BAB 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

═════ஜBAB 3ஜ═════

"Kenapa dengan dernisha, devian?" tanya tuan adhaar dengan tegas. Wajahnya sudah nampak ingin memakan devian saat itu juga. Apalagi menantu kesayangan tuan adhaar, dernisha nampak lemah, sayu dan sakit dalam dakapan devian.

"Papa tanya ni jawablah." Tuan adhaar sedikit meninggikan suaranya. Membuat rumah besar itu mengelegar dengar suara tuan adhaar. Tuan adhaar terbilang orang yang cukup tegas. Kerana dia dulu seorang askar.

Kerana itu tuan adhaar paling devian takuti. Selain devian mama boy, devian penakut dengan ayahnya sendiri. 'Aduh apa yang aku patut jawab ni! aku ingatkan papa dah pergi luar. Sekarang aku harus buat alasan.' Bergetar - getar mulut devian ingin melontarkan sesuatu pada tuan adhaar.

"Dernisha demam pa. Sebab tu calix suruh devian bawa dernisha pergi hospital, calix temankan mereka. Calix taknak ayah rasa risau dengan keadaan dernisha sebab itu kami pergi senyap - senyap." Sebelum devian menjawab sudah ada jawapan dari calix yang turun dari tangga.

Kepala tuan adhaar terus menoleh ke arah calix. Dia pun mendengus kasar. "Kenapa tak bagitahu ayah awal - awal? Ayah tak marah pun kalau kamu berdua tak rahsiakan seperti sekarang ini." Suara tuan adhaar mengendur, rasa lega setelah mendengar alasan calix.

Devian menoleh ke arah calix. Calix tolong dia? devian menatap wajah dernisha yang masih sayu itu. Rasa bersalah pada calix kerana selalu cari pasal dengannya. Tapi egonya yang tinggi buang itu ketepi seketika.

Lagipula siapa juga yang ingin pertolongan dari calix? dia boleh buat sendirilah walaupun sebenarnya tadi dia ingin menangis dan terkencing dalam seluar. Nasib dernisha lah dapat suami penakut ayah sendiri dan jadi anak manja mamanya.

Calix pergi ke sisi devian. Setelah berbincang - bincang, mereka bertiga pergi masuk ke dalam kereta. Calix di kerusi memandu sedangkan devian dan dernisha di kerusi belakang. Devian mengusap - usap pipi dernisha yang pucat itu.

"Apa motif kau tadi? kau cakap nak berehatkan?" tanya devian setelah memecahkan rasa sepi di antara mereka berdua kerana hubungan mereka masih belum membaik. "Aku memang cakap nak berehat tapi tak semestinya sampai aku tak boleh bangun kan? Kau fikir aku ni sleeping beauty tu ke?"

Tanya calix balik pada devian dengan nada tenang calix seperti biasa. Devian putarkan bola matanya. "Aku tanya dia, dia tanya balik." Devian buang muka ke arah tingkap kereta itu. "Itu cara kau berterima kasih pada aku devian?" tanya calix sekali lagi sambil memutar stereng kereta.

"Aku tak minta tolong kau pun, kau yang berlagak hero sangat." Cibir devian sambil memutarkan bola matanya sekali lagi. "Kalau bukan sebab aku rahsia kau dah lama terbongkar kau tahu?" kata calix membuat devian merasa tegang. "Kau memang tahu sesuatu kan?" tanya devian pada calix.

Mata calix melihat cermin belakang kereta menampilkan mata devian menatapnya begitu tajam sambil memeluk erat dernisha di dakapannya. "Jawapan itu semuanya terpulang dengan kau devian." Perkataan calix itu membuat devian sempat bingung.

"Kau tolong jawablah. Aku penatlah main teka teki kau ni calix. Aku nak hadap masalah lain lagi lepas ni tolong jangan serabutkan kepala otak aku, boleh tak?" devian sedikit meninggikan suaranya terdapat nada jengkel di dalam nadanya itu.

Berbanding terbalik dengan calix yang terus memandu dengan muka yang seperti biasa tenang. "Kau kan yang si paling betul, jadi kaulah buat andaian kau sendiri." Ucap calix selamba dengan terselit nada sindirnya itu.

Membuat devian mendengus geram kerana tidak puas hati dengan jawapan calix berikan padanya. "Andaian aku, kau tahu apa yang jadi semalam. Kau tahu apa yang aku buat dengan dernisha semalam." Akhirnya devian mengaku juga membuat calix tersenyum tipis.

Calix sangat jarang senyum. Mukanya tenang dan ketat sepanjang masa. Jadi dia jarang - jarang orang boleh lihat dia tersenyum. Kalau dia tersenyum pun ada maknanya tersendiri. "Akhirnya kau mengaku juga?" tanya calix pada devian nadanya tidak marah tapi tidak juga begitu senang.

"Aku dengar kau bentak dia suruh diam dan tangisan dernisha makin kuat tapi lama kelamaan tidak bersuara lagi." Jujur calix pada devian. "Ayah tidak mendengar itu kerana dia tidur mati. Ibu pula tidak peduli akan suara itu. Mawar hanya dengar lagu sambil pakai headphone." Calix berhenti di tempat letak kenderaan hospital.

"Dan aku yang kebetulan pulang rumah pukul 2 pagi subuh, dengar hal tu. Nasib aku dapat masuk melalui pembantu rumah. Riak wajah pembantu rumah tu pun nampak gelisah tapi dia tidak boleh ikut campur urusan majikannya." Sambung calix lagi. Devian pun terkedu setelah mendengar penjelasan dari calix.

Calix membukakan tali pinggang keledar kereta. "Jom masuk." Ajak calix lalu buka pintu kereta. Devian yang masih mengelamun kerana cuba untuk menghadam segala perkataan calix lontarkan kepadanya pun sedar dan buka pintu kereta.

Saat mereka bertiga keluar dari perut kereta. Calix memencet tombol 'kunci' pada kunci kereta. Dernisha di pegang erat - erat dalam dakapan devian. Mereka pun pergi ke kaunter untuk berurusan di sana.

Setelah makan waktu beberapa jam di sana akhirnya devian membuka mulutnya. Sementara tunggu dernisha yang di periksa oleh doktor. "Jadi kau tahu semuanya... Kenapa kau masih tolong aku calix? Lepas aku fitnah kau macam - macam..." Devian mengalihkan pandangannya ke arah lantai hospital.

Calix diam membiarkan soalan devian tidak terjawab. Dia sandarkan badannya ke kerusi hospital itu sambil memandang wajah devian. "Walaupun kita tidak sama darah. Tapi aku dah anggap kau sebagai keluarga devian, sebagai adik sendiri." Lantas devian menoleh kearah calix saat dia bersuara berapa saat yang lalu.

"Kita memang tidak ada pertalian darah. Tapi aku sudah sayangkan kau sejak kita kecil lagi." Calix mencondongkan sikit badannya ke depan dengan kedua telapak tangannya mengepal erat antara satu sama lain. Mata calix begitu serius dan tajam saat dia berkata tentang hal itu.

"Aku tidak pernah merasakan kasih sayang keluarga, aku juga tidak ingat tentang masa kecil aku sendiri, kau tahu juga tentang itu kan? kita dulu pernah sahabat baik... Tapi sekarang kau nampak aku macam musuh yang patut di bunuh." Mata devian membulat saat dia mendengar perkataan calix.

Dia terdiam tak terkata - kata, seolah - olah lidahnya terasa kelu dan tekaknya terasa di sumbat akan sesuatu untuk tidak bersuara. Rasa sesak di dada semakin sakit saat devian bernafas. Seperti lemas tak berdaya di dalam lautan dasar saat kau tenggelam dan meminum air lautan.

"Devian... Aku nak kau berubah meskipun itu susah. Aku nak kau taubat devian. Tapi kita harus taubat bukan kerana manusia tapi juga kerana Tuhan kau di atas sana. Aku tahu tuhan kau dan aku berbeza. Tapi kepercayaan kita dan amin kita adalah sama devian."

Devian tidak tahu mau bereaksi bagaimana lagi. Dia sudah hilang kata - kata. Sudah saatnya dia kembali kepada allah? sudah lama dia tidak solat dan sebagainya. Selama 6 tahun mengorat dernisha itu pun sengaja menunjuk - nunjuk dan hanya ingin mengambil hati bapa mertuanya.

Bukan kerana Allah semata - mata. Dahulu itu iya. Mungkin tapi saat dia berumur 18 tahun semuanya berubah. Dia mahu kebebasan dan mula memberontak. Hasut demi hasutan devian terima oleh ibu dan mawar.

Membuat perangai devian yang berubah secara drastik itu merenggangkan hubungan calix dan devian serta kehilangan rasa percaya tuan adhaar pada devian dan bodohnya dia masih mempercayai ibu dan mawar kerana merekalah yang paling 'memahami' dirinya.

Jika di tanya apakah dia lelaki yang bodoh? iya memang dia lelaki yang bodoh, lurus bendul dan tidak matang. Devian mengeluh dan meraup wajahnya. Dia pun menyisirkan rambut hitamnya ke belakang menggunakan tangan kanannya.

Kini keheningan mula hadir dalam situasi mereka sehinggalah jururawat memanggil keluar dari bilik dernisha di bawa tadi. "Siapa di antara encik, suami kepada cik nuha dernisha binti fazri bahari?" jururawat itu bertanya kepada devian dan calix tapi telunjuknya terarah pada calix.

Melihat itu membuat devian merasa jengkel sekali lagi. 'Ish! Tak habis - habis calix je, akulah suami dia, aku terjang kang jururawat ni nasib dia perempuan kalau tak...' Gerutu devian dalam hati. Calix dengan tenang menunjuk lelaki di sebelahnya.

"Ini suami dernisha. Saya abang ipar dernisha." Beritahu calix pada jururawat itu agar tidak terjadinya salah faham. Meskipun calix sebenarnya ingin mengusik devian tapi ia bukan masa yang sesuai sekarang.

"Oh... Maaf encik." Senyum manis di lontarkan kepada mereka berdua. Lalu jururawat itu pun menjelaskan tentang keadaan dernisha saat ini. "Cik nuha sekarang ini mengalami demam panas." Jururawat itu menjelaskan lagi tentang hal lain.

Jururawat kembali masuk dalam untuk memeriksa dernisha sekali lagi. Devian meraup wajahnya sekali lagi. "Apa yang aku patut buat sekarang ni lix?" mata devian terlihat begitu sayu dan mula berkaca - kaca. Calix hanya diam sambil duduk kembali di kerusi hospital.

"Aku akan tolong kau tapi aku tak janji. Suatu hari nanti rahsia kau terbongkar juga." Calix berdiri lalu memandang calix dengan penuh makna. "Aku tak pernah berdendam dengan kau mahupun ibu dan mawar yang telah fitnah aku macam - macam devian."

"Aku telah lama maafkan kau. Tapi aku tak pernah lupa kesalahan itu. Aku akan tolong kau semampu aku." Devian mengangkat kepalanya menatap calix. Kenapa abang angkatnya baik padanya walaupun dia sudah berbuat jahat?

"kenapa...? kenapa... kau baik sangat dengan aku calix? kau tak pernah rasa terdetik hati kau untuk balas dendam dekat aku?" soalan devian membuat calix ketawa tipis dan mengelengkan kepalanya. "Aku? balas dendam dekat kau? tak perlu pun aku buat semua tu... Lagipun tuhan telah balas apa yang kau buat devian,"

"Cukuplah aku berdoa semoga kau kembali ke jalan yang benar. Lagipun kita ini manusia. Aku cukup buat kau sedar sahaja. Selebihnya yang membalas dosa kau itu ialah tuhan di atas sana yang layak menghukum kau. Bukannya aku."

"Suatu hari nanti... Ibu dan mawar juga pasti akan sedar perbuatan mereka itu salah. Semuanya ada hikmah di sebalik itu devian." Calix menghulurkan tangan kanannya kepada devian. Devian terkelu sekali lagi dengan kata - kata calix. Sungguh dia malu... Sangat malu.

Kerana dia yang umat muslim tidak pernah menjadi orang yang beriman atau pun menjadi dewasa seperti calix meskipun calix ialah non-muslim. Tapi dia tetap menghormati agama muslim meskipun sesetengah dari mereka membenci agama non-muslim.

Akhirnya mulutnya yang terasa begitu berat bersuara. "M-maafkan... Aku... Calix..." Akhirnya air mata devian keluar sekali lagi. Entah berapa kali dia menangis dalam sehari kali ini. Tapi dia tidak peduli lagi pula seorang lelaki juga ialah manusia yang mempunyai perasaan.

Devian mencapai huluran calix itu dan merasakan telapak tangan calix yang begitu hangat. Mereka berdua mengengam tangan begitu erat. Calix memeluk devian dengan wajahnya yang masih tenang dan tegar. Akhirnya ego devian turun jua dan mengalah.

Persahabatan dan kasih sayang antara adik beradik meskipun itu bukan sesama darah yang mengalir di dalam badan mereka. Tapi yang keluarga itu ialah saling mempercayai, memahami, mendukung antara satu sama lain dan sentiasa ada saat mereka kesusahan.

"Ehem hingus kau tu dekat baju aku vian." Tegur calix yang memandang devian dengan tatapan kosong seolah - olah sudah terbiasa dengan sikap devian yang begitu. Devian hanya tersengih sahaja dengan air matanya yang terus mengalir.

Kini mereka menjalin hubungan baik kembali meskipun ada pergaduhan di antara mereka tetapi itu adalah hal yang normal bagi keluarga, adik beradik atau sahabat baik. Calix akan tolong devian dan begitu juga sebaliknya.

═════ஜEND OF BAB 3ஜ═════

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro