08

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MATI langkah Hafiq serta-merta apabila diganggu dengan deringan telefon yang berada di dalam poket seluar. Hampir saja pintu kaca Meribella Bakery Café ditolak sebelum tangannya pantas menyeluk ruang belah kanan jeans hitam yang sedang dikenakan untuk menyambut panggilan. Perlahan, kaki dihayun ke tepi, membawa langkah ke penghujung premis perniagaan. Meribella Bakery Café yang terletak di deretan terakhir belah kiri itu membolehkan Hafiq untuk berdiri di luar dengan selamat kerana tak ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

"Waalaikumsalam. Ya, mama." Salam disambut Hafiq sebaik sahaja suara Puan Elysha di hujung talian menyapa dahulu.

"Fiq dekat mana tu? Ada schedule ke hari ni? Kalau free, mama nak ajak Fiq teman mama keluar. Boleh tak? Kita pergi makan, pergi shopping. Dah lama Fiq tak keluar dengan mama, kan? Asyik sibuk aje memanjang."

Berkemut-kemut wajah Hafiq tika ayat akhir itu dikemukakan oleh Puan Elysha. Soalan lain itu tak ada hal dia nak jawab, tetapi hujung bicara wanita tersebut agak merunsingkan kepala Hafiq untuk membalas.

"Alah, ma... Fiq bukan sengaja tak nak teman mama keluar. Mama tahu kan sebelum ni Fiq busy dengan shooting?"

"Hmm, tahu..." Suara Puan Elysha kedengaran berjauh hati. Entah benar-benar serius atau ingin bergurau sahaja dengan Hafiq.

Resah, tangan Hafiq spontan membetulkan kedudukan topi di atas kepala lalu oversized blazer yang sedang digayakan itu ditarik ke dalam bagi menampakkan lebih kemas.

Pabila sepasang matanya bertentang dengan Noah, jejaka itu terus mengangkat kening kepada Hafiq. Dia tertanya-tanya asbab Puan Elysha tiba-tiba menghubungi Hafiq pagi-pagi begini.

Baru beberapa hari lepas Hafiq pulang ke rumah keluarganya, takkan Puan Elysha tidak puas lagi berjumpa dengan si anak?

Hafiq tidak memberi balasan apa-apa, tetapi dia mengangkat tangan sebagai tanda 'sekejap' kepada Noah. Telinga dipasang dengan tekun untuk mendengar kata-kata Puan Elysha.

"Fiq boleh teman mama, tapi mama nak keluar bila?"

"Mama tengah siap-siap nak keluar dah ni."

"Sekarang?!" Ruas dahi Hafiq automatik berkerut. Terkebil-kebil dia pandang Noah. Aduhai, macam mana pula dia nak teman Puan Elysha kalau sekarang mereka dah sampai sini. Pula tu, ada janji temu dengan seseorang.

"Hmm, sekarang. Kenapa? Fiq ada hal ke?"

"Err, ma... kalau pagi ni tak boleh la sebab Fiq nak kena jumpa someone." Berhati-hati Hafiq susun bait bicaranya. Bimbang Puan Elysha terasa dengan penolakan tersebut, walaupun sebelum ini memang Hafiq banyak berdalih sebab dia tak suka Puan Elysha heret dia sekali apabila keluar bersama kawan-kawan wanita itu.

"Lah... ya ke? Kalau macam tu tak apa la, mama faham. Lain kali, Fiq kena simpan masa untuk mama siap-siap ya. Tak boleh ada alasan lagi." Puan Elysha memberi amaran.

Terangguk-angguk kepala Hafiq biarpun tidak kelihatan melalui corong telefon. "Okey, ma. Fiq janji next time kita spend time masa sama-sama ya?"

"Yalah, elok-elok dekat luar. Sarapan jangan lupa."

"Hmm, mama pun. Take care, breakfast mahal-mahal sikit. Nanti Fiq transfer duit dekat mama okey? Sebagai tanda minta maaf."

"Tch! Ingat mama heran sangat ke dengan duit Fiq? Apalah sangat harta tu nak dibandingkan dengan masa Fiq yang berharga." Puan Elysha berdeham. "Kalau boleh, transfer la lebih-lebih sikit. Dapat banyak pahala."

Hafiq tergelak. "Baik, mamaku sayang. Nanti Fiq bagi duit untuk shopping sekali. I love you, ma."

Usai Puan Elysha menyudahkan kata-kata terakhir, Hafiq matikan panggilan. Telefon disimpan rapi di dalam poket seluar.

"Aunty ajak kau keluar ke pagi ni?" soal Noah sebaik sahaja Hafiq memandangnya. Daripada bicara kawan baiknya itu tadi Noah sudah bisa menebak isi perbualan mereka.

"Hmm..."

"Habis tu, aunty keluar sorang ke?"

"Kau lupa ke mama aku tu ramai contact? Ada la tu dia keluar dengan mana-mana kawan dia," jawab Hafiq bernada tidak serius. Dia kenal benar dengan mamanya itu.

"Oh, ya tak ya. Jom, masuk."

・┆✦ʚ♡ɞ✦ ┆・

"BOS, ada orang nak jumpa." Azwa yang bertugas di bahagian cashier, tiba-tiba masuk ke dalam ruang production pastri.

Naaila yang tika itu sedang menolong packers membungkus sebahagian roti yang baru siap dibakar, menapak menghampiri Azwa. Ditanggalkan dahulu glove dan mouth shield yang sedang dipakai sebelum dia letakkan ke tepi. Apron dibiarkan tersarung pada tubuh.

"Siapa? Dia ada bagitahu nama?" tanya Naaila berhadapan dengan Azwa.

"Tak silap saya, nama dia Noah. Katanya, dia ada DM bos tapi bos tak balas. Ni, dia dah habis makan, itu yang saya datang panggil bos."

"Noah?!" Kelopak mata Naaila meluas. "Eh, haah la. Saya lupa hari ni kena jumpa Ha..." Belum sempat Naaila habiskan ayatnya, kata-kata itu dibiarkan tergantung. Tak mahu heboh-heboh sampai seluruh bakeri tahu dengan siapa dia akan berjumpa hari ini.

"Dia dah tunggu bos dekat meja hujung," ujar Azwa lagi sebelum gadis itu bergerak semula ke bahagian cashier. Terburu-buru apabila bunyi loceng kedengaran menandakan ada pelanggan yang baru masuk ke bakeri. Loceng itu bukan berbunyi biasa, tetapi ia menghasilkan suatu bunyi bermelodi seakan-akan berada di dalam dunia fairytale.

Manakala Naaila, masih berdiri kaku di situ. Agak berdebar hendak berjumpa Hafiq walau dia tiada salah pun. Huh, hari itu bukan main berani tidak bertempat. Sekarang, tahu pula kecut bila sedar yang dia tersalah siram orang lain.

"Nai! Hafiq ke?"

"Hesy, kau ni Qis! Terkejut aku." Bisikan Qistina itu mengejutkan Naaila. Entah bila gadis itu datang merapatinya. Tak ada bunyi jejak langsung. Sudahlah menyibuk. Nak ambil kesempatan berjumpa dengan Hafiq jugalah tu. Macam la Naaila tak tahu. Cis!

"Ya, kut. Seram pula aku nak jumpa face-to-face ni. Kau doakan la supaya Hafiq tak buat legal action dekat aku, supaya dia lembut hati terima permohonan maaf aku, supaya dia tak marah aku. Aku tak tahu kenapa aku seram, tapi aku seram."

Qistina jongket hujung bibirnya. "Sejak bila pula Naaila Maissa ni pengecut? Sepanjang aku hidup ni, kau la orang paling berani yang aku pernah jumpa, tahu tak? Sekarang ni, mana pergi segala keberanian kau tu? Dah hilang lepas kena kecam?"

"Qis! Amboi, mulut kau! Aku cili kang apa tak dapat." Naaila menjeling Qistina yang berdiri di sebelah. Lengan gadis itu ditumbuk perlahan. "Dah la, kau duduk sini diam-diam. Jangan kacau aku date dengan Hafiq kesayangan kau tu ya? Huh!" Dengan berlagak, Naaila bermegah seraya memberi pesan. No hard feelings, strictly joking.

Naaila dan Hafiq date? Runtuh bumi dahulu agaknya baru Hafiq terima dia sebagai teman wanita. Naaila pun, ingat dia mahu sangat ke dekat seorang pelakon? Artis juga manusia biasa. Tak ada yang spesial.

"Nai! Minta sign sekali, please?" Qistina tangkas menarik lengan Naaila apabila kawan baiknya itu berura-ura ingin keluar dari ruang production. Sempat mata dihidang dahulu dengan renungan tajam Naaila tatkala tubuh itu berpusing menghadapnya semula.

"Minta la sendiri."

"Alah, aku takut dia tak selesa pula nanti. Dia datang sini kan nak jumpa kau je. Tak apa, aku tengok dari jauh pun dah cukup bahagia. Lagipun, aku segan la. Minta kan, Nai? Boleh la..." Meleret suara Qistina, bersungguh ingin memujuk. Digoyangkan tangan Naaila itu laju-laju sehingga gadis itu naik rimas.

"Tch! Yalah, yalah. Aku pula yang kena segan untuk kau."

Melebar senyuman Qistina. "Dekat kaunter tu ada buku nota kecil tau. Thank you, Nai. Sayang kau."

Naaila mengguling mata ke atas sembari langkah diatur keluar dari kitchen production. Matanya kemudian melilau mencari kelibat Noah dan Hafiq sehingga tertancap kepada dua orang jejaka yang sedang duduk di penjuru bakeri, tempat paling tersorok, paling hujung. Sebelum itu, dia ke kaunter cashier dahulu untuk mendapatkan buku nota kecil yang diberitahu oleh Qistina. Beberapa minit jugalah Naaila berdiri seperti tunggul di situ sambil mengerling ke arah tempat duduk Noah dan Hafiq, sementara menanti Azwa selesai mengambil oder pelanggan.

"Tu ke, Noah?" soal Naaila meminta kepastian. Takut tersalah orang lagi, naya.

"Ya, bos."

Jawapan Azwa membuatkan Naaila telan liur sekali sebelum kakinya menapak dengan rasa gemuruh menuju ke arah mereka berdua. Hayunan langkahnya mati tatkala tiba di meja tersebut. Sekali pandang saja Naaila sudah bisa tahu yang mana satu Hafiq dan yang mana satu Noah. Bukan dari segi rupa Hafiq yang dia pernah bertentang empat mata sebelum ini, tetapi dari segi cara mereka membalas pandangan dengannya. Noah memberi senyum mesra manakala Hafiq tidak mempamer sebarang riak. Macam terpaksa saja datang jumpa Naaila hari ini. Tidak semena-mena Naaila rasa sedikit jengkel. Dalam hati sajalah, tak mampu dipaparkan pada wajah sementelah Naaila sedar dia yang salah.

"Naaila Maissa, kan?" Noah menegur dahulu.

"Ya, saya. Encik... Noah?" Naaila koyak senyum melihat sengihan Noah.

Noah mengangguk sekali. "Encik tu buang, Noah je." Kemudian, kaki diluruskan untuk berdiri selepas mengerling Hafiq. Memberi pesan kepada sahabat organiknya itu, 'Pandai-pandailah kau hidup. Selamat tinggal, wahai rakanku.'

Semestinya, Hafiq tersentak dengan tingkah mengejut Noah itu. Sudahlah mengatur perjumpaan ini tanpa pengetahuan dia, kemudian lepas tangan pula? Kalau ya pun, beritahu la awal-awal. Aduhai, Noah! Sekali hempuk, menggelupur nyawa kau. Hafiq mendongkol geram dalam hati. Apa benda yang ada dalam fikiran si Noah ini?

"Noah nak pergi mana?" Terkebil-kebil Naaila bertanya apabila Noah seakan-akan hendak beredar dari meja tersebut. Kerusi ditarik, memberi laluan untuk Naaila duduk di situ.

"Saya tunggu dekat meja depan sana. Naaila boleh setel berdua dengan Hafiq."

"Eh, Noah. Saya tak kesah kalau awak nak duduk sekali."

"Tak apa, saya bagi privasi untuk Naaila bercakap dengan Hafiq."

Terkelip-kelip mata Naaila menghantar kepergian Noah, sehinggalah lelaki itu duduk di sebuah meja. Mungkin kerana Noah pembantu peribadi Hafiq sahaja, jadi penghuni dua buah meja di belah hadapan itu tidak menghiraukan kehadirannya. Naaila ingatkan dia boleh berbicara dengan tenang bila ada Noah sekali, tetapi Noah pula terlalu berbudi bahasa sehingga membiarkan mereka berdua selesaikan sendiri.

"Tak nak duduk ke? Sampai bila nak berdiri macam pokok kelapa?" Hafiq berdeham seraya mengangkat kening. Senyum nipis dilemparkan.

~

Sambung next part okies. Takut terpanjang sangat. Comment dulu, baru dapat update hshs.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro