BAB 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

═════ஜBAB 6ஜ═════

Suasana tegang menghiasi malam mereka. Jari - jemari devian mengetuk meja itu sambil melihat ke arah calix yang hanya tenang menghadapinya. Mata devian meliar calix dan bapa mertuanya yang datang malam - malam ini.

Calix hanya berpeluk tubuh saja. "Mana dernisha?" Usai bapa mertua devian minum air suam dia bertanya pada menantunya itu. Dia melihat calix dan devian. Satu tidak duduk senang yang lagi satu hanya diam dan tenang. 'Nasib kau lah devian, hadaplah.' Batin calix.

Devian mula mencari alasan untuk pertanyaan tuan fazri, bapa mertua devian. Banyak hadiah - hadiah yang dia berikan pada devian sempena majlis kahwin mereka semalam. "Dernisha... Tengah berehat dalam bilik." Devian melemparkan senyumannya pada tuan fazri.

Calix hanya memandang devian dengan pandangan 'itu saja alasan kau bagi?' Calix hanya mengelengkan kepalanya. Asyik - asyik itu saja alasan dia bagi. Tuan fazri hanya mengangguk. Tadi mereka sempat menyorokkan dernisha di suatu tempat.

-------------------------------------------------------------------

Flashback

Devian berlari ke seluruh penjuru di meja makan. "Aduh lix! Mampuslah kita!" teriak devian membuat calix hanya diam memerhatikan kelakuan devian yang gila itu. "Kita? kau jelah yang mampus bukan aku." Ucap calix membuat devian mendengus kasar.

"Lix! tolonglah aku!" panik devian meminta tolong calix sekali lagi. "Aku dah banyak tolong kau kan? hadaplah dia, lagipula siapa yang menantu dia? kau ke aku? ni bubur pun aku yang masak." Ungkit calix kerana dia sudah banyak menolong.

Dia malas menolong devian banyak kali. Baginya dia banyak lagi masalah lain. Contohnya kerja. Calix mengeluh kasar. "Kau sorok dernisha." Perkataan itu membuat devian menoleh ke arah calix. "Kau ni biar betul!?" tanya devian membuat calix mengangguk mantap.

"Kalau dernisha kena culik bunian macam mana?" merepek devian membuat calix tenang menjawab. "Kalau macam tu berserah kepada tuhanlah." Membuat devian geram dengan calix. "Kau ni nak tolong ke tak!?" Calix menjawab balik.

"Ada aku cakap nak tolong kau lagi ke? aku tolong dernisha kali ni bukan kau. Lagipula aku tak nak bersubahat dengan kau. Nanti aku ikut kena pula." Calix berpeluk tubuh sambil menatap devian dengan tenang. Ya kenapa pula calix harus takut kan? lagipula ini masalah devian. Bukan masalah calix.

Devian mendengus geram. Dia pun mengangkat dernisha sekali lagi dalam dakapannya. Dia letakkan dernisha ke tandas kerana tuan fazri sudah memberi salam dan mengetuk pintu depan. oleh kerana tidak sempat lagi dia terpaksa letakkan dernisha dalam tandas.

Calix mengelengkan kepala membuat devian mengangkat kedua - dua keningnya. "Kenapa?" tanya devian. "Tidak ada tempat lain kah kau mau sembunyikan dernisha?" tanya calix balik. "Bukannya ada najis kan?" calix di tanya balik oleh devian.

Calix hanya mengeluh lalu membukakan pintu untuk tuan fazri. Devian yang tidak mahu nampak curiga hanya senyum walaupun sebenarnya mau terkencing di situ sekarang juga. Devian pun menyanyikan lagu doraemon dalam hati supaya hatinya tenang sedikit.

End Flashback

-------------------------------------------------------------------

"Abah tidak menganggu kamu berdua kan?" tanya tuan fazri kepada mereka berdua sambil memanggil dirinya sendiri dengan panggilan 'abah'. Calix mengelengkan kepala sementara devian hanya ketawa canggung. "Uhm... Tidaklah abah..." Kata devian dengan nada canggung.

"Oh baguslah kalau begitu." Ketawa tuan fazri mengelegar di ruang makan. Dia bertanya begitu kerana dia nampak calix sudah sediakan makanan untuk makan malam. "Dernisha sudah makan?" tanya tuan fazri pada menantunya itu. Devian yang di tanya hanya mengangguk.

Mukanya sudah pucat dan dia berpeluh - peluh. Detak jatungnya berdegup dengan laju seperti ingin mendapatkan serangan jantung. Calix hanya diam kerana mahu melihat devian menghadapinya sendiri. Jujur calix sebenarnya malas mahu menolong devian kali ini.

"Abah sudah makan?" tanya devian kembali. Tuan fazri senyum dan mengangguk. "Sudah devian. Abah sudah makan." Devian mula mencari topik untuk mengalihkan topik dernisha. "Uh... Abah kenapa datang jauh - jauh? malam lagi ni, tak bahaya ke? apa khabar umi, abah?"

Devian memberi soalan bertalu - talu kepada tuan fazri. Tuan fazri yang ditanya hanya tersenyum. Tuan fazri pun menjawab pertanyaan devian satu - persatu. "Abah datang sini sebab nak beri kamu hadiah sempena kahwin semalam." Tuan fazri menjelaskan tujuannya kemari.

Semalam keluarga dari belah pihak dernisha datang ke masjid untuk melihat akad nikah dernisha dan devian. Tapi selepas sah mereka nikah ada tuan fazri ada masalah di kampung membuat umi dernisha ikut balik. Semua keluarga pihak dernisha balik tanpa menginap di rumah tuan adhaar walaupun tuan adhaar mengalu - alukan untuk menginap.

Tuan fazri lalu menjawab pertanyaan devian yang kedua. "Soal bahaya atau tak tu, tak lah bahaya sangat pun devian. Abah dah biasa, umi kamu tu rasa tak sedap hati semacam dengan dernisha. Maklumlah naluri ibu." Jawapan itu membuat segala tubuh devian kaku.

Dia rasa meremang bulu roma dan makin pucat. Dia memandang calix yang asyik memakan bubur itu. Sibuk dengan dunia sendiri di katakanlah. Kelakuan calix yang tenang itu membuat devian rasa jengkel. Kenapa calix berbuat tak tahu saja!? dia di sini ingin hilang sekarang juga!

"O-oh." Hanya itu devian dapat lontarkan dan memaksakan dirinya ketawa canggung. Tuan fazri hanya tersenyum tapi dia merasakan devian seperti menyembunyikan sesuatu. Apakah istrinya berkata benar kalau dernisha dalam keadaan bahaya?

Tapi devian sudah taubatkan? Dia bahkan meminta maaf depan - depan pada tuan fazri dan istrinya serta mengakui kesalahannya. Hal itu membuat tuan fazri memberi satu peluang lagi untuk devian. Andai tuan fazri tahu kalau devian mensia - sia kan peluang itu.

Mungkin devian sudah inalilah dan meninggalkan dernisha jadi janda dalam waktu sehari sahaja. Lalu tuan fazri menjawab lagi untuk soalan ketiga devian beri kepadanya. "Soal umi kamu tu, dia sihat belaka sahaja. Dia kirim salam untuk kamu dan dernisha. Maaf ya kami tidak tetap di sini semalam dan terus balik."

Tuan fazri meminta maaf kepada devian. Devian hanya mengangguk, mendengar umi sihat dan kirim salam kepadanya devian berkata. "Alhamdulillah, syukurlah umi sihat, waalaikumussalam. Beri salam pada umi juga bila abah balik nanti." Ucap devian untuk menenangkan dirinya.

Kalau tuan fazri nampak geligat devian yang tampak gelisah dia boleh mampus sekarang ini. Saat tuan fazri ingin menjawab perkataan devian tiba - tiba tuan fazri terasa ingin buang air kecil. Tuan fazri masih ingat lagi tentang arah rumah ini. Jadi dia tidak perlu untuk bertanya pada devian mahupun calix.

Tuan fazri pernah pergi ke rumah devian kerana ingin berjumpa dengan tuan adhaar. Bertanya perihal istri tuan adhaar yang kurang ajar tanpa minta ampun itu. Dia marah saat itu, tapi nasiblah tuan adhaar cuba untuk menenangkan tuan fazri.

Alhasil tuan fazri berbincang dengan tuan adhaar dan bertanya ke tuan adhaar di mana tandas berada. Balik ke situasi terkini. Melihat tuan fazri berdiri secara tiba - tiba membuat devian panik dan ikut berdiri juga. "Ah- abah ingin kemana? ingin pulang sekarang?" yang di tanya hanya mengangguk.

"Ya, abah ingin pulang lagipula umi risau kalau abah lama - lama di sini, maklumlah rindu dengan anak abah dan menantu abah. Tapi sebelum tu abah pergi tandas dulu." Tuan fazri pergi ke tandas tanpa mendengarkan devian berkata dulu. Devian menghela nafasnya ingatkan ingin pergi cari dernisha-

"Devian, kau nak kita meninggal di tempat ke?" tanya calix setelah lama berdiam diri. Devian yang sedar calix masih di sini terlompat sedikit kerana terkejut. "Opocong!" melatahnya membuat calix memutarkan bola matanya. "Kau sorok dernisha di mana?" tanya calix dengan suara perlahan.

Hanya devian saja yang dengar pertanyaan dari calix. Hal itu membuat devian mati kutu di tempat. Dia sedar yang dernisha bukan di bilik tapi di tandas! dia yang sorokkan tadi bukan dia ingat. Akibat panik dan ingin terkencing saat itu juga. Bukan setakat ingin buang air kecil tapi ingin buang air besar juga.

Dia sontak berlari seperti doraemon yang di kejar tikus. "ABAH!" devian tidak sengaja terjerit membuat tuan fazri yang ingin memutarkan tombol pintu itu pun terhenti setelah mendengar jeritan devian yang lantang itu mungkin boleh membuat seluruh jiran sini terbangun olehnya.

Maklumlah suaranya ikut dari siapa? dari ibunya yang banyak bunyi saja. "Ya Allah devian." Tuan fazri mengusap dadanya di mana jantungnya berada. Silap - silap tuan fazri pula yang sakit jantung di buatnya. "Kenapa terjerit - jerit ni bolehkan panggil abah dengan nada biasa, abah bukan pekak lagi."

Ha sudah alhasil tuan fazri ceramah devian. Telinga devian yang tersumbat dengan dosa - dosa itu pun tercuci oleh ceramah tuan fazri. "Kenapa? abah nak pergi tandas sahaja bukan pergi dunia power rangers." Gurau tuan fazri walaupun nadanya terdengar serius. Devian hanya tersengih - sengih dasar menantu kurang ajar.

"Abah, tandas sini rosak, belum di baiki lagi, pergi ke... Bilik calix. Sana ada tandas. Kalau bilik devian belum kemas lagi, takut dernisha pula terganggu." Tuan fazri pun hanya mengiya - iyakan tanpa bertanya pada anak menantunya itu. Malas dia ingin bertanya kerana dia sudah tidak tahan ingin buang air kecil!

Selepas buang air kecil tuan fazri meminta diri dan balik mengunakan keretanya. Devian yang sudah ingin mau meninggal itu jatuh ke lantai. Jiwa devian saat ini ingin terkeluar saat itu juga. Devian bersujud di lantai membuat calix mengelengkan kepalanya. "Sudah jom makan."

Devian hanya mengangguk dan membawa dernisha keluar dari tandas itu. Mereka pun makan bersama dengan dernisha yang makan di suap oleh devian. 2-3 sudu gitu dernisha mengelengkan kepalanya tidak mampu lagi untuk makan bubur yang masih banyak itu. Devian pun menyuapkan dernisha ubat.

Untung dernisha sakit jadi dia menurut tanpa bantah. Seusai dernisha di tidurkan. Calix hanya mengangkat barang - barang pemberian dari tuan fazri untuk devian dan dernisha. "Aku abang kau bukan pembantu angkat barang." Ucap calix saat dia melihat devian bawa sedikit barang.

"Aku malas." Ucap devian singkat dia masih berfikir tentang kejadian tadi. Lemas lututnya saat menaiki tangga kembali. Calix hanya memutarkan bola matanya entah berapa kali. "Kalau sakitkan hati dernisha rajin pula." Perkataan itu membuat kepala devian segera menoleh.

"Oi!" Calix hanya acuh tak acuh. Malam itu berakhir dengan baik walaupun banyak masalah yang terjadi tadi. Sementara itu, tuan fazri datang ke rumah dan membuat istri tuan fazri menoleh kepada suaminya yang baru pulang dari rumah tuan adhaar.

"Abang, macam mana dengan anak kita?" tanya puan hanum yusrina binti fairuzi. Ibu kepada dernisha dia sudah menunggu kedatangan suaminya sambil menyiapkan keperluan untuk solat. "Baik - baik saja. Anak menantu kamu kirim salam balik." Dengar hal itu menyejukkan hati puan hanum.

Puan hanum tersenyum lebar. "waalaikumussalam. Macam mana dengan keadaan dernisha?" tuan fazri hanya tersenyum. "Dia sihat alhamdulillah. Marilah kita solat dah jam berapa ni?" tuan fazri mengalihkan topik agar puan hanum tidak menanyakan banyak hal lagi.

Dia tidak ingin istrinya bertambah risau kalau dia tahu tuan fazri tidak nampak kelibat dernisha. Puan hanum yang gembira pun mengangguk setuju alhasil mereka solat bersama. Cukuplah puan hanum mendengarkan suaminya berkata dernisha baik - baik saja. Anak satu - satunya mereka. Anak tunggal wanita.

═════ஜEND OF BAB 6ஜ═════

(Idea dari kepala saya stuck guys 😭)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro