Ukhuwah

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dari kawan menjadi sahabat,
Dulu renggang; kini rapat,
Itulah dia; sahabat dunia akhirat,
Yang mahu aku genggam erat-erat.
❤️
Saat aku sedih dia selalu ada,
Setia menyulam cinta bahagia,
Saling mempercayai elak sengketa,
Bikin aku gembira; bahagia sentiasa.

Tika aku susah dia gelisah,
Seperti orang tidak tentu arah,
Bauan ukhuwah ini terlalu indah,
Kerna berhias keikhlasan demi Allah.
🌸
Momen-momen indah tersimpan penuh,
Di dalam kotak-kotak memori bahagia,
Saat berjauhan; doa tidak pernah dilupa,
Agar sama-sama melangkah ke Syurga Allah.

P e r s a h a b a t a n

🌺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro