PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KHAIRA hanya memerhati Luth dari jarak yang jauh. Tidak mahu mengganggu Luth. Takut dikira sebagai attention seeker pula. Naya nanti. Namun , jika begini.. rasanya seperti seorang stalker pun ada.

Luth Ameer , seorang lelaki yang tak kurang tampannya. Baik hati juga walaupun sikapnya kasar dan tegas. Dan mungkin kerana itu Khaira tersuka pada Luth. Mereka sekarang berada di semester akhir. Ya , mereka sudah berada di universiti.

6 tahun. Khaira merahsiakan perasaannya terhadap Luth. Rakan-rakannya juga asyik bertanya. Mengapa tak luahkan saja ? Berbaloi ke bertahun-tahun tunggu dia ? Namun , diendahkan saja. Dia takut jika dia meluahkan perasaannya , Luth makin menjauh pula.

Lebih baik memerhati dan mencintai dari jauh. Walaupun entah Luth tahu atau tidak kewujudannya di dunia ini. Entah-entah dia pun langsung tak kenal Khaira. Mana mungkin dia memandang Khaira yang hanya sekecil kuman pada matanya.

Ibu bapa Luth merupakan top 5 world billionaires. Manakala keluarganya pula hanya sederhana. Tidak mampu menjadi kaya raya. Namun , dia bersyukur apa adanya. Dia tahu bahawa Luth dan dirinya tidak sekufu.

Jika Luth mengenalinya dan menyukainya sekalipun , tak mungkin juga ibu bapanya senang-lenang saja menerimanya yang berasal dari keluarga sederhana. Ya lah , mestilah mahu yang sekufu dengan mereka saja. Barulah padan kan ?

Cakap tentang Luth , Luth sedang terintai-intai ke arah pokok dimana Khaira menyorok. Khaira menyembunyikan dirinya di belakang pokok dengan pantas. Jangan dia fikir aku ni psychopath sudah lah. Mengintai serupa stalker.

Khaira mendengar bunyi derapan kaki melangkah mendekati pokok tersebut. Lantas Khaira berlari mencicit ke arah kelasnya yang berada di kos perubatan.

Luth yang terlihat Khaira berlari mula menjungkitkan keningnya. Pelik. Tidak dikejarnya. Hanya memerhati. Bangunan kelas yang dimasuki Khaira dilihatnya. Fakulti perubatan.

Luth angguk perlahan. " Not bad juga stalker aku ni. Budak medic ! Sounds interesting " Luth ukir senyuman lucu apabila teringat akan bayangan Khaira berlari dengan kakinya yang pendek.

PAK!

" Kau gila ya ? Senyum seorang diri pula. Jangan lah takutkan aku " tegur salah seorang daripadanya rakannya , Anaqi. Syed Anaqi. Seorang yang happy go-lucky. Yang masih menyepi itu pula bernama Khalish Amsyar. Pendiam dan suka merendah diri. Namun ada juga sisi happy go-lucky dan annoying. Mereka sajalah rakan yang Luth ada.

Bukan tidak ada yang mahu berkawan. Ramai saja. Namun kebanyakannya berkawan kerana ada niat buruk. Bukan mahu berkawan malah mahukan duit pula. Dan sesetengahnya pula memandang harta. Yang dipercayai hanyalah Khalish dan Anaqi. Itu pun kerana mereka berkawan sejak sekolah rendah lagi.

Sewaktu Luth berada di sekolah rendah , ibu bapanya tidaklah sekaya sekarang. Jadi dia tidak bersekolah di kawasan elite. Sehingga ke sekolah menengah juga. Masih bersama dengan kedua rakannya.

Padanya mana-mana pun sama saja. Perbezaannya cuma taraf. Namun , taraf tidak begitu bermakna baginya. Dia tahu , ada kemungkinan bila-bila masa saja syarikat ibu bapanya akan merudum jatuh jika tidak berhati-hati dengan musuh di sekeliling. Terutamanya musuh dalam selimut.

" Senyum pun salah. Aku jadi singa nanti baru kau tahu " Luth menjeling. Khalis ketawa. Manakala Anaqi pula sudah menayang riak wajah menyampah. Ingat orang takut sangat ke dengan riak bengis dia tu ?

" Kau pandang perempuan mana tadi ? " soal Khalish. Anaqi mengangguk menyetujui soalan Khalish. Dia pun mahu bertanya perkara yang sama. Pelik bin ajaib ya Luth tertarik dengan manusia yang bernama perempuan.

" Adalah. Aku tengok dia macam stalk aku tadi. Jadi aku cubalah mendekat. Tapi dia lari pula. Nampak comel. Dan dia dari fakulti perubatan " terang Luth. Anaqi dan Khalish mengangguk faham.

" Aku ingat kau ni dah tak berminat dengan kaum hawa. Mana lah tahu kau ni dah bengk-- "

BUK!

Bahu Anaqi ditumbuknya. Sesuka hati saja mahu kata orang bengkok. Ada nampak dia macam maknyah ke ? Anaqi mengaduh perlahan sambil melurut kawasan bahunya yang ditumbuk tadi. Khalish pula sudah meletuskan tawa dengan kuat.

Siapa suruh dia cakap lepas saja. Kan dah kena. Nasib bahu. Jika muka , mahu bengkok hidungnya yang mancung ini. Anaqi menjeling Luth. Suka sangat target bahu dia jika geram. Kalau patah tulang bahunya ini , mahu ganti dengan apa ? Besi ?

" Padan lah muka kau. Mengata depan-depan tu kenapa ? " Celah Khalish selamba. Anaqi menjeling tajam ke arah Khalish pula. Mereka berdua sama saja. Anaqi melihat ke arah jam tangannya.

" Eh kelas start pukul berapa ? " soal Anaqi gelabah. Luth hanya mendiamkan dirinya. Blank. Dia tidak mengingati jadual kelasnya. Khalish pula masih memproses.

" 9 lah gila ! Dah pukul 9.50 pagi. Mampus lah mampus ! Cepat-cepat " Anaqi menarik tangan Khalish dan Luth untuk beredar ke fakulti perniagaan. Sudahlah mereka sudah banyak kali tidak masuk ke dalam kelas dengan waktu yang tepat. Pensyarah mereka pula strict ya ampun. Pensyarah baru. Madam Angel.

Nama saja Angel. Jika keluar perangai strict dia , devil pun tak percaya yang tu Angel. Haih apalah yang dikarutkan sekarang ni ? Kelas mereka lebih penting. Jika lambat dua minit tak apa juga. Ini 50 minit ! Memang masak lah.

Lambat seminit saja dibebelnya bagai tiada hari esok. Jika 50 minit , mungkin dia benar-benar berubah menjadi devil. Silap haribulan , bangunan fakulti perniagaan ni runtuh kerana suara jerkahannya yang bagai nak rak.

Namun , yang lebih peliknya..

" Sorry madam , we didn't noticed it's already 9.50 am. We are really sorry ! " Rayu Luth. Takut jika pensyarah mereka itu tiba-tiba saja menjerkah.

" Eh Luth.. nevermind. Have a seat. My class ada lagi waktu setengah jam " balas Madam Angel lembut. Khalish dan Anaqi yang sudah kecut perut mulai berasa lega. Langkah Luth diikuti mereka dengan santai. Dah dapat greenlight. Apa lagi ?

" Hah , both of you ! Why lambat kelas I ? You all ada jadual kan ? Tak reti nak patuh dah ke ? Ke universiti ni dah bertukar jadi nama bapak you berdua punya ? " bebel Madam Angel. Fuh. Ingatkan terselamat. Rupanya terkena juga. Inilah yang membuatkan mereka berdua hairan. Luth dilepas pula. Terkulat-kulat Anaqi dan Khalish mahu menjawab.

" Aku rasa dia dah nak bertukar jadi monster ni. Patut tak kita lari ? " Anaqi memberi cadangan. Khalish geleng tidak bersetuju. Gila. Terbalik juga universiti ni nanti.

" Tak. Tak boleh. Tapi asal dia lepas Luth , kita pula kena tahan ? " soal Khalish hairan. Tak boleh jadi ni ! Pilih kasih ke ? Anaqi mengangguk setuju dengan pernyataan Khalish. Ya ! Mengapa Luth tidak ditahan?

" Entah-entah Madam suka Luth tak ? " bisik Anaqi yang serupa tidak berbisik itu. Mahu berbisik tapi suara kemain kuat bagai menggunakan mikrofon. Madam Angel menaikkan tangannya memeluk tubuh.

" Are you done ? " soal Madam Angel sarkastik. Geram akan tuduhan Anaqi. Mana mungkin dia suka akan pelajarnya sendiri. Dia sudah berkahwin ! Malah sudah mempunyai anak. Walaupun Luth boleh tahan kacak juga.

" Y-yes Madam " balas Khalish terkulat-kulat. Madam Angel mengukir senyuman sarkastik secara tiba-tiba. Kemudian wajahnya bertukar merah. Geram. " Both of you , get out from my class ! " jerkahnya. Reflek Anaqi mengangkat tabik seraya beredar dengan cepat diikuti Khalish di belakang Anaqi. Luth yang sudah duduk mulai ketawa. Pelajar yang lain turut ketawa.

Jika Anaqi dan Khalish tiada di dalam hidupnya , mungkin dia kesunyian. Ya lah , dia merupakan anak tunggal. Kedua ibu bapanya pula sibuk bekerja , mengejar harta dunia sampai tiada masa untuk diluangkan bersama anak mereka. Luth hanya mengukir senyuman nipis.

TBC

This is the new version of Love in Silent ! Mind my error typing or grammar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro