🎲PART 7~ ToD

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi pun menjelma, perlahan-lahan matahari menampakkan diri, udara pagi yang belum tercemar, serta hawa dingin yang menusuk kulit. Murid ii asrama sudah mula melakukan aktiviti masing ii. Selepas breakfast, mereka dibenarkan untuk pergi ke mana ii sahaja, ada yang pergi jalan ii, mall, or just keliling asrama. Diantara murid ii yang sibuk beraktiviti itu, terdapat segerombolan remaja lelaki yang hanya duduk ii saja kat living room asrama, ya! Ejen ii lelaki yang takde kerja bin pemalas nak keluar.

"weh, bosan gile" ucap lelaki berambut blonde, chris.

"haih, aku pun bosan jugak" keluh jet

Dorang ada buat plan dengan ejen ii perempuan untuk keliling asrama sama ii. Tapi siang nanti. Berbeza dengan ejen ii lelaki, ejen ii perempuan dah sibuk buat hal masing ii. Ada yang pergi jogging, membawang, or just duduk ii kat taman, ada jugak yang pergi main kejar ii, evelyn dan moon.

"kita main jom" ajak khai

Yang lain menatapnya hairan

"main apa? Kau nak main kejar ii macam moon and evelyn? Taknak aku" jawab bulat

"haih, bukan tu.. kita main ToD nak?" ucap khai

Hairan pulak dengan khai ni, biasanya ia sibuk belajar macam ii, ini tetiba pulak ajak dorang main, pelik.

Tapi sebab dorang ni dah boring sangat sangat, dorang pun ikutlah main.

"ok first, aku pusing botol ni, nanti soalan atau dare nya kita guna mulut je, denda pulak kita ambil dalam bekas ni" terang khai, yang lain mengangguk saja

Botol pun mula di pusing and....

========è Naufal

"okay Naufal, truth or dare?" soal khai

"dare" jawab Naufal singkat

Khai mula berfikir, ha!

"aku nak kau Tarik getah rambut melanie" ucap khai

"weh taknak aku" jawab Naufal Nampak ketakutan

Yang lain memandang Naufal

"what?! Senang macam tu pun kau takut?!" jet menjerit, tak sangka kawan nya macam ni

"tak jantan lah kau ni" usik ali

"benda kecik macam tu pun kau takut?" ucap chris

Yang lain mengangguk setuju

"senang lah korang cakap macam tu, masa tadika dulu, aku tak sengaja tertarik getah rambut melanie, and you know what? Dia pukul aku guna bag dia! Sakit tau tak, habistu dia merajuk 5 hari berturut-turut, ini aku buat secara sengaja pulak, dah innalillahi lah" ucap Naufal

Yang lain hanya terbahak-bahak mendengar cerita Naufal tu, dipukul guna bag? Siyes ah, sakit tu! Kesian pulak kat Naufal ni hahaha. Naufal hanya buat poker face kat kawan ii dia tu

"aku taknak, nak dapat denda pun jadilah, aku taknak Tarik getah rambut dia" tolak Naufal mentah mentah, dah tak kisah lagi dia nak dicakap tak jantan ke apa, dia taknak mati harini, dia still sayang nyawa dia tu.

"betul kau nak pilih denda?" tanya khai sambil memegang bekas yang berisi senarai denda jika dorang taknak buat dare or tak nak jawab truth

Naufal hanya mengangguk

"hmm teruk ni, kau kena confess kat senior kita" ucap khai sambil membaca kertas ditangannya

Mata Naufal membulat, seriously?! Sape yang buat denda macam tu, makin pening je dibuatnya.

"siapa buat ni? Naisu lah" ucap khai

Zass mengangkat tangan, oh rupanya mamat ni yang buat, siap kau zass! Naufal memandang zass tajam, zass hanya tersengih macam kerang busuk

Naufal mengeluh berat lalu bangkit dari duduknya

"kau nak pergi mana?" tanya rudy

"nak pergi Tarik getah rambut melanie" jawab Naufal sambil pergi dari situ

"semoga tenang di alam sana Naufal" ucap jet, chris dah tergelak

"wei, kau pergi hantar R.O lah, mana tau dia lari and tak buat dare tu" ucap ali, khai pun setuju dan menyuruh R.O memantau Naufal.

'haih, mana pulak budak tu pergi, selalunya time ii macam ni dia pergi makan' gumam Naufal, dia tau melanie ni suka ambik breakfast sikit, tapi habistu dia akan pergi makan lagi.

Tiba ii je dia terlanggar seorang perempuan, perempuan tu tak jatuh Cuma kepala dia terhantuk dengan kepala Naufal

"aduh, sorry saya tak nam- eh kau rupanya Naufal" ucap perempuan itu

"haih kau ni melanie, jalan tu baik ii lah sikit, nasib baik aku yang kau langgar, kalau kau langgar orang lain? Tak tau lah apa nak jadi" bebel Naufal sambil menggosok kepalanya yang terhantuk tadi

"kau ni tak habis habis nak membebel" melanie tertawa kecil, memang sejak dari dulu lagi, Naufal ni suka membebel kat dia, tapi bagi melanie, Naufal ni bila dah membebel jadi kelakar.

"aku nak pergi dorm dulu, tata~" ucap melanie membalik badannya, baru je satu Langkah, ia merasa ada yang tertanggal dari rambutnya. Cepat ii dia pusing badan balik, ternampak Naufal yang tengah memegang getah rambut dia sambil tersengih-sengih.

Melanie memegang rambutnya, 'eh? Mana toncang aku ni?' dia meraba raba rambutnya.

"n-naufal" dia tergagap, muka nya merah. Entah malu atau menahan geram

"erk, i-ini" Naufal cuba menjelaskan, tapi dia ikut tergagap, sebenarnya melanie Nampak lebih cantik bila rambutnya turun. Rambut hitam pekat yang lembut dan wangi, sebab melanie selalu merawat rambutnya.

Melanie menunduk sambil mengepal penumbuknya, Naufal pula dah mula seram sejuk, macam ada aura aura hitam kat badan melanie tu hahaha

"k-kau..." melanie memotong ayatnya

"kau tau kan apa aku buat kat kau masa tadika dulu?" tanya melanie masih mengepal penumbuknya. Naufal menelan air liur, alamak...

"kau... nak aku buat macam tu lagi kee?" tanya melanie lagi, haduii merinding Naufal dibuatnya.

"tak nak tak nak, meh sini rambut kau aku ikatkan" jawab Naufal sambil mengangkat tangannya, macam kena tangkap dengan polis

"weh haram lah!" tolak melanie

Naufal tak menghiraukan dan terus mengikat rambut melanie, Nampak kemas dan cantik. Melanie pun hanya diam saja, kalau Naufal dah mintak dia nak buat apa? Naufal ni memang tak boleh dihalang.

"nah, hehe sorry sebab kacau kau" ucap Naufal

Melanie masih terdiam, mukanya memerah menahan malu. Rasa macam nak tumbuk je muka Naufal ni.

"alah kau jangan lah nak merajuk, susah aku nak pujuk kau nanti" ucap Naufal tersengih

"m-mana ada aku merajuk! Aku bukan budak kecik lagi lah!" ucap melanie menahan malu

"yelah tu, kau yang dulu masih sama je dengan yang sekarang" ucap Naufal, terlintas pulak memori masa kecil dia dengan melanie dulu.

"haih kau ni, dahlah aku nak balik dorm aku, bye" jawab melanie lalu pergi darisitu, Naufal hanya tersenyum melihat sahabatnya itu. Lalu dia pergi ke living room untuk berjumpa kawan ii hanat nya itu.

"seronok berdating?" usik khai, Naufal kehairanan

'alah tak payah nak menipu, jomlah sambung main" ucap rudy lalu memberikan botol pada Naufal. Naufal menurut saja lalu terus memusing botol tu.

=========è khai

"okay khai, truth or dare?" tanya Naufal

"dare" jawab khai acah ii berani

Naufal tersenyum penuh makna

"aku nak kau... cakap dekat dia" Naufal menunjuk kearah kaira yang tengah berehat selepas jogging dengan Alicia dan iman

"kau cakap dekat dia 143" ucap Naufal

Khai menelan ludah

'weh mana boleh macam tu" ucap khai tak terima

"kenapa pulak tak boleh? Kau takut?" ucap ali

"haih kau ni" ucap bulat

"eh takde alasan, kau kena cakap sekarang jugak" ucap Naufal

Khai pasrah dan berjalan menuju taman, and seperti biasa, R.O akan ikut tuan dia tu.

'aduh, apalah Naufal ni... kalau kaira tu tak faham arti dia bolehlah aku cakap macam tu, haih... ni mesti dia tau lah arti 143 tu, nak letak kat mana lah muka aku ni' gumam khai, cemas pulak dia ni.

"erk, kaira..." khai mencuba memanggil kaira, kaira pun menatap khai. Terlukis sebuah senyuman di wajahnya

"hai khai! Kau buat apa kat sini?" tanya kaira

"aku.. nah" khai memberikan sebotol air sejuk pada kaira, sempat ii pulak dia beli air dekat kantin tu

"wah! Thanks khai!" kaira mengucap terima kasih

"erk, kaira.." khai memanggilnya lagi

"hm?" kaira yang tengah minum tu memandang khai

"143" khai menunduk, takut dengan reaksi kaira

"hm?" kaira pura ii tak tahu

"143" khai mengulangi kode nya itu

"khai, jangan lah tunduk muka macam tu" ucap kaira, khai memberanikan diri menatap kaira

"alah aku tahulah kau main truth or dare kan? Tak payah risau, aku tak marah pun kau cakap macam tu" ucap kaira lalu tersenyum pada khai. Khai dah memerah muka

"korang kenapa main kode ii ni?" tanya iman yang entah muncul darimana

"macam tengah jawab soalan mathematic je" ucap Alicia disebelah iman

"eh, takde pape lah. Jom kita sambung jogging" ucap kaira

"kalau macam tu aku pergi dulu lah, bye" ucap khai lalu pergi dari situ. Mereka bertiga pun lanjut jogging

"pulak, dia tahu kita main truth or dare rupanya" ucap jet

Rupa ii nya dorang mengintip dari jauh

"baru je aku nak tengok khai tu kena penampar" ucap chris

Selepas tu, dorang cepat ii balik living room, kang tak pasal ii khai perasan yang dorang stalk dia. Mengamuk pulak.

"okay aku pusingkan botol ni dulu" ucap khai lalu memusing botol

=======è chris

"truth or dare chris?" tanya khai

"korang berdua dah pilih dare, so aku truth je lah" jawab chris

"haih aku takde pulak soalan yang bagus" ucap khai, dia ingatkan chris pilih dare tadi

"kalau macam tu aku je bagi soalan" ucap jet, chris dah mula seram sejuk. Kalau jet yang bagi soalan, confirm dia akan tanya benda macam ii kat chris

"semalam aku Nampak kau pergi beli chocolate, kau nak bagi kat siapa?" tanya jet

"untuk aku lah, siapa lagi?" jawab chris

"tak payah nak menipu, kau sendiri yang cakap, kau akan makan chocolate dekat time ii istimewa je, birthday kau dah lewat, so... kau mesti beli untuk bagi kat sesiapa kan?" ucap jet, dia ni memang dah kenal lama ngan chris.

"huft, ye lah. Aku beli untuk evelyn" ucap chris

"hahaha dah agak dah! Kau nak buat apa? Nak confess ke?" ucap jet, yang lain masih menunggu jawapan chris

"ish mana ada, aku nak bagi kat dia je" ucap chris

"yelah tu, cepat ah pusing botol tu" ucap rudy

======è ali

"ha! Truth or dare?" tanya chris

"malas lah aku nak pergi mana ii, truth je lah" ucap ali

"apa denda teruk yang Alicia bagi kat kau?" sebenarnya chris ni tak de soalan lain, sebab tu lah dia tanya macam tu.

"uish! Semua denda yang dia bagi tu teruk tau! Aku kena bersihkan tandas just sebab sampah yang aku baling tak masuk dalam tempat sampah tu" ucap ali

"habistu kau tak pernah marah dia ke? Aku tengok kau je yang selalu minta maaf kat dia" tanya bulat

Ali tersenyum lalu menjawab

"sesekali, geram sangat aku tengok dia tu, sikit ii nak marah, sikit ii bagi aku denda. Tapi aku ingat ada satu perkataan dari kawan sekolah aku ni, 'kita orang lelaki mesti bertolak ansur dengan kaum Wanita, kalau dia marah, mesti cepat mintak maaf' habistu dia ada cakap 'tak salah pun kena minta maaf jugak, kalau macam ni, baru senang hati' ha! Sebab tu aku tak pernah marahkan dia, kena mengalah lah katakan. Lagipun, Alicia tu takkan marah kalau aku tak buat salah" terang ali, dia still ingat dengan kata ii kawan baiknya itu, viktor. Amboi ali, time ii macam ni boleh pulak kau bijak, tapi masa kau belajar tu kau letak mana 'bijak' kau tu?

Ejen ii yang lain hanya mengangguk atas jawapan ali, didalam hati, dorang memuji ali. Sebab mampu mengalah, lagi ii dengan Alicia yang berkepala batu tu.

Ali memusing botol

======è jet

"truth or.." belum sempat ali menyelesaikan ucapannya, jet dah memotong

"dare" jawab jet singkat

"okay, kau pergi asrama perempuan, lepastu kau ketuk pintu dorm crush kau. Lepastu kau jerit nama dia 3 kali, kalau dia dah bukak pintu, kau cepat ii menyorok. Buat sampai crush kau tu geram" ucap ali selamba, sebenarnya dia tau jet ni suka kan roza.

"what? Huh! Ok aku buat" ucap jet lalu pergi ke blok asrama perempuan

'huh, ini dorm roza, tapi kenapa rasa macam ramai je dalam tu, mesti ejen ii pompuan ni tengah membawang' gumam jet dalam hati.

"ROZAA, ROZAA, ROZAA" jet menjerit sambil mengetuk pintu tu, apabila ia mendengar suara tapak kaki, dia terus menyorok kat belakang tempat sampah

"eh? Takde orang? Sape pulak nak prank ii pagi ii ni" roza mengomel lalu menutup pintu semula. Jet Kembali melakukan hal yang sama

"oi sape tu?! Kacau kerja orang je!" tengking roza, murid ii dorm lain terus pandang roza. 'apahal makcik ni? Teriak ii tak tentu pasal' monolog mereka. Tapi lepas roza masuk balik dalam dorm dia, dorang lanjut buat aktiviti masing ii.

'wih, garang betul roza ni, takpelah aku buat sekali lagi, seronok jugak tengok dia macam tu' jet cepat ii berdiri dekat depan pintu tu, baru je dia nak ketuk... tiba ii muncul kepala roza. Jet yang dah refleks tu pun tak sengaja mengetuk dahi roza.

Roza apa lagi? Terus menunduk sambil mengepal penumbuk dia, jet pulak dah menggigil teruk

"kau...." Roza mengangkat penumbuknya, jet nak lari tapi tak sempat. Akhirnya sebuah penumbuk pun hinggap kat pipi dia. BUK! Terkapar jet dekat lantai, dah macam ikan tak dapat air.

"kau ni! Aku tengah sebok kau pulak cari pasal! Dahlah, malas aku" alahai roza, kau tu sebok membawang je pun, sian ala si jet ni.

"HAHAHAHA kesian aku tengok kau ni" khai tergelak, begitu juga dengan ejen ii lelaki

Jet smpai kat living room dengan benjol kat pipi dia, besar pulak tu, siap ada biru ii lagi. Jet memutar bola matanya malas, kalau bukan sebab ali, dia takkan jadi macam ni.

Jet pun memusingkan botol...

===========è zass

"truth or dare zass?" tanya jet

'dare' zass membuat isyarat menggunakan tangannya

"kau kena bagi satu ayat pickup line kat crush kau" ucap jet tersenyum nakal

Membulat mata zass, rasa menyesal pulak dah pilih dare tadi. Zass hanya pasrah dan menuju ke crush nya itu.

"zass kau buat apa kat sini?" tanya moon

Zass tak menjawab tapi memberikannya sebungkus chocolate, moon langsung tersenyum girang dan menerima chocolate dari zass

"aik? Untuk moon je? Aku?" evelyn tak berpuas hati, dia ni tergila-gila sangat kat chocolate

"aik? Kau kan dah dapat dari chris semalam" usik moon, evelyn blushing, teringat pulak dia kat chocolate yang chris bagi semalam.

'moon, kau tau tak perbezaan kau dengan gula?' zass bagi ayat picup line dia dengan isyarat, nasib baik moon paham Bahasa isyarat zass tu.

"hm... alah moon belum belajar lah, macam mana nak jawab soalan tu" keluh moon, alahai moon, kau ingat ini soal ulangan ke? Zass hanya tersengih lalu melanjutkan.

'gula tu pemanis makanan, kalau awak pemanis hati saya' (author hentam je ayat ni, saya ni mana ada pro dalam bab ii pickup line macamni) lah sudah, ber awak-saya pulak kau ni zass.

"ish kau ni zass" moon menumbuk pelan lengan zass, zass tersengih.

'dahlah, aku nak pergi dulu.. elok ii main tu. Bye' isyarat zass lalu pergi darisitu

"weh kau cakap apa dengan dia? Sampai merah teruk muka kau ni" tanya evelyn, dia ni sebenarnya tak faham sangat dengan isyarat ii zass tu

"eh, takde lah.. dah ii jom lah, kata nak pergi makan" moon berusaha mengelak, evelyn hanya menggeleng tengok perangai kawan dia tu.

"hmmm, sekarang tinggal bulat and rudy lagi yang belum dapat, takpelah... kita tak payah pakai botol tu, so bulat.. truth or dare" ucap khai, mereka melanjutkan permainan.

"truth lah, tapi korang jangan lah bagi soalan macam ii pulak" ucap bulat

'kau main guna anak patung yang mika bagi masa tu ke?' zass memberikan soalan

"haih, mana ada aku main anak patung, aku just letak je anak patung tu kat dorm aku. Supaya Nampak cantik sikit" terang bulat, yang lain hanya meng-oh-kan saja

"aku tak faham lah, itu Nampak macam anak patung biasa je kot, kenapa pulak kau nak bawak pergi asrama?" tanya jet

"eh? Special lah tu, dia sendiri yang cakap masa tu. Dia bungkus anak patung tu kat dalam tandas lagi, sebab nak alihkan perhatian aku, that's mean yang dia dah berjuang untuk bagi aku setidaknya hadiah, so aku kena lah hargai dia, takkan lah aku nak buang je anak patung tu, mengamuk pulak dia" terang bulat

Ejen ii lain megangguk faham, terharu pulak dorang ni dengan bulat, ia macam tulus je jaga anak patung tu. Mungkin bagi orang lain anak patung tu macam benda biasa je, tapi bulat tetap sayangkan hadiah pemberian mika tu.

"ok dah dah, lanjut" ucap bulat

"truth or dare?" tanya khai pada rudy

"dare" jawab rudy

Bulat berfikir sekejap, habistu muncul satu idea di kepalanya

"kau Nampak iman tu?" tanya bulat sambil menunjuk iman, soalan apa pulak kau bagi ni bulat? Dah sah ii iman tu kat situ daritadi, mestilah gerudy ni Nampak

"Nampak lah, kau nak cakap aku buta ke apa?" ucap rudy

Bulat tersengih lalu...

"kau cakap kat dia, kau cantik'" ucap bulat sambil senyam senyum

Ejen ii lain dah tergelak

"siyes ah? Hahaha aku tak leh imagine yang landak ni boleh cakap macam tu kat iman" ucap jet masih tergelak

"hahaha, bulat, kau takde dare lain ke apa? Hahaha, taktau lah kena tampar ke apa rudy bila cakap macam tu kat iman" ucap ali

Rudy pula hanya roll eyes, kawan ii ny yang hanat ni dah mula cari pasal ngan dia.

"alah, saja je nak kasi kau dare yang tak susah ii sangat" ucap bulat, tak susah? Aku rasa rudy ni kena berlawan ngan ego dia sendiri just untuk cakap macam tu.

"haih kau ni" ucap rudy, dia bangun dari duduknya lalu pergi kearah iman

"iman, aku ngan kaira pergi dorm dulu ye, nak salin baju" ucap Alicia pada iman

"pergilah, saya nak berehat kejap, lepastu saya pun nak pergi dorm jugak" ucap iman, Alicia dan kiara pun pergi ke dorm dorang

Iman menatap ke salah satu pohon kat taman tu, lebih tepatnya pohon mangga. Buahnya Nampak macam dah masak, daun dia pulak lebat, sesuai untuk tempat berteduh. Iman pun berjalan kearah pohon tu, memandangkan matahari dah semakin naik, ia akan berteduh kat pohon mangga yang sedari tadi ia pandang.

'haih dia ni, aku dah kat belakang dia pun dia tak perasan?' keluh rudy, melihat iman yang berjalan menuju pohon mangga dekat taman tu, rudy mengambil keputusan untuk mengekori nya saja

'kenapa rasa macam ada yang ikut daritadi?' monolog iman. Iman mempercepat langkahnya

'budak ni dah kenapa pulak? Tetiba je berlari macam kena kejar setan' monolog rudy. Dia tak berlari, still jalan macam biasa je.

Akhirnya setelah berlari, sampai jugak iman kat pohon mangga tu, dia duduk sambil mengumpul nafas. Tiba ii dia merasakan ada orang yang duduk kat sisi lain pohon mangga tu, iman just biarkan saja sambil tetap mengumpul nafas

"dah puas berlari?" tanya orang yang duduk di pohon mangga tu, iman sangat kenal dengan suara tu

"oh awak rupanya rudy, saya ingatkan siapa tadi... kenapa awak ikut saya? Ada something yang nak awak share ke?" tanya iman, rudy tak menjawab. Iman pun semakin pelik, tapi dia biarkan saja suasana diantara mereka jadi sunyi.

Setelah lama berdiam diri, rudy pun membuka mulut

"iman" rudy memanggil nama iman

"ye saya" sahut iman

"kau.... cantik" ucap rudy, dahlah hentam je lah

Takde balasan, tapi kemudian terdengar gelakan kecil

'dah kenapa pulak budak ni, ketawa ii tak tentu pasal' monolog rudy

"kenapa awak cakap macam tu tiba ii? Ni mesti ada something kan?" ucap iman disertai gelakan kecil.

"kalau macam tu saya nak pergi dorm dulu" ucap iman lalu pergi darisitu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"melaaa, sorry lah pal tak sengaja tertarik getah rambut mela hari tu" ucap Naufal kecil

"tak sengaja macam mana? Mela tak suka lah ada orang Tarik ii getah rambut mela macam tu" ucap melanie yang berumur 5 tahun saat itu sambil cemberut

"pal betul ii tak sengaja mela, masa tu pal terburu buru nak ke tandas" terang Naufal

Mela hanya memasang muka malas, dah merajuk sangat kut.

"sorry mela, takpe, nanti pal belanjakan ais krim" ucap Naufal

Mela yang semulanya cemberut terus tersenyum girang

"betul ni? Kalau macam tu jomlah" ucap mela tak sabar sambil menarik tangan sahabatnya itu, Naufal hanya mengikut saja.

Sesampainya mereka ditaman, mereka membeli dua ais krim, nasib baik uncle yang jual ais krim tu kenal mereka, uncle tu bagi ais krim free je untuk dorang. Dorang apa lagi? Terus tersenyum girang dan cakap terima kasih banyak ii kat uncle tu, macam nak sujud terima kasih je kat uncle tu hahaha.

"sedapkan ais krim ni? Lagi sedap kalau pal yang belanja kan" ucap Naufal sambil memakan ais krimnya

"eleh, jangan nak berlagak. Uncle tu yang belanja kan untuk kita" ucap melanie. Naufal hanya tersengih

Sehabis makan, Naufal Nampak yang rambut melanie kusut, dan getah rambutnya macam nak jatuh, mungkin sebab berlari tadi kut

"mela, rambut mela tak kemas lah. Meh sini pal ikatkan" ucap Naufal sambil memandang mela

"iya ke? mela tak perasan pun. Pal ikatkan lah" jawab mela. Naufal mengangguk dan ikatkan rambut mela.

"pal, jangan Tarik ii rambut mela lagi ye, sakit tau" ucap mela, dia betul ii tak suka bila ada orang Tarik ii rambut dia

"ye lah, pal tak buat lagi" jawab Naufal. Dorang pun tersenyum dan terus balik rumah sama ii

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

COMMENT AND VOTE TAU, JANGAN LUPA!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro