25🍀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Minum, bang." Ajak Puan Mirza pada suaminya, Encik Rosyam. Dulang yang berisi sepotong kek dan secawan kopi diletakkan di atas meja kayu.

Encik Rosyam mengangkat wajahnya dari terus memandang surat khabar di tangan. Surat khabar dilipat sebelum diletak di kerusi tepinya.

"Danial mana?" Tanya Encik Rosyam sambil mengambil cawan yang dihulur isterinya.

"Ada dekat atas. Macam biasa duduk termenung." Keluhan dilepaskan perlahan.

Sejak pulang dari hospital dua hari lepas, Danial banyak menghabiskan masa termenung dan menyendiri. Sebagai ibu, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

"Biarlah dia tenang dulu. Awak jangan mendesak dia sangat." Ujar Encik Rosyam.

"Yelah. Saya nak tanya abang ni. Pasal permintaan Danial tu, kita nak ikut ke? Saya kesian lah tengok Qaseh tu." Permintaan Danial padanya sewaktu di hospital supaya memulangkan cincin pertunangan kepada Qaseh masih tidak dilaksanakannya.

Dia sayang untuk melepaskan Qaseh. Baginya hanya Qaseh menantunya.

"Saya pun kesiankan Qaseh jugak tapi dah itu keputusan Danial. Kita tak boleh nak paksa dia. Lagipun bukan kita tak nasihatkan dia."

"Macam mana kita nak bagitahu keluarga Qaseh? Qaseh lagi. Awak sendiri nampak Qaseh masih menunggu Danial. Danial tak nak jumpa dia pun, dia masih datang walaupun tak dapat tengok Danial. Saya tak sampai hati bang." Air mata Puan Mirza mula menitis keluar.

"Kalau awak tak sampai hati nak bagitahu Qaseh, kita bagitahu je keluarga dia dulu. Biar keluarga dia yang maklumkan pada Qaseh." Encik Rosyam rasakan hanya itu saja jalan terbaik untuk memberitahu bakal besannya mengenai permintaan Danial.

"Takpe ke bang? Saya serba salah pulak dengan pihak sana."

"Tak perlu serba salah. Pihak sana mesti faham dengan keadaan Danial. Anggap saja Danial dan Qaseh tidak diciptakan bersama."

Puan Mirza mengangguk perlahan. Nampaknya mimpi yang ditakutkannya selama ini benar-benar terjadi. Qaseh bukan lagi bakal menantunya.


Bingkai gambar Danial aku peluk ke dada. Rindu. Wajah Danial yang sedang tersenyum di atas pelamin kecil sambil menunjukkan cincin pertunangan mereka aku tatap. Gambar itu diambil sewaktu majlis pertunangan aku dan Danial enam bulan lepas.

Sejak Danial menghalaunya di hospital seminggu lalu, dia tidak lagi bersua muka dengan Danial. Walaupun Danial tidak mengizinkan aku menjenguknya, setiap hari aku tetap datang melihat dari jauh.

Cinta aku pada Danial tidak pernah pudar bahkan semakin hari semakin bertambah.

Air mata tidak lagi menghiasi wajah. Sudah aku azamkan untuk tidak tangisi lagi takdir yang telah Allah tetapkan. Mungkin benar kata orang tua-tua dugaan bertunang itu berat. Sebagai bukti, aku sedang laluinya sekarang.

Gambar itu aku usap perlahan bersama senyuman.


Mata aku halakan ke luar. Melihat matahari yang semakin menghilangkan diri di sebalik awan. Langit yang cerah mula bertukar kelam. Semakin lama semakin gelap. Hanya menunggu masa hujan turun membasahi bumi.

Tidak sampai seminit, rintik-rintik hujan mula turun. Fikiran aku mula teringatkan Qaseh. Bagaimana keadaanya sekarang? Sihatkah? Tidak terlukah Qaseh apabila aku memulangkan cincin? Kepala aku gelengkan perlahan.

Mata aku turunkan ke bawah memandang kaki yang tidak lagi sempurna. Jika Qaseh tetap bersama aku, pastinya Qaseh lebih terluka dan menderita.

Tiada gunanya lagi aku menjadi tunang Qaseh. Lebih baik aku lepaskannya kepada yang lebih layak. Semoga Qaseh berjumpa dengan kebahagiannya.

Kerusi roda aku tolak perlahan menuju ke katil. Bingkai gambar Qaseh yang terletak di meja kecil tepi katil aku renung.

Ary bukan lagi milik Danial. Bisik hati aku perlahan.


Tangan aku menggagar mencari telefon yang berbunyi di atas meja. Mata yang pejam aku buka sedikit untuk melihat nama pemanggil. Babah👑.

"Assalamualaikum." Babah di sana memberi salam. Aku bangkit dari baring mendengar suara babah.

"Waalaikumusalam. Ada apa babah call adik?" aku menjawab salam babah denga suara serak. Aku tertidur tadi selepas melihat gambar-gambar aku dan Danial.

"Adik sihat? Kenapa serak je suaranya?" Tanya babah prihatin.

"Adik sihat. Adik tertidur tadi tu suara serak sikit." Terang aku untuk menghilangkan kerisauan babah.

"Babah sebenarnya nak cakap sesuatu dengan adik. Pasal Danial."

"Pasal Danial?" Tertanya-tanya aku mendengar ayat babah. Aku berdiri menghampiri tingkap bilik. Hujan lebat diluar sana.

"Haah. Keluarga Danial ada call babah tengahari tadi. Nak bincang tentang adik dengan Danial."

"Bincang? Bincang apa babah?" Suara aku mula bergetar. Takut memikirkan sebarang kemungkinan.

"Danial nak pulangkan cincin semula pada kita." Ujar babah perlahan.

"Cincin?" Otak aku seakan tidak dapat menghadam maksud babah.

"Danial nak putuskan pertunangan." Ayat yang keluar dari mulut babah bagaikan petir yang menyambar seperti diluar. Aku terkaku seketika mendengar.

"Tak mungkin Danial buat macam tu." seadaya upaya aku cuba menidakkan apa yang aku dengar dari babah.

"Ayah Danial yang beritahu kami semua tadi. Tak mungkin babah bergurau sayang dalam hal-hal macam ni." Bicara tenang babah memaksudkan apa yang dikatakan babah benar.

Panggilan babah aku matikan. Kunci kereta aku ambil. Aku perlu berjumpa Danial sekarang.


Hujan yang semakin lebat tidak aku hiraukan. Fikiran aku hanya mahu bertemu Danial. Air mata tidak lagi menemani aku. Pasti Danial tersalah cakap pada babah. Danial sayangkan aku. Tidak mungkin Danial ingin memutuskan pertunangan kami.

Pedal minyak aku tekan kuat. Mahu cepat sampai ke rumah Danial. Bunyi hon-hon dari kenderaan lain pada aku, aku biarkan.

Sampai sahaja di depan pagar rumah Danial, loceng aku tekan beberapa kali. Apabila tiada sahutan, pagar aku goncang kuat. Hujan yang turun membasahi badan aku biarkan.

Dari jauh aku sudah terlihat ibu berlari kearah aku bersama payung ditangan. Wajah yang basah aku lap dengan tanganku.

"Ya Allah. Qaseh buat apa dekat sini?" Wajah ibu terlihat risau memandang keadaan aku yang sudah lencun.

"Ibu, Qaseh nak jumpa Danial. Tolong Qaseh ibu." Tangan ibu aku pegang. Merayu supaya ibu benarkan aku berjumpa Danial.

"Jom kita masuk dulu. Qaseh mesti sejuk." Ibu menarik aku masuk bersamanya ke dalam. Aku mengikut.


Masuk ke dalam rumah, aku lihat ayah sedang bersembang dengan seorang lelaki di ruang tamu. Wajah lelaki itu tidak terlihat kerana membelakangi aku.

Wajah ayah juga sama seperti ibu tadi terkejut melihat keadaan aku. "Qaseh dari mana ni sampai lencun satu badan?" ayah bangkit mendekati aku. Ibu berlalu ke bilik mengambil tuala untuk aku.

Lelaki yang membelakangi aku bangkit dari duduknya dan menoleh ke arah kami. Aku tergamam sedikit. Sir Danish. Apa yang dia lakukan malam-malam begini dirumah Danial?

"Qaseh dari rumah. Qaseh nak jumpa Danial, ayah." Balas aku pada pertanyaan ayah.

"Amik tuala ni balut dulu badan kamu. Nanti demam pulak." Tuala ditangan ibu dihulurkan pada aku. Aku menyambut lembut.

"Qaseh nak jumpa Danial buat apa?" Tanya ayah lagi. Sir Danish hanya diam sambil berdiri mendengar perbualan kami.

"Betul ke ayah call babah cakap nak putuskan pertunangan kami?" Soalan babah aku biarkan sebaliknya aku terus bertanya tujuan utama aku kemari.

Wajah ibu dan ayah jelas serba salah mendengar kataku. Raut wajah mereka memberikan jawapan yang aku inginkan.

"Jadi betullah Danial nak putuskan pertunangan kami?" Kuat suaraku cuba melawan kuatnya bunyi hujan.

"Ibu dengan ayah mintak maaf. Danial yang minta kami beritahu keluarga kamu." Ibu sudah menangis. Tangannya cuba memeluk aku. Aku menjauh. Laju aku berlari menuju ke tangga. Aku perlu bertanya Danial.

Ibu, ayah dan Sir Danish mengejar apabila melihat aku naik ke atas.


Pintu bilik Danial aku tolak kuat. Danial sedang duduk di kerusi roda sambil melihat luar. Aku hampiri Danial. Aku pasti Danial sedar akan kehadiran aku.

"Kenapa Danial nak putuskan pertunangan kita?" Aku tarik kerusi roda Danial supaya berhadapan denganku.

"Sebab aku dah tak nak kau jadi tunang aku lagi." Tenang wajah Danial mengucapkan kata itu pada aku.

"Tak mungkin. Ary tahu Danial sayangkan Ary." Tangan aku naik menyentuh tangan Danial. Danial hanya memandang sepi.

"Perasaan aku pada kau dah mati Aryana. Aku dah tak cintakan kau lagi." Kuat Danial berkata. Mata Danial aku tenung cuba melihat kebenaran kata-kata Danial.

"Danial tipu. Danial sentiasa cintakan Ary. Kalaulah disebabkan keadaan Danial ni Danial nak putuskan pertunangan, Ary tak nak. Ary dah janji nak setia walaupun apa yang terjadi." Melengking kuat suaraku. Mata Danial mengatakan sebaliknya.

"Aku dah tak perlukan kesetiaan kau Qaseh Aryana. Aku tetap dengan keputusan aku." Ujar Danial tegas. Cincin silver yang aku berikan pada Danial sewaktu kami bertunang, Danial letakkan di tangan aku.

Aku memandang mereka yang berdiri di muka pintu. Ibu sudah menangis di bahu ayah. Sir Danish masih diam memandang.

"Ary taknak. Tolong jangan buat Ary macam ni." Air mata yang aku tahan dari tadi mengalir jua mendengar keputusan Danial. Kedua-dua tangan Danial aku capai untuk menyarungkan semula cincin. Danial mengenggam tangannya kuat.

"Terima kasih kerana masih setia pada aku sehingga saat ini. Kau cakap kau hanya akan pergi kalau aku buang kau kan? Mulai saat ini Qaseh Aryana binti Qash Imran, aku buang kau dari hidup aku. Aku akan anggap kau tak pernah wujud. Aku pasti kau pun boleh buang aku yang dah tak berguna ni dari hidup kau." Danial menolak kerusi rodanya menjauh dari aku.

Aku sudah terduduk di lantai. Ibu datang menarik aku ke dalam pelukannya.

Beginikah pengakhiran cinta kami?


𝔸𝕝𝕝𝕒𝕙 𝕊𝕦𝕓𝕙𝕒𝕟𝕒 𝕎𝕒 𝕋𝕒𝕒𝕝𝕒 𝕤𝕒𝕚𝕕:

'If you never felt pain or experienced problems, How would you know I'm the Healer?'

'If you never made a mistake, How would you know I'm the Forgiver?'

'If you were never hurt, How would you know I'm the Comforter?'

'If your life was perfect, Then why would you need Me?'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro