Part 25~ Misi Semalam

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mata pen tab diketuk berkali kali diatas meja. Sang pemilik tak henti ii nya membuat suara 'tuk tuk' sedari tadi. Rasanya, pemilik pen tab itu tampak senang sahaja membuat ketukan ii yang berulang.

Namun, orang di sebelahnya Nampak tak senang duduk. Materi yang disampaikan langsung tak dapat mengalahkan suara 'bising' dari meja di sampingnya

"weh, mika! Boleh tak kau senyap sikit," tegur teman sebangku nya, Bulat. Setengah berbisik

Mika ‒yang di tegur, hanya memberikan jelingan tajam kepada Bulat. Membuatkan si penegur hanya mampu menelan ludah sahaja. Nak taknak kena lah bertahan dalam posisi bunyi 'tuk tuk' yang berulang tu. Namun kalini, bunyi yang menganggunya tak muncul lagi.

'apa ii jelah.' Detik Bulat

"cih, ni semua sebab Moon tu," Mika seolah tengah berdialog sendiri. Diam ii, di pandangnya sosok tubuh pendek di hadapannya, itulah Moon yang dia maksudkan.

Short story, semalam, malam ii tu Moon tiba ii masuk dalam Dorm dengan muka yang... tak biasa. Entahlah, nak kata muka takut pun tidak, muka seram pun tidak. Moon masuk dengan muka biasa ii saja, yang jelas dimata Mika, itu tak biasa. Kemana perginya muka paling annoying yang Moon punya tu?

Dahlah semalam dia main rempuh je pintu tu, Boleh tercabut di buatnya. Bayangkan, Pintu dibuka kasar pastu yang rempuh pintu tu pasang muka datar je, ni salah tukar ekspresi ke?

Habistu bila dorm mate nya tanya "kenapa?" dia dengan santai nya jawab "takde." Selamba pulak tu. Tapi last ii dia cakap: "jeneral ada suruh aku kerja tadi... ha! Nak tau tak? Nak tak?" pulak dah, malam ii buat orang nak berfikir.

Ye lah, semua orang pun tau yang Moon tak masuk misi dekat Gedung tinggi kat selatan tu. ni apahal pulak tiba ii keluar malam, lepastu balek ii bukan nak cerita, tapi suruh pulak orang lain teka. Hhh, macam ii.

And, pastu dia pergi balik dorm dia. Ya, dia tersalah Dorm.

Dorm mate yang lain mungkin tak kesah, esok boleh je tanya iman atau Alicia. Tapi si Mika tu ha, boleh pulak tertanya tanya sampai masuk mimpi. Lepastu masa pelajaran, masih je bawak pertanyaan tu. Tu lah sebabnya dia mainkan pen tab sampai bunyi bising tu.

Mika yang masih melamun itu dikejutkan oleh dering notif dari tab nya.

'Tugas Kelompok'

Itulah yang pertama ia lihat semasa membuka notif. Ternyata Cikgu Zyan sudah selesai menyampaikan materi.

'haish, aku takde catat apa ii.' Keluh Mika. Siapa suruh termenung masa pelajaran?

Kring! Bel masa rehat telah berbunyi. Beberapa kawan ii nya sudah pergi ke kantin

"Roz, nanti pinjam kau punya notebook ya?" izin Mika semasa melihat Roza melewati tempatnya duduk. Mika tahu Roza tak guna tab bila catat materi,selalunya ia catat dalam buku.

Setelah mendapat anggukan dari Roza, Mika terus mengikut menuju kantin. Kawan ii nya yang lain pun dah mengambil tempat dekat kantin tu.

-

"Moon, apa kau buat semalam?" soal Roza. Oh ternyata Roza pun tertanya tanya akan 'misi' yang dikerjakan Moon tu.

Iman dan Mika turut menumpukan pandangan pada Moon. Jap, mana yang lain? In fact, dorang tak duduk satu meja macam sebelum ii ni. Kenapa? Tempat yang biasa dorang pakai tu dah kena cop dengan senior. Jadi harini, kena lah duduk pisah meja.

Moon dengan tenang terus meminum jus orange nya, "aik, kenapa korang nak sangat tau?" pancing Moon

"haih, dah kau yang buat orang tertanya tanya semalam." Sungut Mika

"ha'ah Moon, semalam awak pun ada cakap yang awak dapat misi." Rupanya, dorm mate Iman pun sama tak tahu nya

Kaira, Melanie, Alicia dan Evelyn mendekat ke meja mereka. Mungkin nak tahu jugak. Sementara Moon hanya menunjukkan ekspresi puas. Amboi, suka betul tengok orang tertanya tanya.

"Hahaha, takde lah... bukan misi penting pun." Selamba je budak ni cakap. Dekat depan dia dah ada 7 makhluk yang tak senang tidur sebab apa yang dia cakap semalam.

"cakap je lah." Ucap Roza nak tahu

Moon tertawa kecil, "ye lah," Moon Nampak bersedia nak cerita

"semalam aku ikut khai perg- "

"kau ikut khai? Pergi mana? Misi tu dengan Khai ke?" belum sempat lagi Moon nak selesaikan kata ii, Kaira dah bagi bertubi-tubi soalan. Biasalah, dengar nama 'Khai' langsung gegabah

Evelyn yang mendengarnya langsung menyiku Kaira 'Kau ni, orang belum habis cakap lagi.' Itu lah makna dari tatapan tajam Evelyn. Kang Moon merajuk, taknak teruskan cerita. Cukup ii lah tadi malam ia tak mampu tidur.

"aku belum habis cakap lagi." Protes Moon. Kaira hanya menghadiahkan senyuman malu

"jadi, semalam aku ikut Khai pergi HQ" kalini, Evelyn dah bersedia memberi soalan. Malangnya, soalan tu tak mampu terucap disebabkan Mika yang langsung menutup mulut Evelyn.

HQ? biar betul! Se-important apa misi dia ni? Kira ii macam tu lah detik kawan ii Moon. Moon yang boleh baca air muka kawan ii nya pun semakin senang bercerita. Bahagia betul jadi famous.

"Khai cakap yang dia ada terbangkan drone untuk pantau misi korang berdua tu," Moon menunjuk kearah Iman dan Alicia. Yang ditunjuk hanya mampu terheran, dorang takde perasan pun yang ada drone ikut dalam misi.

"Jeneral yang suruh." Kata ii Moon mampu membuatkan Iman tenang. Sebelumnya, muka nya Nampak tegang, dia kira sedang berlangsung penilaian senyap ii.

"Mana Drone tu?" soal Alicia

Moon teringat pulak yang drone tu dah berpulang, "Hancur. Ada orang yang hancurkan! Guna kasut pulak tu, ada duri! Lepastu Khai dapat kesan yang drone tu hancur sebab kuasa azurium." Berbuih buih Moon cerita. Nasib baik kawan ii nya dapat faham

"kesimpulan sementara ialah yang menghancurkan drone tu... spy musuh."

"Spy? Seriously? Pelik sangat ke orang tu?" soal Alicia

"eh! Saya baru ingat!" Iman mampu membuatkan kesemua kawannya itu terkejut

"semalam, saya dengan Rudy tengok ada orang pelik atas Gedung. Gedung yang jadi tempat sembunyi target semalam." Kali ini, semuanya menumpukan perhatian pada Iman

"orang tu pelik, sangat. Kitorang tak Nampak muka dia, sebab dia guna baju full hitam." Iman mencuba mengingat ciri dari orang pelik itu

"dia ada bawak senjata, kat punggung. Lepastu bawak motor."

"ha! Itulah yang aku dan Khai Nampak semalam. Tak sangka yang korang pun tengok." Ucap Moon

"habistu? Mana pergi orang tu?" soal Alicia serius. Kursi dari meja sebelah dibawanya untuk duduk.

"lepas korang lapor pada police, dia langsung pergi dari Kawasan tu. hm, kalau tak silap, dia masuk dalam Gedung, lepastu pergi lewat pintu belakang." Terang Iman

"Oh, yang bawak motor laju ii tu ea? Aku Nampak." Dari belakang Iman, dapat didengar ada pemilik suara lain yang entah bila menjadi pendengar dari ejen ii perempuan.

Tengok punya tengok, beberapa dari ejen lelaki ‒Ali, Khai, Jet, dan Bulat, rupa ii nya curi ii dengar dari awal ejen Perempuan berborak tadi

"eh ye ke? Awak Nampak orang tu pergi mana?" Soal Iman pada Ali. Mana tau Ali tau sesuatu

"hmm, ntah. Eh tapi! .... aku ada ambik satu benda ni, terjatuh masa dia Racing tu lah," fuyooo, kalau dah racing, patutlah hanya Ali yang Nampak. Lagipun semalam dia tertinggal sorang ii kat belakang. Iman, Rudy, dan Alicia sekali pun dah jauh di depan Ali masa tu

Ali berusaha mencari sesuatu di pocket seluarnya, cari punya cari... "lah, tertinggal kat Asrama, hehehe" semua kat situ hanya buat muka kecewa sahaja. Dah tu je yang mampu dorang respon

"Mana yang lain?" soal Evelyn apabila menyadari bahwa ejen lelaki tak lengkap 8 orang

"Rudy pergi liblary, Zass pulak ada misi dengan ejen Karya, Naufal dengan Chris pulak pergi dorm," Terang Bulat. Dia ingat betul tadi masa pesanan dorang dah sampai, terus satu ii pergi berlainan arah. Dahtu makanan tu apa jadi? Bulat lah yang tolong habiskan. Kata mak, jangan mubazir.

"wait, Dorm? Ini kan masih jam sekolah, buat apa dua ekor tu pergi Dorm?" soal Melanie nak tahu

"ntah, tanya je lah dengan orang tu nanti," ucap Jet

"Moon, Ali, Iman... nanti tolong maklumkan apa ii ke jeneral bila korang dapat info, aku rasa MATA kurang dapat petunjuk untuk saat ini" pesan Khai. Ketiga nama yang disebut lantas mengangguk.

"haish, lama jugak dah tak pergi misi, asal leader je yang selalu pergi misi?" Jet merungut. Roza yang tak senang bila dengar orang merungut langsung menghadiahkan muka menyampah pada Jet

"kau ni, bila pergi misi merengut, lepastu takde misi pun sama je." ucap Roza. Bukan dia tak ingat yang Jet pernah mengeluh dengan dia sebab salah sasar bila tembak laser. Hmm, dah lama jugak, tak silap dalam kurun waktu 2 tahun lepas

"persiapan plan dari MATA sekarang tengah teruk. Lebih ii lagi sebab... emh, Ejen Zain dah tak memimpin MATA lagi." Sesungguhnya berat untuk Alicia berkata begitu. Kejadian tu dah lama, tapi kenangan berlatih dengan Ejen Zain tak pernah luput dari ingatan. Kadang susah untuk dia percaya Ejen Zain dah takde.

"emh jap, kenapa tengah teruk? Bukan ada Ejen Ganz dan Ejen Dayang? Kira 2 orang pun cukuplah nak tentukan Langkah?" Moon memilih mempersoalkan poin pertama dari yang Alicia cakap tadi.

"Moon, kau kena ingat yang Neuro lagi handal dalam siasat dan menentukan Plan. Aku cakap cam gini bukan bermakna ketua teras kombat dengan tekno tak boleh handle tau." Ucap Mika

"dah dah lah tu, tak payah nak comment pasal ketua Teras, yang penting sekarang... bila tau apa ii, terus lapor!" sergah Bulat. Kang boleh pulak ada debat bawak ii Teras kang, lagi susah nak Handle.

"HAI KORANG!" sapa Ali. Aik, kawan ii dia semua langsung buat muka terkejut. Tadi bukannya budak tu dah kat sini? Bila masa pulak dia pergi pastu balek lagi? Ke ni Rudy yang tengah jadi Ali

"weh Rudy, tak yah nak bertukar jadi Ali. Aku tau lah yang kau guna hoodie kau dalam uniform." Ucap Jet.

Hoodie dalam Uniform? Biar betul! Tak panas ke Rudy tu? dalam kelas tu aircond bukan banyak pun, lebih ii lagi dah masuk musim panas sekarang ni

Ali hanya menatap Jet dengan bingung," mengarut lah kau ni, ni ha! Aku bawak kentang goreng, lama betul korang berborak, jap lagi dah nak masuk Class tau," eh ya betul lah, di tangan Ali ada sepiring kentang goreng, siap dengan saos dan mayo lagi

Eh jap? Masuk class?

Kesemua ejen yang punya jam tangan langsung melirik, 5 minit! Alamak! Dari tadi takde isi perut dengan apa ii!

-

Kelas masa tu tengah ada pelajaran Komputer, so pelajar ii terus pergi lab komputer.

Materi harini bukannya benda ii berat pun, Cuma belajar coding simple guna aplikasi. Coding guna blok kode.

Dalam masa pelajar tengah sibuk dengan komputer masing ii, tiba ii pintu lab dibuka.

Orang yang membuka Pintu itu Nampak menarik napas berkali kali, tercegat depan pintu lah katakan. Hal itu jelas membuat pelajar ii heran, sebab orang itu ialah salah satu bagian dari mereka, yang seharusnya sudah datang sedari tadi, Zass.

"ha Zass, kenapa tercegat depan pintu?" tanya Cikgu Fin (nama memang sebijik macam ejen Fit, tapi trust me, dia bukan orang yang sama)

Zass yang masih tak cukup oksigen tu pun start blank. Ya lah, dia tau Cikgu satu ni bukan Ejen. Tambah lagi dia tak bercakap, pastu masih dalam keadaan balik Misi. Entah apa lah yang dibuat dia bila Misi tadi.

Disebabkan Naufal perasan yang takde satupun kawannya nak tolong cover, dia pun mengangkat tangan. "Cikgu, tadi Zass dapat denda sebab terlambat masuk kelas. Dia kena sapu halaman belakang sekolah." Zass dah menghaturkan beribu terima kasih dalam hatinya. Sungguh dia taknak buat Bahasa isyarat masa tengah penat ni. Tapi annoying jugak sebenarnya kena tuduh lambat, kang hancur reputasi dia depan cikgu.

Cikgu Fin mengangguk beberapa kali, tapi tak kunjung mempersila kan Zass masuk.

"Zass, tolong lain kali lebih patuh pada aturan, saya pun tak faham kenapa kamu boleh still masuk class. Setau saya, gerbang sekolah dah kena set guna mesin." Begitulah kira ii apa yang dikatakan Cikgu Fin

"ha betul tu cikgu. Hari ii dia main game je, tidur pun bukan main larut dari kami semua." Seolah menyokong Cikgu Fin, Naufal berkata begitu.

Semua Ejen hanya menghadiahkan tatapan pelik pada Naufal. Lebih ii lagi Rudy dan Ali yang merupakan dormmate Naufal,

'budak ni tak sedar diri ke? Dia pun tahan bukak mata sampai pagi semata-mata nak tengok drama dia,' Ali lah yang paling sering hempuk Naufal sebab bising layan drama

Sementara Zass pun dah tak tak tau nak ucap terima kasih atau apa, 'Budak ni sebenarnya nak bantu cover atau just nak jadi batu api kat sini?'

Cikgu Fin menggeleng, ckckck. "kamu pun sebagai dormmate tak mampu bagi nasihat pada kawan kamu, sudah! Zass, pergi ke tempat kamu" Arah cikgu Fin yang diangguki Zass.

Masa nak duduk tu lah Zass hadiahkan jelingan menyampah pada Naufal. Si penerima hanya buat ii tak tau je.

Pelajar ii lain yang takde kena mengena pun terus lanjutkan buat project. Bila pelajaran komputer ni, dua kelas akan dicampur jadi satu. Jadi sekarang ada jugak pelajar yang bukan Ejen dalam ruangan lab tu.

Tuk tuk

Zass merasa bahunya di cucuk cucuk oleh sesuatu. Mungkin... pensil? Sebab 'sesuatu' tu runcing.

Apabila ia menoleh ke kiri, terpacul lah muka Ara. Ha ingat lagi tak? Ara yang pendek tuu

Dalam hati menyesal jugak Zass pilih tempat duduk kat sini. Bila diingat, ada lah satu dua tempat kosong lagi, tapi agak jauh sikit dari papan tulis.

"Zass pergi mana tadi?"

'Minah ni pekak ke apa? dah jelas ii Naufal kata yang dia habis sapu halaman,' Bulat sebenarnya nak je langsung bagitau Ara, lagipun memang dia duduk sebelah Ara jugak. Tapi biar je lah Zass urus sendiri fangirl dia satu ni.

Zass hanya memberikan secarik kertas untuk menjawab soalan tak bermutu Ara.

Sapu halaman belakang.

Itu sahaja yang Zass ingin beritahu kepada Ara

Ara sebenarnya bingung nak balas macam mana. Sebenarnya dia nak bangun topik pembicaraan antara ia dan Zass. Amboi, bukan masa yang tepat lah oi! Sekarang ni jam belajar, bukan masa rehat untuk sembang ii tak tentu pasal.

Ara menghulurkan lagi kertas yang dibagi Zass. Awalnya Zass nak buang kertas tu dalam pocket dia, biar hancur bila masuk laundry nanti. Tapi Ara boleh pulak hadang tangan Zass, dia suruh baca apa yang dia tulis guna pena unicorn dia tu.

Zass jangan tidur lambat lagi tau, Ara kesian bila Zass dapat punishment dari pengawas ❤

Cantik Ara tulis, siap letak love pulak tu. tapi Zass hanya menanggapi dengan anggukan sahaja. Tiada secarik senyum yang mengisyaratkan terima kasih sebab peduli. Lain cerita kalau Ara tu bertukar jadi Moon, Zass tak kan pelit pun nak berbagi senyum... erk, senyum tipis.

Disisi lain...

"psst, oi Ali!" Ali yang mendengar Namanya disebut langsung menoleh. Oh rupanya budak tak sadar diri ni

"apa?" Soal ali sambil memundurkan sikit kursinya. Posisi sekarang ialah Ali dan Naufal yang terpisah 2 meja.

Naufal mengambil sesuatu dari pocketnya. Terlihat benda kecil sejenis Flashdisk dihulurkan kearah Ali

Malangnya, Ali tak reti maksud Naufla. Dia just sengetkan kepala sambil buat riak wajah heran

Naufal yang yakin Cikgu Fin tak melihat kearah mereka, terus merangkak dari tempat dia ke tempat Ali

"Nah, aku jumpa kat dalam Dorm tadi. Nasib baik aku rajin nak bawak sini. Kalau tak, entah apa nak jadi dengan kau ni"

Ali masih lagi tak mengerti. Namun kini ia hanya memerhati flashdisk ditangan Naufal

"weh, aku tau kau nak cakap terima kasih. Tapi tolonglah ambik benda ni dulu."

"jap, aku tak guna pun flashdisk ni untuk project atau tugas." Flashdisk itu dipandang. Dia mana ada guna benda ni untuk simpan Latihan. Tapi desain flashdisk tu cantik oi! Kalau Ali punya ni, dahlama terisi dengan game ii dia.

Naufal yang kini heran. Seingat dia dia ambik atas meja Ali tadi. Takkan lah punya Zass atau Rudy kot?

"eh tapi aku jumpa atas meja kau." Naufal duduk bersila diatas lantai sekarang ni. Manakala Ali masih lagi duduk atas kursi. Yang lain? Tak peduli sangat sebab coding harini susah.

Tapi barisan belakang mereka lah yang jadi pemerhati. Erk, tak semua... Alicia dengan Moon je lah. Alicia sebab dia terganggu dengan bunyi bising, Moon pulak sebab dia kepo tahap tinggi.

Meja? OHH! "INI LAH BENDA YANG AKU CAKAP TU!" kini Ali menunjuk Flashdisk ditangan Naufal. Namun tak lama, suatu suara dengan nada tinggi Kembali muncul

"ALI! APA YANG KAMU BUAT KAT SANA?!"

-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro