54🍀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Badan yang letih aku rehatkan di atas sofa ruang tamu. Jam dinding aku kerling. 11.45 malam. Suasana di luar masih meriah apabila ahli keluarga aku dan Danish masih bersembang. Danish juga turut menyertai yang lain. Mata aku pejamkan seketika bagi menghilangkan kantuk yang hadir.

"Adik." Mata aku celikkan apabila acik memanggil dan duduk disebelah aku.

"Hurm."

"Naik atas tukar baju, mandi. Lepastu pergi tidur." Arah acik pada aku.

"Kejaplah. Adik tak larat nak naik." Ujarku dalam keadaan mata yang masih terpejam. Perlahan-lahan aku baringkan kepala di atas riba acik. Langsung lena aku apabila tidur dalam keadaan itu.

"Orang suruh naik tidur, dia boleh tidur sini pulak." Bebel Qash Anieq. Kepala adiknya yang masih bertudung itu diusapnya. Membiarkan saja Qaseh tidur disitu sementara menanti Danish masuk ke dalam.


"Along." Panggil aku pada Qash Aryan.

"Ye?" Jawab along yang sedang duduk minum di dapur itu.

"Along ada nampak Qaseh tak? Danish cari tapi tak jumpa pulak." Kepala yang tidak gatal aku garu sedikit.

"Tak silap tadi along nampak dia dekat ruang tamu. Kau pergilah cari dekat situ." Ujar along padaku.

"Okay. Terima kasih." Aku bergerak ke ruang tamu depan sebaik meninggalkan ruang dapur.

Qash Anieq yang sedang duduk itu aku dekati. Aku sangkakan Anieq berseorang rupanya bersama Qaseh. Wajah putih bersih yang sedang tidur itu aku hampiri.

"Bagus pun kau datang. Angkat dia bawak naik." Ujar Anieq.

Perlahan-lahan tubuh kecil itu aku angkat. Bergerak sedikit Qaseh apabila terasa dirinya di awangan. Tiba-tiba saja tangan isterinya melingkar di leher. Dia tersenyum memandang wajah itu dari jarak dekat. Comel betul.

"Nanti kau kejut dia. Suruh mandi dulu. Solat isyak pun belum lagi budak kecik ni." Kata acik pada aku. Aku hanya mengangguk dan terus berlalu ke atas.

Tubuh itu aku letakkan di atas katil. Tudung yang masih menutupi kepala si isteri, aku tanggalkan. Bahu Qaseh aku tepuk perlahan.

"Sayang. Bangun." Qaseh bergerak sedikit. Mata juga terbuka sedikit.

"Dah jam berapa?" Tanya Qaseh yang masih mamai.

"Nak dekat pukul satu dah. Bangun mandi dulu ye. Lepastu kita solat sama." Ujarku lembut.

Qaseh hanya mengangguk dan bangun menuju ke bilik air.

Baju sewaktu majlis tadi yang masih tersarung di badan aku tanggalkan. Telefon aku ambil dan buka sementara menunggu Qaseh mandi.

Terdapat banyak mesej ucapan tahniah dari rakan-rakannya yang tidak dapat hadir ke majlis tadi. Aku membalas satu persatu.

Sedang leka melihat telefon, bunyi pintu bilik air dibuka membuatkan aku memandang. Tubuh Qaseh yang hanya dibaluti tuala singkat itu aku pandang tidak percaya. Qaseh pula seakan lupa aku ada dibilik itu.

"Sayang nak goda hubby ke?" Tanya aku perlahan pada Qaseh yang sedang menunduk mengambil pakaian di dalam almari.

Jatuh terduduk Qaseh kerana terkejut mendengar teguran aku. Betul sangkaan aku. Qaseh tidak ingat akan aku yang berada di dalam bilik ini. Aku mendekati Qaseh. Senyuman nakal aku hadiahkan. Laju Qaseh menutup bahagian dadanya yang agak terdedah.

"Jangan dekat. Qaseh dah ambil wuduk." Tutur Qaseh tergagap-gagap. Jelas cuak wajah isterinya.

"Takpe. Wuduk boleh ambil lain." Usik aku sengaja menakutkan.

"Hubby pergilah mandi. Nanti lewat pulak kita solat." Ujar Qaseh lagi mahu mengelak.

"Okay. Lepas solat kita sambung." Aku bicara lembut di telinga Qaseh. Bertambah cuak wajah itu. Aku simpan senyum. Tuala yang tergantung aku ambil dan terus berlalu ke bilik air meninggalkan Qaseh yang masih terkaku di depan almari baju.


Dada yang serasa mahu meletop itu aku pegang.

"Macam mana aku boleh tak ingat yang Danish ada?" ujarku pada diri sendiri.

Mendengar bunyi air dari bilik mandi, laju aku menyarung pakaian pada badan. Rambut yang basah aku lapkan sedikit sebelum mengambil telekung dan menghamparkan sejadah untuk aku dan Danish.

Danish yang baru keluar dari bilik air itu aku pandang sekilas sebelum melarikan mata. Danish juga sama seperti aku tadi. Hanya melilit tuala dari pinggang ke bawah. Dada bidang milik Danish terdedah sepenuhnya.

"Nak tengok, tengok jelah. Dah halal pun." Ujar Danish apabila perasan aku memandangnya tadi.

"Gatal. Cepat sikit pakai baju." Arah aku pura-pura marah.

"Dia yang tengok kita, kita pulak yang kena gatal. Ambilkan baju Danish." Tutur Danish perlahan.

Terlupa pula aku mengenai hal itu. Beg baju Danish aku dekati. Mengeluarkan sehelai kain pelikat dan t-shirt putih milik Danish. Pakaian itu aku hulurkan padanya.

"Terima kasih." Danish mengambil pakaian itu. Aku terus duduk di tikar sejadah menunggu Danish.


Tangan Danish aku salam sebaik saja Danish selesai mengaminkan doa. Dahi aku dicium Danish seperti saat akad nikah tadi. Tangan aku Danish pegang. Mata kami berlaga pandangan.

"Terima kasih kerana terima Danish dalam hidup sayang."

"Sama-sama. Qaseh pun nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima Qaseh. Qaseh minta maaf kalau Qaseh belum cukup sempurna untuk Danish tapi Qaseh janji yang Qaseh akan belajar untuk jadi isteri yang baik buat Danish." Tutur aku ikhlas.

"Danish pun sama jugak. Dalam hal ni, kita belajar sama-sama untuk jadi yang terbaik pada satu sama lain. Danish taknak Qaseh jadi isteri terbaik saja, Danish nak Qaseh jadi ibu yang terbaik juga buat anak-anak kita."

Merah pula wajah aku mendengar ayat Danish. Ibu?

Melihat wajah aku yang memerah malu, badan aku Danish tarik dalam pelukan. Aku turut membalas. Terasa selamat dalam keadaan begitu.


Telekung dan sejadah aku sidaikan di tempatnya. Tanpa sedar Danish sudah berdiri di belakang aku. Memeluk erat pinggangku dari belakang. Aku terkaku seketika. Tidak tahu mahu menunjukkan reaksi bagaimana.

Badan aku Danish kalihkan menghadapnya. Perasaan debar kian menggila melihat pandangan mata Danish. Tangan aku Danish tarik perlahan menuju ke katil. Aku hanya menurut seperti patung. Danish dudukkan aku di birai katil. Danish turut duduk.

"Kalau Danish minta hak Danish, Qaseh izinkan?" tanya Danish lembut padaku.

Aku hanya mengangguk dengan wajah yang semakin merah.

Teingat aku akan pesan mama. Jika suami meminta, jangan pernah menolak kerana berdosa hukumnya. Jadi apabila Danish meminta, aku hanya mengangguk walaupun aku sendiri takut memikirkannya.

Lampu bilik Danish tutup. Begitu juga lampu tidur. Perlahan-lahan tubuh aku dibaringkan. Aku masih kaku seperti tadi. Hanya menurut.

"Assalamualaikum." Lembut Danish memberi salam di telingaku. Aku menjawab perlahan.

Dapat aku rasakan wajah Danish semakin hampir dengan wajahku. Mata aku pejamkan. Tangan juga aku genggam perlahan. Menanti tindakan Danish seterusnya.

Akhirnya malam itu menjadi saksi dua hati bersatu menjadi satu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro