42🍀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Jaga diri dekat sana. Jangan lupa Danish dekat sini tau." Ujarku pada Qaseh. Luggage dan barangan Qaseh aku masukkan ke dalam kereta milik Qaseh.

"Dah berapa kali Danish pesan benda sama je. Qaseh tak lupalah." Qaseh menutup bonet kereta sambil memandang aku.

"Danish risaukan Qaseh."

"Takde apa yang perlu dirisaukan. Qaseh okay je ni. Danish ni dah macam budak-budak nak kena tinggal dengan mak pulak. Sedih je muka. Cuba senyum sikit."

Wajah di depannya mengukir senyuman. Tiada hati untuk dia turut tersenyum.

"Kita dah tak jumpa lagi lepas ni."

"Danish kalau free, rajin-rajin lah datang rumah. Qaseh tak boleh datang sini dah. Jauh sangat."

"Danish boleh datang rumah?" Bersinar mata mendengar ajakan Qaseh.

"Mestilah boleh. Danish pun tahu rumah dekat mana kan."

"Okay. Nanti Danish datang hantar rombongan sekali." Usikku untuk melihat reaksi Qaseh.

"Pasal tu nanti kita bincang. Bagi Qaseh masa untuk fikirkan."

"Danish gurau je." Ujarku mendatar. Sedikit terluka walaupun aku tahu masih terlalu awal untuk Qaseh menerima.

"Qaseh gerak dulu. Assalamualaikum." Pintu kereta dibuka.

"Waalaikumusalam. Jangan lupa call Danish." Tangan aku menutupkan pintu kereta Qaseh. Perlahan-lahan kereta Honda Jazz milik Qaseh meninggalkan kediaman kolej pelajar.

Keluhan berat aku lepaskan. Tiada lagi wajah Qaseh di UPSI selepas ini. Dikira cinta jarak jauhkah ini?


"Mak, amik Aisha. Kita pergi rumah Tok Ayah." Ujar Darwish sebaik saja terpandang wajah ibunya di ruang tamu.

"Nak buat apa pergi rumah Tok Ayah?" Puan Eza memandang pelik anaknya. Masuk saja kedalam rumah terus mengatakan mahu pergi ke rumah keluarganya.

"Ikut sajalah." Darwish mundar mandir di ruang tamu itu. Rambut diraup kasar. Serabut.

"Kamu kenapa ni? Ada masalah apa-apa ke?" Puan Eza datang mendekati anaknya.

Akhir-akhir ini perangai Darwish semakin pelik dilihatnya. Bukan hanya anak diabaikan Darwish, kerja-kerja dan penampilan juga sudah semakin tidak terurus.

"Tania. Dia balik nak ambil Aisha. Tania tak boleh jumpa Aisha." Darwish tergeleng-geleng memikirkan hal itu.

Sebolehnya dia tidak mahu Tania pulang ke Malaysia dan bertemu ahli keluarganya. Dia takut rahsia yang disimpan selama ini terbongkar. Tania juga tidak boleh bertemu anaknya. Tak boleh. Tak.

"Kamu cakap Tania tak mahukan Aisha lagi, kenapa dia nak ambil Aisha pulak?" Tanya Puan Eza yang tidak pernah mengetahui apa yang berlaku sebenarnya dalam hubungan anak dan bekas menantunya. Apa yang dikatakan Darwish dipercaya bulat-bulat.

Apa yang dia tahu, Tania meninggalkan Darwish dan Aisha untuk ke Dubai.

"Dah siap? Kita gerak sekarang." Persoalan ibunya dia biarkan. Dia perlu cepat sebelum Tania menjumpai anaknya.

"Mak tanya kamu ni. Apa yang jadi sebenarnya ni?" Tangan Darwish yang mahu membuka pintu rumah itu ditahan menanti jawapan.

"Mak ikut jelah. Darwish serabut ni." Tengking Darwish pada Puan Eza. Terkaku orang tua itu ditengking Darwish.

Darwish terus berlalu masuk ke dalam kereta. Puan Eza yang sedang mendukung cucunya hanya mengikut.


"Kenapa tak cakap nak balik?" Ujar Tok Ma pada anak dan cucunya sebaik saja mereka keluar dari kereta Darwish. Terkejut Tok Ma melihat kereta cucunya masuk ke perkarangan rumah sebentar tadi. Wajah Darwish yang tidak terurus dipandang.

"Saja balik lawat mak." Balas Puan Eza memberi alasan. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu kenapa dia pulang ke kampung hari ini. Semuanya kerana Darwish yang tergesa-gesa mahu pulang.

"Ada sesiapa datang rumah tak?" Tanya Darwish tiba-tiba. Mata dihalakan melihat sekeliling. Risau jika Tania sampai ke kampung ini.

"Siapa yang datang? Mana ada sesiapa dekat rumah ni." Tok Ma menjawab hairan.

"Kamu tak sihat ke Darwish? Cengkung je mukanya." Terlalu ketara wajah sugul Darwish. Rambut panjang yang tidak di gunting, badan terlihat semakin kurus dan jambang juga sudah memenuhi wajah.

"Sihat je Tok Ma. Tok Ayah mana?" Tipunya pada Tok Ma.

Sejak dia dimarah oleh Tok Ayah untuk meminang Qaseh beberapa bulan lepas, hidupnya semakin tidak terurus. Banyak benda yang dia fikirkan untuk mendapatkan Qaseh. Sepupunya itu juga semakin menjauh darinya. Menambah kerisauanya.

"Ada apa kamu balik ni?" suara Tok Ayah dibelakang membuatkan semua menoleh.

"Saja lawat." Jawab Darwish.

"Melawat tak apa. Kalau kamu datang nak mintak bukan-bukan lagi, jangan balik ke sini." Ujar Tok Ayah tegas.

"Apa maksud Ayah?" Puan Eza bingung mendengar bicara ayahnya.

"Sudah-sudah. Mari kita masuk. Panas kat luar ni." Laju tangan Puan Eza ditarik masuk ke dalam oleh maknya. Persoalannya tidak dijawab.

Mengenai pinangan itu, hanya Tok Ayah dan keluarga Qaseh saja mengetahui niat Darwish. Darwish sendiri meminta merahsiakan pada semua. Termasuk ibunya.


"Siapa pulak datang tu?" tanya Puan Eza apabila terdengar bunyi kereta masuk ke laman.

"Qaseh agaknya. Dia cakap nak singgah sini sekejap sebelum balik rumah Mel." Tok Ma membalas.

"Qaseh nak datang sini?" Tanya Darwish teruja. Rambut yang serabut dia sisir kemas menggunakan jari sebelum bangun bergerak ke depan.

Wajah yang tadinya ceria berubah serta merta sebaik saja terpandang wajah bekas isterinya, Tania.

"Kau buat apa dekat sini?" Marah Darwish. Benci matanya melihat wanita itu.

"Nak datang ambil Aisha." Heels merah yang tersarung di kakinya di tanggal dan masuk ke dalam walaupun tidak dijemput.

"Aku tak benarkan kau jumpa Aisha." Tangan Tania direntapnya.

"You tak kasi I jumpa Aisha atau tak kasi I jumpa keluarga you? Dia orang dah tahu perkara sebenar?" Bisik Tania perlahan pada Darwish. Sengaja menambah api kemarahan lelaki itu.

"Apa yang kau merepek ni? Kau berambus. Berambus." Melengking kuat suara Darwish.

Tok Ma, Tok Ayah dan Puan Eza berlari ke depan mendengar kekecohan yang berlaku.

"Tania buat apa dekat sini?" Tanya Tok Ma terkejut apabila terpandang wajah Tania.

"Nak jumpa Aisha, Tok Ma." Tangan Tok Ma dan Puan Eza dia salam.

"Kau tak payah nak tunjuk baik dekat sini. Pergi balik. Aku tak izinkan kau jumpa Aisha." Ujar Darwish.

"Masuklah. Aisha ada dekat dalam." Tok Ayah mengizinkan Tania masuk.

"Tok Ayah." Jerit Darwish tidak puas hati. Lagi lama Tania disini, lagi susah hatinya. Dia mula takut jika Tania membuka mulut akan hal yang bukan-bukan.

Tania terus melangkah masuk dan menghadiahkan senyuman sinis pada Darwish.


Kereta BMW milik abang Darwish dan kereta Suzuki swift bewarna merah itu di pandang pelik. Tok Ma kata tiada siapa yang pulang ke kampung tetapi kenapa abang Darwish disini?

Enjin kereta yang masih hidup aku matikan. Beg tangan dan telefon aku capai sebelum turun.

Terbantut niat mahu memberi salam apabila suara orang menjerit dan bergaduh dari dalam jelas kedengaran. Laju aku tanggalkan kasut dan masuk ke dalam rumah.

Mata aku terus dihidangkan dengan keadaan ruang tamu yang seakan baru saja dilanda tsunami. Terkaku seketika aku melihat.

"Apa yang jadi ni?" Teguran aku menghentikan pergaduhan Abang Darwish dan wanita yang berambut keperangan itu. masing-masing memandang aku.

Kak Tania?

"Qaseh." Panggil abang Darwish perlahan sambil mara ke tempat aku berdiri.

Keadaan abang Darwish yang tidak terurus membuatkan aku takut. Kaki aku undurkan agar menjauh.

Tawa kuat kak Tania menghentikan langkah kaki aku dan abang Darwish.

"Ini you kata si Qaseh ni cintakan you? Tengok muka you pun dia dah takut." Tawa Tania semakin kuat memenuhi ruang itu.

"Apa maksud akak?"

"Sini akak nak cerita. Sini." Lambai Tania meminta aku mendekat. Aku tidak berganjak kerana risau melihat keadaan dua manusia didepannya ini seakan tidak waras.

"Sepupu kesayangan Qaseh ni, dia cakap dengan akak yang Qaseh ni cintakan dia. Betul ke Qaseh Aryana?" Tania bertanya padanya dengan suara seakan mengejek Darwish.

"Apa akak merepek ni. Qaseh tak pernah ada perasaan pada abang Darwish." Laju aku menyangkal.

"You pekak lagi ke Darwish? Qaseh Aryana ni tak pernah cintakan you." Dada abang Darwish dipukul kuat oleh kak Tania. Melepaskan geram.

"Kenapa you ceraikan I untuk perempuan yang tak cintakan you?"

Kata-kata yang melucur dari bibir merah itu membuatkan aku terkejut. Abang Darwish ceraikan kak Tania kerana aku?

"Kalau kau tak kacau aku, aku takkan ceraikan kau. Kau yang bodoh taknak berkongsi." Jerit abang Darwish.

"Qaseh tak faham." Kepala aku gelengkan berkali-kali tanda aku tidak percaya akan kata-kata mereka.

"Iqmal Darwish ceraikan aku sebab dia gilakan kau. Dia buang aku sebab kau." Suara Kak Tania juga semakin kuat.

"Semua sebab kau." Ujar kak Tania melorot jatuh dalam tangisan.

Aku hanya memandang sepi.

"Betul ke apa yang kak Tania cakap? Abang ceraikan dia sebab Qaseh?" Aku menghampiri abang Darwish meminta jawapan.

"Jawablah." Dada abang Darwish aku pukul apabila lelaki itu mengangguk mengiyakan.

"Kenapa?" Tanya aku.

"Abang dah lama cintakan Qaseh. Dari dulu lagi. Abang kahwin dengan Tania sebab nak lupakan Qaseh tapi abang tak boleh nak tipu perasaan abang. Abang sakit Qaseh. Abang sakit dengan perasaan ni." Menggogoi abang Darwish didepanku.

"Abang tahu kan Qaseh tak mampu nak balas perasaan tu?"

"Kenapa? Sebab Danish?" mata abang Darwish menikam mataku.

Aku menggeleng. Bukan kerana Danish walaupun Danish sudah ada ruang dihati aku. Aku tidak mampu menerima abang Darwish kerana aku sudah menganggapnya seperti abang kandungku sendiri. Mana mungkin adik berkahwin dengan abangnya.

"Kalau bukan sebab Danish, sebab apa? Please, Qaseh. Qaseh je yang sesuai untuk gantikan tempat Tania. Please, Qaseh". Wajah abang Darwish yang merayu itu aku tatap kasihan.

"Qaseh tak boleh. Abang berbaiklah semula dengan kak Tania. Kak Tania yang cintakan abang bukan Qaseh."

"Abang taknak balik pada Tania."

"Qaseh pun taknak pada abang. Kita sepupu. Tak mungkin Qaseh terima abang sebagai teman hidup." Ujarku tegas sebelum berlalu ke ruang belakang meninggalkan abang Darwish dan kak Tania yang sedang menangis kecewa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro