@Fiya_san

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Nama pena yang digunakan ialah Fiya. Umur mungkin saya lebih tua, mungkin saya lebih muda, 1 Tahun. Dilahirkan pada tanggal, 4 Julai. Berasal dari Kerajaan Che Siti Wan Kembang.

Pengalaman? Banyak senhingga tak dapat untuk saya nukilkan. Ada pahit ada juga manis. Nak dipendekkan cerita, saya cumalah seorang gadis comel yang gedik nak cuba menulis novel. First novel saya buat merupakan genre Fantasy dan ianya dibuat di restoran semasa saya makan😹okey tu tidak penting. Masa tu memang sikit gila yang baca atau boleh dikatakan tiada seorang pun tang notice. Tak kisah pun, memang aku yang gedik nak buat. Tapi Alhamdulillah sekarang sudah mahu mencapai 90k view. Masa tu saya teruskan dengan genre Teen-Fiction, diikuti Romance, Action, Short Story dan Poetry yang boleh anda lihat di profil saya. InsyaAllah semua genre aku bedal lepasni HAHAHAH.
Yang kisah pahit tu biarlah saya simpan buat pedoman untuk diri. Takut jadi aib pula. Oh ya! Aku download benda ni pun sebab nak baca cerita kawan aku kata best. Hahaha tak sangka melekat sampai jadi famous hoho (gedik kau nyah)

Tahun 2019 tu first saya join this group. Masa tu tak sangka aku akan buat task. TASK WEY! Aku mana pernah buat. Then terkapai jugak la. Lepastu disini juga saya ada kenalan yang rapat sangat nama dia Alvyana. Tapi, dia dah meninggalkan kita semua di dunia ini. Sedekahkan Al-Fatihah untuk dia. Kak Vy banyak bagi pengajaran tentang hidup tapi saya tak boleh ceritakan disini. Dia kenalkan saya dengan ramai lagi rakan seperti Que/Een dan geng dia haha masyukk. Masa kenal Diya ni, memang aku tak kenal langsung. Dapat link pun dari Elfi sebabtu dapat kejutan budaya tetibe dapat task. Mulanya ingat Diya ni macam garang tapi hmm kucing jinak rupanya. Selalu jugaklah rebut gelaran comel dengan dia tu hiks sorry. Tapi memang dengan group ni jugaklah saya dapat tahu cara menulis dengan betul. Selama ni main redah je. Well, Fiya kan?

Nasihat saya, jangan mudah mengalah untuk hasilkan sesuatu karya. Saya pun pernah down dan ingin delete semua buku saya. Tapi saya rasa takde keuntungan langsung kalau buang macam tu je. Sebab saya pun buat story main redah je semuanya asalkan aku bahagia HAHAHA lantaklah kau nak kata best ke tak. Kau nak best kau buat sendiri. Ni cite aku kau blah. Fiya pun boleh dikatakan serbaguna sebab semua genre saya buat, editor cover dan trailer pun saya buat hiks.
So, disini lah saya sekarang dengan username Fiya_san. Moh ler baca. Minta maaf salah silap saya sepanjang anda membaca ini. Ingat ni, tak elok dengki dan bermusuhan. Kita member member. Kau susah, aku tolong. Aku susah kau lari. Eh? Abaikan.

Roger and out. Cau.

Assalamualaikum penutup bicara.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro