36🍀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sudah-sudah la peluk budak tu. Adik nak pergi belajar je bukan berperang." Tangan mama yang memeluk aku ditarik babah.

Tertawa semua mendengar gurauan babah.

"Awak ni kan. Anak saya, biarlah saya nak peluk." Puan Emelda membalas kata suaminya.

Tangan mama dan babah aku salam. Sir Danish juga mengikut aku menyalam yang lain.

"Terima kasih tolong tengokkan Indah." Aku bisik pada babah perlahan. Babah mengangguk.

Along, angah dan kaklong aku dekati. Memeluk semua. Anak buah aku yang hanya berdiri memandang aku cium.

"Jangan nakal-nakal. Nanti Ucu balik sini kita main sama-sama lagi." rambut mereka aku usap.

Yang terakhir aku hampiri acik. Rakan gaduh dan penasihat aku.

"Ingat pesan acik tadi."

"Adik dengan sir gerak dulu. Assalamualaikum." Tangan aku lambaikan pada semua. Aku dan sir Danish masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan rumah. Aku lepaskan nafas perlahan.


"Senyap je. Qaseh fikirkan hal tadi ke?" tanyaku pada Qaseh yang diam memandang depan.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Pasal hal tadi pun saya fikir jugak. Kenapa dalam banyak-banyak perempuan, sir pilih saya?" Qaseh sudah bersila sambil menghadap aku menanti jawapan.

"Entah. Nanti Danish tanya hati ni." Tangan aku letakkan ke dada.

"Jawab lah betul-betul."

"Betul ni nak tahu?" Qaseh mengangguk laju. Nampak benar tak sabar.

"Danish pun tak tahu sebenarnya. Perasaan tu muncul tiba-tiba tapi yang pasti Danish memang ikhlas nakkan Qaseh."

"Walaupun saya pernah bertunang?"

"Awak putus tunang je bukan bercerai. Kalau janda sekalipun, Danish masih nakkan Qaseh." Aku layangkan senyuman gatal pada Qaseh.

"Gatallah Danish ni." Qaseh terus menurunkan kakinya ke bawah. Muka dipalingkan ke tingkap. Nampak memerah pipi Qaseh dari tepi. Malulah tu.

"Qaseh sayang malu ke tu?" usik aku membuatkan Qaseh menutup mukanya dengan kedua tapak tangan.

"Janganlah." Qaseh bercakap dibalik tapak tangannya.

"Jangan apa? Danish tak buat apa-apa pun. Belum mulakan misi lagi tapi ada orang tu dah malu. Kalau Danish ngorat sekarang, alamatnya malam karang jugak kita nikah."

"Ish Danish ni gatal tau." Tangan Qaseh menepuk kuat bahuku membuatkan tawa aku meletus kuat. Muka Qaseh juga sudah merah padam menahan malu.

Baru usik sikit dah merah muka.


Lagu yang terpasang di radio kereta dikuatkan oleh Danish.

"Qaseh dengar tau. Danish nak nyanyi. Lagu ni khas untuk my one and only, Qaseh sayang. Jangan cair pulak." Ujar Sir Danish sambil menghadiahkan senyuman kepadaku. Tanpa sedar aku turut membalas senyuman itu.

"Saya tak takut cair tapi takut hujan je." Aku memerli.

"Belum dengar belum tahu. Nanti dah dengar sekali, comfirm nak lagi."

"Perasan sungguh." Aku menjeling sikit. Sir Danish macam biasa tersenyum kecil.

Sedang ku menatapi
Mata ayu mu menangis sedih
Oh...
Jauh ku merasai
Keperihanmu yang tak lagi
Sanggup kau tempuhi
Ku janjikan keikhlasan
Tanpa ada keraguan
Aku sedar ku bukan yang kau cinta
Tapi jika ku ada peluang
Akan ku cuba pertaruhkan jiwa raga
Semampunya untuk dirimu

Izinkan ku ubati hatimu
Yang sakit tak dihargainya
Janjimu itu akan ku genggam
Takkan pernah terpadam
Kerna cinta ini untukmu
Oh.... Oh....

Aku terkaku mendengar nyanyian sir Danish. lirik lagu itu seakan satu luahan. Air mata yang mengalir aku sapu perlahan tidak mahu sir sedar. Tidak dinafikan suara sir Danish memang merdu dan sedap didengar.

Hati aku seakan sesak menahan perasaan. Ya Allah, kenapa dengan hati ni? Aku keliru.


"Amacam? Sedapkan?" aku pandang Qaseh sekilas.

Memang sengaja aku menyanyikan lagu itu. lagu itu aku jadikan satu medium untuk aku yakinkan Qaseh akan perasan aku. Semoga Qaseh sedar akan keikhlasan cintaku padanya.

Qaseh hanya mengangguk tanpa memandang wajah aku. Bahu Qaseh aku tarik sedikit. Qaseh mengeraskan badan tidak mahu melihat aku. Esakan kecil kedengaran.

Aku memberhentikan kereta di bahu jalan. Seatbelt aku lepaskan. Aku tarik Qaseh sekali lagi.

Wajah Qaseh yang dipenuhi air mata itu aku tatap.

"Qaseh sakit ke? Danish ada buat salah ke?" Risau aku melihat esakan Qaseh. Qaseh menggeleng.

Suara aku tak sedap ke? Takkan sampai nangis kut.

"Suara danish tak sedap eh? Danish janji tak nyanyi dah lepas ni." Tangan aku angkat persis sumpah. Muka juga semakin cuak. Apa yang tak kena ni?

"Tak. Lagu tu buat Qaseh sedih." Air mata yang mengalir, Qaseh kesat. Nafas ditarik.

"Lagu ni?" Tanya aku teragak-agak. Dengar lagu pun nangis?

"Danish jahat." Dada aku dipukul tangan kecil Qaseh. Sekali lagi aku memandang pelik.

Jahat apa pulak ni? Tangan kecil itu aku pegang.

"Qaseh okay tak ni?"

"Okay. Dah, jom gerak." Muka Qaseh kembali ceria. Sisa air mata dihapuskan.

Kepala aku garu sebelum memulakan pemanduan semula. Begini complicated kah wanita?


Qaseh yang sedang lena aku kejut.

"Qaseh. Qaseh Aryana." panggilan aku masih tidak menyedarkan Qaseh. Lena sangat nampaknya.

"Qaseh sayang." Aku cuba mengejut menggunakan panggilan itu. mana tahu Qaseh bangun. Hehehe.

Qaseh tergeliat kecil. Aku tersenyum. Haih, nak panggil sayang dulu baru nak bangun.

"Kita dah sampai ke?" Tanya Qaseh dengan mata yang dibuka separuh.

"Belum. Kita berhenti solat dengan makan dulu." ujar aku sambil membuka pintu kereta untuk keluar.

Badan aku regangkan sedikit. Menghilangkan lenguh. Qaseh keluar dari kereta dengan rambut yang sedikit berserabut. Aku tergelak kecil. Nampak comel.

"Kenapa gelak?" Qaseh bertanya apabila melihat aku tertawa.

"Mari sini." tangan aku memanggil Qaseh datang ke arah aku.

"Nak buat apa? Cakap nak solat." Qaseh hampiri juga.

Rambut Qaseh yang berserabut itu aku betulkan. Qaseh hanya memandang kaku.

"Dah siap. Jom."

Kami melangkah ke surau yang terdapat di RNR.


"Kalau dah siap, tunggu Danish dekat sini. Jangan pergi mana-mana." Aku mengangguk mendengar arahan sir Danish.

Kami berpecah. Danish ke surau lelaki dan aku bergerak ke surau perempuan.

Selesai mengerjakan solat maghrib, Aku keluar dari surau.

Mata aku lilaukan mencari Danish. Danish masih belum siap solat agaknya kerana tidak kelihatan. Bangku yang terdapat di surau itu aku duduki.

Bahu aku usap perlahan apabila angin malam menyapa. Sejuk. Kawasan surau yang agak lengang membuatkan aku sedikit takut.

"Sorang je ke?" Pantas aku menoleh ke kanan.

Dua orang lelaki dalam lingkungan umurku berdiri di sebelah aku. Aku hanya diam membiarkan.

"Sombongnya." Lelaki yang berbaju hitam dan berambut keperangan duduk di sebelah aku. Aku menjauh.

Mata aku halakan pada pintu surau lelaki. Berharap Danish keluar.

"Janganlah takut. Kami nak kenal-kenal je. Takkan tak boleh?" Lelaki yang masih berdiri itu pulak bersuara sambil datang mendekati aku.

"Jangan dekat." Aku bangun menjauh. Senyuman sinis yang terlayar di wajah mereka menambah ketakutan aku.

"Tak elok rasanya kalau kacau hak orang." Suara sir Danish menegur membuatkan lelaki itu menoleh.

Hero aku dah sampai.

"Aku tak kacau hak kau pun. So apa lagi, blah la."

"Masalahnya perempuan yang kau nak try ni hak aku. Aku ulang kalau korang pekak. She's mine." Bahu mereka Danish rempuh. Tangan aku Danish capai dan terus berlalu ke tempat makan. Aku yang masih terkejut hanya mengikut.


Tangan Qaseh yang berada dalam genggaman aku lepas perlahan sejurus mendudukkan Qaseh di bangku.

Wajah Qaseh yang diam itu aku pandang.

"Tunggu sini sekejap. Danish belikan air dengan makanan."

Terhenti langkahku. Tangan aku dicapai Qaseh. Aku memandang hairan.

"Qaseh nak ikut."

"Duduk je sini. Tak payah takut. Sini ramai orang. Danish pergi sekejap je." Ujarku perlahan. Pegangan Qaseh aku rungkaikan dan berlalu ke tempat menjual makanan.

Dari jauh dia memandang Qaseh yang sedang menunduk di meja tadi. Mujur saja dia keluar awal dari surau. Jika tidak, entah apa yang akan dilakukan lelaki tadi kepada Qaseh.

Muka aku raup kasar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro