| 2 |

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AZAN Maghrib berkumandang tanda masa berbuka masa buat umat Islam yang berpuasa dari subuh hingga maghrib. Meriah Roof Top Cafe apabila Geng Putera dan Puteri menempah dua meja yang agak besar untuk berbuka puasa bersama-sama.

Adam mengetuai bacaan doa makan diaminkan oleh rakan-rakannya yang lain. Tak lupa juga si cilik Delisha yang sudah bijak mengikut rentak orang dewasa.

"Comelnya anak kau ni, Iman. Geram aku tengok," ujar Izzah sambil mencubit pipi Delisha.

"Eh mestilah. Anak aku kan, tengok mama dialah yang cun melecun ni," balas Iman selepas mengunyah buah kurma. Izzah menjeling sekilas, "Kau tengok isteri kau ni, Adam. Aku puji Delisha, dia pula yang lebih-lebih."

Adam dan yang lain hanya ketawa kecil melihat dua rakan mereka. Wani melihat anaknya Wafiey lena dalam stroller selepas beri minum susu. Senanglah dia nak makan, kalau si kecil tu tak tidur, payah juga dia dan Aiman nak makan. Asyik merengek dan didukung je.

Makanan lazat dihidang oleh dua orang pekerja kafe tersebut seperti beef lasagna, spaghetti carbonara, spaghetti bolognese, chicken grilled chop, beef steak, macaroni cheese dan jus buah sebagai minuman. Mereka menikmati juadah berbuka sambil berbual bersama-sama.

"Raya nanti kau orang beraya kat mana?" tanya Irfan.

"Aku dengan Iman balik Alor Setar sebelum raya sampai hari raya kedua je. Lepas itu, beraya kat sini jelah dengan keluarga lain dan kau orang," jawab Adam.

Yang lain mengangguk faham, "Samalah aku dengan Wani pun balik kampung kejap lepastu beraya kat sini je," balas Aisyah. Dia dan Wani awal-awal sudah merancang dengan suami masing-masing agar beraya di kampung sehari dua dan beraya di Kuala Lumpur sahaja selepas itu.

"Hah untunglah balik kampung. Aku beraya dengan keluarga aku je kat sini. Geng single forever." Ain tayang muka redha.

"Ayat last kau tu lain macam je Ain, Aizat kat sebelah tu dah macam nak bunuh kau je," sampuk Aiman lalu ketawa terbahak-bahak diikuti dengan rakannya yang lain. Ain hanya tersengih memandang Aizat yang merenung tajam ke arahnya.

"Alah relax lah, gurau je." Ain memeluk lengan sasa Aizat sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Aizat hanya menggeleng kepala perlahan dengan senyuman nipis.

Delisha menepuk meja berkali-kali di hadapan Iman agar Iman menyuap macaroni cheese ke dalam mulutnya, "Mmaaamaa nak oni eesee." Iman hanya ketawa kecil, "Sabar sayang, makan yang ada dalam mulut tu dulu."

"Amboi dia tu, mulut penuh ada hati nak sumbat makanan lagi." Harriz ketawa mengekek melihat telatah Delisha tak ubah seperti mamanya yang kuat makan.

"Ikut sangat perangai mak dia yang kuat makan. Habislah kau Adam, hadaplah isteri dan anak kau yang kuat makan," ujar Iwan lalu melepaskan tawanya. Iman hanya menjeling tajam, tak boleh nak lawan kerana apa yang dikatakan oleh rakan-rakannya ialah fakta yang lagi benar.

Izzah membisik sesuatu di telinga Iman, "Tak nak bagi Del adik lelaki ke?"

Pap! Satu tamparan hingga pada bahu Izzah. "Adoi! Sakitlah weh!" Izzah meringis kesakitan. Pedih tu hanya Allah sahaja tahu betapa kebalnya tangan si Iman.

"Kau ni dah kenapa?" tanya Intan pelik. Apa masalah rakannya itu?

"Iman ni hah, pukul aku. Pedih weh." Adam menoleh ke arah isterinya yang tayang muka tak bersalah sambil menyuap sesudu macaroni ke dalam mulut Delisha.

"Adalah tu kau cakap apa-apa kat Iman tu kan?" teka Ain dengan mulut penuh mengunyah spaghetti. Izzah tersengih lalu menunduk. "Kau cakap apa?" soal Wani teruja. Iman hanya mengerling tajam ke arah Izzah namun Izzah langsung tidak pedulikan.

"Aku cuma tanya, tak nak ke bagi Del ni adik lelaki? Del pun dah nak masuk 3 tahun. Del mesti nak adik kan? Del?" Izzah pengaruh Delisha yang tidak tahu apa-apa. Malah, si kecil itu hanya mengangguk beria dengan kata-kata Izzah. Adam pula tersedak sedikit, erm patutlah kena pukul dengan isterinya.

"Patutnya kau terajang je si Izzah ni, Iman," sokong Ain.

"Tapi aku sokong Izzah. Bila lagi kau nak bagi Del ni adik?" tanya Wani beria. Tak sabar nak tengok Adam's Junior versi baby boy.

Aisyah menggeleng kepalanya perlahan, "Kau ni cakap je diorang... kau tu tak nak tambah lagi ke?" Wani menjeling Aisyah. Dia pula terkena.

"Sudahlah, tu semua kan rezeki dari Allah. Kalau ada, adalah nanti. Sibuk aje kau orang ni. Dah macam mak cik bawang versi bandar," kata Intan.

"Betul betul betul!"

Geng Putera saling berbalas pandangan seraya Adam berkata, "Dah, makan tu sampai habis. Kau orang nak berbuka sampai tengah malam ke macam mana ni?" Kepala Delisha di sebelahnya hanya diusap lembut. Comel.




***



HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan umat Islam dan bulan Syawal akan menyapa. Iman sibuk mengemas baju suami dan anaknya ke dalam bagasi. Senang esok tak adalah banyak kerja nak kena buat sebelum pulang ke kampung halaman.

Delisha yang ralit bermain dengan patung bunny dan dinosaur itu dipandang kejap. Seronok sangat main sampai tak layan mamanya ini. Siaran drama korea Romantic Doctor, Teacher Kim 2 ditonton oleh Iman sambil melipat baju.

"Mama nnak ma... kan," ujar Delisha sambil berjalan terkedek-kedek ke arah Iman.

"Amboi, lapar baru cari mama? Tadi kemain sibuk main sampai lupa mama." Delisha hanya sengih suka sambil memeluk leher mamanya dengan erat.

Belum sempat Iman bangun menuju ke ruang dapur, telefon pintarnya berdering minta diangkat dengan kadar segera. "Helo."

"Helo, sayang. Ni abang dah on the way balik, nak pesan apa-apa tak?" tanya Adam sambil meletakkam briefcase miliknya di tempat penumpang sambil menghidupkan enjin kereta.

"Nak rotiboy dan indulgence cake boleh?" pinta Iman sambil membayangkan makanan yang baru sahaja disebutnya sebentar tadi. Tiba-tiba terasa air liurnya meleleh pula.

"Papaa? Nak papa." Delisha sudah berjalan lalu peluk kaki Iman agar beri dia peluang untuk bercakap dengan Adam melalui telefon.

"Kejap sayang, mama tengah cakap dengan papa ni. Nanti mama bagi Del cakap dengan papa, ya?" pujuk Iman.

Sekejap sahaja bibir Delisha sudah muncung 5 inci ke depan gara-gara Iman tak benarkan dia berbual dengan Adam. Kecil-kecil dah pandai merajuk. Tak aci.

"Kenapa tu?" tanya Adam.

"Hmm apa lagi? Budak ni merajuk pula bila sayang tak bagi dia cakap dengan abang. Drama betul. Tengoklah bibir dah muncung macam itik. Geram betul."

Adam hanya ketawa, dapat dia bayangkan wajah Delisha tika itu. "Nanti abang belikan rotiboy dan kek tu. Delisha abang belikan cheesecake since dia suka sangat kek tu. Mehlah bagi dia cakap dengan abang, kesian nanti bertambah muncung anak kesayangan abang tu..."

"Yalah. Delisha je kesayangan abang sekarang ni. Faham. Sayang ni siapalah sangat kan... Nah Del, papa nak cakap." Iman menghulur telefon pintarnya kepada Delisha agar anaknya itu dapat berbual dengan papa kesayangannya itu manakala dia ke ruang dapur untuk menyediakan makanan khasiat bersama buah-buahan untuk Delisha.

Adam ketawa kecil mendengar balasan isterinya namun tak sampai dua saat kedengaran suara Delisha memanggil namanya berulang kali.

"Hi sayang. Kejap lagi papa balik, ya? Nanti papa belikan cheesecake untuk Del. Okey?"

"Sayang papa."




***


DELISHA sudah lena dalam katilnya sambil diselimuti dengan selimut tebal oleh Iman. Patung bunny kesayangan Delisha turut diletakkan bersebelahan dengan anaknya. Macam nilah anak perempuan, wajib ada patung kesayangan tidur bersama.

Adam yang baru selesai menggunakan tandas, keluar dengan hanya bertuala. Iman memasang kelambu di katil Delisha agar dapat elak dari digigit nyamuk.

"Sayang."

Iman tidak mengendahkan panggilan suaminya lalu berjalan ke arah meja solek untuk memakai krim malam seperti rutin hariannya. Adam hanya senyum nipis sambil menggeleng kepalanya perlahan. Merajuklah tu.

"Sweetheart." Kali ini panggilan yang sungguh gemersik dan romantis menyapa gegendang telinga Iman sambil sepasang tangan Adam melingkari pinggangnya.

Adam mendaratkan dagunya pada bahu sebelah kanan isterinya sambil mencium wangian rambut Iman, "I love you, sayang."

Iman menjulingkan matanya ke atas, "Yeah, i know that. You always say that words to me everyday," balas Iman sambil menyelesakan dirinya dengan bersandar pada dada bidang Adam.

Adam tersenyum manis yang mampu mencairkan hati isterinya namun Iman masih memuncung, ego. Adam mencantumkan telapak tangannya dengan Iman lalu dibawa ke perut Iman, "I like the way your hand fits in mine, dear," bisik Adam di telinga isterinya membuatkan Iman berasa geli sedikit. Serta merta pipi Iman muka berona merah.

"You're the most beautiful thing i have ever seen." Satu kucupan hangat hinggap pada cuping telinga Iman.

Iman kalah. Badanya berpusing menghadap Adam lalu memeluk pinggang suaminya erat, "Shut up and kiss me, Adam."

Adam tersenyum senget lalu sebelah tangannya memegang wajah Iman dan sebelah lagi mengangkat punggung isterinya agar duduk di atas meja solek. Bibirnya bertemu dengan bibir merah Iman. Tak lama itu, Iman membalas ciuman suaminya sambil kedua tangannya sudah naik memeluk leher Adam dengan menahan kepala Adam dari terus meleraikan kucupan mereka.

"You are my sweetheart and no one will beat after you even our baby Delisha. You are my queen in my heart," bisik Adam dengan penuh romantis lalu menjadikan malam mereka dengan lebih indah hanyut dalam ciptaan kayangan cinta mereka sendiri.










Bersambung...





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro