s i x

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

vote dan komen piung piung 💓!

now on air : love-ish!

|| chapter 6

"SEJAK bila jadi rajin ni aku pun tak tahu lah. Ah. Mesti sebab crush kau tu ajak study sama-sama dekat library yang sejuk, sunyi tu kan sebab tu sanggup tinggal aku sorang kat sini-"

"Alaa Ju..." Han Jun segera mendakapnya erat dari tepi. Badan Juyoon digoyang dengan pujuk rayu agar gadis itu tidak menarik muka. Bukannya dia tak mahu teman Juyoon makan hari ni. Cuma.. bukan selalu boleh berdating dengan Soobin ihik!

Jun kerdipkan matanya beberapa kali meraih simpati. Sebagai kawan, sepatutnya dia disokong seratus peratus. Ini tidak. Terus kena tuduh lupa kawan lah, apa lah. Kicil hatiku.

"Aku dah janji dengan dia lah, Ju. Takkan aku nak mungkir janji pula? Kalau lepas ni dia dah taknak study dengan aku dah macam mana?" Bibir Jun mencebik tak ubah seperti paruh itik. Nak je Juyoon ambil gunting, potong-potong buat sate.

Rangkulan koala Jun ditolak.

"Iyalah. Pergi lah kau. Jangan jadi benda lain sudah. Study elok-elok. Ingat, ikhtilat tu jaga. Korang tak halal lagi."

"Apa-apa jelah. Bye, sayang!" Terus lesap kelibat Han Jun macam pelesit. Juyoon hanya mampu menggeleng dan tersenyum nipis. Gembira bukan kepalang Jun bila Choi Soobin mengajaknya tempoh hari.

Takkan nak halang pula. Haih.

Terkenangkan waktu rehat yang akan habis lebih kurang 20 minit lagi, Juyoon segera menyusun langkah kaki ke kafe. Nak pergi kantin, takut kena beratur panjang.

"Eh kasut kasut! Babi, terjatuh pula dah!"

Mata Juyoon mengecil. Macam kenal gerangan manusia yang sedang panjat pagar tu. Ini mesti nak ponteng kelas. Ceh.

Eh. "Park Jimin?"

Jimin berpaling. Terduduk member di atas pagar. "Ju."

"Ponteng eh?"

"Takde. Nak tangkap burung ni ha. Tak nampak aku tengah duduk atas pagar ni? Kau nak aku buat apa dekat atas ni, memasak?" Jimin merengus kecil dan menyambung kerjanya. Apahal susah sangat ni. Selalu tengok dalam tv senang je orang lompat.

"Ada hati nak ponteng. Aku bagitahu saem!"

"Tak payahlah sia. Penyibuk betul lah kau ni. Aku tak cari masalah dengan kau kot."

Dahi lelaki itu berkerut tanda tak suka. Kaki yang sudah ke luar pagar dia tarik semula ke dalam. Beg yang dipegang dilepaskan hingga jatuh mencium tanah.

"Aku tahulah sekolah dah nak habis. Takkan nak ponteng lagi kot? Bukannya buat apa pun."

"Sebab tulah aku nak blah."

"Saem! SAEMMMM! Sae- mmMmmmmMmmph!"

Tangan yang menekup mulutnya ditampar-tampar. Dahla kuat. Nak bagi anak dara orang pengsan ke halamak ai. "Diamlah. Tak payah cari pasal dengan aku. Aku takde mood nak layan perangai tak matang kau."

"Kau- uhuk- lagilah tak matang nak ponteng macam tu."

Nafas dihela kasar. Mood Jimin betul-betul melayang ini tambah pula Juyoon yang tak habis nak menyibuk, makin menjadi-jadi rasa sakit hatinya.

"Kau nak apa sebenarnya?"

"Tak payahlah ponteng. Teman aku makan. Jun pergi dating. Kau teman aku lah. Haritu aku teman kau makan ramen kan?"

Nak tolak, entah kenapa Jimin rasa tak mampu. Ajakan Juyoon terdengar amat ikhlas dan tiada unsur usikan atau menipu. Seolah-olah dia memang nak seorang teman.

Jimin ketap bibir. Mata dilarikan dari terus merenung dalam anak mata gadis bertocang kuda itu. Lama-lama kang lain yang jadi ehem.

"Yelah. Jom."

+ love-ish +

"Bukan salah aku. Dia yang tiba-tiba naik angin ha! Kau pun nak marah aku juga ke. Hek eleh, sekarang siapa adik kau, Yoongi? Aku ke polis jahat tu? Hah?"

Jimin labuhkan punggung di atas sofa. Tangan menyeluk peket keropok Jungkook yang tekun menonton filem di televisyen. Sempat dia mengerling si Juyoon, menendang-nendang plushie disekitarnya.

On call dengan abang dia kot. Tadi dia ada sebut 'adik' kan?

"Tu Juyoon noona kau tu kenapa, Kook?" Jimin cuba memancing maklumat dari si kepala kelapa. Malangnya dia hanya menggeleng tak tahu. Katanya Juyoon dah lama bercakap dengan abang dia tu.

Jimin meng-oh perlahan. Keropok Jungkook diseluk dan dimasukkan ke dalam mulut lagi.

"Tapi dia boleh je cakap elok-elok dekat aku. Kenapa dia nak kena marah? Salah ke aku nak tahu apa jadi dekat mak bapak aku sendiri, Yoongi? Kau taknak tahu?"

Salah ke aku nak tahu apa jadi dekat mak bapak aku sendiri? Maksudnya?

Jimin dalam diam memasang telinga. Badan disenget ke sebelah kanan, mencuri dengar perbualan Juyoon dan abangnya ditelefon. Walaupun suara abang Juyoon tak begitu jelas, bolehlah tu kan.

"Kau tanya banyak kali sangat kot. Sampai penat officer tu. Takpe, Ju. Nanti kalau apa-apa, kan diorang call aku. Aku bagitahulah dekat kau. Sabar sikit eung?"

"Bukan diorang dah tutup kes tu ke? Kau percaya diorang tengah siasat lagi? Kau tak tahu semua polis dekat Korea ni macam sampah?"

"Ju.."

"Salah ke apa aku cakap? Kau pun satu. Bukan nak menangkan aku. Kau pun sampah jugak." Dengus gadis itu tak puas hati. Tak sempat Yoongi balas apa-apa, terus panggilannya ditamatkan.

Juyoon tutup telefon. Wajah sendiri diraup. Beberapa saat kemudian dia bangun dan terus meluru keluar tanpa beritahu sesiapa.

BBAM! Pintu ditutup terlebih kuat.

Ada apa-apa jadi ke dekat parents Juyoon?

+ love-ish +

"Parents dia memang dah lama meninggal pun. Kau je yang tak tahu helemek. Eh tapi.. kenapa tiba-tiba tanya? Tercari-cari mak mentua tapi tak jumpa?" Jun menyelar lalu ketawa berdekah-dekah. Bahu Jimin ditepuk kuat. Seronok betul gelakkan orang.

"Takde makna aku," balasnya, cawan plastik diangkat lalu dibawa rapat ke bibir. Air sarsi itu dihirup.

Jun menelan habis makanannya sebelum menyambung cerita. "Tragik jugalah accident parents Ju. Sampai sekarang tak tahu siapa dalang. Padahal dah nak lima belas tahun lepas dah kes tu, Jimin. Kesian jugalah aku tengok Juyoon tu."

"Lepas mak bapak dia dah takde, diorang dua beradik duduk dengan nenek diorang dekat Daegu. Lepas abang dia dah kerja, nenek diorang pula meninggal dunia. Jadi tinggal diorang dua je. Juyoon cuma ada abang dia kalau dia perlukan apa-apa."

Jimin diam. "Kau tengok-tengok sama si Ju tu. Aku perasan dia dah tak banyak makan dah. Mengikat perut lagi lah tu. Kalau dia taknak makan, kau sumbat jela rumpai laut dalam mulut dia. Janji perut dia berlapik."

"Yelah yelah." Jimin ketawa perlahan, cuma meredakan suasana serius antara dia dan Jun. Namun ketika fikirannya kembali teringatkan Min Juyoon, senyumannya pudar semula.

Bibir Jimin terbuka sedikit. Mungkin ada sesuatu yang dia mahu beritahu Jun. "Juyoon tu.."

"Ani. Takde apalah."

"Kau ni. Aku ingat dia lari rumah ke apa ke. Buat risau aku je." Jun ketawa, mula mengemas barangnya manakala Jimin tergamam. Jun boleh baca fikiran orang ke?

Mana dia tahu Juyoon takde?

"Pastikan Ju datang sekolah esok. Kita ada photoshoot kelas." Lelaki itu angguk-angguk lalu menghalau Jun pergi. Gadis itu dihantar dengan sorotan mata dan helaan nafas berat.

"Kau lari pergi mana, Min Juyoon?"

❚❚ to be continued : love-ish!

A/N
ayok

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro