CHAPTER 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                KHAIRA menarik nafas dalam. Gugup. Itu apa yang dirasainya sekarang. Khaira bermain dengan jarinya sementara Naura dan Qaerin menyiapkannya. Mereka berdua merupakan sepupu yang paling rapat dengan Khaira. Nasiblah mereka ada. Tak perlulah dia upah jurusolek dan sebagainya.

Naura memasangkan veil pada Khaira manakala Qaerin menjadi jurusolek khas buat Khaira. Tangannya sibuk mengemaskan bahagian hadapan tudung Khaira. Apabila selesai mereka berdua melihat ke arah Khaira dengan riak berpuas hati. Berjaya! Mereka ber high-five pula. Khaira hanya tersenyum.

" Nasiblah kau berdua ada. Tak buang duit aku nak upah MUA. Terima kasih! " ujar Khaira. Nuara dan Qaerin hanya tersengih dan mengangguk.

" Alaa Kayla, kau dah nak jadi bini orang. Nanti dengan siapa kitorang nak lepak ? Tak meriah lah. Si Rin ni mengarut saja. Kalau tidak kau dengan aku la yang hadap perangai tak senonoh dia " Naura mulai mahu menitiskan air mata. Tisu diambilnya lalu dilap air mata dengan berhati-hati. Mahal oii makeup aku! Bazirlah nanti.

" Sembang macam aku ni dah nak bertukar alam tu apasal ? " soal Khaira bersama riak geli yang sengaja dibuat. Mahu mengusik Naura.

" Tahnya Naura ni. Drama queen betul. Kalau aku daftarkan nama kau dalam oscar mesti top one " sindir Qaerin pula. Naura menjeling Qaerin. Nak melayan perasaan sikit pun tak boleh !

****

" AKU terima nikahnya Khaira Mikayla binti Aziz dengan mas kahwinnya 10 ribu ringgit tunai dan senaskah Al-Quran " lafaz Luth lancar.

" Sah ? "

" Sah "

" Sah "

" Alhamdulillah " Tok Kadi mulai menadah tangan untuk membaca doa. Menitis air mata Khaira setelah itu. Kini status bujangnya sudah berubah menjadi isteri yang sah kepada Luth. Luth menunaikan solat sunat sebelum pembatalan air wudhu'. Kemudian , Khaira yang berada di pelamin ditujunya.

" Assalamualaikum isteri abang " ucapnya menggantikan nama panggilan diri seraya melabuhkan punggung disebelah Khaira. Khaira hanya menjawab salam sambil menahan rasa. Gugup tak terkata. Badannya hanya mengeras. Luth mencapai cincin yang berada di dalam kotak baldu merah lalu disarungkan ke jari manis Khaira. Kini Khaira sah menjadi miliknya.

Senyuman lebar terukir pada bibir. Khaira pula mencapai cincin pengantin lelaki dan menyarungkannya dijari manis Luth. Menggigil tangannya. Luth yang sedar akan tangan Khaira yang bergetar mulai menarik pinggang Khaira mendekatinya. Kedengaran bunyi suara tetamu mengusik. Wuu.. Pipi Khaira mulai merona merah seperti tomato. Luth ketawa perlahan.

Tangan Luth disalam oleh Khaira dan tangan sebelah kiri Luth pula diletakkan diatas kepala Khaira. Doa dibacanya dengan perlahan.

" Bismillahhirrahmanirrahim , Allahumma inni as'aluka min khairiha wa khairi ma jabaltaha 'Alaihi. Wa a'udzubika min syarriha wa syarri ma jabaltaha 'Alaihi. Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya " ucap Luth penuh syahdu. Jurukamera mulai mengambil gambar mereka berdua sementara mereka berada diposisi tersebut.

Khaira mengangkat kepalanya memandang tepat ke dalam anak mata Luth yang memandang ke arahnya dengan pandangan redup. Perlahan matanya dipejam. Bibir Luth menyentuh dahinya lama. Mengalir air mata Khaira. Hari yang selama ini dia impikan tercapai. Sungguh tidak terduga ketentuan Allah. Bak kata orang, larilah sejauh mana pun, kalau dah jodoh takkan kemana juga. Luth menyapu air mata Khaira menggunakan ibu jarinya.

" From this day , this moment and forever Khaira Mikayla... You will always be my priority. I would even die for you. I promise you in the future, we will face everything together. Until our last breath " ujar Luth seraya merenung kedalam anak mata Khaira dengan pandangan yang sukar ditebak.

****

ADAM memerhati Khaira yang sedang bergelak ketawa bersama Qaerin dan Naura sambil menyandarkan badan pada batang pokok yang berada di halaman rumah nenek mereka sambil memeluk tubuh. Angin sepoi-sepoi meniup rambutnya yang sudah dirapikan. Dingin saja riak wajahnya. Apa yang berada di fikirannya juga tidak dapat ditebak.

" Adam ? " sapa Luth yang datang entah dari mana. Adam menoleh sekilas kemudian kembali memandang ke arah Khaira dan sepupu perempuannya yang lain.

" Apa ? " soalnya tanpa nada.

Luth hanya tersenyum nipis. Dilihat dari layanan Adam terhadapnya , seperti Adam tidak menyukai keberadaannya disini. Entah mengapa , mungkin itu hanya apa yang dia fikirkan.

" Kau tengok apa ? " soal Luth. Adam hanya mendiamkan diri. Mata tetap tertancap pada wajah Khaira yang sedang tersenyum manis. Bibirnya juga mengukir senyuman. Senyuman yang agak kelat.

" Jom , kita duduk tepi pantai. Ada benda yang kau perlu tahu " ajak Adam secara tiba-tiba lalu beredar ke arah kereta Luth. Luth terpinga seketika lalu langkah Adam dikejar.

****

" MANA abang Luth ya? Dah nak maghrib dah ni " Khaira mengintai ke luar halaman. Kereta Luth pun tiada. Yang lebih peliknya , batang hidung si Adam pun dia tak nampak. Keluhan dilepaskan lalu dapur ditujunya. Sudahnya dapur dituju untuk mencari Tokma Lin.

Tokma Lin yang sedar akan kehadiran Khaira mulai mengangkat wajahnya. Melihat riak wajahnya yang tampak risau, Tokma Lin mulai bersuara. Sementara Khaira berjalan mendekati ke arahnya.

" Kamu kenapa , Kayla ? Cemberut je muka macam laki hilang " soal Tokma Lin sengaja mahu mengusik lalu ketawa dengan perlahan. Apabila riak wajah Khaira mahu bertukar lebih cemberut seperti mahu menangis, Tokma Lin mulai menghentikan tawanya.

" Hilang sungguh ke ? Haih ke mana pula budak tu ? " soal Tokma Lin lagi. Khaira mengungkitkan bahu tanda taktahu. Air matanya mulai mengalir dengan perlahan di pipi. Tokma Lin menariknya ke dalam pelukan.

" Jangan macam ni , Kayla. Sekejap lagi balik lah suami kamu tu. Yang dia pun satu, dah tahu baru kahwin yang keluar sampai maghrib tu kenapa ? " pujuk Tokma Lin. Sempat dia membebel tentang Luth.

" Adam pun tak ada , Tokma " balas Khaira akhirnya. Tersedu-sedan Khaira menangis setelah menolak pelukan Tokma Lin. Berkerut wajah Tokma Lin. Mereka keluar berdua ke? Sudahlah, tak reti beritahu kalau nak kemana-mana.

TOK! TOK!

" Assalamualaikum Tokma , saya dengan Adam dah balik. Kami ke sungai tadi. Men's business " ujar Luth memberi salam seraya memberitahu Tokma Lin. Sempat tawanya keluar dihujung ayat. Adam hanya beredar pergi ke biliknya. Tokma Lin tersenyum ke arah Khaira yang terkebil-kebil setelah menjawab salam.

" Hah , keluar tu beritahu lah sama ya. Bini kamu ni risau menjanda , laki tak balik-balik lagi. Sudahlah baru kahwin " usik Tokma Lin. Khaira mengerutkan wajahnya lalu memuncungkan bibir sambil melihat ke arah Tokma Lin. Tokma Lin ketawa lalu beredar ke biliknya.

Giliran wajah Luth pula berkerut mendengar ujaran Tokma Lin. Kini tumpuannya teralih kepada Khaira yang sedang terkebil-kebil. Kulitnya yang putih menyerlahkan pipinya yang merah. Kelopak matanya juga tersisa dengan air mata. Reflek bibir mengukir senyuman lucu.

Tempat Khaira berdiri ditujunya. Apabila kaki dihentikan dihadapan Khaira, kepala menunduk memandang ke arah Khaira yang hanya separas dada bidangnya. Khaira pula hanya mendongak sambil mengelipkan matanya beberapa kali.

Dugaan ya Luth. Comel betul. Bini siapa ya? Luth ketawa kecil. Tangan naik menyentuh pipi Khaira untuk menyapu sisa air matanya.

" Menangis ya ? Takut abang tak balik ke ? " usik Luth pula sambil tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya disebelah kanan. Khaira menepuk dada bidang Luth tanda protes dengan ujaran Luth tadi. Makin galak Luth ketawa.

" Jom , masuk bilik. Orang lain semua dah siap-siap nak ke masjid " ajak Luth. Khaira hanya menurut. Namun langkahnya terhenti apabila terlihat satu plastik yang dipegang oleh Luth.

" Oh ya, ini buah strawberi dan coklat. Abang study tau tentang Kayla " Luth mengenyitkan matanya lalu ketawa. Panggilan 'Khaira' tidak lagi digunakannya. Khaira ukir senyuman teruja. Baru saja tangan mahu mencapai plastik tersebut , Luth menjauhkannya. Khaira ditarik masuk ke dalam bilik lalu pintu dikunci.

" Kenapa abang Luth kunci ? Dan , bagi lah buah tu ! Kata belikan untuk Khaira " Khaira mula memuncungkan bibirnya. Sebal dengan Luth. Luth tersengih nakal.

" Nak buah ni ? " Laju Khaira mengangguk.

" Bagi abang hadiah dulu kat sini. Baru abang bagi buah " arah Luth seraya menunjukkan jari telunjuk ke arah pipinya. Senyuman tak pudar dari bibirnya yang merah. Seolah-olah buah delima. Khaira mendecit.

Jari dimainkan sesama sendiri. Masih berkira-kira. Tetapi buah strawberi itu buah kegemarannya. Terpaksa lah demi buah strawberi ! Khaira menarik nafas dalam. Luth yang melihatnya hanya tersenyum senget. Mata Khaira dipejamkan lalu mulai mendekati pipi Luth.

Namun, Luth sengaja mengubah posisi wajahnya supaya bertentangan dengan Khaira yang membuatkan bibir mereka tepat bersentuhan. Khaira yang sedar akan perbuatan Luth membuka matanya lalu menjauh dari wajah Luth. Merona merah pipi Khaira.

" Ops ! Sengaja. Sorry I took your first kiss " usik Luth lalu ketawa kuat. Khaira menjeling ke arahnya. Khaira meletakkan buah tersebut diatas meja lalu beredar ke bilik mandi yang tersedia di dalam bilik mereka. Luth tersenyum senget seraya menyentuh bibirnya. Really , Luth ? You're out of your mind ! Batinnya. Senyuman langsung tak pudar dari bibir.

KLAK!

Pintu bilik air dikuak oleh Khaira yang sudah melepaskan tudungnya. Rambut panjang yang mencecah pinggang itu dibiarkan lepas. Khaira yang sibuk mencari telekung didalam almari langsung tidak menyedari bahawa dirinya diperhati oleh Luth yang sudah menghampirinya.

" Kita solat berjemaah berdua saja. Abang dah pesan pada Adam suruh beritahu Tokma dan yang lain. Tunggu sekejap, abang ambil wuduk " beritahu Luth lalu beredar ke bilik air.

Khaira menoleh ke arah pintu bilik air yang sudah tertutup. Khaira memejamkan matanya seketika. Lalu kelopak matanya dibuka kembali seraya menepuk pipinya beberapa kali.

" Damn it , Khaira ! " gumamnya sendirian lalu menyambung perbuatan yang tergendala tadi. Telekung disarungkan pada tubuh lalu sejadah untuknya dan Luth dibentangkan. Khaira melabuhkan punggung diatas sejadah sementara menunggu Luth keluar dari bilik air. Tanpa disedari, bibir mengukir senyuman kecil.

TBC

Abaikan lah ye typo or whatever. Happy reading lovelies !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro