BAB 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

═════ஜBAB 8ஜ═════

Sepasang mata coklat gelap itu hanya memandang ikan berenang - renang di dalam kolam. Walaupun matanya tertuju pada ikan di kolam itu. Fikirannya melayang di suatu tempat. Rasa geram kemarin masih lagi disimpan. "Ugh, Tak guna! Jantan sial!"

Umpat tidak puas hati wanita itu. Dia mengigit kuku tangan ibu jarinya sembari jalan hulur ke hilir. Memikirkan sesuatu, cara untuk dia jatuhkan sekali lagi devian tidak berguna itu serta dengan abang kesayangannya itu.

Nafasnya yang tidak teratur itu kerana amarah yang memuncak - muncak di dadanya. Dia benci kerana devian bahagia dengan pasangan pilihannya. Calix juga di sayangi oleh ayah yang bukan ayah kandung calix. Lalu kenapa dia saja yang tidak di sayangi!?

"Ini tidak adil! Bahkan dernisha juga di sayang oleh papa..." Gumam wanita itu sambil melihat ikan - ikan yang asyik berenang di pagi hari ini. Nak saja dia ingin bunuh ikan - ikan itu dan masakkan mereka jadi ikan 3 rasa. Tapi ikan itu tidak mencari masalah padanya.

Hanya saja dia geram dengan devian tu tapi tidak boleh melepaskan amarahnya ke devian. 'Tenang mawar kau ada mama...' Fikir mawar. Sejak dari dulu lagi mawar cemburu kepada calix dan devian. Apalagi saat perkahwinannya yang hanya bahagia untuk sementara.

Dia yang menjadi janda kerana suaminya yang curang kepadanya. Bahkan sampai sekarang bekas suaminya bahagia dengan perempuan pilihannya serta mempunyai anak. Mawar yang di tuduh mandul dan di ceraikan oleh suaminya.

Alhasil dia menjadi janda yang tidak diingini para lelaki. Perangai mawar yang banyak berlagak dan kuat cemburu itu membuat orang lain tidak suka kepadanya. Mamanya yang hasut mawar untuk menjadi seperti sekarang ini. Mawar mula serabut memikirkan rancangan seterusnya.

Sejak dernisha hadir mawar mula merancang dengan mamanya untuk menjatuhkan devian mengunakan dernisha. Melihat dernisha yang begitu lemah lembut membuat mereka memijak kepala dernisha. Apalagi membuat dernisha yang bersujud di hadapan devian.

Gara - gara ribut yang mawar dan mamanya lakukan itu membuat tuan adhaar hilang kepercayaan kepada devian. Hubungan calix dan devian renggang serta dernisha yang menjadi mangsa keadaan turut terseksa. Mereka berhasil membuat satu keluarga ini huru - hara.

"Mawar." Suara wanita paruh baya itu terdengar jelas di telinga mawar membuat matanya yang tadi menatap penuh kebencian kini bertukar menjadi bersinar - sinar. "Mama!" mawar memusingkan badannya. Dia memeluk puan farina.

Puan farina hanya tersenyum sambil memutarkan bola matanya. Puan farina dan tuan adhaar pulang larut malam semalam. Jam 12 lebih baru sampai kerana urusan penting. Tuan adhaar masih lagi tertidur di dalam bilik. Puan farina terbangun kerana mawar mesej puan farina di wassap.

Senyum puan farina pudar saat melihat pipi merah sebelah kanan mawar. Dahinya berkerut memandang muka mawar. "Jadi ini kenapa mawar mesej mama semalam dan di pagi hari ini?" tanya puan farina kepada anak perempuannya itu.

Muka mawar yang tadi ceria terus menarik mukanya. Dia mendengus geram apabila teringat adik lelakinya itu. Mawar menganggukkan kepalanya tanpa ragu. "Anak lelaki mama yang buat." Wajah puan farina terus menunjukkan rasa jengkel. Bagi puan farina, devian ialah anak beban.

Dia benci dengan anak lelakinya itu serta calix yang non muslim. Baginya mawar ialah anak puan farina satu - satunya. Dia amat sayang dengan anak perempuannya itu. Sehingga membuat fail palsu dan mengupah doktor untuk membuat mawar seolah - olah mandul.

Dia tidak suka dengan bekas menantu pilihan suaminya itu untuk mawar. Itu membuat bekas suami mawar tawar hati kerana sikap puan farina dan mawar. Bekas suaminya yang tidak tahan untuk mempertahankan hubungan tidak sihat ini pun memandang perempuan lain dan berakhir meninggalkan mawar seorang.

Setelah mawar jadi janda. Muncul pula dernisha. Orang yang puan farina benci apabila melihat perempuan berlagak alim dan keluarga yang sederhana seperti dernisha itu. Mawar merasakan hal yang sama. Menghancurkan hidup devian menggunakan dernisha. Di saat itu mula dari perkataan.

Sehinggalah aksi yang berlebihan mereka lakukan. Membuat dernisha diam, lemah dan tidak berdaya. Melihat situasi itu membuat mereka berasa gembira. Telah hancurkan kehidupan orang yang dia benci. Jujur ada sebab kenapa puan farina tidak suka pada devian. Mukanya mengingatkan dia pada seseorang.

Kembali pada situasi sekarang. Puan farina mendengus geram. "Bagitahu mama apa yang dia buat dengan kamu mawar." Mawar hanya menghela nafas. "Devian tampar mawar ma." Sepasang mata puan farina terbeliak hampir terkeluar biji matanya. Setahu dia devian belum pernah naik tangan.

Meskipun dia benci dengan dernisha dulu sebab dernisha di fitnah oleh mereka berdua. Devian hanya menyakiti dernisha dengan perkataan bukan secara fizik. 'Ada apa yang berlaku selepas malam perkahwinan mereka kah?' Fikir puan farina.

"Kenapa dia buat macam tu mawar?" tanya puan farina pada mawar yang di tanya hanya menghela nafasnya. "Mawar cuma cakap macam biasa je. Tiba - tiba dia tampar mawar. Dia dengan calix nampak berbaik semacam ma. Mesti ada yang tak kena ni. Dengan pelacur tu lagi tiba - tiba sakit. Ugh jijik, nak minta perhatianlah tu."

Ucap mawar dengan nada gelinya. Dia jijik dengan dernisha yang nampak wanita murahan. Acah - acah alim konon. Tahu - tahu nak sangkut dua lelaki dekat rumah ni. Lepas tu berjaya menangkan hati tuan adhaar padahal mawar anak kandung tuan adhaar. Tapi kelihatan sungguh tuan adhaar suka pada dernisha.

Puan farina yang mendengar hal itu mencuba mencerna perkataan anak satu - satunya perempuan itu. "Dia dengan calix berbaik..." Gumam puan farina dan dia mengelengkan kepalanya. "Tidak semudah itu mawar. Kita sudah renggangkan hubungan mereka guna pelacur tingkat rendah tu."

Mawar hanya mendengus geram. "Ma, mawar tak tipu. Mawar nampak kepala mata mawar sendiri kalau calix dan devian berbaik. Selalunya jumpa gaduhkan?" puan farina masih tidak percaya pada perkataan mawar. Tapi memikirkan hal itu membuat dia merasa tidak senang. Entah kenapa perasaan buruk akan terjadi nanti.

"Apa - apa kamulah mawar. Sekarang ni devian tampar kamu kan mawar?" pertanyaan puan farina membuat mawar tersenyum senget. Dia tahu rancangan apa seterusnya di lakukan oleh dia dan mamanya. Mereka mempunyai satu kepala untuk menghancurkan devian.

Rancangan baru mereka. "Kamu tahukan apa yang kita harus buat?" puan farina bertanya untuk memastikan sekali lagi kalau mawar tangkap isyaratnya. Mawar yang di tanya mengangguk mantap. "Ya, ma. Mawar harus gunakan pipi ini untuk tunjukkan pada papakan?"

puan farina mengangguk saat mawar berkata seperti itu. Tuan adhaar masih memandang devian dengan pandangan kecewa lalu apa yang akan terjadi kalau mereka buat seperti ini? sudah tentu tuan adhaar marah sebab belum pernah ajar devian memukul wanita.

Kalau tuan adhaar sayang dengan dernisha mesti dia sayang dengan anak kandung perempuannya sendiri kan? Mereka ketawa sakan tanpa sedar ada orang yang merakam dan mengawasi mereka dari jauh.

"Kalau nak rancang sesuatu tu agak - agaklah. Bodoh sangat bagi ketara." Gumam orang yang memerhati itu. Seusai dia habis rakam video dan audio itu dia pun pergi dari sana secara senyap - senyap. 'Kau harus langkah mayat aku dulu kalau kau nak hancurkan keluarga kau sendiri bodoh.'

═════ஜEND OF BAB 8ஜ═════


(Yahu! Cerita dia makin ke sini makin panas ye! Apa pendapat anda tentang bab ini?)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro