MYTH THIRTEEN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hai, saya publish balik part ni. Enjoy! ❤

***


"NAH." Icarus hulur aku sesuatu. Aku yang berpaling darinya kembali memandangnya. Berkerut dahiku melihat gaun bewarna emas yang dihulur padaku.

"Kenapa bagi saya? Simpanlah."

Bukan aku tak tahu, baju tu baju jahitan ibu kepada Icarus. Pipi aku dah kebas kena usik dengan dia. Masa kecik tertelan lori gula ke apa sampai bergula aje ayat dia. Kering gusi aku!

"Tak nak. Aku nak kau pakai."

"Saya?" Aku pandang semula gaun itu. Cantik jahitannya, setaraf gaun di raja.

"Tak mahulah. Nanti orang lain fikir apa pula."

"Hesy! Aku suruh kau pakai, tak suruh kau fikir orang lain nak kata apa. Nah, pakai." Dia tarik tangan aku dan gaun itu bertukar tangan. Senyumanku kelat.

Gaun itu aku bawa ke dada. Lama aku merenungnya. Nak pakai atau tak? Tak rasa melebih ke aku ni? Sudahlah kawan dengan anak raja, dibawa ke istana dan sekarang nak pakai pakaian diraja? Gila!

"Putera..."

"Aku tak terima jawapan tidak. Kau pakai sekarang."

Aku mengeluh. Kepala digaru seketika. Kalau dijual gaun ni, mahu ribu raban euro aku dapat. Lebih baik aku jual dari pakai. Betul tak? Bolehlah aku beli rumah lagi besar, huh!

"Degilnya kau ni, beauty. Sekarang kau pilih, kau pakai ke..."

Lamunanku mati. Aku setia menanti sambungan. Tawaran apa yang bakal dia beri?

Icarus mengambil langkah mendekati aku. Spontan, aku mengorak langkah ke belakang. Renungannya, lain macam!

Tersedar belakangku sudah bergesel dengan dinding, aku jadi kecut perut. Dengan renungan mata Icarus yang ibarat menembusi kepalanya, dia jadi gerun.

Hujung ibu jari kakinya bertemu ruasku. Terus aku teguk liur melihat betapa rapatnya kedudukan kami. Dia sengih sinis melihat aku seperti cacing kepanasan. Wajah dia dekatkan, betul-betul hadapanku sehingga hidungku dan dia bersentuh. Nafasnya dapat aku rasa kehangatannya.

"Atau..." Sengaja dia meleretkan suara. Serentak itu, dia mengiringkan kepala, membenam kulit hidungnya pada pipi kananku.

"Aku pakaikan."

Zap! Bulu romaku meremang. Biar betul Icarus ni?

"Aku tak jamin kalau aku pakaikan, kau akan selamat. Takut kita berdua tak pakai baju kesudahnya."

Tegak terus tubuhku. Luruh jantung aku mendengarnya. Liur aku teguk berkali-kali. Bukan aku tak tahu maksudnya. Aku faham sangat!

"Kau pilih, beauty."

Seketika, tawanya meletus. Dipetik jarinya di hadapanku sehingga aku terkebil-kebil.

"Kau berangan sampai mana?" Usiknya. Aku gigit bibir. Sah! Dia nak kenakan aku saja!

"Aku bergurau ajelah. Gila aku nak sentuh kau. Mati kena cincang dengan papa aku. Pergilah masuk bilik sana, aku nak tengok baju tu pada tubuh kau." Bibir dia juih ke arah kanan. Satu pintu yang tertutup merujuk sebagai tempat untuk aku salin baju.

Aku masih lagi pegun memandangnya malah, perasaan gemuruhku juga belum beransur pergi. Ah! Aku boleh gila!

"Hei, kau fikir apa lagi?" Rambutku dia kusutkan kasar. Aku tersedar lantas mengangguk kejap.

Kakiku mengorak langkah masuk ke sudut yang dia tunjuk. Pintu aku pastikan berkunci sebelum meletakkan gaun tadi ke atas meja yang ada.

Tangan aku kepal menjadi buku lima dan diletakkan ke dada belah kiri, terletaknya jantung aku.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Kenapa jantung aku masih belum stabil degupannya walaupun Icarus sudah hilang dari pandangan?

Perasaan apakah ini?

Nenda... Kepalaku teringat nenda. Kata-kata nenda kembali bermain dalam mindaku.

Aku buntu. Sungguh.



I never
Ever
Fall in love
So, what is this?
What's this feeling?
Feels like I'm going crazy
My heart beat with no tempo
How is this possible?

Nenda...
What is this, nenda?
Is this the reason you deny my relationship with Icarus?
Bcuz my heart beats fast?
Or...
Is is something else?





TOK! TOK! TOK!

"Cepatlah! Kau pakai lambat sangat kenapa? Susah sangat ke nak pakai gaun tu? Kalau tak reti, biar aku pakaikan."

"Isy, sabarlah! Saya mana pernah pakai gaun!"

"Nak aku pakaikan tak?"

"No!"

Tawa si bidadara itu terlepas di ruang bilik, mengelakkan aku semestinya! Baru sepuluh minit aku dalam bilik ni dah kecoh macam sepuluh jam!

Bukan setakat itu, masih galak dia nak usik aku! Cis!

Seperkara lagi, aku tak reti pakai gaun ni! Kenapa ada tali halus yang panjang ni? Untuk apa? Baik lagi jubah yang Icarus suruh dia pakai, tidak berbelit.

"Lamanya, tak muat ke? Kau gemuk sangat kot," usik orang di luar. Aku di sini hanya julingkan mata ke atas. Gaun sudah tersarung cuba aku terasa sedikit longgar. Aku ni kurus sangat ke?

"Keluarlah beauty. Lama aku tunggu ni."

"Hesy, yelah!" Tali panjang itu aku ikat ke pinggang. Mungkin cara pemakaiannya sebegitu. Selak pintu aku buka dan terus aku tunjuk pada dia baju yang longgar ini. Tangan kanan melekap pada dada, menahan gaun dari melorot jatuh.

"Ha! Buka pun..." Katanya mati sebaik mata terpandang aku. Tidak berkelip matanya terpaku. Aku pula yang naik segan.

Seketika, tawanya pecah. Perutnya ditekan-tekan. Aku gigit bibir, menahan geram. Nak aje aku tutup muka dengan baju ni. Malu! Icarus pun satu, gelak tak pernah nak kisahkan aku. Sukalah tu buat pipi aku merah.

"Putera..." Aku panjangkan harakat setelah beberapa saat tawanya tidak menemui pengakhiran.

"Sorry, sorry! Aku... Aku!" Dia sambung gelak. Meja kayu yang ada ditepuk berkali-kali.

Bibirku melayut ke bawah. Tiba-tiba aku rasa rendah diri. Terlalu buruk ke aku pakai gaun ni? Nampak hodoh ke? Sebab itu ke Icarus gelakkan aku?

Tanpa kata, aku masuk semula ke dalam bilik dan ditutup pintu dan dikunci semula. Cermin panjang yang ada dalam bilik itu aku hampiri dan telek tubuhku sendiri. Sebaik aku lepaskan tangan pada bahagian dada baju, terus jatuh pakaian mewah itu, terlucut dari tubuh genitku.

Spontan, mataku berair. Memang sah aku nampak hodoh. Maknanya, Icarus gelakkan aku kerana penampilanku yang nampak tidak sesuai.

Ah, apa yang aku harapkan? Baju ini milik dia, sudah menjadi hak dia untuk mentertawakan aku. Aku langsung tidak layak memakan baju mewah ini. Tololnya aku!

Tok! Tok!

"Heliena, kenapa kau masuk balik? Sinilah keluar, aku belum habis tengok lagi."

Aku biarkan sepi soalannya. Terguris hatiku dengan ayatnya. Masih belum cukup tempoh untuk dia membahanku. Jubah yang Icarus beri padaku pagi tadi aku sarung semula. Gaun mewah itu aku biarkan saja di hadapan cermin. Langsung tidak berminat untuk terus pakai.

Selak kembali aku buka dan membiarkan dia masuk.

"Kejap. Kenapa kau salin jubah tu balik? Liena, aku nak tengok kau pakai gaun tu." Baju mewah itu dia kutip dari lantai. Dihampiri aku dan dihulur semula.

Aku menggeleng perlahan.

"Saya tak layak."

Riaknya berubah. Keningnya berkerut tajam.

"Kau merepek apa ni, Heliena?"

Tangan aku naik memeluk tubuh. Sengaja aku tidak berbalas pandangan. Masih terngiang-ngiang tawanya yang berlagu di ruang angin. Tawa yang merdu tetapi menyesak dadanya.

"Awak patut bagi pada orang yang lebih layak, Putera. Bukan saya."

Dia diam.

"Saya nak balik. Dah nak malam."

"Kenapa?" Soalnya sepatah, menarik perhatianku untuk memandangnya. Dua pasang mata kami bertaut.

"Enam hari, kau spend masa dengan aku sampai malam. Kenapa hari ni kau nak balik awal?"

Aku tersentap. Kata-katanya ada benar.

"Saya nak jumpa nenda."

"Alasan." Satu perkataan, dia mematahkan jawapanku. Dua ulas bibir aku kemam, menahan diri.

"Sudahlah, saya nak balik."

"Baliklah kalau kau berani bertembung dengan mana-mana pengawal istana." Jawabnya bersahaja. Gaun mewah itu dia sangkut pada bahu. Tangan disilangkan sementara mata memerhati langkahku.

Aku tahu dia sengaja. Mustahil aku nak pulang sendiri. Kalau bertemu dengan pengawal istana, dia akan menghadap ayah Icarus, King Daedalus! Apa dia nak jawab kalau dia perlu berhadapan dengan King Daedalus?

"Putera, jomlah balik."

"Ini rumah aku. Buat apa aku nak balik? Aku dah memang dekat rumah."

Jawapannya menyakitkan hati aku. Akhirnya aku mengeluh. Balik sendiri?  Liur aku teguk. Hati memohon supaya dapat menyelinap keluar tanpa orang lain perasan. Mati nanti!

Langkah aku corak. Icarus pun nampaknya tidak mahu membantu aku, biarlah aku cari jalan keluar sendiri.

Belum sempat aku pulas tombol pintu, lenganku ditangkapnya. Mata aku naik pada wajahnya, menanti ungkapan seterusnya. Keningnya yang bertaut menjelaskan dia sedang bingung.

"This is not you, beauty."

"Maksud awak?" Aku tarik tali.

"Look. Aku ada buat silap ke?" Dia sandarkan tubuh pada pintu, sekali gus menghalang aku keluar dari bilik. Nafas aku hela perlahan.

"Nope," ujarku ringkas.

"Yes, I am. Bagitahu, sebab apa?"

Dia menyilangkan tangan, mata enggan melepaskan wajahku.

"Nothing, prince."

"Mustahil. Aku suruh kau pakai gaun tu, sekejap aje kau buka balik. Kau tak suka ke gaun yang mama aku jahit?"

Aku tersentap. Bila dia sebut soal ibunya, aku tak mampu bercakap. Aku takut andai perkataan seterusnya ibarat duri yang menikam perasaan anak raja itu.

"Kau tak suka, Heliena?" Soalnya kali kedua. Aku menggeleng pantas.

"It's not that. Gaun tu cantik sangat."

"Jadi, sebab apa?"

"Haih... Boleh tak kalau kita tak bercakap soal ni? Saya penat, nak rehat."

"No until i get my answer." Tegas dia membalas. Bibir bawah aku gigit. Dasar anak raja yang degil! Selamba dia mematahkan kata-kata aku.

"Have you ever wear this kind of dress?" Rujuk dia pada gaun milik ibunya. Lantas aku berkata jujur dengan menggelengkan kepala.

"Let's wear again. Aku nak tengok kau pakai."

Dia menghampiri aku dengan gaun tadi. Dihulur semula pada aku. Mataku terpaku seketika. Kalau aku pakai, dia akan gelakkan lagi ke?

"Pakai. Aku takkan gelak."

Anak mataku naik menghala wajahnya. Mata coklatnya aku renung, mencari kata jujur. Perlahan-lahan aku capai gaun itu.

"Aku keluar dulu. Dah siap, panggil aku semula." Dia terus melangkah keluar, meninggalkan aku. Aku menggengam kain lembut itu.

Aku tekad. Aku akan pakai sekali lagi. Kalau dia gelakkan aku lagi, aku balik terus. Tak kisahlah kena hadap raja sendiri ataupun tidak.

Aku buka baju dan disarungkan semula gaun itu. Seperti tadi, gaun itu terasa longgar. Aku mengeluh. Bagaimana agaknya orang di raja pakai pakaian sebegini? Menyusahkan!

"Kau dah sudah?" Suara dari luar bilik menyentak aku. Aku hanya melaung, memanggil Icarus masuk. Bibir aku kemam, berharap tiada lagi tawa dari dua ulas bibir merahnya.

"Kenapa kau tak pakai betul-betul?" Tegur Icarus sebaik melihat aku. Dahi aku berkerut. Dia tak ketawakan aku? Malah, suaranya kedengaran prihatin.

Icarus ambil langkah menghampiri aku. Dia berdiri belakang aku. Jemarinya menyelinap antara lenganku dan mencapai tali yang aku ikat ala kadar.

Sejujurnya, berada sedekat ini jantung aku mula berubah rentak. Dengan sentuhan Icarus yang menyentuh tubuhnya sekali dua, adranalinku melonjak naik. Terasa seperti ada rama-rama yang mengepak dalam perut aku tatkala kini.

Aku tak tahu apa kena dengan hati dan jantung aku tapi sebaik aku berada dekat dengan Icarus seperti saat ini, aku terasa seperti baru lepas berlari satu kilometer.

Magis apa yang terkena padaku?

"Kenapa kau mengelabah?" Bisiknya tepat pada telinga kiriku. Mata yang sebelum ini memandang tangannya pada pinggang aku mula naik dan terhenti pada cermin di hadapan kami. Dua pasang mata kami bertaut.

Icarus tarik tali ke belakang. Pandangan matanya hilang dan beralih pada belakang tubuhku. Tali itu aku tidak pasti tujuannya, mungkin Icarus pandai hendak menyimpul tali tersebut.

"Badan kau cantik," gumamnya untuk kami berdua dengar. 

Dia diam dan menyambung semula tugasnya. Gaun yang aku tahan, perlahan-lahan mulai ketat berada pada tubuhku. Tali panjang itu Icarus tarik dan spontan gaun itu melekap pada tubuh.

"Tali ni, tujuan dia untuk ketatkan gaun ni pada badan kau. Bukan untuk ikat ala kadar. Kena tarik sampai selesa. Baru nampak cantik terletak." Lembut dia menerangkan fungsi tali tersebut. Aku jadi malu sendiri. Akulah orang yang ikat ala kadar tadi!

"Siap!" Dia ikat tali itu dan lepaskan. Dikebas dua ruas tangannya. Senyuman lebar pada bibirnya melihat hasil tangannya.

Aku merenung gaun yang tersarung pada tubuh aku. Aku kagum. Tak berkelip melihat diri aku yang tersarung gaun mewah ini.

"Cantikkan? Mama aku rajin jahit untuk orang istana. Upah mahal sikit." Dia turut memandang aku menerusi pantulan cermin.

"Ini untuk kau."

"Huh?" Aku tersentak. Untuk aku?

Tubuh aku pusingkan menghadap dia. Aku tak salah dengarkan?

"Aku tak ada kakak mahupun adik perempuan untuk pakai. Aku rasa kau orang paling sesuai untuk pakai. Cantik, selari dengan warna tubuh kau." Dia cubit sekilas pipi aku.

"Aww." Pipi aku usap lembut. Dia hanya hadiahkan aku sengihan tajamnya.

"Dah tak merajuk lagi?"

"Er..." Aku garu hidung. Takkan dia nak kata dia yang dia sedih Icarus gelakkan dia tadi?

"Aku minta maaf kalau kau terasa tadi. Aku bukan nak gelak tapi aku lupa yang kau tak pernah pakai baju ni."

Aku tak perlu kata apa-apa, dia sudah jelaskan. Kepala aku tunduk. Malu! Mudahnya aku buat spekulasi sendiri.

"Tiga bulan akan datang, istana akan adakan formal ball sempena tahun ke 12 papa aku naik takhta. Kau dijemput untuk hadir sekali dan jangan lupa pakai gaun ni."

Apa?

Mulutku melopong sedikit. Mustahil. Bagaimana orang kampung seperti dia boleh pergi ke majlis diraja? Selalunya majlis seperti itu dihadiri golongan bangsawan dan artisan.

"Janganlah terkejut sangat. Syarat majlis tu, perlu datang berpasangan. Jadi, kau kenalah jadi pasangan aku," terangnya jelas.

Tiba-tiba aku teringat nenda. Nenda akan izinkan ke? Kata nenda, tujuh hari. Bukan tiga bulan akan datang. Ah, pasti jadi masalah!

"Saya tak pasti."

"Kenapa pula? Satu malam aje."

Aku garu kepala. Bagaimana kau nak menerangkan kepada anak raja ini? Kalaulah dia tahu sikap nenda macam mana, pasti dia tak kata banyak.

"Aku tak nak dengar alasan. Aku hanya nak kau jadi pasangan aku. Aku tak nak orang lain. Kalau kau tak nak datang, aku pun tak nak pergi. Biar papa aku tercari-cari aku."

Bila dia dah mula ugut, aku lepaskan keluhan. Kaki ugut betullah!

"Yelah, yelah." Putusku walaupun masih ragu-ragu. Nampaknya aku kena berkompromi dengan nenda. Mampu ke aku?






Mungkin macam ni gaun si Heliena tu. Abaikan crown atas tu haha.

Okey, panjangnya bab ni. Bolehlah aku cilok seminggu tak update heuheu.

Jangan lupa vote dan komen tau! Babai!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro