TEASER 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



“Orang tak betul saja tak ingat muka orang yang dia baru jumpa tadi!” Suhaib balas terbakar-bakar.

“Nak buat macam mana? Sayalah orang tak betul tu!” Hana pun tak mahu kalah. Dia kibas tudung ke tepi.

“Kenapa ni, Suhaib?” Suara dingin mencelah perbalahan tidak berfaedah itu.

Hana dan Suhaib serentak memandang ke sisi. Terus mereka melihat seorang lelaki berkot labuh penuh formal berdiri tidak jauh dari mereka. Nampaknya sudah ada yang masuk campur. Lelaki itu cuma melihat Suhaib, langsung tidak memandang Hana. Hmm ini petanda tidak baik untuk Hana. Kemungkinan lelaki itu kawan Chef Suhaib.

“Ameer, kau ada dekat sini? Oh tidak.” Suhaib baru tahu kewujudan sahabatnya di kafe ini. Walaupun Ameer temannya, dia tetap segan dan menghormati Ameer selaku orang berjawatan tertinggi di bangunan ini.

“Aku nak bersarapan pun tak tenang, Suhaib.” Ameer beri komen pendek tapi cukup buat Suhaib dan para pekerjanya saling berpandangan cuak.

“Maaf, Ameer... Perempuan inilah tiba-tiba cuba menipu kami semua. Dia kata tempahan ini semua milik dia. Kami mintak dia resit tapi...”

“Hei, siapa kata saya menipu! Saya cakap benda betullah!” Hana membidas laju tanpa sempat Suhaib jelaskan kepada Ameer.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro