PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

(Note: bahasa tercampur dengan indo, bahasa ada sedikit pasar, dan sedikit tak formal, maafkan author 😅)

═════ஜPROLOGஜ═════

Perkahwinan ialah di mana dua jiwa bersatu kerana cinta.
Dimana mereka bersatu kerana sudah di takdirkan untuk bersama.

Jika tidak di takdirkan bersama maka, Allah yang maha kuasa akan mengatur takdir yang lebih baik dan indah dari sebelumnya.

Sungguh takdir Allah sangat indah meskipun harus menjalani pahitnya takdir itu.

Semua yang Allah tentukan itu ada sebab serta hikmah di sebaliknya.

-------------------------------------------------------------------

Sepasang mata bulat berwarna coklat pekat itu memandang pemandangan di pagi hari. Dia meletakkan tangannya ke tingkap. Sejak dari tadi lagi dia mengelamun, matanya begitu sayu.

Namun matanya mengalihkan pandangannya ke arah jari - jemari yang masih lagi melekat di kaca tingkap itu. Pandangannya tertumpu pada cincin perkahwinan yang sesuai dengan saiz jarinya.

"Abang janji akan jaga nisha sebaiknya"

"Aku terima nikahnya Nuha dernisha binti fazri bahari dengan.."

Lantas wanita itu mengelengkan kepalanya. 'Tipu! Itu semua tipu! Kata janji manisnya semua itu tipu!' Air matanya ingin jatuh tapi dia menahan air mata itu mengalir jatuh membasahi pipinya.

Dia mendengar bunyi telapak kaki yang keluar dari bilik mandi. Wanita itu hanya berdiam diri di katil yang besar itu. Posisinya tidak berubah masih sama seperti tadi.

Lelaki yang baru saja keluar dari bilik mandi itu menatap istrinya yang masih berdiam diri membungkus dirinya menggunakan selimut.

Lelaki yang menjadi suami kepada wanita yang bernama Nuha dernisha binti fazri bahari itu hanya berjalan ke arah almari untuk mengambil baju dan seluar untuk di pakai.

"Kau tak mandi?" Ucap lelaki itu, bahasanya yang mula dari saya-awak, abang - sayang terus jadi kau-aku. Dernisha hanya diam tak berkutik, dia masih merasa sakit hati dan dia pun berpeluk tubuh.

Melihat istrinya tak menjawab dia bersuara lagi. "Darah yang ada di cadar tu... Darah haid kau?" Meskipun terdengar sangat dingin tapi ada nada ragu - ragu disebaliknya.

Kini dernisha bereaksi saat lelaki itu bertanya hal semacam itu, dia mengetap giginya. Dia diam bukan kerana tidak berani menjawab tapi oleh kerana dia yang merasa terlalu sakit hati untuk menjawab itu sekarang.

Selang berapa saat, mulutnya yang terasa berat itu terpaksa bersuara. "Bukan." Ucap dernisha hampir terdengar seperti berbisik. Lelaki itu mengkerutkan dahinya. "Habis tu?" Ucapnya yang sedikit meninggikan suara. Badan dernisha sudah berketar - ketar kerana menahan amarahnya.

"Jawab pertanyaan aku dernisha." Paksa lelaki itu. "Kalau kau tak nak jawab... kau akan kena lagi macam semalam!" Kini lelaki itu dengan kurang ajarnya mengingatkan dernisha tentang semalam. Kejadian malam itu.

"Kau dah lupa ke devian?" Kini giliran dernisha beraku-kau dengan suaminya. "Itulah darah perawan aku, itu bukti kalau aku bukan pelacur macam mak kau atau mawar cakapkan tu." Pandangan dernisha mulai kabur.

Dia tidak ingin ingat kejadian itu, dia tidak rela. "Aku bukan pelacur, aku tak pernah tidur dengan sesiapa, aku satu pun tak pernah tidur dengan mana - mana lelaki termasuklah calix."

"Aku dah memohon maaf pada kau, supaya percaya aku tapi kau satu pun tak pernah percayakan aku, aku dah sujud pun kau masih tak dengar apa yang aku cuba jelaskan, aku tak ada bukti lain." Air mata dernisha kini jatuh juga.

Sejak dari dulu lagi, dernisha tidak disukai oleh ibu devian, atau pun mawar, kakak kepada devian. Tapi oleh sikap devian yang keras kepala akhirnya mereka hanya diam meskipun mereka tidak suka kedatangan dernisha.

Bagi mereka dernisha ialah orang yang berlagak baik dan alim. Keluarga dernisha yang sederhana juga mereka tidak suka. Hinggalah suatu hari itu, hari mereka bertunang, semuanya rosak gara - gara ibu devian dan mawar yang telah merancang untuk perangkap dernisha.

Edit gambar dernisha dengan lelaki lain, di mana mereka cari kesalahan dernisha hingga devian pun tertipu kerana itu. Namun devian memaafkan dernisha dan melanjutkan hubungan mereka hinggalah mereka sekarang berkahwin.

Namun rupa - rupanya devian hanya menipu dernisha. Kononnya memaafkan tapi dia masih lagi benci. Akibat sikapnya yang panas baran, cemburu buta dan tidak kuat iman. Devian memang sepenuhnya percaya pada ibunya, kerana ibunya ialah ibu kandung serta kakaknya juga.

Lalu bagaimana perasaan devian saat mengetahui hal ini? Tentu saja dia diam tak terkata. Terkejut, menafikan dan lain - lain, tidak mungkin dia salah kan? Tapi sayangnya memang devian yang salah.

Salah kerana termakan hasutan mereka. Devian cuba mengatakan sesuatu namun tidak ada satu kata perkataan pun keluar dari mulutnya. Seolah - olah suaranya di telan dengan rasa bersalah yang mula sesak di dadanya.

Bahkan saat dia ingin bernafas sekalipun, dadanya terasa sakit. Devian hanya berdiri di situ dengan perasaan yang masih bercampur aduk. Dia cuba bersuara untuk menafikan yang dia tidak bersalah. "Aku-"

"Tak perlu katakan apa pun devian, semuanya sudah jelas depan mata, kau tak perlu nafikan apa pun lagi. Sekarang kau dapat apa yang kau nak... Aku nak kau... Ceraikan aku." potong dernisha.

Terkejut lagi? Sudah tentu, devian hanya diam. Matanya terbeliak saat dernisha minta cerai padahal baru kahwin semalam. Kini dia merasakan hatinya terpukul dengan sangat kuat.

Dia akhirnya sedar...

Kalau dialah yang hancurkan rumah tangganya sendiri yang baru di bina itu.

═════ஜEND OF PROLOGஜ═════

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro