27🍀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Rumah yang sunyi aku pandang. Hanya tinggal aku seorang saja lagi belum pulang. Housemate yang lain dua minggu lepas sudah pulang ke kampung halaman sebaik tamatnya peperiksaan akhir.

Aku pula setia menanti Danial di sini. Aku sangkakan penantian aku akan berakhir dengan kegembiraan rupa-rupanya berakhir dengan terlerainya ikatan pertunangan.

Terlalu cepat rasanya semua yang terjadi. Aku tersenyum sendiri. Perancangan Allah itu terlalu cantik untuk aku menidakkannya. Aku ikhlaskan semuanya.

Tuala yang tersangkut aku capai. Terasa mahu demam badan apabila terkena hujan semalam. Kepala juga sudah sedikit pening. Aku melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai mandi dan mengenakan pakaian, aku mengerjakan solat subuh terlebih dahulu sebelum mengemas rumah dan bilik.

Luggage dan segala barang keperluan aku letakkan di ruang tamu. Bilik air aku cuci. Rumah aku sapu dari segala habuk dan sawang.

Tersenyum aku melihat rumah yang sudah bersih.

Aku melangkah ke katil untuk berehat. Hanya beberapa jam sahaja aku tidur semalam membuatkan badan aku terasa letih.

Minyak cap kapak aku sapukan di kepala apabila sakit kepala aku datang menyinggah lagi. Beberapa minit kemudian aku terus terlena.


Loceng yang berada di pagar luar rumah Danial aku tekan perlahan. Tidak lama kemudian pintu rumah terbuka dari dalam. Puan Mirza keluar dan datang menghampiri aku.

"Dah lama Sir sampai?" Tanya Puan Mirza beramah.

"Baru lagi. Maaf ganggu makcik pagi-pagi ni." Balasku pada ibu Danial.

"Takpe. Jom masuk rumah dulu. Kita sarapan." Ajakkan Puan Mirza buat aku serba salah.

"Eh takpe makcik. Saya datang nak ambil kereta je ni." Aku menolak lembut ajakan Puan Mirza.

"Ya Allah, makcik lupa kereta kamu dekat sini. Padanlah pagi-pagi lagi kamu dah datang." Aku tertawa mendengar bicara Puan Mirza.

"Kamu bawak kereta Qaseh?" Puan Mirza bertanya hairan apabila memandang kereta Qaseh yang berada di belakangku.

"Haah. Semalam saya yang hantar Qaseh balik." Jawabku jujur. Aku lihat wajah Puan Mirza berubah suram.

"Ni macam mana nak bawak sampai dua kereta ni?"

"Kawan saya ada dalam kereta tu. Dia segan nak keluar." Tangan aku tunjukkan pada Amir yang sedang menunggu di dalam kereta.

"Oh. Makcik tak perasan pulak kawan kamu. Betul ni kamu tak mahu sarapan dulu?" Puan Mirza meminta kepastian dari aku.

"Betul makcik. Terima kasih. Sampaikan salam saya pada pakcik dan Danial ye. Assalamualaikum." Aku menduduk sedikit tanda hormat sebelum berlalu pergi.


Laju aku berlari ke tandas apabila tekakku terasa mual. Habis segala makanan yang dimakanku semalam aku muntahkan. Kaki sudah terasa lembik untuk berdiri.

Tangan aku bawa ke leher dan dahi. Panas. Mungkin terkena hujan semalam membuatkan aku demam.

Aku berkumur sebelum kembali ke bilik. Aku menilik wajah di cermin. Mata sembab, wajah putih seperti tiada darah dan bibir juga semakin pucat. Kepala aku picit sedikit. Berdenyut-denyut.

Telefon yang berada di atas meja aku ambil. Mesej dari Sir Danish dan mama aku buka.

SirDanish:

Kereta saya letak dekat depan blok. Jumpa lepas zuhur nanti.

Mama:

Mama dah gerak ke rumah Tok Ayah. Hati-hati bawak kereta.

Mama dan babah sudah aku hubungi tadi sebelum tidur memaklumkan aku akan pulang ke kampung terlebih dahulu. Mama dan babah juga akan pulang ke rumah Tok Ayah pada harini jadi kami akan bertemu di Labis sahaja.

Aku bangkit dari duduk menuju ke bilik air untuk membersihkan diri semula. Badan yang panas aku biarkan. Walau bagaimanapun aku harus pulang ke Johor harini.


Hoodie bewarna putih aku sarungkan pada badan. Seluar jeans hitam aku kenakan bersama. Rambut aku dandan kemas. Bibir yang pucat aku oleskan dengan sedikit lipstick. Masih terlihat pucatnya. Beg tangan aku sangkut di bahu sebelum keluar dari rumah.

Sir Danish sudah terpacak di sebelah kereta aku. Perlahan-lahan aku menghampiri Sir Danish.

"Dah lama sampai?" tegur aku sengaja berbasa-basi.

"Baru je." Ujar Sir Danish.

Aku yang sedang membuka pintu kereta terdorong ke belakang sedikit apabila Sir Danish menarik handbag yang tergantung di bahuku. Aku memandang hairan.

"Awak demam ke?" Tanya Sir Danish dengan wajah risau.

"Mana ada. Saya sihatlah." Aku cuba menidakkan. Kalau aku katakan aku demam, pastinya Sir tidak membenarkan aku pulang ke Johor.

"Muka awak pucat sangat ni. Kita pergi kli...." Belum sempat Sir Danish menghabiskan ayatnya aku sudah berlari ke longkang.

Memuntahkan apa yang bergelodak di perut. Badan juga semakin menggigil. Sir Danish memegang bahuku apabila aku hampir pitam.

"Saya okay. Saya masih boleh drive." Badan aku tegakkan. Mencari kekuatan.

"Dah sakit macam ni pun nak degil lagi." Sir Danish membebel pada aku.

"Saya dah janji nak balik harini." Ujarku perlahan.

"Barang-barang awak semua mana?" tiba-tiba Sir Danish menukar topik. Aku hanya menunjuk ke arah depan blok. Sebelum aku bersiap tadi aku sudah letakkan barang-barang di situ.

Sir Danish terus berlalu ke tempat barang-barang aku diletakkan. Semua barang itu sir masukkan ke dalam bonet keretanya. Aku memandang pelik.

"Kenapa masuk dalam kereta sir pulak?"

"Awak nak balik Johor harinikan?" Soalan aku tidak dijawab tetapi disoal pula oleh sir.

"Yelah saya nak balik harini." Balasku.

"Saya hantarkan." Tenang wajah Sir Danish berkata. Aku pula terkejut.

"Tak perlu. Saya boleh balik sendiri. Nanti macam mana pulaklah dengan kereta saya ni." Aku menolak kebaikan Sir Danish.

"Tinggal je sini kereta tu. Tak ada orang nak curinya." Selamba saja Sir Danish berkata sebelum masuk ke dalam keretanya.

Aku masih terkaku diluar. Biar betul sir nak hantar aku.

"Masuk Qaseh. Lambat pulak kita sampai nanti." Teragak-agak aku membuka pintu kereta. Aku pasrah.


Wajah tenang sir aku pandang dari tepi. Dirinya tidak sedar akan kekacakkan wajah Sir Danish selama ini. Betul kata Sarah, Sir Danish memang hensem.

"Dah puas tilik muka saya?" Pertanyaan Sir Danish membuatkan aku termalu sendiri.

Mata terus aku halakan kedepan. "Mana ada saya tilik muka sir."

"Macam lah saya tak nampak." Ujar sir perlahan tapi masih boleh didengar oleh aku.

"Mana ada." Tegasku pada sir.

"Ada."

"Tak ada."

"Ada." Sir Danish masih tidak mahu mengalah. Laju tangan aku naik mencubit pinggang Sir Danish.

"Aduh tajamnya." Sir Danish mengaduh sakit.

Aku terkaku seketika apabila sedar akan keterlanjuran tadi.

"Sorry sir. Saya tak sengaja." Ujarku serba salah.

"Takpe, tak sakit pun. Macam kena pisau je rasanya." Sempat lagi Sir Danish memerli.

Aku tertawa senang.


Baru sejam perjalanan, tekak aku mula loya kembali. Laju tangan aku tekupkan ke mulut menahan muntah. Aku tepuk bahu sir perlahan. Sir Danish menoleh.

"Awak nak muntah?" tanya Sir Danish panik.

Aku anggukkan kepala. Laju Sir Danish memberi signal ketepi untuk berhenti. Pintu kereta aku buka dan terus memuntahkan semua. Hanya air sahaja yang keluar.

Tangan Sir Danish naik mengusap belakang aku perlahan. Tersandar lemah aku. Mata aku pejamkan.

Sudah beberapa kali aku muntah hari ini. Badan juga bertambah lesu. Mungkin air dalam badan sudah berkurang.

"Awak tunggu sekejap. Saya ambil minyak angin dengan Panadol dekat belakang." Sir Danish terus berlari ke belakang mengambil barang yang dikatakan tadi.

Mata yang terpejam aku buka apabila sir Danish meletakkan sebotol air dan sebungkus roti di tanganku. Minyak angin dan Panadol diletakkan di sisi aku.

"Makan roti ni dulu baru makan ubat." Roti berkrim coklat itu disuakan pada aku.

Aku hanya menggeleng tanda tidak mahu makan. Tekak yang sakit menyukarkan aku hendak menelan makanan.

"Makan lah sikit. Kalau awak tak nak makan, kita patah balik. Tak payah balik Johor." Ugut Sir Danish.

Roti ditangan aku ambil dan menyumbat masuk ke mulut. Tekak yang sakit aku biarkan. Habis sebungkus roti aku telan.

Sir Danish disisi tersenyum melihat aku mengikut katanya. Aku hanya menjeling. Suka sangat paksa orang.

"Panadol ni telan sekali." Sebiji Panadol disuakan pada aku. Laju aku mencapai Panadol di tangan Sir Danish dan mencampaknya keluar. Pintu kereta yang masih terbuka memudahkan kerja aku.

Terkejut Sir Danish melihat perbuatan aku.

"Saya tak pandai telan ubat." Ujarku selamba. Pintu kereta aku tutup. Tali pinggang aku pakai semula dan memejamkan mata kembali. Sir Danish memandang seakan tidak percaya.

"Nak duduk sini sampai bila?" Tanyaku apabila kereta masih tidak bergerak.

Sir Danish terus memulakan pemanduan setelah mendengar pertanyaanku.


Qaseh yang sedang tidur di sebelah aku pandang. Dahi Qaseh aku sentuh perlahan. Masih panas. Bibir Qaseh juga semakin pucat matanya lihat. Sweater di kerusi belakang aku capai dan selimutkan di badan Qaseh. Aircond aku perlahankan.

Matanya kembali focus pada jalan. Beberapa jam lagi kami akan sampai ke destinasi. Qaseh pasti tidak sabar mahu berjumpa keluarganya.

We may love the wrong person, cry for the wrong reason, but one thing is for sure, mistakes help us to find the right person.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro