh apabila nama panjangku disebut dengan kuat.

"Kau dah kenapa jerit-jerit?" Aku menyoal hairan.

"Kau tu yang dah kenapa. Senyum sorang-sorang lepastu aku panggil tak dengar-dengar." Ujar Fahmi sedikit bengang memandang aku.

"Sorry bro. Aku 'terfokus' sangat pulak tengok nama-nama ni."

"Fokus kau mengalahkan tengok nama calon bini." Fahmi memerli aku.

"Biarlah. Mana tahu dekat sini ada jodoh aku." Sengaja aku membalas begitu. Kata-kata juga merupakan satu doa. Terlupa aku seketika tentang status Qaseh.

"Bagus la kalau ada dekat situ. Cepat sikit aku rasa nasi minyak kau." Fahmi menggosok-gosok tangannya seakan tidak sabar menunggu 'nasi minyak' aku.

"Aminn."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro