31🍀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Luggage yang berada di dalam kereta sir Danish aku keluarkan. Sebentar lagi sir Danish akan bertolak pulang ke kampungnya pula. Bungkusan roti dan bekas minuman semalam aku kutip dan buang.

"Biar je sampah tu, nanti Danish kemas." Ujar sir Danish dibelakang aku.

Sejak aku bersetuju menjadi kawannya beberapa jam lepas, sir Danish mula menggelar dirinya pada aku sebagai Danish. Terasa janggal mahu memanggil seorang pensyarah hanya dengan nama. Lagipula sir Danish lebih tua dari usiaku.

"Takpe. Mama tanya betul ke sir tak nak makan tengahari dulu sebelum balik?"

"Bukan tak nak tapi umi ajak lunch sama-sama harini." Aku hanya mengangguk faham. Pastinya umi sir Danish tidak sabar mahu berjumpa anaknya.

"Jom masuk dulu. Sir pun mesti nak mandi dulu kan." Ajak aku pada sir Danish.

Tak mungkin Sir Danish mahu terus pulang ke Pahang dengan mengenakan pakaian semasa solat subuh tadi. Kain pelikat babah dan baju melayu bewarna hitam.

Aku tertawa kecil tanpa sedar memikirkan sir Danish pulang ke rumahnya dengan berkain pelikat.

"Eh suka pulak dia. Fikir apa la tu. Mengutuk Danish eh?" Mati terus tawaku apabila tekaan sir Danish mengena.

"Mana ada. Saya saja je nak gelak." Ucapku sambil mencapai luggage untuk masuk ke dalam rumah.

Sir Danish menyaingi langkahku. Luggage yang berada ditanganku diambil sir Danish dan berlalu masuk ke dalam. Aku memandang hairan.


"Awak rasa Danish tu ada simpan perasaan dekat cucu kita ke?" Tok Ma bertanya pada Tok Ayah.

Sejak semalam lagi dia perasan akan tingkah laku pensyarah muda itu. Dari cara Danish memandang dan bercakap dengan Qaseh, dia anggarkan pemuda itu menyimpan hati pada Qaseh.

Pergaduhan antara Danish dan Darwish semalam juga dia tahu akan puncanya. Dia dengar dengan jelas Danish mencabar Darwish sehingga menyebabkan pemuda itu dihadiahkan penumbuk oleh cucunya, Darwish.

Mengenai hal Darwish, seluruh ahli keluarga sudah mengetahui perasaan Darwish terhadap Qaseh. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perhatian yang diberi sepupunya itu memberi maksud lain.

Kerana kesetiaan Qaseh pada Danial, Darwish berundur dan mengambil Tania sebagai isteri. Tapi sayangnya hubungan Darwish dan Tania tidak kekal lama.

"Awak tanya saya pulak. Manalah satu tahu. Kalau budak Danish tu sukakan Qaseh pun apa salahnya. Danish tu pun baik, pandai jadi imam, ada kerjaya lagi." Kata Tok Ayah sambil menyelak surat khabarnya.

"Awak sukalah kalau Qaseh dengan Danish?" Tok Ma bertanya lagi.

"Siapapun pilihan cucu-cucu kita, saya tak kisah pun. Yang penting dia orang bahagia. Awak ni banyak sangat tanya pasal Danish tu, kenapa?"

"Saya saja je tanya. Kalau Qaseh pilih Danish, saya pun suka. Hensem budak tu."

"Ingat sikit laki awak ni. Muka saya ni lagi hensem tau." Gurau Tok Ayah pada isterinya.

"Gatallah orang tua ni." Tok Ma bangkit meninggalkan Tok Ayah di ruang dapur.

Tok Ayah tertawa mendengar ayat isterinya.


Beg yang berada di atas katil aku capai. Bergerak keluar dari bilik. Aku memandang kearah bilik Qaseh. Pintu bilik Qaseh dibuka dari dalam. Pandangan kami bersatu saat Qaseh juga menoleh ke arah aku.

"Dah siap?" Qaseh menghampiri aku.

Aku mengangguk sedikit. "Semua orang mana? Danish nak salam dulu sebelum balik."

"Kat beranda depan rasanya. Jomlah kita keluar." Aku dan Qaseh beriringan ke luar.

Mama dan babah Qaseh sedang bersembang di beranda luar. Tok Ma dan Tok Ayah pula aku lihat sedang membuang daun-daun buruk di pokok bunga yang ditanam di beranda.

Aku hampiri mereka.

"Nak gerak dah?" Babah Qaseh bertanya. Tok Ayah dan Tok Ma datang ke tempat kami sebaik saja mendengar soalan babah Qaseh.

"Haah." Tangan lelaki itu aku salam. Tangan Tok Ayah juga aku salam.

"Terima kasih sebab tumpangkan saya dekat sini. Saya minta maaf sebab susahkan keluarga ni semalam. Sampaikan salam dan maaf saya pada Darwish ye." Ujarku lagi.

Walaupun Darwish yang memulakan pergaduhan, rasanya tidak beradap pula jika dia tidak memohon maaf.

"Sama-sama. Kamu tak perlu minta maaf pun. Darwish yang mulakan dulu." Tok Ma membalas.

"Kalau ada kelapangan, datang lah sini lagi. Rumah ni sentiasa terbuka." Tok Ayah pula menambah. Aku tersenyum mendengar.

"In shaa Allah. Nanti saya datang sini lagi. Saya gerak dulu ye. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam." Jawab yang lain.


Aku mengikut sir Danish ke kereta. Mahu mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal.

"Terima kasih tolong hantarkan saya dekat sini." Ujarku pada sir Danish yang sedang menghidupkan enjin kereta.

"Kasih diterima. Jaga diri baik-baik. Jangan sedih-sedih lagi. Kalau ada masalah, call je Danish." Ucapan sir Danish membuatkan aku terharu. Terasa seperti kami sudah berkawan lama.

"Taknak lah Qaseh call sir."

"Kenapa pulak?" Sir Danish memandang hairan.

"Nanti saya kena kejar dengan parang pulak sebab ganggu pakwe orang." Mana mungkin dia menghubungi Sir Danish. Pastinya pensyarah muda ini sudah berpunya. Lagipula aku juga baru sahaja putus tunang. Tidak elok rasanya berkawan terlalu rapat dengan lelaki lain.

"Awak ni lawak la Qaseh." Sir Danish sudah tertawa memandang aku. Aku sendiri tidak pasti dimana lawaknya. "Takdenya orang nak kejar awak pakai parang. Danish single lah but not available sebab Qaseh sayang punya."

Aku cuba mentafsir maksud sir. Qaseh sayang punya? Aku punya ke?

"Macam-macam lah sir ni. Sir gerak lah. Nanti lambat pula sampai." Kataku seakan menghalau.

"Yelah. Saya gerak dulu." Pintu kereta sir Danish aku tutupkan. Tangan melambai kecil. Sir Danish membalas lambaian aku. Perlahan-lahan kereta Honda Civic milik sir Danish meninggalkan laman rumah Tok Ayah. Aku kembali ke tempat mama dan babah.


"Adik dah lama kenal Danish?" Cawan ditangan aku letakkan semula di atas meja mendengar soalan mama.

"Dalam 6 bulan lepas rasanya. Sir Danish dah lama jugak ngajar dekat situ cuma adik je tak pernah jumpa dia sebelum ni. Kenapa mama tanya?"

"Nampak dia macam rapat dengan adik, tu mama tanya."

"Taklah, mana ada adik rapat dengan dia. Kalau Danial yelah rapat dengan sir."

"Sir pun ajar Danial?" Mama bertanya lagi.

"Taklah. Danial kenal sir sebab adik yang kenalkan." Terangku pada mama.

"Awak ni macam penyiasat pulak saya tengok. Sudah-sudah, jangan tanya tentang Danial lagi." Babah disebelah aku mencelah perbualan kami.

"Takpe babah. Adik okay je." Senyuman aku hadiahkan pada mama dan babah.

"Babah taknak adik sedih lagi." Wajah sayu babah aku tatap. Tangan babah aku usap perlahan.

"Adik dah tak sedih. Macam Sir cakap pagi tadi, jangan salahkan takdir atas ujian yang menimpa. Mungkin Allah nak bagi adik laki yang lagi hensem kut." Gurauku pada babah.

"Nanti mama carikan." Mama turut mengikut rentakku.

"Cun. Pastikan hensem tau ma. Kaya sekali." Tergelak semua yang mendengar.

"Tok Ma dah jumpa dah orang yang ada ciri-ciri tu." Laju aku memandang Tok Ma. Aku hanya bergurau tadi, takkan Tok Ma ambil serius dengan gurauanku?

"Biar betul Tok Ma? Siapa?" Pantas aku bertanya.

"Danish." Jawab semua serentak. Ternganga aku mendengar.

Danish? Danish Amsyar? Tak mungkin!

'Bahagia itu adalah ketika kita melihat orang yang kita cinta tersenyum'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro